Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Jun 24, 2015

Diari Ramadhan Aku : TV


Salam.

Waktu kecil dulu kalau puasa, selalu kira berapa hari dah puasa.
Dah tua bangka berjanggut ni tak terasa pula nak mengira hari...
Jap, hari ni dah berapa haribulan Ramadhan ya?

Bila awak nak berbuka dengan saya?






Sudah tiga empat tahun aku perasan,
bila masuk bulan Ramadhan, mesti berlipat ganda jumlah rancangan memasak dekat TV.
Aku agak, rating untuk rancangan memasak di bulan Ramadhan memang tinggi disebabkan para ibu yang nak cari idea nak masak apa untuk berbuka memang banyak masa untuk duduk dan menonton TV.

Tapi,
adakah perlu sampai empat rancangan memasak setiap hari.
Ya. EMPAT SEHARI. Dan itu baru aku kira satu saluran saja,
belum kira secara jumlah lagi untuk saluran-saluran TV yang lain.

Sudahlah memasak pun laju nak mamp...
Tunjuk bahan, campak-campak, siap.
Cara-caranya hanya tunjuk sebagai preview untuk 2 saat masa di skrin.
Minit-minit lain sibuk nak berceloteh laa, bersketsa laa, tanya khabar artis jemputan laa.
Apakah?
Kesian para ibu yang bersemangat tercongok sediakan buku dan pen
semata-mata untuk menulis cara memasak di depan kaca TV.
Sempat tulis bahan satu dua saja.

Bila berkesempatan nak tonton TV,
nak juga aku layan rancangan-rancangan Islamik
memandangkan hati isi belum cukup terisi dengan pengisian sebegitu rupa.
Tapi bila buka TV, berturut-turut rancangan memasak.
Dah laa masak sedap pula tu.
Perut tengah lapar, dia pergi tunjuk cara memasak nasi beriani kambing
siap tabur kismis dan bawang goreng lagi,
siap ada air sirap bandung soda lagi,
mana tak tergugat iman yang nipis bak kertas ni...

On the other note,
Jejak Rasul hanya tayang Jumaat Sabtu Ahad je.
Macam dulu tiap-tiap hari Ramadhan ada Jejak Rasul.
Bajet ciput lettew...Bajet banyak pergi dekat rancangan memasak lettew.

Last-last aku masuk bilik layan anime je. Lagi produktif.
Gah gah gah!






.




55 comments:

  1. Tau xpa. Penuh program masakan. Anime gak best layan. Anime apa yg top skrg?

    ReplyDelete
    Replies
    1. anime Shokugeki no Souma, pasal memasak gak hahaha

      Delete
    2. Wei noob, ooo... hg layan anime shokugeki no souma lepas aku bagitau hg psl anime tu aritu yer? Hahah X3

      Delete
    3. @budoxe lee
      Anime top sekarang aku tak pasti, tp dr dulu aku layan Naruto, One Piece dan Fairy Tail tiap minggu.
      Lain2 anime yg aku suka layan jenis yg harem je...hehehe

      Delete
    4. @Prince of Noob
      @plain83
      Aku pernah dengar Shokugeki no Souma tu, tapi tak pernah tengok lagi.
      Best ke??

      Delete
  2. hahahaha sebab definisi puasa bagi kaum melayu adalah mengketedarah sepuas hati. kiranya buka puasa tu balas dendam lah untuk waktu siang yg tak dapat makan tadi tu.. tutt tutt tutt.. kalau tak takdelah beribu-ribu tan makanan kena buang kan?

    same goes to rancangan masakan. syarikat setesen tv tau org kita kuat makan lalu bercambahlah program cmtu. Cuba kalau org kita rajin bab-bab ilmu agama, mungkin stesen tv pun akan... well.

    tapi gua tokleh tengok resepi kat tv, sebab bila masak takkan follow 100%, ada je reseipi atau cara-cara yg nk modify sendiri.. muehehehe. btw, gua suka Jamie Oliver.

    Zaman gua muda belia dulu suka tengok jejak rasul, rumah kedai, kartun dan chef wan memasak sambil merasa masakan beliau. Time jejak rasul tu best sbb habis je jejak rasul dah tau waktu berbuka dah dekat. hahahahah.

    Sekian sahaja entri gua untuk kali ini. Semoga ketemu lagi.

    (Lupa pulak nak buat entri. Bila baca entri si cEro ni baru teringat. Alang-alang tumpang jelah. serupa cendawan pulak. hahahahah! kbai)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Habit menonton tv di ptg bulan ramdan ketika zaman muda belia lu lebih kurang sama mcm zaman muda belia gualah zygha... hiuhiu ;3

      Delete
    2. @Zyra Roxx
      Awaaaaaaak, panjangnya komen...hehehe

      Rumah Kedai dgn Jejak Rasul mmg power masa kecik2 dulu.
      Jejak Rasul siap beli video set box lagi sebab minat punya pasal, tapi entah mana ntah letak sekarang...heheheh

      Senang2 nanti Zyra masak laa untuk saya...hehehe

      Delete
    3. @plain83
      Generasi kita tak jauh mana pun lari...hehehe
      Tapi I wonder generasi sekarang tahu apa tu Rumah Kedai...haha

      Delete
    4. Raya nanti jemputlah ke rumah ^_^

      Delete
    5. @Zyra Roxx
      InsyaAllah kalau terlalu ke sana.
      Nanti singgah jangan tak jemput masuk rumah plak...hehehe

      Delete
    6. zaman muda remaja aku pun cenggitu jugak la.
      masa tu mmg zmn kegemilangan Jejak Rasul.
      x penah miss nengok. tp yg versi skrg ni hurmmm makin.. hurmm..

      tu la pasalnye kan bila bulan puasa je, mmg padu betoi stesen tv
      dok tayang rancangan masak-masak. dari pagi bawak ke petang.
      jenuh tahan air lior bila nengok depa dok masak secara pantas gila.

      Delete
    7. @anamizu
      Tu laa...rindu jejak rasul yg dulu siap menyembara ke tempat tinggalan para nabi dan tengok sejarah2nya.

      Rasanya rancangan memasak jadi banyak sebab banyak permintaan kot. Tapi siapa yg menentukan permintaan tu?
      Rasanya penonton tak ada minta pun. Hehehe

      Delete
    8. tu la aku rindu jejak rasul yg musim awal2 dulu tu. kagum tengok crew jejak rasul dapat travel & buat dokumentari camtu..

      haah la aku pon tertanya-tanya. alasan "byk permintaan" tu sbnrnye mksud dia penonton ke yg minta? pastu minta kat mana? nk kata ada web utk vote xdak pon kan? hehehe

      Delete
    9. @anamizu
      Dulu punya minat Jejak Rasul sampai beli box set videotape satu musim dia. Tapi mana entah letak box set tu sekarang...hehehe

      Alaaa, itu semua propaganda para penerbit je...
      Rasanya sbb utama rancangan memasak banyak ialah banyak penaja.
      Penaja alatan memasak laa, penaja bahan memasak laa...
      Macam2 boleh ditaja.

      Delete
  3. Ketuk-ketuk ramadhan! bhahaha.. Ada ke orang tengok rancangan memasak lagi? Bukan pesen orang sekarang membeli kat bazar je. -_-

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Azwar Syuhada
      Rasanya orang sekarang tengok rancangan memasak sebab nak tengok gelagat artis jemputan je kot...
      Maca Ketuk-Ketuk Ramadhan...hahahah

      Delete
  4. Santapan rohani takda sangat, santapan perut je yg banyak kat tv tu skarang ni waktu sebelum berbuka... huhuh~

    ReplyDelete
    Replies
    1. @plain83
      Paling best pon laa ni pukul 6.30 ptg ada Qari Junior, rancangan budak kecik mengaji.
      Sedap-sedap belaka suara diorang.
      Sejuk hati bila nampak ada juga anak kecik yg pandai mengaji sedap...heheh

      Delete
  5. Nak air soya please.air soya gula merah satu bungkus ikat habis!

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Miss Fireflies
      Tak pernah try lagi air soya gula merah...sedap ke?
      Air faveret aku bulan puasa ni sirap bandung soda...hehehe

      Delete
    2. entahnya..ade ke Soya Gula Merah... tapi sekarang aku dah tak minum soya. Aku minum susu kambing jer.. koh koh koh

      Delete
    3. @Aujinz
      Peeerghh!!!
      Amalkan gaya hidup sihat nampak minum susu kambing...
      ni mesti kulit putih gebu melepak ni...heheh

      Delete
    4. Melepak takde laa.. sebab aku jenis kulit sawo matang minum susu kambeng dia jadi kelabu... kah kah kah

      Delete
    5. @Aujinz
      Wahahahah...
      Tak dapat bayang wey kulit warna kelabu...hahaha

      Delete
  6. Sebab tu aku dah malas nak buka TV kalau bulan posa... lelebih lagi siang siang.. kakakakaka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Aujinz
      Habis tu siang kau buat apa je, Jin?
      Membuta ke? Hehehe

      Delete
    2. huishhhh.... banyak benda aku buat. Contohnya... melukis dan menonton yutiub.. kah kah kah

      Delete
    3. @Aujinz
      Bagus. Bagus.
      Produktif tu. Tak macam aku...hahah

      Delete
  7. Baca entri ni mlm tadi,trus aku g cari Ketuk2 Ramadhan---Alhamdulillah.
    Bulan Ramadhan jadi bulan makan pula =/

    -Star-

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Star
      Hahahaha...
      Aku jarang layan ketuk2 tu,
      sbb aku kureng berminat dgn Sheila Rusly...hehehe

      Delete
  8. Dah dekat setengah tahun tak tengok TV, so memang tak merasalah 'stress' asyik rancangan memasak je yang muncul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Farah
      Lamanya tak tengok tv...
      Saja taknak tengok ke atau dekat sana tak ada TV?

      Delete
    2. Takde TV dekat sini. Nak tengok apa-apa, stream dekat internet je selalu.

      Delete
    3. @Farah
      Untung laa kalau macam tu.
      TV Malaysia ni pun bukannya ada isi sangat.
      Pusing2 sinetron, lepas tu drama filipino, lepas tu drama swasta kisah adaptasi novel cintan cintun...Bulan puasa je ada sikit Qari Jr dan Jejak Rasul...hehehe

      Delete
  9. hahahha memang betul sangat. dh lah mmg lapar, lgi bertambah2 lah laparnya kalau tgk rncgn memasak ni.. tp biasanya ina balik sekolah terus duduk dlm bilik.. tu yg jarang bukak tv, jumpa rncgn memasak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Sabrina SA
      Ni duduk dalam bilik mesti membuta di siang hari ni, kan? Hehehe
      Tapi memang betul laa, bila siang banyak plak rancangan memasak, dah tau kita lapar lagi nak tayang-tayang...hehehe

      Delete
  10. Sabar... ni mmg bulan menguji kesabaran. huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Amna Shark
      Alaaaa....
      Sekali sekala flip the TV table apa salahnya...hehehe

      Delete
  11. ye kan. perasan jugak yg jejak rasul dan kurang. dulu slalu je kat TV tiap petang dekat2 nak berbuka.

    memang rancangan masakan semakin menjadi jadi, :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. @BudakVanilla
      Kaaannn?
      Jejak Rasul dulu best je tiap petang sebelum berbuka layan.
      Sekarang sebelum berbuka ada drama cintan. Hehhe

      Delete
  12. owh baru taw Jejak Rasul dah berkurang harinya. sedihnya! feveret jugak tu

    skrg dah tgok ulangan masa sahur je kt tv9

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Razfira
      Oh ada ek pagi2 ulangan?
      Selalu sahur buka radio je, tak buka tv. Hehhe

      Delete
  13. A'ah. Jejak Rasul dah bertukar hari bersiaran...
    Buka setakat rancangan, iklan pun hampir semua pasal makanan. Haha --'

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Kakak Tiri Cinderella
      Ha'ah laa...Iklan mesti semua makanan...
      Sampaikan ke iklan kain baju pun nak letak makanan jugak...APAKAH?

      Delete
  14. entahla cero...aku ni kat sini xde tv...x tahu pulak yg siang2 byk rancangan memasak sampai semua channel tunjuk makanan je....Tapi aku rasa time tak puasa pun dah byk dah rancangan memasak ni....sepatutnya rancangan memasak ni kena puasa gak sebulan time ramadhan ni. Kan? hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Bro Ley
      Kau dekat mana yg tak ada TV tu?
      Waktu tak puasa memang ada rancangan masak, tp masuk bulan Ramadhan je meningkat 400%. Hehehe
      Gila masak betul orang Malaysia ni...hahha

      Delete
    2. Aku duduk kt rumah bujang yg xde tv....kira rancangan2 tv ni mmg aku x up to date la....nak tgk apa2, nak cari apa2 semua online je la....dah terbiasa la bro x tgk tv sejak jd student dulu....tgk tv pun bola je selalunya.....

      Delete
    3. @Bro Ley
      Bagus. Bagus.
      kalau boleh kekalkan, kekalkan.
      Sebab pada pendapat aku, program TV sekarang pun lagi banyak yg mengarut dari memanfaatkan :)

      Delete
  15. bukak tv alhijrah

    apsal komen byk kali tak jadi ni hahaha

    -kudozu

    ReplyDelete
    Replies
    1. @kudozu
      Masalah banyak kali komen tak jadi tu adakah berpunca dari blog aku atau soal hardware?
      Sbb byk kali dah orang merungut benda yg sama...risau jugak aku.
      Kau komen guna mobile ke?

      Delete
    2. haah guna mobile aku rasa ada issue. sbb yg ni dan yg atas aku guna pc hewhew

      -kudozu

      Delete
    3. @kudozu
      Oh, kalau mobile memang mcam tu.
      Semua blog blogspot kalau komen mobile dia kekadang akan hilang lepas kita taip panjang2...hahaha
      Tips aku, lepas taip, sebelum tekan publish, copy dulu komen panjang tu. Takut hilang. Hehehe

      Delete
  16. HAHAHAH betul sangatt.
    Time bulan Ramadhan la kemain banyak rancangan masakan disiarkan.
    Masa kekecik dulu ingat lagi dok tengok rancangan masakan dengan mak masa bulan puasa. Meleleh air liur membayangkan makanan yang orang tu dok masak.

    Tapi sekarang ni dah besar. Dah busy. Tak layan tv sangat dah. Banyak bukak lappy, tgok fb, pastu baca ebook, so tak meleleh air liur lagi dah. HAHAHAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. @nanadhoi
      KAAANN??
      Memang dari dulu lagi orang Malaysia ni suka tayang rancangan memasak banyak masa bulan puasa. Aku pun teringat teringinkan kuih sagu sebab tengok rancangan memasak sedangkan masa tak puasa tak minat pun kuih sagu. Hahaha

      Baguslah tak layan tv sangat.
      TV sekarang banyak isi mengarut dari yang bermanfaat :)

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: