Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

May 25, 2016

Komik, Rak Buku, dan Sokongan Terhadap Industri.



Salam.

Kalau di masa akan datang,
aku dan (bakal) isteri aku terpisah di dalam shopping complex,
ada dua tempat dengan kemungkinan paling tinggi isteri aku boleh cari jumpa aku semula iaitu:
(1) kedai komik, dan
(2) kedai mainan.






Mungkin beginilah si gila kasut bila masuk kedai kasut,
atau si mania beg tangan masuk kedai beg tangan,
atau si ulat buku masuk kedai buku.

Aku selalu ada masalah bila masuk kedai komik.
Selalu masalah aku ialah terlalu banyak nak dibeli, tapi dompet tak banyak isi.
Bila ada duit lebih sikit terus lupa dunia pergi borong macam esok tiada lagi.

Lepas tu bila balik rumah,
tetiba sedar yang banyak lagi komik dulu beli tapi belum dibaca.
Tambahan pula, aku ni seorang slow reader.
Komik nipis pun berhari-hari baru boleh habis baca.
Tapi itu topik lain untuk entri hari lain. Hehehe.

Masalah dengan beli komik banyak ni satu je;
tak cukup rak untuk disusun simpan.

Hasilnya,
komik yang dibeli bertimbun-timbun atas lantai.
Ada satu timbunan tu dah macam menara dah,
kalau tolak sikit mesti jatuh berterabur.

Banyak komik dari Jepun sebenarnya boleh je dibaca online.
Detective Conan, One Piece, Naruto, One Punch Man,
tapi aku lagi prefer beli buku fizikal.
Feeling buku fizikal lain dari slide-slide baca online.

Sekarang pula kebanjiran komik tempatan.
Sebab kecetekan duit, kenalah memilih mana satu perlu dibeli dahulu.
Harga pun boleh tahan mahal, komik nipis tapi harga sampai belasan puluhan ringgit.
Detective Conan dari Jepun tu pun RM 5.90 je dengan 180 muka surat.

Tapi, demi komik aku relakan.

Aku sokong industri komik dengan membeli komik.
Itu cara aku, tak macam sesetengah orang yang pung pang pung pang kata sokong industri komik tapi habuk pun tarak. Huhuhu
#MohonTerasa #JanganKecam #KecamSayaKalauSayaDouchebag


Kalian pula?
Mesti ada satu barang yang menjadi gilaan macam aku gilakan komik, kan?
Apakah barang tersebut?
Menyesal tak bila terbeli banyak-banyak?
Aku tak menyesal beli komik, sebab boleh simpan. Beranak cucu besok nanti pun boleh baca lagi. Hehehe

Btw, bila kali terakhir kalian beli komik?





.




58 comments:

  1. Woo buku ankel,vespa buruk dan tuntung peliharaan plain.


    Komik2 terbitan gempakstarz,komik-m masih dbeli den.
    Baju semalam komik lukisan ben wong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >budoxe lee

      Adakah komik Ben Wong yang kau maksudkan itu komik Atan yang menang award tu?
      Best tak? Aku nak beli tapi...mahal. Hahahah

      Delete
    2. Atan best dan lukisan full colur dan cantik

      Delete
    3. >Hafiy Halim

      Tak salah aku, dia ada dua jilid, kan?

      Delete
  2. kali terakhir beli masa pesta buku baru-baru ni..I gila bola, so kat rumah banyak jersey tak tau nak simpan mana dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. >SalbiahM

      Komik apa yg dibeli masa PBAKL hari tu? Best tak?
      At least jersey ringan, boleh digantung dalam almari or simpan dalam plastik. Kalau komik, berat. Takut je tengok rak senget macam nak roboh. Hahahaha

      Delete
  3. Gila beli buku,novel.habis ratusan rggit dn tak penah nyesal.jrg beli komik sbb nipis dan mahal.novel 500 pg baru rm8.last beli komik mggu lepas, koleksi komik M.

    Hmm komik Bo, OB, VB, Bil, Ankel, C, ok zyraroxx takde.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Zyra

      Dulu macam bersangka baik kenapa komik tempatan mahal sebab diorang guna paper baru instead of TPB punya paper macam komik import selalu pakai, sebab tu mahal.
      Tapi lately komik tempatan pun pakai TPB, tapi harga still sama (mahal). Ish ish ish!

      Btw,
      yakinkah awak Zyraroxx takde?
      Cuba tengokj betul-betul. Dari atas sampai bawah...
      Hehehe

      Delete
    2. Ada Zyraroxx ada. Hahaaha

      Delete
    3. Ada Zyraroxx ada. Hahaaha

      Delete
  4. Notebook!!! Yang rare dan unique! tak! sebab lagi menyesal kalau tak beli...beli ja, guna tak guna lain cerita...

    kali terakhir bulan 4 hari tu...komik afiq nazry. dan hanya akan beli komik dorang saja...huuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. >sofie adie

      Hahahaha. Notebook eh?
      Macam best je kumpul notebook. Mesti banyak dibeli tu yang comel-comel cover warna warni. Hehehe

      Kau beli Komik Misi kah? Misi Fizik dan Misi PLKN dah beli? Dah baca? Best tak?

      Delete
    2. yang dua tu belum lagiiii....tak check lagi kat kedai buku...=_=...
      kalau best ko nak beli gak ke?

      Delete
    3. >sofie adie

      Hehehe. Aku dah beli dua buku, tapi belum baca.
      Tengah tunggu gilaran kat timbunan komik. Hehe
      Saje je tanya, nak tau best ke tak. Hehehe

      Delete
  5. masa sekolah dlu,tiap bulan bila balik kg,akan tinggal duit sikit untuk beli conan hehe. dah keje ni mcm dah jarang beli sbab adik rajin beli pulak huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. >udez huda

      Kebelakangan ni Conan macam lambat sangat nak keluar volume kat Malaysia. Market Malaysia lembab sikit. Geram je nak baca online, tapi tak nak ada spoilers. Hehehe

      Kim salam adik. Hehehe *tetiba*

      Delete
  6. Nasib baikla(?) aku jenis cheapskate dan manjang broke.
    Tapi isu aku adalah susah nak buat keputusan bila nak beli brg yg aku mmg perlukan. Kasut, beg etc. Boleh keluar masuk shopping complex tapi tak beli pape pun. Sakit hati sgt nk g shopping benda2 gitu.
    Aku ada logik sendiri psl benda2 hiburan ni hehe. But I'd rather not share it sbb pendpt org lain2 kan.
    -Star-

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Star

      Nasib kau memang baik.
      Aku, kalau ada pilihan, aku pun tak mau membazir beli komik banyak-banyak, tapi sebab aku dah macam ni dari kecik jadi apakan daya. Hahaha

      Cite laa, nak jugak tahu logik hiburan kau tu. Hehehe

      Delete
    2. Hehe aku dulu time sekolah smpy U rajin beli gempak, kreko & arena. Angkut naik bas time cuti sem buat berat beg je. Conan pun aku beli edisi khas yg takde kt internet je.
      Tapi ni dah kerja xlarat nk follow sume tu. XD
      My warped sense of logic, biarlah rahsia.
      -Star-

      Delete
    3. >Star

      Hahahaha. Bab nak ngangkut balik rumah tu memang faham sangat.
      Kekadang komik lagi berat dari beg baju segala bagai.
      Masa sekolah dulu, aku siap tinggalkan satu locker komik kat asrama sebab tak dapat bawah balik rumah. Hahaha

      Delete
  7. aku pun ada satu rak komik. aku banyak komik gempak. zint, kaoru, ben, keith. tapi harga komik dorang naik mendadak. i is crying in front of the racks. T__T

    ReplyDelete
    Replies
    1. >NAD

      Kaaaannn? Kita sama.
      Sedih bila harga komik mencanak naik.
      Ingat lagi dulu, RM3.50 boleh beli Dragon Ball.
      Gempak pulak baru RM4. Tapi sekarang... T_T

      Delete
    2. Weh mmg mahal gempakstarz skg. Aku dok follow Zint Under18 je skg. Nipis pun RM10 T___T

      -Star-

      Delete
    3. >Star

      RM10? Wow! Mahalnya.
      Dulu rasanya tak laa sampai dua digit, kan?

      Delete
  8. komik jarang beli.. sebab boleh pau abang aku. dulu dia suka beli komik.. skrg dia suka donlod je.

    mungkin aku lg suka beli buku. tp tu pon ada had limit. 1 bln mgkn 1 je buku aku beli. cumanya, aku lg suka klu dpt baca terus kat kedai buku. feel dia lain mcm klu baca dlm kedai.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Haryz Khairuddin

      Hahaha.
      Abang aku pun dulu pembeli komik. Tapi sejak dia bercinta (dan sekarang dah kahwin dan ada anak) dia dah tak beli dah. Baca pun tak. Nampaknya, usia memang memberi kesan. Huhuhh

      Aku suka beli buku. Tapi takut bila beli buku nanti tak terbaca, rugi je mereput kat rak. Hahahaha

      Delete
  9. nak jawab nak jawab

    Kalian pula?
    -ye saya

    Mesti ada satu barang yang menjadi gilaan macam aku gilakan komik, kan?
    -haah

    Apakah barang tersebut?
    komik2..

    Menyesal tak bila terbeli banyak-banyak?
    tak pun..

    Aku tak menyesal beli komik, sebab boleh simpan. Beranak cucu besok nanti pun boleh baca lagi. Hehehe
    -ni soalan ke cadangan:D

    Btw, bila kali terakhir kalian beli komik?
    -lama dah komik one piece kat pudu..kedai lain susah nk jumpa one piece baru..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >nazha

      hahahahah.
      Rajin sungguh kau menjawab soalan walaupun tak disuruh. Huhuhuhu

      Kalau kau nak beli One Piece yg baru, cari kedai Comic Paradise dekat beberapa Aeon (Jusco) terpilih. Sana akalu ada baru mesti diorang jual. Huhuhu

      Delete
    2. LoL aku rasa naza silap komen kat thread aku.. Dah confuse jap..

      Delete
    3. >Mon

      Hahaha. Aku pon rasa macam tu. Hahaha

      Delete
  10. Aku ada banyak kegilaan.. Dulu figura otomen pasar malam. Lepas tu barang lukis.. pastu album kpop.. aaarghhhh apa yang telah aku lakukan indeed..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Mon

      Banyaknyaaaa...
      Kau ada tempat ke nak simpan semua tu?
      Aku yang kuat beli komik ni pun pening kepala nak sumbat mana komik aku tu. Hahahaha

      Delete
    2. klu area lembah klang atau cheras aeon mana ade?
      nama kedai?

      Delete
    3. C> Komik kalau banyak sangat aku bagi adik aku bwak balik kampung. Tapi setakat ni tak melimpah ruah lg komik kat rumah tu. Album lak tunggu pindah rumah baru aku nak ushar display cabinet.. Banyak sangat sedih tengok duk lam kotak je.
      Figura pasar malam nak taknak kena bagi laluan kat figura Avengers yg lebih mahal (collectibles wayang). Endup aku kumpul dalam beg plastik je. Huhuuuu..

      Naza> Kedai apa? kedai barang melukis ke kedai komik ke kedai album kpop? hohoho. Aku sekarang banyak online purchase je. Kecuali komik. Komik kalau keluar merayap baru rembat kat mana-mana kedai buku. Figura lak, pasar malam takpun mana-mana stand permainan kat supermarket. Nak otomen bandai memang cari kat Aeon. Kat tempat aku ada je Tomen Bandai tu kat Aeon Big Kota Damansara. Tak tau lak Aeon lain. Tempat lain aku taktau ada juai ke tak.. Nak ke?

      Delete
    4. >Nazha

      Kedai tu nama Comic Paradise.
      Paling dekat dengan Cheras ada dekat Aeon Cheras Selatan.
      Dekat Aeon Bukit Tinggi, Klang pun ada.
      Dekat Aeon Bandar Hilir Melaka pun ada rasanya kalau tak silap. Tempat lain aku tak pasti. Huhuuh

      Delete
    5. >Mon

      Hahahaha.
      Aku macam terbayang yang rak buku dan figura kau tu mesti menarik dan dapat tarik perhatian aku. Tetiba nak request suruh kau snap satu dua gambaq. Hehehehe

      Delete
  11. komik tempatan mostly sgt expensive in my opinion, why oh why? huhu
    but I am not a comic addict so it doesn't matter anyway..

    well for me, saya seorang stationery addict. happy kat kedai, balik rumah rasa nak nangis sebab banyak yang tak dipakai pun kat rumah.. in the end duit tak ada gembira pun tak ada haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. >miss fifi

      Setuju. Mahal. Walaupun mesti ada sebab komik tempatan mahal, tapi kenalah pastikan ia mampu dimiliki terutamanya kanak-kanak. Huhu

      Hahahaha. Faham sangat perasaan tu.
      Selain komik, aku jugak suka beli sticker. Sekarang, berlambak sticker kat dalam laci. Kalaulah sticker tu boleh tukar jadi duit...huhuhuh T_T

      Delete
  12. Ohhhh..aku gilakan tayar..tidakkkkk..asal pegi kedai tayar jumpa bunga baru cantik2, mesti angkut paling kurang 2 bijik..padahal bunga yg dipakai tebal lagi..dekat rumah pernah ada dekat 20 bijik..sekarang masih boleh pasang 2 kereta setengah..ohhh tidakkk..aku sedang belajar kurangkan pegi kedai tayar disebabkan masalah kewangan sekarang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Anonymous

      Seriously ke gila tayar? Wow!
      Tayar bukan sekupang dua. Kalau sekali beli dah dua bijik paling kurang, kat rumah ada 20 bijik, dekat mana kau simpan tayar tu? hahaha.
      Unik sungguh suka bunga tayar. Aku suka. Aku suka.

      Delete
    2. Yupp..aku shopping sebulan sekali je kat kedai..tunggu stok baru masuk..tengok bunga mana cantik sesuai saiz tayar..kalau sangkut baru ambik..bukan selalu ambik..tapi disebabkan tayar ni bukan sebulan dah abis pakai..jadi melambak la dalam stor..dan meranapkan poket..kadang2 masa insaf tu rasa buat kerja sia2..tapi aku suka..like a girl with handbag and shoes..ouhhh..

      Delete
    3. >Anonymous

      Hahahah.
      Tapi sebulan sekali pun, kalau dah harga sebiji pun ratusan, banyak jugak kau berhabis, kan?
      Kena kontrol sikit bro. Tambah-tambah nak dekat raya ni.
      Hehehehe

      Delete
  13. Kasut, buku nota, barang lukis. Tiga benda ni memang tak terguna pun aku beli juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >ben

      Hahaha.
      Kalau semua tu murah-murah takpe jugak, kan?
      Ni mahal-mahal belaka. Macam aku, kekadang lepas beli baru fikir apsal aku beli ek? Heheheh

      Delete
  14. hahahaha samalah.... xD
    plus kepada yang minat novel -.- main selit je susun

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Kei Konves

      Susah kan bila beli dulu baru fikir nak sumbat mana.
      hahahah. Last-last tersadai atas lantai memenuhi bilik. Hhehehe

      Delete
  15. Samele.. aku hantu komik jugak.. tapi sejak pernah melalui zaman gawat yang gawat bangat, aku dah kurang membeli.. Kat umah pun dah menimbun...kalau jual dengan harga asal, pakcik kayooo..haha..

    Dulu, aku penyokong tegar majalah komik tempatan.. Dulula.. Sekarang, aku bukan sape2.. Haaah, so sad.. XP

    ReplyDelete
    Replies
    1. Last beli komik, BOTK..!! hahaha, kira baru jugakla kan..! Aku masih boleh diselamatkan..!

      Owh, tapi aku taktau aku gila apa.. hmmmmmmm..sweater and hoodies kooooooottt.. tapi again, tu semua dulu..

      Delete
    2. >Lee-kun

      Kenapa dulu? Sekarang dah tak ke?
      Apa yang berlaku?
      Jangan jual balik komik kau tu, Lee.
      Mana tau akan datang aku nak bukak 'comic cafe', boleh kau tolong supply bahan bacaan komiknya. Hehehe

      Delete
  16. Husband aku gila komik jepun juga sejak sekolah menengah dan kau memang tak nak tau berapa rak dalam rumah ni khas untuk komik2 dia sahaja termasuk shin chan, kindaichi, conan, kreko. Aku pulak suka komik dari zaman matrik. Komik orang malaysia jugak. Pelukis dia nama Zint. So far baru satu komik aku beli sebab Zint ni keluarkan komik bukan tiap2 bulan pun. Selain itu aku juga suka kumpul handbags. Ahaksss

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Kon

      Hahaha. Ramai rupanya suka Zint.
      Aku dah lama dah tinggalkan Zint. Tapi kalau nak baca balik boleh je.
      Pinjam komik Zint dari kau je laa, Kon.
      Boleh pinjam sekali komik husbando kau. Hehehehe

      Delete
  17. Kalian pula?
    - ya saya?

    Mesti ada satu barang yang menjadi gilaan macam aku gilakan komik, kan?
    - satu barang yang menjadi kegilaan... hmmm, dulu ada, sekarang dah kurang banyak dah kegilaan aku tu, sebab aku mula rasa contents dia dah agak lame... faktor usia kot... lol

    Apakah barang tersebut?
    - komik tempatan, GempakStarz dan Kreko (tempatan la sangat Kreko tu, haha~)

    Menyesal tak bila terbeli banyak-banyak?
    - tak, sebab kadang2 aku bukak jugak komik2 tu bila nak cari reference untuk lukis apa2 scene or background yang simple ikut style yang tertentu... kehkeh

    Btw, bila kali terakhir kalian beli komik?
    - sometime last year, komik korea, cerita pasal kucing, cantik style lukisan dan coloring dia, memberi inspirasi ;3

    p/s: uuuuu... i see, everybody's in it, semangat nakama? ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. >plain83

      Hahaha. Sorang lagi gigih menjawab soalan. Aku suka. Hehehe

      Sama laa aku pun. Kekadang aku jadikan komik sebagai reference untuk composure, ration, posing dan background. Komik ni banyak membantu gak sebenarnya, jadi pada aku tak rugi pun simpan banyak-banyak.

      Hahaha. Nice for you to see.
      Takde laa semangat nakama sangat, cuma sesaje nak bagi kepuasan kepada mata yang mencari. Hehehehe

      Delete
  18. dr dulu sampai sekarang suka beli buku. tak kesah jenis buku apa, novel, komik, majalah semua boleh. hahahhaah

    dulu selalu layan kreko ngan arena kalau nak layan komik.

    sedih kat malaysia susah jumpa manga/komik anime2 yg underrated. T^T so, terpaksa layan manga online, walaupun BV pun lebih prefer kepada keseronokan hidu kertas manga/komik tu. hahhahahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. >BV

      Waaahhh!
      Mesti penuh rak buku BV, kan?
      Tapi memang betul. Banyak manga dari luar yang tak lepas masuk Malaysia atas isu yang kadang2 tak relevan pun.
      Kalau nak beli sangat pun sama ada order online, ataupun baca online je. Huhuhu
      Tapi bau kertas manga memang sangat best! Hehehe

      Delete
  19. erm.. sama lah. banyak komik jugak~~~ Tapi, saya sedapkan hati sendiri dengan ayat: "saya pelukis komik, tak rugi beli, untuk rujukan". Huhu... Dan saya mengalami masalah rak buku juga. (bukan rak saja, malah ruang bilik) Lepas tu bila dah susun elok2, masalah sayang nak ambil baca, sebab tak nak sepahkan yang dah susun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Amna

      Hahaha. Sama laa.
      Kalau susun elok-elok nanti sayang pulak nak rosakkan susunan tu. Baik bersepah je. Lagipun walaupun bersepah, still tahu dan ingat mana ada dekat mana. Hehehe

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: