Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Feb 9, 2014

Internet Itu Bahaya!

Internet memang bahaya.

Pada mulanya,
aku berniat nak lukis satu komik pendek bercerita tentang perkara ini.
Tapi selepas lukis beberapa mukasurat,
aku dapat rasakan isinya lebih terkesan kalau aku bercerita.
Just bear with me, nak bare with me pun boleh..
Entri kali ini memang cerita sepenuhnya.
Bacalah sampai habis walaupun panjang.

Jadi inilah ceritanya...




Untuk ketahui bagaimana bahayanya internet yang aku maksudkan,
biar aku mulakan dengan membawa kalian ke waktu semasa aku berumur 9 tahun.

Kalau ditanya kepada aku siapa perempuan yang paling awal membawa kesan terhadap diri aku selain ahli keluarga,
aku hanya akan sebut dua nama,
D dan K.

Kedua-dua mereka pernah aku ceritakan sebelum ini.

Semasa darjah 3,
dua kali peperiksaan, dua kali tu aku dapat tempat ketiga dalam kelas.
Tempat pertama dan kedua ditawan mereka berdua, D dan K.
Peperiksaan penggal pertama K dapat nombor satu.
Peperiksaan penggal kedua D rampas takhta dari K.
Aku hanya mampu berada di takuk nombor 3.
Mereka berdua tiada tandingan.
Mereka berdua tidak dapat aku lawan.

K aktif bersukan, banyak mulut, sedikit celupar.
D lebih pasif, pendiam dan hanya suka tersenyum.
Kami bertiga pengawas.
Disebabkan itu, kami bertiga selalu bertugas bersama.
Ini menjadikan kami bertiga rapat.
Tipu aku cakap kalau aku tak pernah ada hati dengan dua perempuan ni.
Tapi cinta monyet, beb, siapa kisah.
Tapi kalau diberi pilihan, AKU PILIH D.

D misteri. Cukup misteri.
4 tahun aku kenal dia, aku tak pernah tahu dia tinggal mana.
Yang aku tahu hanyalah nama penuh dia
dan dia ada tiga beradik semua perempuan.
D juga sangat pendiam.
Satu-satunya waktu dia paling banyak bersuara adalah semasa mengacarakan perhimpunan sekolah.
Aku tukang jaga PA system.

Aku dapat simpulkan D berasal dari keluarga yang alim.
Dia bertudung, dan aku tak pernah nampak dia tanpa tudung.
Walaupun masa kem motivasi UPSR, aku dan kawan-kawan seperjahatan pergi mengintai budak perempuan ambil wudhuk di belakang surau,
D tetap berjaya tidak memperlihatkan rambutnya.

UPSR selesai, D dapat keputusan 5A.
Seperti yang dijangka daripada seorang pelajar cemerlang.

Habis darjah 6,
aku masuk asrama.
D juga aku pasti dapat asrama.
Cuma aku tak tahu ke mana...
Aku cuba cari maklumat tentang dia, tapi GAGAL.
D hilang jejak.





Berbelas tahun berlalu,
dan dalam tahun-tahun itu, dunia banyak berubah.
Antara yang paling signifikan adalah kemudahan capaian internet.
Internet membuatkan dunia menjadi tiada batasan.
Kawan lama dapat dicari.
Berita jauh dapat didengari.
Ilmu di hujung jari.
Maklumat sentiasa menanti.

Facebook adalah medium terbaik (buat masa ini) untuk bertemu kawan lama yang terputus hubungan.
Aku berjaya jejak beberapa kawan seperjahatan kembali.
Tapi tidak terniat langsung aku nak menjejak si D dan K.

Sehinggalah baru-baru ini....

2014,
selepas beberapa kawan lama sekolah rendah menamatkan zaman bujang masing-masing,
aku tiba-tiba terdetik mahu menjejak dua kawan perempuan lama ini.

Aku mulakan dengan K.
Aku search dalam Facebook nama dia.
Since aku sedar dia mungkin tak guna nama sebenar,
aku masukkan beberapa info tambahan mengenai dia di advance search Facebook.

Boom!
Aku jumpa.

K kini bertudung labuh.
Sudah berkahwin pada tahun 2010 dengan seorang lelaki yang macam aku kenal tapi tak dapat nak recall.
Dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang sangat iras dengan muka dia.
K dan suami juga, melalui Facebook photo, aktif dalam gerakan politik.
Dia (Mereka) penyokong pembangkang.

Syukur alhamdulillah,
K yang dulu celupar, bising dan banyak mulut
sekarang dilihat sudah baik, bahagia dengan keluarga.
Aku tak cari pula abah kepada K yang satu ketika dulu pernah buat aku hampir terkencing dalam seluar.
(Klik sini untuk ketahuinya)


Giliran D untuk dicari.

Aku search dalam Facebook, GAGAL.
Aku advance search dalam Facebook, GAGAL.
Aku selidik friend list K memandangkan kemungkinan mereka berdua berkawan dalam Facebook dan D sengaja jadikan dirinya tak available dalam search result, masih GAGAL.

Tak pelik, semuanya seperti yang aku jangka.
Sedangkan semasa dia darjah 3 pun sudah cukup misteri,
inikan pula sudah besar dewasa seperti sekarang.

Tapi aku tidak putus asa,
aku anggap D tak ada akaun Facebook,
jadi aku beralih kepada satu lagi enjin carian paling hebat alaf ini,
GOOGLE.

Aku masukkan nama D.
Disebabkan nama dia bukanlah sangat jarang ada, jadi google result memasuki fasa mustahil untuk dicari.
Jadi, aku bertukar dengan mencari dengan menggunakan NAMA PENUH dia.
Page pertama tak ada apa yang berkaitan.
Page kedua juga sama.
Masuk page ketiga, aku jumpa satu link.
Keyword yang diboldkan google dalam link tu sangat menunjukkan kesamaan dengan nama yang aku cari,
jadi aku KLIK.

Rupanya, itu adalah dokumen tentang senarai nama kedatangan pelajar untuk annual dinner satu course dari satu universiti ini.
Paling menarik,
dalam senarai itu, terkandung hampir seluruh maklumat yang ada tentang pelajar yang hadir.
Nama penuh, nombor IC, nombor ID pelajar, alamat rumah, tarikh lahir, agama, bangsa, emel, NOMBOR TELEFON dan beberapa entri nombor yang aku tak berapa pasti apakah ia.

...dan semua itu dapat diakses oleh SESIAPA SAHAJA.
Bahayanya maklumat asas senang-senang dapat.
Malah,
salah satu nama dalam dokumen tersebut ialah nama D.

As to confirm yang nama tersebut betul-betul ialah D,
aku lihat alamat yang tercatat.
BETUL.
Alamat tersebut hanya kurang 800 meter dari rumah aku.
Aku boleh pergi rumah dia hanya dengan jalan kaki.

To make sure ianya bukanlah kebetulan ada orang yang bernama lebih kurang sama tinggal dalam kelompok yang sama, aku copy emel dia dan cari melalui Google+.
Surprise surprise, emel tersebut membawa kau ke akaun Google+ D.
Tiada gambar profil dan tak aktif.
Walaupun tak aktif, tapi dari circle dia aku boleh dapat akaun adik dia.
Dan adik D sangat aktif berkongsi gambar melalui picasa.
Dan cuba teka, gambar siapa yang banyak dalam picasa dia?
Sudah tentu gambar ahli keluarga dia.
Dan sudah tentu juga ada gambar kakak dia, D.
Walaupun berbadan seorang dewasa, tapi D tetap seperti D yang aku bayang dalam kepala.
Lembut, baik, sopan, dan bersenyuman manis.

Dari situ aku confirm,
senarai nama tersebut memang mempunyai nama D.
Dan nama itu memang D yang aku cari.


Aku tak tahu.
Mungkin AJK acara annual dinner tersebut hanya mahu simpan atau hantar dokumen itu kepada orang-orang tertentu melalui perkongsian maya, tapi aku dapat rasakan maklumat sebegini tidak sepatutnya dikongsi secara public.
Disebabkan senarai tersebut,
aku kini mempunyai semua maklumat asas mengenai D termasuklah nombor IC dan nombor telefon peribadinya.
Dari seorang gadis misteri, D menjadi seorang yang boleh diakses maklumatnya secara mudah.

Memang salah bukan di tempat D.
Salahnya ialah yang tidak mengprivatekan perkongsian dokumen itu.
Aku yakin ada di luar sana yang cukup pandai mampu manipulasi maklumat asas seperti itu untuk kegunaan lain seperti curi identiti, curi maklumat kewangan dan sebagainya.
Memang ada berlaku.
Memang pernah berlaku.
Cuma aku harap ianya tak berlaku dekat D.

Hanya dengan memikirkan seorang perempuan yang misteri dengan mudah dapat dikesan maklumat mengenainya dengan hanya beberapa klik sudah buatkan aku takut dengan internet.
Belum cerita anak-anak muda zaman sekarang yang tak segan silu berkongsi segala apa yang dia ada hanya atas nama mahu memeriahkan media sosial.
Cuba google nama sendiri dan lihat apa resultnya...

Dan aku pasti, setiap dari kita ada pengalaman buruk sendiri berkaitan internet.
Kan?


Nasihat aku cuma satu,
HATI-HATI BILA BERKONGSI MAKLUMAT PERIBADI.

Persoalannya sekarang,
apa patut aku buat dengan maklumat tentang D yang telah aku dapat?
Should I call her?



Tetiba aku rasa cerita aku tak segempak tajuk....



.




23 comments:

  1. haha cute! stalker habis! xyah call simpan je number kalo ade wechat add la die hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Ef
      Hahaha, stalker ek? Aku pon fikir benda yg sama..
      Mmg simpan pon nombor tu..tp aku takde wechat...hehehe

      Delete
  2. Tak salah nak contact tp nak call terus ke? Pasti boleh borak tak? Kalau err,urm je better sms je dulu. Cuma jujur je takyah pusing2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @fISZ
      hahaha, tak berani laa nak call terus...mcam gelojoh je...
      sms tu mungkin kot...tp still tak berani...hehehe

      Delete
  3. hohoho... sms ler dia... ko tanya la dia, "ini D ke? ingat lg tak saya ni, cero (buh nama sebenar ko), kawan masa sekolah rendah dulu?", musti dia reply punyer, ececeyyy~ ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. @plain83
      sekali dia tanya balik, "Mana dapat nombor?"
      Aku jawab "Stalk dlm google."
      Esok ada polis dtg rumah iring aku ke jel..hahahah

      Delete
    2. alaa ko jwb la sbb tetiba teringat nak cari dia kat intenet setelah terjumpak K kat pesbuk, maka ko pun terkenangkan kisah silam... dia paham punya la ;p

      Delete
    3. @plain83
      Haha, perempuan boleh ke terima alasan camtu?
      Tak terasa mcam creepy tahap maksimum ke??
      Hehehe

      Delete
  4. Contact la weh. Ko ni.. gentlemen bro!

    Owh..aku pun slalu buat cam tu. Mudah je zaman sekarang ni. Tp tujuan dan niat tu yg penting. Kalau utk kebaikan, why not, aite?

    ReplyDelete
    Replies
    1. @chirpy chummy
      Betul. Dapat dkat aku yg sgt tak berani ni mungkin laa tak gerak ke mana, tp kalo dpat ke kaki stalk yg gile2 creepy?
      Naya ooo....

      Delete
  5. ..dan sekarang aku sangat takut dengan internet... koh koh koh...
    payah betei dunia tanpa sempadan nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Aujinz
      Jadi bila ada cerita ttg US & Australia intip Malaysia guna maklumat dlm internet, aku tak terkejut langsung...
      Tp still takut...

      Delete
  6. erm.

    harap segala data time jadi budak yu dulu dah terpadam :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Zyra Roxx
      Try laa check selidik tengok...
      Takut2 ada lagi ke...
      Kalau ada, cuba laa hapuskan...

      Delete
  7. well well well..im so glad u write it down..panjang beb cerita ni..

    aku tak kenapa, tapi lepas baca kisah ni, aku rasa kau patut approach dia..just tanya kabar je..mula2..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. @nazha anua
      aku pun mcam terniat nak approach dia, tp tak tahu mcam mana nak mulakan....
      Semua cabang kemungkinan yg aku fikirkan, semuanya bermula dgn sesuatu yg creepy...hahaha
      #antisosial

      Delete
  8. woahhhh memula rasa mcm wow cool gila !
    sbb gigih stalk info cari sampai dapat.

    pastu bila dah habeh baca, dok terpikir, errr...err..
    adehh betoi la mmg x selamat la dnia tnpa sempadan ni =.='


    *simpan je nmbor dia. nti2 dah rasa berani, mulakanla.
    sms ke. wassap ke. tp tu lah--JUJUR je lah key dia hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. @anamizu
      Mmg bahaya sgt dunia tanpa sempadan ni...
      Tambahan pula manusia makin hari makin pandai dan kreatif membuat jenayah.
      Nombor D mmg akan disimpan, cuma akan dicontact atau tidak, itu masih menjadi misteri...Hehehehe

      Delete
  9. best baca. nasib baik sek ren dulu blaja kat sekolah smua lelaki. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. @rayenyson
      Kenangan zaman sekolah, beb. Semuanya indah...hahaha

      Delete
  10. 01131718144 call je no ni,,bdk ni baik..tp kesian aku tgk... knetnggl ngan bf dye... kwn aku ni... mcm dah xde lelaki lain

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License