Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Jun 5, 2011

Ajaran #6 - DSLR Tergantung Di Leher Tidak Bermakna Kita Seorang Jurugambar Sebenar





Satu hari masa aku pergi kenduri kahwin kawan aku,
aku ada terperasan satu perempuan ni dengan berDSLR tergantung di leher sibuk tangkap gambar pengantin situ sini..

Setelah selidik kaji jaga tepi kain orang sikit
aku dapati perempuan tu BUKAN fotografer rasmi bagi majlis tu.
Kawan aku dah tempah baik punya satu fotografer berpengalaman untuk majlis dia tu, jadi aku assume, perempuan tu adalah seorang fotografer amatur yang (mungkin) nak tangkap gambar majlis perkahwinan sebagai satu wadah mengisi pengalaman diri.

Ya, bagus! Passion itu penting!

Tapi, satu perangai dia yang kurang aku senang walaupun muka dia comel adalah perangai dia yang sibuk mengalahkan fotografer rasmi.

Hampir setiap waktu, dari sesi pengantin datang dengan kompang, ke sesi menyusun barang hantaran di ruang tamu rumah pengantin, hingga ke sesi terjah bilik pengantin, perempuan tu mesti akan berada di hadapan seterusnya menghalang fotografer lain dari bergambar, dengan harapan dia mahukan gambar yang terbaik. Lebih mengecewakan, dengan fotografer rasmi sekali jadi mangsanya.

Beberapa kali aku nampak adegan si fotografer rasmi mencuit bahu perempuan itu kerana dia menghalang skop gambarnya, tapi setiap kali itulah si perempuan tu akan buat muka 'aphal-ko-cuit-cuit-orang-ni-aku-tengah-sibuk-arr' dengan jelingan super-sengal.

Maka, aku dan kawan aku berkeputusan mahu mengajar dia satu pengalaman yang hebat.

Kami berdua (aku dan seorang lagi kawan) masing-masing meminjam kamera digital biasa milik kawan yang lain, dan seperti apa yang dia buat, kami halang setiap lensa kamera dia dengan alasan kami juga mahu mengambil gambar.

Dia panas dan tegur,
"Brader, tengok laa orang belakang sama. Saya pun nak amik gambar. Tak perlu laa sampai nak halang-halang orang."

Belum sempat aku nak bantai balik, si fotografer rasmi majlis yang kebetulan berada di belakang perempuan tu balas balik,
"Cik adik pun buat perkara yang sama, halang saya nak buat tanggungjawab saya."

Selepas itu, si perempuan tu pun kelihatan sentiasa mengutamakan fotografer rasmi sebelum dirinya. Mungkin malu kena tegur agaknya, walaupun kelihatan passionnya terhadap fotografi masih tak luntur.

Yes, passion is important, but respect is the most important aspect in fotography.

Aku tak layak nak cakap banyak tentang fotografi sebab ilmu yang sangat cetek, tapi momen yang nak dicapture oleh fotografer adalah sangat kritikal, dengan kata lain, jika satu momen itu dirosakkan dengan bayangan fotografer lain, momen tersebut tidak akan kembali berulang. Semua fotografer mahukan shot yang terbaik, tapi hormatilah siapa yang diberi keutamaan.

Lagipun, dengan hanya berbeg kotak disandang sebelah kiri, dan berDSLR terlilit di leher, tak bererti orang itu sudah layak digelak fotografer.

Pemikiran bahawa dengan memilik DSLR sudah melayakkan kita digelak fotografer ialah, dalam kata aku sendiri,
  'TOTAL BS!'

postquam-scriptum:
Di akhir majlis aku nampak si perempuan tu sedang meneguk air sirap baki majlis, mungkin penat 'bekerja'. Memandangkan aku tak makan telur, aku hampiri dia dan hadiahkan bunga telur dan berkata 'Nice job' dengan harapan kami boleh berbual-bual dan bertukar nombor telefon sebab fakta bahawa dia seorang gadis yang comel tak pernah berubah. Namun, mungkin dah terbina kebencian dari awal pertemuan kami tadi, dia hanya ambil bunga telur itu dan berlalu tanpa sepatah kata. Kesian aku.


18 comments:

  1. sempat nak ngorat lagi tu -,-"

    ReplyDelete
  2. kesian dia, mungkin baru nak belaja pegang camera and that's why excited lebih sampai halang official photographer.. hekhekhekhek

    uit!! sempat plak nak try ek?? kikikiki...

    ReplyDelete
  3. Ha'ah. selalunya org2 yang macam ni bajet bagus je..ingat org pandang diorang sebab kagum kot..


    sabo je la.

    ReplyDelete
  4. fuhhh... dalam marah2, dalam hati pun ada taman... kehkehkeh

    ReplyDelete
  5. hahaha3 org skg ni rmai giler dh ade DSLR...aku tringin jgk nk ade 1...tp kdg2 de DSLR x semestinya kte pndai mik gmbr...cra amik gmbr sumer tue kna blajar...bkn sng nk mik gmbr cntik dri DSLR...aku pnah try...ssh woo...klu x reti jd gmbr biasa je..

    ReplyDelete
  6. Alololo..cian bro..
    btw, elie mmg tak hebat guna dslr..sangkut kat leher je da rasa cukup berat..baik pakai camera fon je..heee

    ReplyDelete
  7. o, soklan noob kot nih..

    BS tu ape weh?

    =="

    ReplyDelete
  8. haha. aku suka ini entry. nak kasi pendapat sedikit. aku setuju pendapat ko, punyai dslr belum tentu dia seorang photog yang pro. sng je nk detect, cuba kau tgk dia pakai MANUAL ke AUTO. kalau AUTO bermakna die lebih kpd nk menunjuk2 sdgkan ilmu pasal photog adalah ZERO. kalau dia pakai MANUAL sila tabik spring sbb dslr adalah untuk mereka yang kreatif menggodek2 segala benda dgn MANUAL. lg 1, aku cukup menyampah tgk org yg bwk dslr ke hulu ke hilir tp bila tanya fungsi nk pakai segala xtau n rupanya just set AUTO. aku pakai dslr tapi aku tak ckup pro dan aku sdg belajar, semestinya aku pakai MANUAL. aku xbwk ke hulur hilir tanpa tujuan. it's not the camera but the person behind it! semua org mampu menghasilkan picta yg cantik walau hnya dengan camera hf! percayalah.

    er..sorry, pnjg lak komen. haha

    ReplyDelete
  9. choiii..! dia rasa dia hebat kot. hihi..

    tapi betul, patutnya utamakan photographer rasmi.sbb dah dibayar kan.. yg lain tu x payah lah semangat sgt..makan jela nasi kenduri.

    ReplyDelete
  10. hehe. nak cri pengalaman je 2 :D

    ReplyDelete
  11. semua profesyen ada permulaannya..
    permulaan ada error2nya...
    yang penting berani dan semangat...

    patutnya ko conteng alamat blog ni kat telor tu...adoi.rugi2...ekekke

    ReplyDelete
  12. die bengang ngn ko le tu..eheh..

    ReplyDelete
  13. setuju gegila! tau tak mmg ramai yg beli dslr skrg. tapi satu function pun apa tak tau. selain just klik aje! rugi gila tau tak beli mahal2 lepas tu tak tau nk guna setting dia. baik guna camera hp je lah.

    ReplyDelete
  14. kehkehkeh...kau nasib baik x mkn lense dslr tu..lain cerita la kalau mmbe dia yg kawe tu sndri yg nk die amek gmba kan..care x btul tu

    ReplyDelete
  15. aku jarang tgk telatah manusia kt kenduri, sebab aku sangat x suka pegi kenduri kawen..x tau kenapa..

    ReplyDelete
  16. dear,

    dlm kpale dah t'pike total BS, tp leh try lg? da looks really counts ar ;)

    ReplyDelete
  17. LOL kisah ko nih terlalu banyak sebenarnya terjadi. Aku pon pernah kena dulu, tapi since aku bukan OP, so marah just bitau member je la. Dan since yang dok sibuk menghalang lensa orang lain ni adalah kaum kerabatnya, apa boleh kita buat? aku hanya sekadar kawan je.

    tapi untuk yang pasal auto and manual tu, tak semestinya kalo gune auto die poyo, tak berapa betol. Sebab die cenggini. Untuk function yang fast action means, kita tak boleh nak hold sangat masa, biasa orang akan guna mode yang lebih pantas, Auto, Aperture, Program or shutter mode. Jarang orang guna manual kecuali terer gila babeng nak setting setiap kali nak ambil gambar.

    Benda ni lazim, tak caye boleh try pada mana-mana wedding. Bukanlah aku kate tak boleh guna manual, boleh cuma sakit la nak ubah settingnya banyak, nanti gambar hancur, moment terlepas, benda takkan boleh rewind balek unless korang OP.

    so auto atau tidak terpulang, CUMA kalo yang dah otai dengan wedding mungkin diorang ada cara tersendiri selain Auto mode.

    well tu pendapat aku je la dari apa yang aku tahu serba sedikit dari forum.

    dan kisah aku lain lak, yang menjadi masalahnya adalah mengenai OP (official photog).

    Nak tau? nanti aku tuliskan, yang minat boleh bace, tak minat tak boleh buat apa la kan, sekian

    p.s: hanya photog amatur saje

    ReplyDelete
  18. @m i r a f i q a
    ahaha, saje je laa..tau mesti takkan boleh dapat..

    @Liyana Aziz
    haha, excited pon kena tahu mana letak diri kan?? jgn halang org lain buat kerja mereka..

    @Fina Fento
    semangat dia mmg perlu, tp yg tak perlu adalah sikap pentingkan diri dia..hahah

    @ezanoor
    hahaha, saje je konon nak buat dia hilang tensen..hahah

    @Miss Comot
    kalo rase2 nak amik gambar yg biasa2, baik ade kamera digital biasa or paling koman kamera henset..heheh

    @Elie Lily
    haha, pompuan yg ade passion btol2 baru sanggup sangkut dslr lame2 kat leher sambil berdiri..baru laa berkorban demi minat..hahah

    @~* chirpy_chummy *~
    oh! bagus laa tak tau BS tu apa...
    BS itu tahi lembu dalam BI (bullshit)

    @hanaahmad
    aku sgt tau tau pasal kamera dslr, tp yg aku tau, keutamaan dlm sesuatu majlis perlu dihormati...tuntut ilmu dgn pengalaman dlm majlis kahwin mmg bagus, in fact aku sarankan, tp yg jadi persoalan ialah perbuatan mementingkan diri sendiri tu sehingga menjejaskan kerja org lain..
    dan aku pon reply panjang..hehehe

    @Sophie Al-yahya
    betol2, makan je dulu, bila sessi fotografi dibuka, baru laa serang dgn dslr panjang macam teropong pon..hehehe

    @Nesa Wazir
    cari pengalaman tak salah Nesa, tp menghalang kerja rasmi org lain adalah satu perbuatan khianat (pada aku)

    @kueh bakar
    seperti yg aku cakap dlm post ni, passion tu tak salah, tp menghalang kerja org yg sepatutnya adalah tidak perlu..seolah2 penumpang masuk ke kabin kapal terbang nak bawa kapal terbang tersebut dengan alasan hanya mahu mencari pengalaman sedangkan pilot itu sendiri sudah berpengalaman...

    @pu3aan
    hahah, sudah pasti...
    sedih aku nak berdamai pon tak kesampaian...

    @WZulhilmi
    hahaha, keinginan memiliki manusia sentiasa tinggi..
    ingin tanpa kemahiran seolah2 membunuh waktu..

    @hentakbelipat
    hahaha, sbb tu aku kata, semangat lebih minah tu..hahah

    @CikGusi BingbOo
    aku suka tgk telatah org kt kenduri, mcam2 ragam ada...serius best!

    @fISZ
    hahaha, saje je nak berdamai laa...
    takde niat nak try sgt pon..hahah

    @Shukjessa
    hahaha, panjang habis komen ko...soal skang bukan kemahiran, itu aku tak kisah..biar bawak kamera henfon skali pon, dia tak patut menghalang org buat kerja...mmg belajar dgn pengalaman adalah cara terbaik, tp belajar dgn otai dgn melihat skil dan kemahiran adalah lebih baik dlm kes kenduri kahwin ni..kan??

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License