Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Jul 4, 2018

Ku Kira Kukuku.



Salam.

Aku antara manusia yang sangat suka bila dapat belajar perkara baru.
Dan aku bertambah suka bila perkara baru yang aku belajar itu adalah mengenai diri aku sendiri.
Belajar benda baru yang ada pada diri sendiri seperti dapat kenal dengan lebih mendalam, lebih intim tentang sesuatu yang (sudah tentu) kita tahu.

Ini adalah entri tentang diri aku
(dan beberapa jalan kerja matematik yang sudah pasti bakal membosankan).




Jadi,
beberapa minggu lepas aku terbaca sesuatu di dalam Twitter.
Satu tweet tentang seseorang yang dalam kebosanan mengambil keputusan untuk ukur kadar pertumbuhan kuku di jarinya.
(Aku ada kongsikan tweet beliau di hujung post).

Pada orang ramai, itu mungkin satu perkara yang 'biasa' sahaja.
Namun pada aku, aku sangat kagum dengan dia itu.
Mengambil kesempatan yang ada untuk mengenal diri sendiri, walaupun sekadar hanya kadar tumbuh kuku di jari.

Untuk makluman, pada tarikh 9 Mei 2018 yang lalu,
seluruh warga Malaysia yang layak perlu keluar mengundi memilih pemimpin negara.

Salah satu daripada proses mengundi adalah dikenakan dakwat di jari sebagai tanda sudah memilih.
Dakwat separa kekal itu seperti inai di jari.
Dan seperti inai, lama kelamaan kuku yang bercalit dakwat akan diganti dengan kuku yang baru mengikut edaran masa.

Dengan mengira panjang kuku 'baru' yang bebas daripada calitan dakwat,
dan mengira masa dari mula kuku dicalit hingga ke masa diukur,
maka kita boleh mengira kadar pertumbuhan kuku kita sendiri.

Bukankah itu sesuatu yang HEBAT! (nerd!!!)



FAKTA NERDA.

Menurut Wikipedia, purata kadar pertumbuhan kuku manusia ialah 3 milimeter (mm) sebulan.
Manakala, ada kajian yang lebih terperinci menyatakan
purata kadar pertumbuhan kuku manusia berada di takat 3.47 mm/bulan

Namun, pertumbuhan kuku berbeza mengikut individu.
Banyak faktor lain yang menyumbang kepada perbezaan ini termasuklah;
umur, jantina, persekitaran, pemakanan, senaman, dan faktor genetik.

Tapi biasanya, kadar yang normal tidaklah lari jauh daripada kadar purata.
Maka, angka 3 mm/bulan itu boleh diambil kira.

Oh, fakta tambahan;
Cerita bahawa kuku terus tumbuh selepas kita mati itu sebenarnya MITOS.
Mayat daripada kubur yang digali balik kelihatan seperti tumbuh kuku panjang bukan kerana kuku terus tumbuh, tapi badan mayat itu (terutamanya jari di tangan) yang mengecut menyebabkan kuku kelihatan memanjang.

Tamat perenggan fakta,
maka sesi pengiraan BERMULA!



PENGUKURAN PANJANG KUKU BARU.

Kuku baru adalah kuku yang tidak tercalit dakwat.
Cara mengukurnya adalah dengan mengukur jarak antara titik bahagian paling bawah kuku dengan titik bahagian paling bawah kuku yang sudah terkena dakwat.




Pengukuran ini paling senang dilakukan kerana bahagian paling bawah kuku dan bahagian paling bawah kuku yang terkena dakwat senang untuk dilihat.
Namun, syaratnya adalah garis di antara dua titik ini perlulah selari dengan alur pertumbuhan kuku.

Dalam kes kuku aku di atas,
panjang tumbuh kuku baru yang aku dapat ialah 7.2 mm

Macam mana aku boleh dapat angka pada satu titik perpuluhan?
Aku ada satu pembaris yang ada sukatan untuk satu titik perpuluhan milimeter.
Dan aku gunakan unit milimeter kerana ia unit paling rendah yang sesuai digunakan.



PENGIRAAN WAKTU.

Dalam sains, penggunaan unit yang sesuai dengan pembolehubah adalah penting.
Selalunya, lebih kecil unit tersebut maka lebih tepat kiraannya.

Namun, untuk kali ini aku buat keputusan untuk menggunakan unit masa minit sebagai unit pengiraan dan bukannya saat. Ini kerana jika aku gunakan unit saat, angka yang aku dapat akan jadi sangat kecil (dengan banyak tempat perpuluhan) disebabkan angka bilangan saat yang besar. Ini akan menyebabkan pengiraan menjadi semakin kurang tepat daripada sepatutnya.

Naaah. Kalian tak perlu baca sekali lagi perenggan di atas.
It's just me rambling.

Moving on...

Tarikh PRU 14 adalah 9 Mei 2018, dan daripada data telefon bimbit aku (aku tangkap gambar jari tercalit dakwat sejurus selepas mengundi - semua orang pun buat) waktu aku mengundi adalah pada 9:40 pagi.

Tarikh aku buat pengukuran panjang kuku baru pula adalah pada 3 Julai 2018, jam 6:15 petang.

Maka,

Untuk 9 Mei, aku ada 14 jam 20 minit masa kuku sudah tercalit dakwat.

Tarikh 19 Mei;
14 jam 20 minit
= (14 x 60) + 20
= 860 minit

Tarikh bermula dari 20 Mei sehingga 2 Julai;
[22 + 30 + 2] hari x 24 x 60
= 54 x 24 x 60
= 77,760 minit

Dan pada tarikh 3 Julai (jam 18:15);
= (18 x 60) + 15
= 1,095 minit

Maka,
jumlah minit kuku dicalit dakwat sehingga waktu diukur;
860 + 77,760 + 1,095
= 79,715 minit.



KADAR PERTUMBUHAN.

Panjang sudah tahu, masa sudah dapat, maka mulakan pengiraan!

Kadar pertumbuhan kuku aku pada tarikh bermula 9 Mei 2018 (jam 9:40 pagi) sehingga 3 Julai 2018 (jam 6:15 petang);

7.2 mm / 79,715 minit
= 0.000903218 milimeter per minit.

Jika ditukar ke unit jam;
0.000903218 x 60
= 0.005419306 milimeter per jam

Jika ditukar ke unit hari;
0.005419306 x 24
= 0.130063351 milimeter per hari

Jika ditukarkan ke unit bulan (dengan anggapan satu bulan = 30 hari);
0.130063351 x 30
= 3.901900521 milimeter per bulan


Kuku aku tumbuh pada kadar 3.9 mm sebulan.

Jika kadar purata pertumbuhan kuku manusia adalah 3 mm sebulan,
maka bolehlah dirumuskan kuku aku tumbuh pada kadar lebih cepat berbanding purata manusia biasa.



ULASAN.

Selama ini aku memang perasan kuku aku memang cepat tumbuh berbanding orang lain. Bila aku perhatikan ahli keluarga aku yang hanya akan potong kuku mungkin 2 minggu sekali, tapi aku pula perlu potong hampir setiap minggu.

Dalam entri 10 Perkara yang Aku Tetap Perlu Lakukan Walaupun Aku Tidak Suka Lakukannya yang pernah aku tulis sebelum ini, aku ada menyatakan bahawa 'potong kuku' adalah antara perkara yang aku tidak suka lakukan disebabkan proses potong kuku yang leceh dan memakan masa. Tapi sebab kuku aku tumbuh dengan lebih cepat berbanding orang lain, maka mahu tidak mahu, tetap aku kena lakukan juga.

Dapat tahu angka khusus untuk kadar pertumbuhan kuku aku iaitu 3.9 mm sebulan mungkin sesuatu yang baru pada aku. Mungkin aku boleh buat pengiraan yang sama untuk Pilihanraya Umum ke-15 nanti (tahun 2023 mungkin?) supaya dapat aku pastikan proses penuaan akan menyebabkan kadar pertumbuhan kuku semakin perlahan atau tidak.





Ini adalah tweet daripada @hakimi_marzuki yang menjadi inspirasi aku untuk kira kadar pertumbuhan kuku aku sendiri.


Jadi,
kalian ada kira tak kadar tumbuh kuku kalian?
Ada gigih nak kira macam aku?
Cuba cerita sikit angkanya di ruang komen, boleh kita compare kuku masing-masing.
Maybe your nails grow faster than mine. Kan?
HAHAHAHAHA

Sekian.







.


8 comments:

  1. Replies
    1. >Angah

      Hahaha. Kira laa sekali.

      Delete
  2. Tapi I tak ambil gambar kuku. Habis mengundi terus jadi driver

    ReplyDelete
    Replies
    1. >cinderella besar sikit je

      Alaa, teka ikut logik je. Agak-agak pukul berapa buang undi. Bukan kena tepat sangat pun hahaha

      Delete
  3. Pergh ilmu baru
    Tapi aku undi pos la pulak xleh nak kira

    ReplyDelete
    Replies
    1. >budoxe

      Hahaha. Nasib badan laa undi pos. Tapi undi pos memang tak kena calit dakwat ke? Baru tau...

      Delete
  4. and for me once my kuku dah panjang no matter how long I'll just cut it when the time comes. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Raydah

      Kuku panjang memang kena potong, sama ada suka atau tak suka hahaha.

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: