Salam,
seperti yang dijanjikan tetapi tidak dinantikan,
topik hari ini ialah rambut (lagi).
Tajuk entri tiada kaitan dengan isi.
Cekak, pada diri aku, bukanlah sesuatu yang baru.
Aku pakai cekak sejak zaman belajar dulu lagi.
Bila kau malas sikat rambut,
dan kau bergerak berhelmet naik motosikal ke sana ke mari,
nak mengekalkan gaya rambut yang stail memang cabaran.
99 masalah mahasiswa, aku tak mahu masalah rambut tak bergaya adalah salah satu daripadanya.
Banyak lagi esaimen aku kena kopipes daripada terus memikirkan isu rambut.
Maka, cekaklah penyelamatnya.
Sekadar slide dari depan dan...TADAAAA!
All is well.
Namun,
beberapa masalah utama dengan cekak ialah:
(1) instead of dipandang 'ada style', lelaki bercekak akan dipandang pelik, tambahan pula macam aku yang dikelilingi dengan orang sains. Orang sains punya persepsi lain sikit. Lelaki kena nampak smart dan nerdy, preferably rambut pendek sikat tepi dan bercermin mata tebal. Bila nampak lelaki pakai cekak dan rambut separa panjang, semua akan label mat rempit kaki main belen. Bertambah teruk lagi bila kau sebenarnya memang seorang penunggang motosikal tegar. Terus kena cop tidak ilmiah. Pendapat kau ditolak bulat-bulat hanya kerana...kau pakai cekak.
(2) sebab aku jarang sikat rambut, maka bila dikenakan cekak, rambut belakang aku akan mengembang. Aku nak describe rambut tu nampak macam singa, tapi sebab singa adalah seekor haiwan yang power, awesome, dan cool, aku pula sebaliknya, maka adalah lebih sesuai untuk aku describe rambut tu macam cicak mengkarung leher kembang. Kembangnya bukan sedikit, malah dari jauh mampu kelihatan seperti afro.
(3) bila aku pakai cekak, dan aku pakai cermin mata, bahagian hujung masing-masing akan bertemu dan berlaga. Sebab hujung bingkai cermin mata aku logam, dan cekak aku pun logam, maka seolah-olah ada perlawanan pedang antara dua kesatria berbaju besi di belakang telinga aku. Ketung ketang ketung ketang bunyinya bila aku bergerak. Macam music entrance untuk ahli gusti masuk gelanggang. If you smelll...
Maka,
cekak hanya jadi pilihan aku bila aku tiada pilihan.
Biasanya aku sentiasa tiada pilihan, maka cekak sentiasa menjadi pilihan aku.
Sampailah sekarang.
Jadi,
bila ternampak lelaki pakai cekak dengan rambut kembang, kalau kulit dia tak putih gebu kpop dan badan dia tak sado macam Ankel dan tak tinggi macam Aliff Aziz, kemungkinan besar itu aku.
Kalian pula bagaimana?
Apa persepsi kalian dengan lelaki bercekak?
Adakah cekak layak dipakai oleh lelaki atau hanya untuk wanita?
Adakah gerakan feminisme bakal memperjuangkan hak eksklusif cekak untuk kaum wanita?
Adakah pemanasan global itu real?
Nyatakan pendirian anda di bahagian komen. **ewah!**
.
Hahahahaha mcm mengkarung. hahahaha. Kenapa tak macam goku?
ReplyDeleteLelaki pkai cekak agak cool. Depends pd rambut dan jenis cekak. seeloknya jgn pilih cekak plastik tebal/lebar. Pilih yg halus atau wire. Warna mestilah hitam. Hanya hitam.
Wah dh mcm perunding imej!
>Zyra
DeleteGoku takleh. Goku awesome. Saya tak. Hahaha
Hmmm...rasanya saya bukan dalam kategori yg sesuai kot pakai cekak. Hahaha. Saya punya cekak memang dawai hitam. Band warna kuning dalam komik di atas sekadar nak tunjuk je ada cekak. Hahahahahha
Hahahahahaha.. so, aku boleh bayangkan bila cEro pakai cekak. Wkwkwkw ~
ReplyDelete>Aujinz
DeleteDalam bayangan kau tu, aku kacak ke tak?
Atau macam 'hmmm, okay laa' je? Hahahaha
Ada sorang mamat jambu ofis aku pkai cekak.. Kacak jugak HAHAHAHA
ReplyDelete>Mon
Delete**sapu air mata**
Tapi Mon...Aku tak jambu.
Jamban ada laa. Huhuhu
ok je..sebab bestfren I pun pakai cekak jugak..and same reason with u..sebab senang bla pakai helmet
ReplyDelete>udez huda
DeleteMungkinkah besfren U tu adalah I?
Atau I adalah besfren U?
Huhuhu
wow
ReplyDeleteada soalan teka teki lagi..suka3..
Kalian pula bagaimana?
-aku alhamdulillah sihat hehe
Apa persepsi kalian dengan lelaki bercekak?
-nampak kool..dan kurg matang..
Adakah cekak layak dipakai oleh lelaki atau hanya untuk wanita?
-both gender
Adakah gerakan feminisme bakal memperjuangkan hak eksklusif cekak untuk kaum wanita?
-hmm..ko buatlah gerakan kesaksamaan gender dgn nama "masculinism"
Adakah pemanasan global itu real?
-alhamdulillah cheras asyik hujan je skg..
>nazha
Deletehahahaha..
Asyik kau je yang gigih menjawab soalan aku.
Bagus. Bagus.
Baidewei, bila nak kenalkan aku dengan seorang jodoh. Hahahahahaha
aku selalu nampak laki pakai cekak kat kedai makan, i mean tukang msk or pelayan yg berambut agak panjang.
ReplyDeletehmm mengkarung tu yg mana eh? nama english dia apa? hoho
the third problem is worldwide problem
>NADIA
DeleteAku pun selalu nampak org dalam f&b industry pakai cekak. Maybe senang nak bekerja kota, tak payah fikir pasal rambut nak terjuntai ke depan. Huhuh
Mengkarung tu cicak tapi besar. Yang spesies leher berkipas ni orang panggil Chlamydosaurus a.k.a frilled neck lizard. huhuhu
-Ayat-
ReplyDeleteCoach Ukai dalam anime Haikyuu!! merupakan lelaki bercekak yang paling cool bagi aku, dgn muke maskulin dia tu dan rambut dia kembang...
>Ayat
DeleteAlaaaa...Aku tak layan Haikyuu!!
Tapi, rasanya kalau coach yang cool, maskulin, rambut kembang, itu dah macam description tepat untuk aku tu...
Huhuhuh
**muntah hijau**
Tak kisah...depa kool..sebab xmau kisah dgn apa yg orang pikir ttg diorang...sesape boleh pakai...jadahnya nak perjuangkan hak hanya isu cekak nan senoneng nih...banyak lagi isu lain cero...
ReplyDeletepanas? mana ada panas...cuaca tengah tak stabil...menyebabkan banyak ayam mati...
>sofie adie
Delete'Depa' yang kool tu termasuk aku ke? (perasan..huhuhu)
Hahahaha.
Aku perasan laa ni ramai je yang nak perjuangkan feminism utnuk semua benda. Tak mustahil nanti cekak pun boleh jadi salah satu daripada perjuangan mereka? Huhuhu
Ha'ah laa, betul laa.
Laa ni cuaca macam cak cilok sikit. Sekejap panas ya rabbi, sekejao hujan banjir kilat. Huhuhu
Cekak ye... Hmm... Itu perkara biasa dilihat. Tak pelik pun. Mungkin sebab saya duduk sekitar budak arts. Benda ni normal. Tapi adakah cekak sesuai dengan Cero? Hehe.. Tak tahu~~~
ReplyDelete>Amna
DeleteTry pakai cekak sekitar budak sains. Pandangan mata diorang semua tajam menusuk kalbu ooo...
Entah mana silapnya pun tak pasti. hahahaha
Sebab duduk dekat sini, memang dah biasa dah tengok lelaki pakai cekak. Ada juga few seniors lelaki pakai cekak kat sini. Nampak okay je :)
ReplyDelete>Farah
DeleteTetiba rasa nak duduk sana.
Duduk sini, rambut panjang sikit orang dah persoalkan tahap disiplin diri dah. Huhuhuhu
pergh pakai cekak macam protagonis yakitate ja-pan..
ReplyDeleteada gadis ayu bagi x cekak tu??
jeng jeng jeng~~~
>budoxe lee
DeleteLupa dah nama hero dia tu..Azuma Kazuma ke hape. Hehehe
Cekak tu adik aku yang bagi. Eh, tak. Sebenarnya aku cilok dari simpanan dia dulu. Huhuhuhu
cekak nie memang normal lah kalau lelaki pakai. banyak je jumpa. rambut pendek pun ada juga guna cekak nie. nak yg rare sikit ikat la rambut depan tu. hahahahhahaha :D
ReplyDelete>BV
DeleteKena tengok environment jugak BV.
Kalau dengan kawan2 satu kepala, cekak macam tiada masalah sangat.
Tapi kalau bawa ke tempat kerja, aduuuhhhh...mata yang memandang serong boleh melemahkan jantung oooo...
hai cEro ! *lambai-lambai tangan*
ReplyDeletekenal lagi tak? (mcmlah sblm ni pernah kenal hahaha)
opss sorry lama tak singgah. alasan cliche - bz sikit lately =P
cekak = lelaki : pada pndpt aku ok je. zmn skrg ni pakai je nak pakai ape pon as long as kena confiden. buat2 confiden cantik / hensem je cEro (walaupon mmg dah hensem atau tak sekalipun) hehehe
>anamizu
DeleteHai Ana.
Mestilah kenal.
Long time no see. Busy ye. Hehehe
Selalunya memang set dalam fikiran, sbb yg pakai tu aku so peduli apa orang lain. Tapi bila asyik terpandang orang pandang slack, terus rasa morale down. Hahahahaha
Apa persepsi kalian dengan lelaki bercekak?
ReplyDelete- biasa je, neutral...
Adakah cekak layak dipakai oleh lelaki atau hanya untuk wanita?
- both gal n guy can wear cekak, cekak punya status is almost similar to a cap (pada aku)
Adakah gerakan feminisme bakal memperjuangkan hak eksklusif cekak untuk kaum wanita?
- LOL
Adakah pemanasan global itu real?
- sekarang yang disebut2kan ialah 'climate change', while global warming is kind of like yesterday's news...
CEKO CEKO AH!... hahaha! lawak bunyi ni ;3
>plain83
DeleteHahaha. Yesterday's news pun, itu rasanya yang buatkan climate change yang melampau. Aku ada terbaca sampai tahap katanya kutub magnetik bakal berubah dan kutub utara dna selatan akan bertukar tempat....entahlah.
Macam teruk je.
Yeah, we're facing the subtropics now, makin jelas rasa perubahan climate nih...
DeleteOh, Pole shift? Yeah, ada teori pasal tu yang dikaitkan dengan jumlah earthquakes yang makin kerap melanda bumi... magnetic pole shifts/reversal dalam bumi ni, para scientists kata ianya dah pernah berlaku suatu ketika dulu, dan ianya mungkin akan berlaku lagi (macam tak mustahil la), dan kalau ianya berlaku dengan drastik sangat, memang mampuih laaa... hahaha. However, this could only be just a propaganda of the us to cover up something else, not gonna talk much about that hahaha~
Allahua'alam, god knows...
Ilmiah sungguh komen2 di sini.. I'm glad I took the time to scroll.. Sebenarnya aku nampak CEKO CEKO AH! tu jek.. Aku macam biasa dengar lagu yang sebut CEKO CEKO AH! CEKO CEKO IH tapi taktau apebende sebenarnya.. haissh, banyak benda aku taktau.. LOL
Deletetbh aku tak berapa gemor lelaki rambut panjang , tapi bila laki rambut panjang tu dia pakai cekak yang macam dawai kerinting tu aku terus jadi suka. nampak tak betapa penting nya cekak dalam kehidupan seharian? wkakaka.
ReplyDelete>Ezan Idma
DeleteHahahaha.
Cekak memang sangat penting terutamanya untuk orang yang malas nak maintain rambut yg style macam aku. Hahahah
biasa je, unless dia pakai formal, tu nampak pelik..bab nampak cam kurang intelektual tu mungkin jugak la..tapi lantak pi la..rambut aku, kang jatuh ke depan acah-acah Bieber korang kata geli plak
ReplyDeleteby the way, aku suka giler katun tu..bernas macam nenas!
>SalbiahM
DeleteHahaha. Betul tu. Rambut ni kena ikut kesesuaian.
Kalau dah berkemeja, ber-tie, pakai seluar slack kasut hitam sekali rambut pakai cekak, itu namanya mintak nak kena kutuk. Hahahaha
Thanks. Harap kartun aku boleh sentiasa nenas...eh, bernas. Hahaha
aku? Ok..here we go..
ReplyDeleteHmmmmm, agakla... Dulu pandang lelaki bercekak macam pelik tapi sekarang dah biasa..dah tak heran..
Aku sekarang pengguna tegar cekak.. Pada pendapat aku, selagi ko tak pakai cekak ada bunga2 macam bridesmaid, so takde halla.. Tak menyerupai perempuan kan? Menyerupai binatang yakni mengkarung, takpe.. Mana tau boleh dapat ilham reka gaya kungfu mengkarung semasa pemakaian cekak..haa.. UvU
Sorrry, aku tak faham feminisme ni konsep ape benda entah yang nak diperjuangkan so aku tak mampu jawab soalan part ni.. tapi kebarangkalian tu ada kalau pejuang2 ni mula terasa lelaki bercekak mencabar mereka..taktaula dari segi apa..
Yeee, pemanasan global is real, I tell you.. Tapi aku, bekerja di tempat ekon yang sejuk nak mampus sampai rasa nak marah jek.. Ironi kan..?