Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Jun 29, 2014

Cerita Ramadhan Tahun Lepas.


Selamat menyambut bulan Ramadhan 1435h.

Sempena Ramadhan ini,
aku ingin menceritakan satu kisah di bulan Ramadhan tahun lalu yang terjadi kepada aku. Setahun aku tunggu semata-mata nak ceritakan kisah ini. Alhamdulillah, nyawa masih ada dan peluang sekali lagi diberikan-Nya untuk aku lalui Ramadhan.

Kisah ini bermula pada awal bulan Ramadhan tahun lalu.
Aku singgah di bazar ramadhan di pekan tempat aku tinggal.
Pelbagai juadah ada. Lauk-pauk banyak jenis, kuih-muih pelbagai rupa, air minuman bermacam warna.
Semuanya suasana biasa sesebuah bazar ramadhan...
...kecuali satu.
Seorang gadis di gerai jual murtabak.

Perhatian aku tertarik ke arah gadis gerai murtabak ini.
Bukan semata-mata sebab dia cantik...hm...macam mana nak kata ek?
Memang tak dinafikan dia memang menarik perhatian, tapi bukan kecantikan dia yang menarik perhatian aku, tapi keadaan dia.

Dia, pada aku, kelihatan sangat tak suka dengan kerja yang dia buat, iaitu jual murtabak.
Nampak sangat muka dia tak ikhlas.
Senyum apatah pula, tak pernah ada langsung.
Dari segi pakaian pula, aku boleh kata yang dia memang berpakaian bukan untuk menjaga gerai murtabak.
Disebalik apron yang dipakai, aku tahu pakaian dia sangat tak sesuai.

Gerai murtabak itu dijaga tiga orang selalunya.
Si gadis tu selalu jadi bahagian pembungkusan dan duit (front face),
manakala dua lagi (lelaki dan perempuan, mungkin emak dan abah dia) berada di belakang masak murtabak ikut keperluan.

Aku dapat jangka bahawa dia bekerja di gerai itu atas paksaan,
mungkin paksaan kedua-dua ibubapanya.
Sebab itu jelas di wajah dia yang dia tak ikhlas.

Disebabkan berminat, aku beli murtabak di gerai itu.
Maknanya, aku berurusan jual beli dengan gadis itu.
Aku order, dia bungkus, aku bagi duit, dia pulang duit baki, selesai.
Dia langsung tak pandang muka aku, apatah lagi senyum.
Muka dia masam sepanjang masa.

"Harap muka je cantik, tapi tak mesra langsung..."
Mungkin itulah rungutan para pelanggan lain, tapi bukan aku.
Pada aku, memandangkan hobi aku ialah melihat gelagat manusia,
maka dia sangat menarik untuk aku perhatikan.


Dijadikan cerita,
setiap selang dua-tiga hari, aku akan beli murtabak dari gerai dia.
Setiap kali aku beli, aku akan berurusan dengan dia.
Setiap kali aku berurusan dengan dia, aku akan ucap terima kasih.

Dan setiap kali berurusan, aku dapat rasakan gadis itu semakin berubah.

Sehinggalah di satu hari pertengahan bulan Ramadhan,
selepas selesai urusan membeli, ketika aku berterima kasih kepada dia,
dia menjawab kembali,
"Terima kasih."

Itu kali pertama aku dengar suara dia.
Not bad.

Untuk hari-hari pembelian seterusnya,
sebelum sempat aku sebut terima kasih, dia sudah ucapkan akad
"Saya jual."
Dengan senyuman, aku jawab, "Saya beli."


Di pertengahan 10 hari terakhir Ramadhan,
aku dapat rasa ini mungkin kali terakhir aku membeli di bazar.
Sebabnya pada waktu itu gerai di bazar semakin kurang
dan disebabkan adik-adik aku balik ke rumah, maka makanan kebanyakan dimasak mereka, jadi aku tak perlu beli di bazar lagi.

Untuk kali terakhir, aku datang ke gerai murtabak itu.
Si gadis itu berdiri seolah-olah menunggu kedatangan aku.
Dia mula sapa, "Nak beli murtabak, bang?"
"Niatnya begitulah," balas aku.
"Hari ni kami last, bang. Esok dah tak buka gerai."
"Oh, jadi hari ni spesial-lah ye?"
"Spesial untuk abang, saya letak extra satu."

Perbualan kami berlarutan beberapa minit,
topiknya berkisar kepada kampung tempat bakal beraya.

Dari perbualan akhir yang singkat itu,
aku rasa dia sudah banyak berubah.
Dia semakin ikhlas berniaga walaupun pada mulanya jelas seperti terpaksa.
Dia juga semakin murah senyuman walaupun awalnya muka masam mencuka.
Kalau dulu langsung tak pandang muka, namun akhirnya aku mampu pertahankan perbualan selama beberapa minit.

Dan yang paling menarik pada kau ialah
aku mampu melihat dia senyum.
Dan seperti wajah dia, senyuman ikhlas dia sangat cantik.
Senyuman yang tidak boleh disifatkan dengan kata-kata.

Untuk itu, aku bertuah.


Pengajaran bagi cerita ini
bukannya aku nak suruh kalian bahawa stalk gadis jual murtabak, BUKAN!
Pengajaran yang aku nak kongsikan ialah setiap manusia ada potensi untuk jadi lebih baik, apatah lagi di bulan Ramadhan ini.
Maka rugilah mereka-mereka yang tidak memanfaatkan Ramadhan ke arah kebaikan.

Aku juga harap Ramadhan kali ini aku boleh berubah jadi lebih baik dari sebelumnya.
Bukannya tunggu Ramadhan baru nak jadi baik, BUKAN,
tapi gunakan Ramadhan sebagai pemangkin diri untuk jadi lebih baik.

Jadi,
kalau ada kawan-kawan yang berubah baik di bulan Ramadhan,
janganlah kita perlekehkan dia dengan berkata,
"Hek eleh, bulan puasa jadi baik. Bulan lain macam kacang hantu."
Bagilah sokongan dan dorongan kepada mereka untuk berubah
seperti kita perlukan sokongan dan dorongan untuk berubah.



Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa.




.




46 comments:

  1. Good cero, kau memang sama macam aku, suka perhatikan gelagat manusia yang ada macam-macam jenis . Dan juga kau memang heroes in real life.

    Ps:selamat menyambut ramadan dan salam heroes buat semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Heroes Reborn and r
      Selamat berpuasa!

      Delete
  2. The Lost Ramadhan Heroes: Cero the hero!

    ReplyDelete
  3. Agak agak, tahun ni dia tolong meniaga murtabak lagi tak bro?

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Aujinz
      Good news bro. Tahun ni dia ada lagi...tapi lain sikit arr dia...hahaha

      Delete
  4. Bulan RAmadhan bulan yang penuh keberkatan :)

    pengajaran yang baik
    dan salam ramadhan bro :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Khairulsyarafi Ruang Monolog
      Thank you bro...
      Salam ramadhan utk mu jua...hehehe

      Delete
  5. Replies
    1. bila nak update blog haa.......hahahahahak...dah bersawang ak tgk.jgn sampai berhantu..

      Delete
    2. Ntah Nazha ni...
      lama bebenor tersangkutnya...hehehe

      Delete
  6. Salam ramadhan cero.. bagus betul tuan hamba ni..kipidap

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Dea Day
      Haha...segan plak kena puji dgn Day...
      Takde laa bagus sgt, biasa2 je...heheheh

      Delete
  7. Naise~ Salam ramadhan cero kun~ ;3

    p/s: aku tak suka mertabak, tak tau kenapa, mcm dia conpius antara roti canai dgn karipap, lps tu kuah pulak cuka n bwg... oufff~~ hen na mono desu (^____^")~

    ReplyDelete
    Replies
    1. @plain83
      Murtabak best arr...
      Sedap!! Cuma zaman sekarang ni, murtabak ayam dgn murtabak daging dah susah nak beza sbb rasa dia sama je...hehehe

      Delete
  8. kenapa dalam otak ni harap cEro dan gadis murtabak bertemu kembali dan mempunyai happy ending eh? HAHHAH.

    btw, mesti sedap en murtabak tersebut sampai selalu beli.
    Nasib baik baru lepas sahur, bayangan murtabak tidak begitu menggugat iman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @nanadhoi
      Hahaha...itu dah dramatik sgt dah tu...boleh buat drama swasta slot akasia...hehehe
      'Murtabak Cinta'

      Aku mmg peminat murtabak dr dulu lg, tp aku selalu beli masa bulan puasa je..jd imej bulan puasa aku mmg ada murtabak...hehehe

      Delete
  9. selamat berpuasa SEROOOOOOOOOOOOOOOOOO ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. @shada wentz
      selamat berpuasa SHAAAAADAAAAAAAAAAAA :D

      Delete
  10. Ramadhan Mubarak!
    Kecewa dan merajuk dengan murtabak bazar sebab tahun lepas asyik dapat murtabak bawang bukannya ayam/daging hahaha
    Kalau ada orang sekeliling aku yang berubah ke arah kebaikan,aku akan berlagak biasa je,dengan niat dia takla terasa sangat perbezaannya. Tapi,taktaula kalau dianggap tak beri sokongan pulak =\
    Ps: aku tak suka betul kalau selalu beli kat satu kedai dan ditegur orang tu terutamanya jantina bertentangan,memang esok gi kedai lainla XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. @star
      1. Kesiannya ko kena murtabak dpat rasa bawang je...Mmg ada spesies yg meniaga tahu nak untung je..kan?
      2. Aku pon selalu macam tu jugak. Kita bg sokongan dgn cara tak perlekehkan dia dan anggap dia masih selesa dgn kita...kan?
      ps: Aku selalunya beli air yg lain2 kedai...bab makanan, sbb aku memilih sikit, jd hanya beli dkat gerai yg sama sbb dah tau rasa dia camna...hehehe

      Delete
  11. Hmm... Rase macam datang bulan je die mase awal-awal tu... Tu yang muke monyok je.. Hahaha.... Ntah le... Ouh... Salam Ramadhan cEro...


    -Zul-

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Zul
      Hahaha...mungkin juga kot...tak tau plak aku...Nak tanya tak pasal2 kena simbah minyak panas utk murtabak nanti...hehehehe

      Delete
  12. fewitt ! buleh buat drama ramadhan ni kesah cero nih hehe
    murtabak is olwez my feveret tiap kali ramdahan ! weeee~

    salam ramadhan Cero ! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. @anamizu
      Hahaha...Ramadhan kena bykkan amal, bukan kena bykkan drama...hehehe
      Aku pon suka murtabak bila masuk ramadhan....:)

      Delete
  13. Replies
    1. Hoi subaru, apesal ko ade kat sini haaa....Ko jangan nak buat tahayul kat sini!

      Delete
    2. Nampaknya, mungkin begitu.

      Delete
    3. Sedih wey sendiri taip sendiri reply...

      Delete
  14. Hahahaha........ aku adalah macam-macam boleh aku jadi...

    ReplyDelete
  15. Kes pembunuhan cero!

    Bahagian 1.

    ReplyDelete
  16. Ini blog banyak busuk, ADA bau bangkai kucing..

    ReplyDelete
  17. Hahahahahahahahaha...................

    ReplyDelete
  18. Aaaaaa......! Sudah cero, macam mana ni??

    ReplyDelete
  19. Replies
    1. Aku, bab kau nak tukar2 nama sesuka hati dan komen tak ada makna dlm blog aku, aku tak kisah sgt...
      Tapi bab pakai nama cEro utk puaskan kemahuan kau utk menarik perhatian aku membuatkan aku sedikit sakit hati...

      Delete
  20. Ko ni mmg jenis pemerhati..aku mmber sebelah lalu pon tak perasan..hahaha3 aku tengok Ramadhan tahun ni ramai yang berubah..sudah berhijab..terkejut tapi.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Miss Comot
      Aku suka memerhati dr masuk campur...hehehe
      Bagus laa kalau berubah ke arah lebih baik...
      Tp harap2 tak berubah sbb trend...hehehe

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: