Tahukah kalian,
antara kesilapan besar aku dalam kehidupan ialah tidak mempunyai cita-cita semasa kecil.
Selalu sewaktu kecil,
kita akan ditanya apakah cita-cita kita sewaktu dewasa.
Dan setiap kali ditanya,
aku tak pernah berikan jawapan yang sama.
Setiap kali ditanya, jawapannya berubah.
Doktor.
Polis.
Pelukis.
Arkitek.
Pegawai Bank.
..dan banyak lagi.
Pada satu ketika pada usia 15 tahun aku pernah terfikir,
"Cita-cita adalah untuk orang yang tak mahu berusaha.
Asalkan kita berusaha bersungguh-sungguh meningkatkan diri, kita boleh jadi apa sahaja yang kita mahu."
Malangnya,
AKU SILAP.
Hidup tanpa cita-cita seolah-olah satu perjalanan panjang tanpa destinasi.
Bayangkan kita naik bas tanpa hala tuju.
Penat.
Tiada arah.
Tiada tujuan.
Tiada noktah.
Aku kagum dengan beberapa kawan aku.
Ada seorang ni begitu nekad nak jadi doktor gigi dari kecil lagi.
Alhamdulillah, dia bergelar doktor gigi kini walaupun banyak dugaan telah ditempuhi.
Ada seorang ni, kini seorang pilot sedangkan sewaktu dulu,
cita-cita untuk menjadi seorang pilot diketawakan rakan satu dorm.
Aku.
Hanya sehari dua belakangan ini baru aku tergerak mempunyai cita-cita.
Persoalannya,
adakah aku sudah terlambat untuk mempunyai cita-cita dan mengejarnya.
Ataupun aku perlu teruskan dengan apa yang ada
dan menjadi manusia yang ditelan tuntutan dunia tanpa cita-cita?
Kadang-kadang,
aku berharap aku boleh melompat masa ke zaman kanak-kanak dan menanam kepentingan cita-cita dalam diri yang yang kecil.
.
kita tidak pernah terlambat pun dalam hidup cEro. kalau masih punya masa walau dalam umur macam mana pun, kita masih berhak dan boleh capai cita-cita kita. teruskan kawan!
ReplyDeleteteruskan usaha ko utk mencapai cita cita. aku sendiri pn masih terkial kial dlm menetapkan cita cita sendiri. heh.
ReplyDeletekau dgn aku boleh kata sama ni..cita cita mcm samar haha
ReplyDeletemasa kekecik cita cita aku nak jadi Pilot, sayangnya kena rejek sebab rabun. terpaksa tukar ke cita cita lain.
ReplyDeleteTapi sikit sebanyak kerja aku banyak berdekatan dengan kapal terbang.. koh koh koh.. merasa gak masuk dalam kokpit
@hanaahmad
ReplyDeleteinsyaAllah..walaupun susah, tp aku masih mahu berusaha..
terima kasih..
@~* chirpy_chummy *~
marilah kita bersama-sama menetapkan apa yang kita mhukan semestara masih cerah..
@hentakbelipat
kita dah tua, tp kenapa kita masih samar yek?
@Aujinz
Alhamdulillah, paling tidak kau terjurus dengan adanya cita-cita, walaupun bukan sama, tapi tetap tidak samar..
bagi aku, mempunyai cita-cita mungkin menjadi suatu tanda aras utk kite bjaya dalam hidup dan mengecapi apa yang kita nak dalam hidup..dan aku terlalu kagum dengan manusia yang mempunyai cita-cita, berusaha ke arah cita-citanya dan mencapai cita-cita itu..
ReplyDeletetapi bagi seseorang yang tak mempunyai cita-cita seperti aku..apa yang aku lakukan hanya berusaha mencari sesuatu yg perlu aku lakukan dlm hidup dan lakukannya dengan sebaik mungkin supaya aku tak dipandang sebagai orang yg tidak berguna..
itu cara terbaik kn??
@pu3aan
ReplyDeletebetul. as long as kita buat apa yg kita rasa bagus utk kita..
dulu time mula2 masuk U aku mmg x nampak lagi apa aku nak jadi bila dah keluar. tapi sekarang kalau diizinkan n betul percaturan hidup aku, aku nak jadi lecturer.. ;D
ReplyDelete@Haris Khairuddin
ReplyDeleteBetul.
Kadang2, atas dasar percaturan hidup yg berbeza dgn yg dirancang, rasanya cita2 pun boleh berubah..
cita cita panjat pokok nyok..:D
ReplyDelete@arnabmanja
ReplyDeletenama arnab, tspi nak panjat pokok...
memang bercita2 tinggi ni..heheh
there's a thin line between cita-cita dan angan-angan... bagi aku, org yg memandang rendah pada org yg x ada cita2 n terus anggap dia loser adalah seorang yg bodoh n shallow... there's a reason y some ppl can't seem to figure out what he/she truly wants in life, n only god knows what that reason is...
ReplyDelete@plain83
Deleteunfortunately, tak semua org berpandangan mcam kau.
Manusia lebih suka melabel dan menghukum dari menilai secara keseluruhan...