2011 menjadi tahun paling mencabar dalam hidup aku.
Dari membuat keputusan menolak impian peribadi,
sehinggalah ke menentukan masa depan diri,
semuanya ada berlaku dalam tahun ini.
AZAM
Beberapa azam aku tahun ini berjaya tertunai.
Namun, satu azam penting, iaitu buat 50 perkara baru, gagal untuk aku selesaikan.
Aku mampu penuhi hanya 3/4 azam tersebut.
Semuanya sebab aku terlalu lambat mula.
Aku habiskan setengah tahun tak buat apa-apa baru.
Tapi, bila aku mula, alhamdulillah,
aku mampu lihat banyak perkara dalam perspektif yang menarik.
Aku takkan senaraikan kesemuanya di sini.
Cukup aku bagi contoh seperti aku mula ambil kelas bahasa isyarat dan bercampur dengan kelompok orang cacat pendengaran, dan ia membuatkan aku memandang sesuatu perkara dengan lebih tajam kerana komunikasi bukan hanya sekadar suara dan bahasa.
Untuk tahun depan,
aku akan berazam mahu buat 100 perkara baru juga.
KERJA
Aku sudah mula kerja.
Sebenarnya, aku belum habis belajar pun,
tapi rezeki Tuhan, aku sudah dapat masuk kerja.
Tak perlu aku beritahu kerja apa,
tapi aku sangat seronok dengan kerja ini.
Walaupun luar bidang, aku anggap ini satu peluang untuk aku kembangkan ilmu berdasarkan pengalaman yang bakal aku dapat.
HANDSET
Beberapa hari sebelum krismas,
henset aku buat hal dan total 100% tak boleh digunakan.
Henset itulah yang menghasilkan kebanyakkan lukisan dalam blog ni.
Ya, aku lukis guna henset.
Sekarang aku pakai henset baru.
Walau lagi canggih dan boleh main Angry Birds,
henset baru ni tak boleh melukis.
Jadi, agak susah untuk aku menghasilkan lukisan (walaupun buruk) untuk blog ini.
InsyaAllah, aku bercadang nak beli graphic tablet (dari tahun lepas lagi berangan..) bila aku dapat duit sikit.
AWEK
Don't talk about it.
Seriously, aku sangat tak pandang ke arah tu.
Orang kata, lagi mencari lagi tak jumpa.
Kalau buat dek je, datang laa berduyun-duyun.
Untuk gadis-gadis yang baik hati di luar sana,
kalau berani mintak la bagi laa nombor fon korang.
Nanti kita SMS sama2, mana tau ada jodoh. HAHAHAHA!
RAMBUT
Sammpi ke hari ni, aku cukup tak tahu nak rias rambut aku macam mana.
Sampai ke tahap aku ambil keputusan tak nak sikat rambut,
mengakibatkan rambut aku kelihatan kembang macam Hafiz AF bila kering.
Oh! Aku pun tak suka pakai minyak, gel, or segala bagai product rambut.
Sampai masa perlu, aku shampoo.
Oleh sebab aku dah mula kerja, jadi aku kena jaga penampilan.
So, nampak gayanya, nak tak nak, kena laa sikat gak.
Hari tu mencari sikat tak jumpa,
tertimbus bawah barang-barang dalam laci.
BLOG
Aku tak tahu,
tapi aku kemungkinan tak mampu nak fokus ke blog sekerap dulu.
Sibuk sikit.
Tapi jangan risau,
walaupun pembaca blog ni boleh kira dengan jari,
selagi aku bernafas, insyaAllah
blog ini takkan terkubur.
Aku akan cuba menjadikan blog ini destinasi wajib kalian bila online.
YEAAAAHHHH!!!!
LISA
Aku frust gila Lisa nak kahwin dengan Yusry.
Tapi, dia kata dia bahagia,
so aku lepaskan dengan redha.
(Mungkin ini memang jalan takdirku...)
Terima kasih kerana membaca entri panjang dan boring ni.
Walaupun aku tahu sebahagian dari kalian baca separuh je.
Aku merasakan tahun 2011 menjadi titik pusing dalam hidup aku.
Segala-galanya berubah.
Permikiran, pandangan, sikap, kehidupan.
Semuanya terkesan dalam tahun 2011.
Oh! BTW, sekadar nak bagitahu.
Aku amat merindui seorang gadis ni.
Antara azam aku tahun depan adalah nak kumpul duit dan pergi melawat dia dekat tanah asing sana tu. Apsal laa berhijrah jauh sangat.
Siapa nak ikut?
SELAMAT TAHUN BARU 2012.
how sweet this close entry...nasib aku tahu gadis yg akan kau lawat, kalau tak sure kau pun aku ngorat..hahahahahaahaaa..
ReplyDeletehrp kamoo bleh terbang ke sana nanti..tak sabar nak tahu cerita baru hari sabtu... :)
ReplyDeleteaku x bca entry ko sparuh jln, aku bca smpai titik noktah yg paling last.
ReplyDeletedh mntk no tepon...tp xde respon T_T
ReplyDeleteyelah. aku pn menunggu cerita gadis yg ko nk lawat tu. lama x dgr kisah dia.
ReplyDeletesemoga tahun depan lebih menjanjikan yg terbaik utk ko.amin.
aku baca sampai habis!
ReplyDeletesemoga tahun depan lagi baik dr tahun ni untuk kita-kita semua.
amiin.
woi woi hg nak p jumpa L ka?
ReplyDeletewow..ehem2..selamat kumpul duit hokei.
tak cukup mtk kt ktorg sorang seposen hokei >.<
slmt thun baru cEro..moge thun ni lebih bermakna buat cEro n keluarga :)
ReplyDeleteredha la tahun baru tanpa lisa..
ReplyDeletehuhuhu
fon ape nak tahu
ReplyDeletehahahahha
-kudozu
Henset : kalau ang guna Android, dalam Market ada banyak aplikasi utk melukis. Tapi aku tak pasti laa samada ia sehebat Nokia.
ReplyDeleteLisa : kita serupa
kalau nak melawat tanah asing tue, aku pun nak join.. koh koh koh.. Perancis kan?.. nyiahahaha
cEro! aku rasa aku pun nak mulakan tahun ni dengan membuat 50 perkara baru.
ReplyDeletenak ikuttt!!!! *sibuk je aku ni kan. hehe.
aku baca habis..nak suruh aku buat apa?..hehe..belanja aku makan!ok?? hehe...alhamdulillah cero..dah dapat kerja wlpn still belajar...honestly, aku dah lama tgk tajuk entri ni kat tepi sidebar aku...aku tahan dulu untuk membaca...
ReplyDeleteand sebelum aku baca n komen entri latest ni..benda pertama aku buat?...aku pergi punggah2 entri lama pasal L..:) cari link cerita 1st...promote dekat kawan...^.^"
cero...haip...all the best in your life k..wlpn kau sibuk n dah tak jenguk aku.. :)
cepat2 kumpul duit...aku menanti cerita tu lagi wlpn entah bila akan dapat aku baca semula.. ^^,
|nek|
@Bukan Cinderella
ReplyDeletehahaha, nak ngorat ke?
jangan..nanti menyesal nanti..
@Miss Comot
lambat lg kot...
duit tak ada lagi..hehehe
@dG
terbaEk! terima kasih!
@katak merah
ade ke?? hehehe
@~* chirpy_chummy *~
insyaAllah.. mari bersama menuju kejayaan..
@aQel
Amin.
Kita kena buat yang terbaik!
@Amirah Yusof
hahaha, ko sponsor laa beb..
cepat sikit aku ke sana...
@storyfromme
selamat tahun baru 2012.
@Nesa Wazir
insyaAllah.. kita semua kena berusaha ke arah yg lebih baik..
@cimOt
ohh! Lisaku...
@689836068513366170.0
alaaa kudozu, lokoi je..hehehe
@Aujinz
Perancis jom!
Perancis 2012..cam best nama projek tu..hehehe
@hanaahmad
jom weyh..
ramai2 pegi best gak kan???
@Anonymous
woih!
gigih ko nak promot cerita aku kan..hehehe
thank you nek..