Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Dec 6, 2017

10 Fakta Kita Mungkin Tidak Tahu dan Tidak Perlu Tahu.



Salam.

Belakangan, aku perasan entri blog ini banyak bersifat berat.
Jadi kali ini aku bawakan satu entri yang sangat ringan.
SANGAT RINGAN sampaikan kalian tidak perlu berfikir,
hanya perlu baca dan nikmatinya.

10 FAKTA YANG KITA MUNGKIN TIDAK TAHU DAN TIDAK PERLU TAHU.



1. Pingu berasal dari Switzerland.

Walaupun set kartun tersebut berlatarbelakangkan benua Antartika (sebab semua penguin berasal dari hemisfera selatan), tapi kartun stop-motion Pingu yang selalu kita tonton masa kecil dulu berasal dari Switzerland, dan kemudian berpindah ke Britain. Adik Pingu bernama Pinga, dan kawan Pingu si anjing laut itu bernama Robby. Pingu selalu keluarkan bunyi trademark-nya "Noot! Noot!" walaupun secara rasminya dieja "Nug! Nug!"




2. Nama penuh Barbie ialah Barbara Millicent Roberts.

Anak patung perempuan kegemaran ramai, Barbie mempunyai nama penuh Barbara Millicent Roberts. Buah hati Barbie yang bernama Ken itu pula bernama Ken Carson. Semasa mula dikeluarkan, Barbie ada dua varian, berambut blonde dan berambut hitam.




3. Tarikh lahir SpongeBob SquarePants ialah 14 Julai 1986.

Ini membuatkan SpongeBob berumur 31 tahun ini (2017) dan sama umur dengan Zul Ariffin dan Kamal Adli. Kalau diletakkan Zul Ariffin, Kamal Adli dan SpongeBob sekali, mana satu pilihan korang?




4. Hello Kitty BUKAN seekor kucing.

Pada tahun 2014, Hello Kitty diisytihar oleh syarikatnya Sanrio sebagai BUKAN seekor kucing, tapi adalah seorang budak perempuan. Nama penuhnya ialah Kitty White, lahir di selatan England pada 1 November 1974. Hello Kitty berdarah A.




5. Mickey Mouse ada kawan baik merupakan seekor anjing, dan mempunyai binatang peliharaan JUGA seekor anjing.

Mickey Mouse adalah sejenis tikus. Mickey ada kawan baik bernama Goofy, yang merupakan sejenis anjing. Dalam masa sama, Mickey ada bela seekor haiwan peliharaan bernama Pluto, yang JUGA merupakan seekor anjing. Goofy boleh bercakap, tapi Pluto tidak.




6. Tom dan Jerry ada nama lain semasa mula diperkenalkan.

Nama penuh Tom ialah Thomas Cat dan nama penuh Jerry ialah Jerry Mouse. Pada masa mula diperkenalkan, Tom dan Jerry dari siri 'Tom and Jerry' ini mempunyai nama lain. Tom bernama Jasper, dan Jerry bernama Jinx.




7. Dora adalah sepupu kepada Diego.

Dora dari siri 'Dora The Explorer' adalah sepupu kepada Diego dari siri 'Go, Diego, Go!'. Walaupun kedua-dua siri bertemakan pembelajaran kanak-kanak, tapi Dora lebih ke arah pengembaraan manakala Diego lebih ke arah alam sekitar dan haiwan. Filem aksi sebenar Dora bakal muncul 2019.




8. Popeye makan bayam dan jadi kuat.

Popeye makan bayam untuk jadi kuat. Itu fakta yang semua orang tahu. Tapi kenapa bayam? Ceritanya, pada satu masa dahulu, seorang ahli kimia tersilap dengan menyatakan sayur bayam mempunyai 35 miligram zat besi dalam setiap 100 gram hidangan, menjadikan mitos 'makan bayam boleh jadi kuat' bertebaran selama hampir 70 tahun (1870-1937). Sebenarnya ahli kimia itu tertinggal titik perpuluhan 35 miligram, sepatutnya hanya 3.5 miligram. Namun, kesilapan ini menyebabkan peratusan kanak-kanak suka makan sayur meningkat mendadak pada era kegemilangan kartun Popeye.




9. Winnie The Pooh tidak dipanggil Winnie.

Winnie the Pooh adalah seekor beruang yang suka makan madu. Walaupun bernama Winnie (nama perempuan), tapi Winnie the Pooh adalah seekor beruang jantan. Tapi dalam siri Winnie the Pooh, beruang watak utama ini selalu dipanggil Pooh Bear, atau sekadar Pooh, bukannya Winnie.




10. Pikachu sepatutnya lebih ke arah arnab berbanding tikus.

Dalam siri Pokemon, Pikachu diperkenalkan sebagai 'Mouse Pokemon' walaupun sebenarnya Pikachu dicipta berdasarkan rupa sejenis haiwan dipanggil Pika, sejenis mamalia berkaki pendek berbadan bulat yang secara taksonominya lebih rapat dengan arnab berbanding tikus. Pikachu yang gemuk semasa mula diperkenalkan dulu lebih menyerupai pika berbanding Pikachu 'slim' sekarang.




Itu dia, fakta ringan untuk entri kali ini.
Walaupun aku kata 10 fakta, tapi kalau kalian baca sampai habis,
kalian sudah dapat lebih kurang 41 fakta yang berbeza.

Dapat beza tak mana 41 fakta tersebut?

Terima kasih kerana membaca.

Pemberitahuan: Semua imej adalah hakmilik penciptanya.





.




12 comments:

  1. fakta yang menarik! tak pernah pula tau pasal backstory cerita Popeye tu hehe. thank you for sharing :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Afifah Nabila

      Sama-sama.
      Sebenarnya kekadang seronok tahu fakta yang pada dasarnya kita tak perlu tahu pun ni hehehe

      Delete
  2. terhibur aku membaca fakta ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Ha

      Terima kasih kerana sudi baca 😁

      Delete
  3. baru tau ada haiwan nama pika, tapi tetap sama comel macam pikachu. maybe the first evolution in pikachu family, pichu is taken from it's origin, pika the mammal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Haryz Khairuddin

      Comel kan Pika tu? Patutlah Pikachu pun macam comel semalam je hehehe. Tapi betullah, Pichu lebih ke arah Pika daripada Pikachu sendiri hehe

      Delete
  4. hahaha terhibur aku dengan fakta2 ni.
    soalan no 3: SPongebob ofkozezz! dan kawannya yang dungu iaitu patrick haha
    dulu pernah kecoh kan pika tu babi. lol

    ReplyDelete
    Replies
    1. >NAD

      Hahaha Spongebob & geng memang all time fav. Sayangnya sekarang dah tak ada episod baru, dah ditamatkan.

      Memang ada satu waktu dulu kecoh kata Pikachu tu babi like whaaattt??? Tang mana yang mcam babinya hahahha

      Delete
  5. hi. jmput la singgah n join segmen kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Raydah

      Terima kasih sebab singgah sini 😁

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: