Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Jan 13, 2016

Cara Menyebut Nama cEro dengan Betul.


Salam.

Baiklah murid-murid.
Hari ini kita akan belajar sebutan.
Jadi lembutkan lidah, tajamkan pendengaran, berikan tumpuan sepenuhnya kepada kelas ini kerana apa yang bakal kita belajar ini tidak mungkin akan diajar di mana-mana kelas pun (kecuali kalau aku yang bertanggungjawab membuat silibus pembelajaran di sekolah)






Thank you random noseless, earless, white citizen for asking that question.

Sebelum aku jawab, biar aku tanya kalian dulu.
Bagaimana kalian sebut nama cEro?
See-ro? Kay-ro? Say-ro? Chair-ro?

Sebenarnya pada mula masa aku nak guna nama cEro ni aku sudah agak dah masalahnya ialah sebutan.
Maksud aku, aku guna nama cEro, bukan Abu.
Kalau aku guna nama Abu, sudah tentu nak menyebutnya senang.
'A' dan 'Bu'. Jadilah Abu.
Tapi cEro lain.
'cE' dalam cEro boleh dibunyikan macam-macam.
Tambahan pula cEro bukanlah nama melayu, atau Malaysia.

Rasanya aku sudah berkali-kali kongsikan cara nak sebut cEro.
Tapi selalunya aku kongsi dalam intro entri,
so sangat understandable bila orang terlepas pandang.
Lagipun, siapa je yang baca intro, kan?
Introduction is for weak. Hehe.

Sebelum itu,
biar aku kongsikan sedikit sejarah blog ini.

Pada awal penubuhan, blog ini sebenarnya ada dua pemilik.
Sebab itu nama blog ini ialah 'nULL & aLteRnate' dengan Null merujuk kepada kosong (sifar, kawalan) dan Alternate ialah berkenaan sesuatu yang bukan kosong (dimanipulasi).
Dua pemilik blog ini ialah Kosong dan Satu.
Kosong jadi cEro (Spanish untuk 'zero') dan Satu jadi uNo (juga Spanish).
Ia macam get logik (logic gate) Boolean dalam fizik di mana wujudnya 1 dan 0.

Kemudian,
uNo beri hak blog sepenuhnya kepada cEro dan blog ini jadi cErolian.

Daripada sedikit sejarah itu,
dapatlah kita tahu bahawa cEro ialah sifar dalam bahasa Sepanyol.

Dalam bahasa Sepanyol,
cero (sifar) berbunyi seperti say-ro.
Jadi nama cEro juga sepatutnya berbunyi say-ro.

Tapi zero dalam bahasa inggeris berbunyi zee-ro.
Sebab itu bila ada yang sebut cEro sebagai see-ro, ia masih boleh diterima.

Yang pasti, 'cE' dalam cEro tak akan memberi bunyi 'k'.
Kay-ro, Ke-ro, itu semua sudah lari jauh.
Begitu juga dengan bunyi 'c'.
Chair-ro, chee-ro, che-ro, semuanya tidak diterima.

Pernah satu masa dahulu aku (cEro) dipanggil Kerol atas andaian cEro disebut 'kay-ro' yang datang dari nama Khairul.
Wow, berlapis-lapis dia punya assumption, kan?
Aku tiada kaitan dengan mana-mana Khairul yang wujud.
Hahahaha



Walaupun sudah hampir 7 tahun aku berblog dan guna nama cEro,
tapi sebab kenapa masalah sebutan bukanlah isu yang besar adalah kerana blog ini berkonsepkan tulisan (dan lukisan) dan bukannya lisan.
Maka tiada keperluan untuk aku tekankan dan betulkan bunyi sebutan cEro sebab kalian 'membaca' bukannya 'mendengar'.

Tambahan pula peratusan untuk kalian kenal aku in real life adalah rendah,
dan kalaupun kalian kenal aku in real life, kalian takkan panggil aku cEro.
Kalau panggil juga cEro, aku berani jamin aku tak akan respon ke atas panggilan tersebut.
Aku hanya cEro di dalam alam maya. Di alam realiti, aku ada nama sebenar.
Yang pasti nama aku bukannya Khairul. WAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!

Tapi rasanya tak rugi pun kalau kalian tahu sebut nama cEro, kan?
Bukankah langkah pertama perkenalan ialah dengan mengetahui nama?
Apa guna tahu nama tapi tak tahu sebut, kan?
Mana tahu, dari nama yang disebut di mulut, bakal menjadi nama yang dikenang di hati.

Aww, yiss!

Lagipun,
aku bakal takluk dunia satu hari nanti,
so the least you must know is to know how to pronounce the name of your (future) king, right?

**kenyit mata**


Sebagai rumusan (untuk mereka yang skip bahagian tengah dan terus ke bawah),
cEro BOLEH disebut sebagai say-ro, ataupun see-ro (bergantung kepada si penyebut)
cEro TIDAK disebut sebagai kay-ro, ke-ro, chair-ro, chee-ro, che-ro dan semuanya selain yang disebut sebagai BOLEH di atas.
Nama sebenar cEro BUKAN Khairul (INI PENTING!)

Sekarang,
cuba bagitahu aku macam mana kalian sebut cEro sebelum ni.

Sekian.






52 comments:

  1. saya sebut che-ro. sebab rasanya sebutan tu comel. walaupun tahu sebutan tu salah lewat membaca intro2 entri sebelum ni tapi pedulikkk! nyiahahaha.

    baiklah-baiklah, tukar sekrg. hi say-ro :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Zyra Roxx

      Hahaha. Apa comel-comel, hah?
      Tapi sebab tak ada keperluan untuk dengar sebutan nama, so tak kisah sangat pun orang nak sebut apa. Hahahaha

      Delete
  2. Replies
    1. >NADIA

      Ye saya!
      **angkat tangan**

      Delete
  3. salam kenal...memang unik blog ni.hi say-ro!

    ReplyDelete
    Replies
    1. >SalbiahM

      Salam kenal. Terima kasih sebab sudi berkunjung :)

      Delete
  4. Kah kah kah... aku dah agak mesti bruh buat entri pasal nama. Kakakaka...walaupun aku dah lama tau macam mana nak sebut nama hang, tak dulik, nak panggil Chair-ro gak.. kakakaka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Aujinz

      Kena selit gak bro entri ni, sebab aku tahu walaupun dah bagitahu banyak kali tetap orang tak nak ubah. hahahaha

      Chair-ro pon chair-ro laa..hahahahha

      Delete
  5. aku dah comment boleh plak line corrupted. jahanam- jadi aku taip balik

    memang sebelum2 ni aku sebut chair-ro pun. but who cares. tapi aku tak pernah sebut pun sebab biasanya aku baca senyap2 je jalah dalam hati.

    Katakan cerita di atas ni dusta belaka. sbnrnya nama kau mungkin che rostam or che romzi jadi amik short form je jadi la cero kan kan kan..

    but i juz wondering why name cero yang konon2nya dari spenish tu di tulis cEro. kenapa mesti huruf E di tulis huruf besar? bukankah ini merosakkan bahasa.?

    Ahaha don take it sserius bro

    ReplyDelete
    Replies
    1. >KorN

      Terima kasih sebab sudi taip balik. Kalau orang lain dah give up dah. Hehehe

      Aku tergelak besar dekat che rostam/ che romzi tu. Jadi cEro terus. Hahahaha

      Oh, aku pernah bagitahu dulu. Sebab aku rempit, jadi aku tulis cEro ala-ala tulisan rempit kittew ta kuad. Hahaha.

      E sengaja dibesarkan dalam cEro sebab nak bezakan dengan cero dan Cero yang lain sebab nama cero itu sendiri bukanlah rare pun, ramai je pakai. Hehehe.

      Thanks bro :)

      Delete
  6. Yah.. Aku punya sebutan memang hit and miss la. Tapi memang aku sebut say-ro pun selama ni. Ingatkan nama tu datang dari anime Bleach. Ahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Mona

      Itu pun boleh jugak sebenarnya. Kebetulan masa aku ambik nama cEro tu, anime Bleach tengah meletop-letop tentang cerita arc Arrancar dia, so bila aku pakai nama tu aku rasa macam wowo powernya aku...hahahahah

      Delete
  7. salam bro cEro., gudjob kipidap., hehe2

    ReplyDelete
    Replies
    1. >tiga lalat

      Salam Wak. You too. Gudjob kipidap dongibab. Hehe

      Delete
  8. aku tak sangka aku akan mulut aku terkumat kamit menitipkan kata2 sayro chero cheero see ro tatkala menaip komen ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >nazrul ali

      Hahaha. Kau memang pembaca yang setia.
      Aku rasa mostly orang lain baca komik pastu skip ke hujung, sebab tu aku buat rumusan. Heheheh

      Delete
  9. aku dari mula panggil chair-ro. sebab aku kan engelish teacher pfftt. lama lama, aku panggil hang, weh, atau bro je senang hahahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. >mashy_entah

      Hahahaha.
      nak mudah panggil aku C je, aku tak kisah.
      Tapi bunyi chair-ro tu macam pelik sikit arr. Macam bangku. Chair=bangku, get it? Hahahahaha
      **hambar**

      Delete
  10. bukan dh pernah ke update entry psl nama cero?

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Miss Fireflies

      Pernah Kon. Bukan sekali, tapi dah banyak kali dah aku bagitau pasal nama cEro dan cara sebutannya.
      Tapi biasalah.
      Manusia kena selalu beringat. Hahahahah

      Delete
  11. mcm2 sebutan. hahaha. ingat che-ro. dulu cEro pernah jugak kan buat entry pasal nama n kenapa E dibesarkan dalam nama cEro. patut link kan semua yg berkaitan nama tu dalam entri nie. hehehe~ *cuma cadangan cikedis semata

    ReplyDelete
    Replies
    1. >BudakVanilla

      Terima kasih sebab bagi cadangan. Memang dulu pernah buat dah entri bagitahu asal usul nama tu, tapi tak khusus macam entri ni. Entri ni khusus untuk cara sebutan sbb kalau orang nak cari, senang je terus baca tajuk. Hehehe

      Delete
  12. Replies
    1. >stickynote

      See-ro masih boleh diterima. Hehehe

      Delete
  13. Thanks to bleach, pertama kali aku jumpa blog kau, aku dah tau sebutan nickname kau adalah seperti ichigo sebut "cero!" bila dia nampak menos grande nak lepaskan tembakan cero ke arah mangsa2 keadaan pada waktu serangan hollow. Keh ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. >plain83

      hahahaha...
      Masa aku amik nama cEro ni masa tu anime Bleach memang top.
      Jadi bila pakai nama ni macam rasa bangga sikit. Hahaha
      Unfortunately, anime Bleach sudahpun tamat.
      Kalau diorang sambung buat arc baru pun okey jugak rasanya. Hehehe

      Delete
  14. Peratusan nk kenal cEro in real life rendah ye? Hmm.. bangga sekejap sebab pernah jumpa cEro. Oh ya, selama ni saya sebut see-ro. nasib baik boleh diterima.

    Psst.. Bila kita boleh jumpa lagi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Amna Shark

      Hahaha. Tak ada apa yang perlu dibanggakan pon Amna.
      Maybe kalau ada peluang kita boleh berjumpa lagi, berkolaborasi mungkin? Hehehehe

      Delete
  15. Aku selama ni sebut shee-ro. Kau wat aku teringat shiro shinchan! -Ni Yus. Aku bnyk benau Ekaun. Maap la aku jrg drop komen. Tp aku xpnh miss baca blog kau cEro! XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Yus

      Hahaha..banyak betul akaun kau ni. Hehehe
      Shee-ro dengar macam comel gila...
      Terasa comel sekejap.
      Takpe, asalkan ada yang membaca pon aku dah bersyukur dah.
      hahahah

      Delete
  16. aku sebut 'cairrrr oooo' hahahaha !

    aku dulu pon mulanya dok see-ro gak la.
    bila ada pnh terbaca entry psl nama blog hang, barulah aku taw owhh rupanya sebutan dia say-ro (zero in spanish)

    eh betui gak no kot2 nama che rostam kahkahkah opsss =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. >anamizu

      hahahaha...Serius aku gelak besar bila KorN di atas kata pasal Che Rostam. Boleh buat nama timang-timangan ni.
      Hahahaha

      Delete
    2. che ta ok je nama timang-timangan dia 'che ta' hahaha

      Delete
  17. Replies
    1. >atikah hashim

      See-ro pon okey :)

      Delete
  18. Saya sebut see-ro sebelum ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Farah

      See-ro tu masih boleh diterima lagi, takde laa lari menyimpang jauh sangat. Hehehehe

      Delete
  19. Yes, aku sebut say-ro sejak dari aku jumpa blog ni dah... Sejarah aku jumpa blog cero sewaktu aku cuba search untuk charater series Heroes, ya entri first yang aku baca ialah entri cero pasal kuasa yang cero paling inginkan dan lepas tu aku jumpa cerita time travel cero iaitu Vortex...
    Sejak dari hari itu aku mula mengenal blog cErolian...
    Thanks sebab buat hidup aku epic ya bro!! !
    Kipidap!! !

    ReplyDelete
    Replies
    1. >kyren

      Thanks Khai.
      Rajin-rajin laa singgah blog aku, baca dan komen.
      Asalkan tak komen yang merepek-repek boleh laa aku layan.
      Kalau merepek aku rasa orang lain pun malas nak layan, kan?
      Hehehe

      Delete
  20. weyhh say-ro kenape header dijadikan sebegitu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. I think he is in a 'black-out' mood. Hey C, i know you are over there and i know you can get through this :)

      Cheers for say-ro!

      Delete
    2. >anamizu
      >Zyra Roxx

      Dark week(s) for me.
      Inside out.

      Delete
    3. awal-awal minggu Januari aku pon was a Dark week jugak ekceli.
      tapi Alhamdulillah hari-hari berikutnya tu banyaaak kemanisan.

      "an arrow can only be shot by pulling it backward.
      when life is dragging u back with difficulties, it means
      it's going to launch u into something great.
      So just focus, and keep aiming"

      I know that feel say-ro.
      and I know U can ;)

      nahhh The Arrow untuk hang :
      [img]http://www.clipartbest.com/cliparts/dc8/xXr/dc8xXrEei.png[/img]

      Delete
  21. Aku sebut see-ro.. aku tringin nak tau nama penuh ko.. UvU

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Lee-kun

      Nama penuh aku biasa-biasa je Lee.
      Hari ni aku bagitau, esok mungkin kau dah lupa sebab terlalu biasa. Hahahaha

      Delete
  22. sejak aku kenal blog ko ni mmg aku sebt cEro sebagai see-ro..eventho aku tau sbnrnye sebutan die say-ro dan aku jugak bekas pelajar Bahasa Sepanyol mase di Uni dlu..tp pedulik ape aku..cee-ro lg chumel kot sebutannye..mcm anak aku..muahahaha!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. >CeeTee

      Hahaha...see-ro memang dengar macam comel je, tapi hakikatnya pemilik nama cEro ni sangat purba dan sangatlah tidak comel. Hahahahaha
      Kim salam anak :)

      Delete
  23. Aku rasa entry pasal nak sebut nama ko ni dah pernah ada previously, few years back. Aku ingat lagi, sebab dari situlah aku baru tau sebut cEro cemana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >~* chirpy_chummy *~

      hahaha...memang dah pernah sebut dah Mar. Ada dua tiga entri dah aku bgtau cara nak sebut, tapi bukan sebagai isi penting la. Kali ni memang aku saje fokus nak bagi orang tahu cara sebut yang sebenar supaya next time aku tak payah explain lagi. Hehehe

      Delete
  24. Aku sebut siro dlm hati. Ok la..x jauh sgt. Tapi camne la ada org boleh assume nama kau khairul. Maybe kau org yg sama dgn blog theotherkhairul ke, tu yg org ingat nama kau kerol..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Bro Ley

      Itu aku pelik tu. Jauh betul dia punya assumption dari cEro terus jadi Khairul. Wahahaha
      Kau jangan. Nanti theotherkhairul saman aku nanti pulak kalau aku mengaku aku ni dia. Hahahah

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: