Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Jun 3, 2015

Rumput Tidak Pernah Lebih Hijau.


Salam,

Entri ini mempunyai aura negatif yang sangat tinggi,
aku cadangkan kalian tak terus membacanya.

Proceed on your own risk.





Nampak tak muka cEro di atas?
That's cEro while looking at other people living his dream.
Muka cEro nampak normal,
tapi dalaman dia hanya Tuhan yang tahu.


Semua orang ada impian yang tidak tercapai.
Kecewa kan?
Life must go on, kita redha dan terus ke depan.
Tapi suatu hari terjumpa pula seseorang yang hidup dalam impian kita itu.
Dengki? Tidak langsung. Sakit? Mungkin sikit.
Tapi apa yang lagi sakit adalah dia yang hidup dalam impian kita itu langsung tidak bersyukur, malah mempersoalkan jalan hidup dia yang pada dia, sepatutnya lebih baik.

Itu impian kita, tapi dia yang dapat.


Biar aku berikan satu contoh situasi:

Bayangkan impian aku ialah ingin menjadi pegawai hal ehwal asas pejabat (office custodian) a.k.a cleaner.
Tetapi, atas sebab-sebab yang tidak boleh dirumuskan dalam satu perenggan,
aku tak dapat capai impian itu.

Suatu hari, selepas pasrah dengan takdir bahawa itu bukan jalan hidup aku,
aku dapat tahu ada kenalan yang berjaya mendapat kerjaya tersebut.
Tapi bila aku baca (dibaca: stalk) wall Facebook kenalan aku itu,
aku dapati kebanyakan statusnya merupakan rungutan terhadap kerjanya.

Rungutan tentang bagaimana para pekerja di pejabat itu tidak menghormatinya.
Rungutan tentang bagaimana ada tapak kasut pekerja yang kotor kembali mencemari lantai yang baru sahaja dia mop.
Rungutan tentang bagaimana dia lama menunggu lif, tapi bila lif sampai dia masih tidak boleh naik disebabkan bersama-samanya juga terdapat satu troli yang berisi mop, penyapu dan bakul sampah. Masuk lif bersama-sama dengan troli tersebut bermakna bersesak dengan pekerja lain, maka dia perlu tunggu giliran lif seterusnya. Tapi perkara sama juga berlaku untuk lif yang seterusnya.
Rungutan tentang bagaimana tandas yang dia cuci pagi tadi kembali bertepek dengan najis manusia dan kuning dengan air kencing bertaburan menjelang petang.

Ya, rungutan seperti itu.
Rungutan mengenai kerjayanya.

Sebagai orang yang berimpian untuk memiliki kerjaya itu tapi tak dapat,
agaknya apa perasaan aku bila baca rungutan orang yang berjaya memilikinya tapi tak menghargainya?

Sekarang cuba ubah situasi di atas dengan impian kalian
dan rungutan-rungutan yang berkaitan dengan kerja impian kalian itu.
Apa perasaan kalian?

It kills me inside.


Tidak salah merungut.
Malah merungut kadang-kadang bagus sebagai medium pelepas tekanan.
Tapi buatlah sesuatu untuk mengatasi masalah itu.
Bukannya terus merungut dan anggap esok hari pelangi lapan lapis akan muncul sendiri tanpa berbuat apa-apa.
Ini tidak,
merungut pula dalam media sosial secara public yang boleh dibaca ribuan orang,
termasuk para manusia yang anda rungutkan.
Apa sebenarnya tujuan merungut teruk dalam media sosial sebegitu?


Fokus kepada penyelesaian,
bukan fokus kepada masalah.


Kalau kalian bencikan kerja yang kalian buat,
ada dua opsyen yang jelas dan nyata:

1) Embrace and adapt; atau
2) Quit and move on


Tiada kerja yang mudah dan tiada cabaran.
Sebab itu ianya dipanggil kerja (work).
Dalam fizik, Work = Force x displacement. W= F.s
(Kerja = Daya x sesaran)
Tanpa daya dan cabaran, kerja bukanlah kerja.
Dengan kata lain, setiap kerja perlukan daya usaha.
Kalau semua nak senang, bukan kerja namanya.

Jadi,
berhenti merungut secara berlebihan mengenai kerja di dalam media sosial.
Kalau tak suka kerja itu, berhenti.
Banyak lagi orang yang layak dan akan gembira jika dapat ambil alih tempat anda.

Kalau rasa tak boleh nak berhenti, belajar untuk menyayangi kerja anda.
Orang yang tak bersyukur tak layak nak hidup dalam impian orang lain.


Nampak tak muka cEro di dalam gambar di atas?
That's cEro while looking at ungrateful people living his dream.
Muka cEro yang berharap dia boleh tanam orang itu hidup-hidup,
tanam secara menegak sehingga ke paras leher,
dan duduk memerhati dari kerusi berjarak dua meter dari kepala yang terjuntai keluar
sambil menunggu satu batalion kerengga dan semut merah datang menghurung kepala orang yang tidak tahu nak bersyukur itu.


Maaf kalau entri ini ada buat sesiapa terasa.
Please don't hate me.
Hakikatnya,
rumput tidak pernah lebih hijau tidak kira di bahagian manapun kita berdiri.
Apa kata mulai sekarang, kita berubah menjadi seorang insan yang lebih bersyukur,
bersama-sama?





.


65 comments:

  1. bersykur dengan apa yang ada sebelum ianya hilang entah ke mana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Miss Fireflies
      Betul.
      Orang kuat merungut ni, sama ada dia tak pernah rasa kehilangan, atau dia pernah kehilangan tapi tak ambil apa-apa pengajaran darinya.

      Delete
  2. best jugak bila sekali sekala buat entri deep begini.

    Gua jumpa terlalu banyak manusia begini sampai kadang gua berasa sangsi diorang komlen kerja sebab betul2 tak puas hati ke atau nak tayang-tayang pekerjaan mereka itu kat orang ramai? Konklusinya gua bersangka baik jelah dgn menganggap depa tu attention-seekers. Eh bersangaka baik ke tu? kehkehkeh.

    Tp gua sabar je. Ini merupakan satu ujian Tuhan. Gua syukur je dgn rezeki setakat ni di samping berusaha cari rezeki lain. Dan mereka yang tak reti bersyukur tu pun nanti takkan kekal lama. Jangan lupa dengan pertanyaanNya: nikmat Tuhan Mu yang mana lagi yang engkau dustakan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku setuju sangat dengan ko.. kena belajar betul2 bersyukur which is payahla tapi at least belajar kan..huhuu.. Put aside the negativity and you will see how your life changes to better..kan kan? ^^d

      Delete
    2. @Zyra Roxx
      Aku tak pernah terfikir pun orang yang kuat merungut dalam media sosial ni nak tayang-tayang pekerjaan mereka, tapi you have a point.
      Harapannya, yang tak pandai nak bersyukur ni dapatlah berubah sebelum apa yang dimiliki tu ditarik balik.

      Delete
    3. manusia kan lumrahnya akan menghargai sesuatu benda tu selepas kehilangan................................. zzzz..

      Delete
    4. @Zyra Roxx
      Betul. Betul.
      Masa ada tak tahu bersyukur, masa dah tak ada baru rasa nak menghargai...zzzz

      Delete
  3. Pergh nk kuar aura supersaiya dah nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. @budoxw lee
      Belum lg bro.
      Sikit lagi.
      Kena tunggu Krillin mati dulu...hahahah

      Delete
  4. Pergh nk kuar aura supersaiya dah nih

    ReplyDelete
  5. Aku kengkadang jer up status merungut pasal boss... tapi seingat rasa aku tak pernah up status merungut pasal kerja sebab walau sesusah mana sekalipun kerja aku, aku tak mahu tayang aku cuma mampu merungut tapi tak reti nak setelkan, bila aku try handle, dia jadi ok dan aku jadi lega.

    Walopon sekarang ni, kerjaya aku dengan kampeni sekarang memang dah hujung2 dan masa depan 50 50 , aku masih bangga dengan kerjaya aku sekarang.

    Aku sangat jeles dengan orang yang boleh duduk rumah, buat kerja yang dia suka dan masih boleh meneruskan kehidupan.. Wkwkwkw ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Aujinz
      I feel you bro.
      Ada beberapa kawan aku ada dlm situasi kau sekarang. Dan semua mereka sangat sayangkan kerja mereka. Tapi apakan daya, ada perkara yang kita tak dapat nak control.

      Delete
  6. Aku memang tak suka kerja sekarang. Kerja for the sake of bayar hutang, And highly doubt ada ke org nak keje ni. Mungkin org akan nak sebab nak gaji, tapi bukan dream job atau for the satisfaction.
    Akulah org yg merungut di media sosial tu haha.
    Btw,kenapa aku tak rasa negatif pun entri ni,positif sampai menyakitkan hati adalah XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Anonymous
      Kalau kau tak sukakan kerja kau, adakah kau plan nak teruskan kerja yang kau tak suka tu sampai ke hari tua?
      Aku pernah kenal seorang engineer decided utk letak jawatan dia yang bergaji tinggi tu dan jadi cikgu di kampung semata-mata sebabnya 'masa dulu tak ada life'
      Thanks sebab rasa entri ni positif, aku sendiri rasa sakit hati bila baca entri ni...hehehe

      Delete
    2. Nak kerja sampai hutang langsai,targetnya setahun lagi. Lepas tu,nak cari bahagia. Haha boleh camtu?
      Baguslah kau xpublish 2 minggu lepas,waktu tu aku lagi serabut hal kerja ni. So,akan lebih sentap kot? XD
      -Star-

      Delete
    3. @Star
      Hehehe... Nasib baik timing okey...hehehe
      Bagus laa ada niat nak selesaikan hutang dulu...
      Setengah orang pandai berhutang tapi bab nak bayar balik, si pemiutang pulak yang kena marah...
      Aku pon kekadang begitu...hehehe

      Delete
  7. Aku rasa aku sama ngan Aujinz kot.. aku kadng2 merungut gak pasal perangai supervisor yang aku takleh nak hadam..tapi masalah keje aku settle ngan berhemahla...kalau nak merungut jek, keje x setel, masalah pun x setel..

    So deep...huhuhu.. Aku pun kadang rasa benda yang sama..kenapa org lain get to live my dream but is not happy with it..but then, ada jugak orang yang dream nak hidup macam aku..guhuhu.. Well, conclusion, kita memg susah nak bersyukur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Lee-kun
      Merungut pasal orang atas memang aku selalu jumpa, tapi aku rasa ianya normal memangkan majoriti org buat. Hehehe
      Tapi yg tak best bila orang merungut psal kerja yg menjadi idaman ramai orang...itu sgt sensitif bagi aku.

      Maybe ada side cerita yang kita tak tahu tentang dia yg membuatkan dia sendiri tak happy dgn dream job kita. Tapi aku setuju, syukur itu sangat susah bagi mereka yang tidak berusaha mencarinya...

      Delete
    2. Hmmm, betul2, adala tu apa2 yang jadi di sebalik tu yang kite taktau .. Aku pun selalu latih otak aku untuk berpikir dari banyak sudut...and apa yang aku dapat dari situ adalah, aku jadi kurang complaint and happier...! LOL..XP But seriously though.. ^^

      Delete
    3. @Lee-kun
      Betul.
      Bak kata Hank Green, “It is more fun to complain than to appreciate.”
      Tapi nak appreciate dan berfikir dari setiap sudut tu memang susah, dan sebabkan ianya susah, rajain yang skip proses tu...hehe

      Delete
  8. Aku rasa entry ni sangat in dengan problem yang aku ada sekarang. Human are made with a void in their heart. No matter what you achieve there's never an end to it. There's always something you hate about your current life.There's always something more you want in your life. This kind of entry is a great reminder to all especially me when all I can see is complaints about my life instead of appreciation of what I have achieved so far. Kudos to Cero a good write up.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Dea Day
      Entry ni ada dalam draft hampir dua minggu dan aku decided nak published pd rabu minggu ni.
      Tapi bila kau up entry dlm blog kau pasal rants tentang kerja kau tu buatkan aku risau nanti kau salah anggap aku tujukan entri ni kepada kau sedangkan dah berminggu ianya tersimpan dalam draft.

      Just to be clear, aku tak maksudkan kau dlm entri ni,
      dream job aku bukanlah utk menjadi engineer,
      tapi aku memang ada stalk sikit facebook kau. Hehehe
      Sorry.

      Marilah kita decide sendiri apa yg terbaik utk diri kita.
      Kalau quit itu lebih baik, maka do it with honor tanpa mencalarkan kerja yg bakal kita quit itu.
      Tapi selagi belum quit, give our best in the work we do.
      :)

      Delete
    2. Haha. At first aku ingat ko aim kat aku tapi entry ko ada betulnya so aku tak kesah pun kalau aim kat aku. Aku agree on most if not all of the point. Bagi aku rant tu kadang2 perlu untuk release tension tapi aku pun setuju yang over sharing your disgruntle about your life might come off a bit ungrateful.

      Yang penting selagi ko kerja, ko ada tanggungjawab untuk jalankan tugas ko.. huhu.

      (ko stalk aku? tapi aku tak aktif sangat kat FB. Bahaha)

      Delete
    3. cakap pasal fb...aku menahan jek diriku ini daripada mengstalk fb2 korang..wakakaka..XP

      Delete
    4. gua dah lama stalk fb hempa semua.......... *korek hidung*

      Delete
    5. ooo... aku nak add FB korang laa.. senang aku nak stalk.. wkwkwkw

      Delete
    6. Korang tahu ke FB aku?
      Harapnya tak tahu...hehehe

      Delete
    7. tahuuuuu.. siap add fb crush2 lu lagi haaa, wkwwkwkwkw XD

      Delete
    8. @Zyra Roxx
      Tahu ke???
      Add laa aku...hehe

      Delete
  9. Terasa jugalah dengan entri ni. hehehe.

    Setiap kali saya kerja, mesti ada juga 3-4 kali saya merungut dekat SNS ni. Tapi, rasanya bukan yang extreme sangat kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Farah
      Maaflah sebab buat Farah terasa.
      Apa kata selepas ni kita sama-sama ikhlaskan diri dalam kerja kita.
      Kadang2 memang kerja kita bukanlah seindah yang kita sangka, tapi bila fikir sebaliknya, kerja kita tu pun bukanlah teruk mana sangat, kan?

      Hehehe

      Delete
    2. Rasanya bila kerja memang ikhlas, tapi kadang-kadang, ada benda yang buat kita frustrated juga. hahahaha. I honestly love my job, like I really do walaupun kerja cikai je. Tapi, itulah, kadang-kadang terluka dengan orang sekeliling. Itu yang tak pasal-pasal buat rant dekat SNS.

      Delete
    3. @Farah
      Setuju. Kadang2 orang sekeliling yg tak supportive tu yg buatkan certain things jadi tawar. Maka SNS laa tmpat lepas keluhan...hehe

      Delete
  10. Pehh...cero. Kau buat aku insaf sekejap....aku rasa masa praktikal dulu pernah la aku merungut pasal kerja ni tapi xde la sampai nak post2 kat media sosial. just sembang2 dengan member camtu je la....

    alhamdulillah sekarang punya job aku xde rasa nak merungut n aku pun rasa suka dengan kerja aku. Memang kalau orang dah tak suka dengan kerja diorang tu, memang byk la rungutan diorang. Maybe diorang kerja pun terpaksa sebab nak cari rezeki yg halal utk kehidupan seharian. Dah lama2 bosan la sebab x kena dengan jiwa sendiri.

    Tapi apa pun yg kita dapat memang kena bersyukur. kadang2 nampak macam x best je kerja tu...tapi ada hikmah di sebaliknya sebenarnya...,..

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Bro Ley
      Luahkan dekat member, itu perkara biasa. Aku pun selalu buat. Hehehe

      Betul. Betul. Point pertama ialah kita kena suka kerja kita. Mungkin itu bukanlah kerja impian kita, tapi apa salahnya belajar sukakan kerja kita sendiri, kan?

      Kita yang lalui kerja tu, jadi kita tahu apa yang best dan apa yang tak best dengan kerja kita. Memang mesti ada yang tak best, tapi look it at the positive side, mungkin perkara yang tak best tu laa yang paling bagi pengajaran, pembelajaran dan pengalaman yang banyak kepada kita. Kan?

      Delete
  11. Sebab tu la wujudnya pepatah "The grass is always greener on the other side" tu, ye dak? Manusia memang makhluk alpa dan perlu selalu diingatkan akan betapa banyaknya nikmat Tuhan yg dia sedang nikmati, dan dia perlu sentiasa bersyukur dan redho dengan apa saja ujian yang melanda. Aku tak nak komen dan menghakimi kehidupan + life choices orang lain, sebab aku tau masing2 ada battles and life challenges masing2 yg kita tak tau kisahnya. But yeah, one thing for sure, keyword GRATEFUL itu memang penting. Nikmat dunia ni anytime je Allah Taala boleh tarik balik... kesihatan, tenaga, bakat, status, harta, pasangan, anak, nyawa... semua pun Dia yg punya, kita manusia ni takde apa2 pun, selagi diberi pinjam semua2 tu kat dunia ni, wajiblah kita bersyukur dan menghargainya ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin lebih biru langit mu di sempadan sebelah itu..

      Sorry termenyanyi XD

      Delete
    2. so, kite semua dah capai kata sepakat untuk isu ni, being GRATEFUL is the most important thing of all... Sekian, saya mengakhiri perbahasan saya.. *tepuk2*

      Delete
    3. Bagi mengakhiri perbahasan ini, saya harap Plain menggunakan lebih perenggan dalam kenyataan beliau... koh koh koh

      Delete
    4. ooo sori ah jinz... aku kalau tulis blog entry jer baru ada feel nak buat para, kalau tulis komen aku biasanya hentam redah terus taip dlm satu para... sori ah kalau ada rasa serabut time baca tu kahkah...

      Delete
    5. @plain83
      Setuju sangat. Kita sibuk cerita rumput sana lebih hijau tapi kita lupa rumput kita pun dah cukup hijaunya...hehe
      Grateful ni, nak cakap memang senang. Tapi nak jadikan kebiasaan itu yg susahnya. End up perkara besar pun kita buat tak tahu, apatah lg nikmat2 kecil yg tak berapa nak jelas dan nyata.
      Marilah kita sama-sama beringat.

      Delete
    6. Dari hati tu lagi nak tanya sebenarnya,
      tapi lagu yang Zyra nyanyi tu lagu apa ek?

      Delete
  12. entri motivasi.. good job!

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Razfira
      Baguslah kalau anggap ni entri motivasi.
      Pada aku, entri ni sedikit berunsur negatif...hehehe

      Delete
  13. i used to be like that, tapi bukan hal kerja je. heh heh

    but idk if i am still like that.

    -kudozu

    ReplyDelete
    Replies
    1. @kudozu
      be like that tu yg mana satu?
      Jadi aku ke, jadi yg tak bersyukur tu?
      Ke dua-dua?

      Delete
  14. Aku pun pernah up entry lebih kurang isu camni. Aku rasa bukan pasal kerja je kot. Most thing yang wujud dan terjadi dalam hidup ni, yang kita nak, tapi tak dapat. Orang yang dah dapat, macam macam pulak di rungutkan. Rungut pula dekat tempat yang kita boleh tengok. Siapa yang tak geram kalau berada dalam situasi di tempat kita, dia bukan manusia. Heh!

    Tapi ye la. Semua orang ada dugaan masing masing. Dapat part masing masing. So, satu je yang paling penting sebenarnya.. bersyukur dengan apa yang kita ada. Period.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @~* chirpy_chummy *~
      Betul. Pada kita mungkin tak sempurna, tapi mungkin pada orang lain itu yang didambakannya.
      Tapi bersyukur sangat payah bagi yang tak biasa melakukannya...

      Delete
  15. kat newsfeed aku selalu kuar luahan2 rasa kurang senang psl kerja kwn2 aku yg lain. luahan rasa menyampah itu lah, ini lah. boss ini itu lah, ini lah. byk merungut. pastu pulak tulis kat social media. mengharapkan 'like' kot agaknye. smtimes aku ada jugak merungut psl kerja aku tp aku elak drpd tulis kat social media. byk tulis kat kertas pstu nti buang. gitu je la salah 1 cara aku nk lepas geram yg terbuku =D

    hermm tp tu la part tak bersyukur tu la yg x best tu. patutnye syukurlah at least ada kerja tu kan. kalo nk compare dgn org lain yg jenuh struggle nk cari kerja :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. @anamizu
      Bagus cadangan tulis atas kertas dan buang tu. Aku pun rasanya perlu try macam tu kot...hehehe

      Yup, aku ada kenal seorang kawan yg menganggur hampir 5 tahun sedang berusaha mencari kerja tapi tetap tak dapat2. Rezeki belum ada utk dia rasanya...

      Delete
  16. aku tak rasa pun entri ni ada aura negatif. sekarang memang tengah ajar diri untuk bersyukur atas setiap benda yang kita dapat. dan kalau benda tu negatif pun, i'll try to look on the positive side. cuba juga, walau susah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Teena Tna
      Kalau dah terbiasa merungut (macam aku) ni, memang payah sikit nak mula berfikiran positif setiap perkara.
      Tapi itu tak mustahil. Jom cuba sama-sama :)

      Delete
  17. Yes definitely. Since aku pun dah penat embrace & adapt but in the end, only shit yang aku dapat so aku quit & move on. And that's the BEST decision ever. I love my job & what I'm doing but sometimes in life kena admit yg tak semua suka tengok kita. Lagi mahu tengok kita jatuh adalah. Aku tak pernah cakap betapa stressnya aku di tempat kerja, sehinggalah aku memberi notis. Semua orang terkezut kau, Gee yg nampak aman damai ni rupanya ada hati & perasaan. Dan kita pun berhuhuhu..

    Pd aku yg suka mencarut2 kat laman sosial tu spesies takde akal. Sampai sekarang aku tak dapat hadam kenapa bila ada masalah or tekanan jiwa nak luah kat FB/Twitta. Seriously, no one gives a damn.

    "duduk memerhati dari kerusi berjarak dua meter dari kepala yang terjuntai keluar sambil menunggu satu batalion kerengga dan semut merah datang menghurung kepala orang yang tidak tahu nak bersyukur itu .."---> ayat ko ni, risau aku dah macam boleh jadi Dr.Hannibal Lecter.

    Love your job but don't love your company, because you may not know when your company stops loving you. This was sent by my ex-senior when she saw how stupid I was back then till sanggup balik lewat malam utk siapkan kerja. Sampai sekarang aku rasa terpukul dgn kata-kata ni.

    Ko jangan pelik kenapa aku beremosi bila cakap soal kerja because everytime I read something about it, I could not help except to reminiscence how badly I have been treated. As if kita takde mak bapak dan maruah. Now, it's the time for someone else take the bullet.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Gee Lion
      Terima kasih Gee. Banyak aku dapat dari komen kau di atas.
      Bak kata kau, kenapa nak teruskan kerja yg kita ada kalau setiap hari kena berdepan dgn stress yg tak berkesudahan, kan?

      Love your job but don't love your company, because you may not know when your company stops loving you.
      Tu memang tepat. Kalau kita ada kerja, kita kenalah buat kerja dgn jayanya. Tapi tak bermaksud kita kena sayangkan company smpai sanggup terima segala tekanan, desakan dan tolakan.

      Nice one, Gee :)

      Delete
    2. Oh btw,
      suka bila kau buat referral kpd Hannibal Lecter.
      Watak jahat paling berkarisma aku paling suka selepas Prof. Moriarty. Hehehe

      Delete
  18. sampai satu tahap, akan ada jugak yang merungut pasal kerja.. ye la, takkan selamanya kita hepi dengan kerja kita. tapi kalau setiap hari, setiap masa nak merungut memang buatkan orang lain jadi tension.

    aku biasa jugak merungut. cuma kadang2 aku terfikir balik.. sampai bila aku nak 'sakitkan' hati orang lain dengan rungutan aku kan? so I try my best to take things positively, every single day. evendoh kadang2 terkeluar jugak rungutan dari mulut aku. hohoho...

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Haryz Khairuddin
      Tapi kan memang wujud oo (at least dlm timeline fb aku) yang ada orang merungut pasal kerja dia hari-hari, kekadang sehari dekat 5-6 status dia update cerita rungutan tempat kerja je...

      Pada aku merungut sikit2 takpe lagi.
      Tapi kalau merungut tiap masa tanpa berbuat apa-apa, maka takkan ke mana. Lagi sakitkan hati sendiri dan orang yg baca rungutan tu lagi adalah...
      hehehe

      Delete
  19. Entri yang bermanfaat (walaupun ending agak menakutkan). Sememangnya kita semua patut belajar untuk bersyukur. Setiap kehidupan bagi setiap individu tidak akan terlepas daripada cabaran. Tapi sepertimana yang dikatakan dalam post di atas, walau susah bagaimanapun keadaan kita, ada insan lain di luar sana yang mengimpikan posisi kita sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Aiman Azlan
      Waaahhh!!! Thank you Aiman Azlan sebab sudi singgah dan komen.
      I'm your silent reader.
      Setuju sangat, walau susah bagaimanapun keadaan kita, mesti ada insan lain di luar sana yang mengimpikan posisi kita sekarang.
      Jadi kita kenalah sentiasa bersyukur.

      Delete
  20. wohh Aiman Azlan komen kat atas!
    bagi aku, senang je, orang yang merungut dengan kerja dia tu,
    maknanya dia tak ikhlas buat kerja dia, dia memang tak suka kerja dia,
    dan itu bukan kerja impian dia.

    orang yang ikhlas dengan kerja dia takkan merungut, and anggap cabaran as satu benda yang perlu ditempuhi dan dipelajari. Aku sarankan, orang macam tu pi cari kerja lain yang serasi dengan diri. Daripada orang lain jadi mangsa dia.

    Contoh macam orang yang keje kat kaunter bank, pos bagai tu, kalau tak mampu tahan sabar, pi cari keje lain. Dia perlu accept yang dia kena deal dengan orang, so ramahkan lah diri bukan buat muka masam. Kalau tak boleh, cari je keje yang tak deal dengan orang.

    Aku sendiri, bukanlah jenis pilih kerja, tapi kalau kerja tu aku minat, kerja lebih masa tanpa gaji pun aku okay je. Sebab kalau pilih kerja yang kita suka, kita takkan rasa kita sedang bekerja. Tapi aku agak mementingkan environment aku, orang sekeliling aku. Kalau semua muka masam, jenis kutuk belakang... tu memang aku tak boleh go...negative aura.HAHAHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. @nanadhoi
      Hehehe...
      kagum sekejap bila Aiman Azlan komen dekat sini...hehehe

      Bila cerita ttg merungut, mesti kita akan kaitkan dgn ikhlas.
      Kita faham semua kerja ada ups & downs dia, tp point dia ialah kena ikhlas. Macam kau bg contoh yg jaga kaunter tu. Dah kerjanya kena berhadapan dgn kerenah orang, maka bersabarlah. Hadapi dgn ikhlas, untung2 dapat jadikan sebagai ibadah, kan?

      Aku kalau ada pilihan memang nak kerja yg aku minat. Tapi current kerja pun bukanlah teruk mana. So selagi boleh embrace, aku embrace. Tak perlu rasanya merungut teruk2 dlm Fb twitter bagai, kan?

      Delete
  21. weh serious la entry ni buat aku rasa macam aku kat tempat kau cero. dulu aku jugak pernah tak dapat apa yang aku nak and kawan aku sendiri dapat tapi hari2 dia merungut dekat facebook. sampai satu tahap aku nak je sound belajarlah bersyukur. orang lain banyak lagi nak kan apa yang dia dah dapat wuuwwuuw. well, apa apa pon aku rasa ada sebab kenapa kita tak selalu dapat apa yang kita nak. sebab Allah tu tahu apa yang kita perlu lebih dari apa yang kita mahu. ihik.


    last word aku suka ayat ni


    Fokus kepada penyelesaian,
    bukan fokus kepada masalah.


    Kipidap cero!

    ReplyDelete
    Replies
    1. @EZAN IDMA
      Thanks Ezan.
      Ayat kau suka tu aku dapat masa layan filem Cuci, masa Erra ada nasihatkan penganjur acara cuci bangunan supaya tolong peserta...heheheh

      Delete
  22. hi cero, remember me? hehehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Lupi
      Hello Lut :)
      Are you back? or selama ni kau tak menghilang cuma aku yg tak alert?
      hehehe

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License