Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Jan 28, 2015

Cinta Kolesterol.





Kata orang tua,
"Kita tak akan tahu nilai sesuatu sehinggalah kita hilang sesuatu itu."

Tapi hipster kata,
“People say you don’t know what you’ve got until it’s gone. Truth is, you knew what you had, you just never thought you’d lose it.”


Aku selalu fikir itu adalah quote untuk mereka justify kekosongan dalam diri, which is so overrated and overused, walaupun ada sedikit kebenaran di sebaliknya.
Tapi kali ini, aku pula terkena pada batang hidung sendiri.
Karma, biatch!

Aku rindu burger gerai tepi jalan.

Disebabkan kolesterol level aku mencecah 6.4 sewaktu kali terakhir aku buat pemeriksaan darah (rujuk entri ini),
aku dinasihatkan mengawal pemakanan aku dengan mengurangkan pengambilan makanan berlemak, berminyak dan bergoreng.

Jadi, aku berkeputusan untuk tinggalkan burger yang selama ini menjadi pilihan makanan kegemaran aku.


Bayangkan,
burger daging double dengan cheese double diapit di antara roti dan daging bersertakan dengan sos dan mayonis yang meleleh, dibungkus dengan gabungan plastik dan tisu...
...dan aku meninggalkan godaan tersebut.

Terasa kehilangan ooo..

...or maybe badan aku just craving for the food yang aku selalu makan.
Alaaa, macam bila kau dahaga kau teringin minum air tembikai ais gelas besar padahal kalau dahaga minum air kosong je pun dah boleh hilang dahaga.

Bila difikirkan balik,
burger ni boleh dikira hidangan lengkap laa juga, kan?
Roti ada karbo, daging ada protein dan lemak, cheese hasil tenusu so ada kalsium, sayur lagi, bijan atas roti lagi...
Tapi kenapa burger yang perlu ditinggalkan???

Kenapa?
Kenapa??
KENAPA???

Kolesterol, bila kau nak turun???




.




32 comments:

  1. Hahahahaha.. bertabahlah bero. *Kunyah bege Malaysia*

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Aujinz
      **rampas bege Malaysia Ojin**
      Tak dapat burger daging double, bege Mesia sebijik 50sen pon okey dah...
      **kunyah dengan rakus**

      Delete
  2. Ishk.. belum check kolestrol lagi ni. *Kunyah beger malaysia dabel special nk lawan ojin

    Amalkan makan oat, susu omega plus bro

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Zyra Roxx
      Ramai suruh makan oat, tapi oat kosong tak sedap!!!
      Tak lalu nak masuk...hahahha

      Delete
  3. Bro.. Amalkan makan oat untuk jamtung sihat. *kunyah burger sambil jeling ojin

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Dea Day
      *rampas burger sebab dah tak tahan godaan*
      Agak-agak ada tak orang nak cipta burger oat?
      Boleh tingkatkan dan dlm masa sama turunkan kolesterol
      #genius

      Delete
  4. Rugi oo xble makan burgembira..mcd dah ada prospemahal sempena raya cina ni..hohoho..

    Oat kosong ok gak..tu pun kalau ko sanggup telan..aku ok je..stakat 1telap tu xsampai 1bulan abis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. @aku_ein
      TIDAKKKKK!!!!
      I declare full aspects war on McD dan segala suku sakatnya yg keluarkan burger!!!!

      Oat kosong sedikit hambar laa...aku dah penah try, tapi macam tak lalu...Ish ish ish

      Delete
  5. Dem, tetiba aku pulak teringin cari burger petang ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. @star
      JANGANNNNN!!!!
      KOLESTEROLLLLL!!!
      **lari keliling rumah tak keruan**

      Delete
  6. Kalau ko teringin sgt2 la nak mkn bege tu sampai ianya mengganggu konsentrasi ko nak buat apa2 aktiviti lain, aku cadangkan ko makan je bege tu, tp jgn mkn sebijik tu terus sekali hadap, ko potong 4. Sekali hadap mkn 1/4 je, lepas tu ko minum air teh-0 campur madu+cinnamon, atau green tea panas aje segelas. Beberapa jam lepas tu baru ko sambung mkn lg the remaining parts of da bege. Tp tu kalo ko teringin sgt2 la nak mkn jgk bege tu, sebaik-baiknya ko pantang je la dulu sampai cholesterol level ko turun ke paras selamat... huhuh ( "-___-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. @plain83
      Bab nak kena prepare teh-o campur madu dan cinnamon tu yg tak berapa nak rajin tu...hahaha
      Selaluya, kalau menu aku kolesterol tinggi, aku order air limau sbb aku belajar acid dlm limau boleh potong kolesterol dlm makanan...
      Tapi entahlah...dok tinggi je kolesterol aku ni...hehehe

      Delete
  7. orang selalu jeles ngan aku. sebab dorang kata makan banyak tapi badan tak naik2. memang best pun. tapi belum pernah check kolesterol, tak tau apa jadi nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Teena Tna
      Cuba try test pergi check.
      Badan aku pon bukannya besar pon, tapi kolesterol melambung-lambung kalah harga hartanah negara...hehehe

      Delete
  8. Lol , ingat pasal apa lah td. Tetiba rasa nak makan burger lak. Tapi serius ah, burger tepi jalan kgkadang lagi sedap dr fast food restaurant punya, lagi-lagi kalau penjual tak kedekut, mayo, sayur, etc. Perghh.

    burger tak elok pasai dia makanan yg diproses. Hang buat je lah burger kat rumah, lagi puas hati, pehtu ganti lah burger tu dengan grilled chicken ke. Tapi mayo jgn lah letak setengah botol lak,mentang-mentang buat sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @nanadhoi
      Memang pernah terniat nak buat burger dekat rumah, tapi kan bila difikirkan nak buat pon amik masa lama, tapi masa makan sekali telan je dah habis, terus tak jadi...
      (dasar pemalas)

      Hidup burger tepi jalan! **tetiba**

      Delete
  9. Aku rasa banyak kali dah aku kasi petua dekat ko. Ada ko try? Aku dah try, alhamdulillah lepas setahun amalkan petua makan madu dan juga jus delima, kolesterol aku yang dulu tinggi, kembali normal, Alhamdulillah. Yang penting, aku tak perlu sedih kena pantang bagai. Aku ngap je apa yang aku nak. Yang penting, petua tu pun aku amalkan tak tinggal. Inshaallah menjadi.

    Good luck!

    ReplyDelete
    Replies
    1. @chirpy_chummy
      Aku pernah try dengan madu, tapi orang bujang sibuk dan pemalas macam aku ni kurang sikit istiqamahnya...Jadi bila datang malas je trus terlupa...
      Last-last aku tinggalkan terus...
      Lagipon madu mahal...Hehehe

      Delete
  10. yup, kalau tgk betul2, sebenarnya bege quite makanan yg sihat sebab ada carb, protein dan sayuran..cuma sebab daging dia kena goreng je kekononnya byk kolesterol..hehe..

    ko p la kedai beli daging dia pastu kukus/grill klu teringin sgt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. @nazha anua
      Boleh ke buat camtu???
      Tak pasal-psal kena ban seumur hidup dengan gerai burger tu sbb demand yg bukan-bukan...hahahaha

      Delete
  11. Kesian gila kau ni dah termasuk withdrawal syndrom ni aku rasa. Pegi jela makan burger tu tp pastu jgn laa habis burger pi bantai nasik lauk gulai 3 pinggan plus air berkarbonat 2 liter. Hahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @mashy_entah
      Hahaha...mmg terasa macam withdrawal sangat.
      Tapi I think I'll manage. First tingkalkan burger, then baru start kurangkan makanan berkolesterol yg lain sikit demi sikit...hehehe

      Delete
  12. hehe jenuh nk tahan nafsu makan nih. tp tu la kena tahan jugakla demi nk turunkan kolestrol hehe. err tp tu la blh je kalo mkn jugak berger cenggitu tp buat sndiri la & mksud aku part daging tu xyah goreng la. kukus grill panggang without minyak. errr blh x cenggitu? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. @anamizu
      Part nak buat sendiri tu yg leceh tu...
      Kalau dkat kedai, boleh terus order n dapat je...hahaha

      Delete
  13. 1. Oat tu tryla buat yg oat in a jar tu,rendam dgn susu semalaman tanpa perlu masak dalam peti sejuk,pehtu esok pagi potong buah2 ke kismis ke kurma letak dlm oat tu. =L (aku tak pernah try,tp not necessarily dlm balang,bekas bese pun boleh)
    2. Burger tu maybe leh try cari yg vegetarian?tofu punya,tp tataula rasa,sepatutnya sedap kan hehe.
    3. Madu organik tesco pun ok kot?
    ps: aku ni pandai je bg nasihat,diri sendiri pun tak ikut
    pss: kenapalah makanan yg sihat ni mahal berbanding junk food??? T___T

    ReplyDelete
    Replies
    1. @star
      1. Bahagian nak 'try buat' tu yg tak berapa nak rajin tu...Kalau terus siap ada okey jugak...hahaha
      2. Aku dah pernah try burger tofu. SANGAT TAK SEDAP. Never again.
      3. Pretty sure madu tiruan tak sebagus yg asli. Takpe, aku try yg asli dulu :)

      pss: KAN? Knapa ntah nak makan makanan sihat pon kena bayar mahal...

      Delete
  14. ayat memula nak sedih... bercakap psl kehilangan. Rupanya psl burger. haha.... alaa.. mkn je la sekali sekala. apa salahnya. tak payah tinggalkan terus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Gadis Misteri
      Tak boleh. Makan sekali skala memang tak boleh.
      Sebab nanti kalau makan sekali, takkan jadi sekala dah, jadi berkala-kala...hehehe

      Delete
  15. Saya pun dah lama tak makan burger! hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Farah
      Duduk dekat benua Amerika yg mmg terkenal dengan burger pon tak makan burger ke???
      Hehehe

      Delete
  16. Aku baru je abis makan beger bakar ni… burrrpp! alhamdulillah, dapnye… nyum nyum! hahaha
    Bertabahlah wahai sahabatku… 😝

    Ekceli x payah terus buang kesukaan makan beger dr menu. Just control intake dia… mcm fitness coach suggest, tetapkan 1 hari sbg 'treat day' @ 'cheat day'. Meaning after anweek dah susah payah kawal food intake & regular exercise, so hari 'special' tu makan 1 makanan kesukaan dlm kuantiti yg dihadkan. Jgn balun mcm x igt dunia. So buat lg for the next & following weeks. Mmg mula2 agak payah nak ikut, tp it's worth a try… right?

    Bonne chance 😄👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Haryz Khairuddin
      Wow! Itu idea yg sangat bernas.
      'treat day' mmg idea yg bagus. Selain dr dpat mengurangkan stres, hari tu jugak boleh melepaskan rasa ketagih tu...hehehe
      Bagus2...akan aku praktikkannya :)
      Thanks Haryz :)

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: