Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Feb 16, 2014

tEka-tEki #19 "Choose Wisely"


Bertemu kembali dalam slot tEka-tEki.
Slot yang begitu kejam, kita dapat rasa kita bukanlah sepandai yang kita fikirkan.




Baiklah.
Bila bercakap tentang tEka-tEki,
ada dua jenis audiens.

Pertama, orang yang mahu nampak pandai.
Orang sebegini akan cuba menjawab sebaik mungkin dan menggunakan semua kemahiran yang dia ada (termasuklah google jawapan di internet). Jika jawapan yang diberikan salah, dia akan terus mencuba tanpa menghiraukan sama ada jawapan dia logik atau tak logik.

Kedua, orang yang tidak mahu nampak bodoh.
Orang sebegini akan berdiam diri, memerhati dan fikir dalam hati tanpa mencuba secara agresif. Bila jawapan akhirnya diberikan, dia akan kata, "Alaa, macam tu aku pun ada fikir," dan berlalu seolah-olah tEka-tEki itu langsung tidak bermakna dalam kehidupan dia.

Anda dalam golongan mana?
(Jangan jawab!)


Setelah mendengar rungutan dalam siri tEka-tEki sebelum ini,
ada yang kata susah gila,
ada yang kata senang sangat,
jadi aku akan cuba memenuhi kehendak dua-dua rungutan ini.

Kali ini,
tEka-tEki yang aku sediakan bukan hanya satu,
tapi DUA.

Ya, DUA.

Namun jangan tamak.
Anda hanya boleh pilih salah satu dalam satu masa.

Ini arahannya:

Di bawah ada dua butang.
Satu merah, satu hijau.
Jika anda rasa tEka-tEki aku sediakan sebelum ini sangat mudah,
tekan butang hijau dan anda akan dibawa ke satu muka baru yang mengandungi tEka-tEki susah.
Sebaliknya,
jika anda rasa tEka-tEki aku sediakan sebelum ini agak susah,
tekan butang merah dan anda akan dibawa ke satu muka baru yang mengandungi tEka-tEki mudah.

Ikut arahan dengan tepat, anda akan dibawa ke tempat yang anda tuju.
Sila pilih, tapi pilih dengan bijak.




Marilah mencabar diri ke dalam ilusi dalam membuat pilihan.
Selamat mencuba.

GOOD LUCK!

Lagi tEka-tEki dalam koleksi:






.


11 comments:

  1. takut pulak aku nak tekan..hehe..
    biar aku tengok balik kat ayat cero ni kot2 ada hidden hint ke..nanti abaru aku pilih nka tekan mana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. @nazha anua
      hidden hint utk org yg nampak je...
      tp kalau tak nampak pun still boleh lagi...hahaha

      Delete
  2. tak meletop kan kalau tekan kan kan kan??..

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Aujinz
      Aku mcam berniat nak buat efek meletop, tp tak pandai laa...Hahaha

      Delete
  3. Hye, saya suka baca blog awak, baru2 ni saya baru blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Muhammad Taufiq
      Hey, thanks sbb suka baca blog aku. But the best thing about online life is status doesn't matter. So, harap akan datang, if datang lagi, jangan laa guna 'saya awak'.. Sejuk saraf tunjang aku membacanya. Go with 'aku kau' rasanya lebih dekat dan mesra, sbb aku dan kau tak kenal pun di dunia realiti, jadi kita hanya boleh mesra di dunia maya. Hahahahah...
      Unless kau ada kakak yang super-cun dan berharap dapat kenalkan aku kepada dia, then 'saya-awak' boleh diambil kira...

      So, ada kakak?
      **kening double-jerk**

      Delete
  4. dem... aku dah skodeng ke2-2 soalan, namun aku rasa mcm blurred skarang ni... atsui tenki no sei kamo ne (lol salahkan cuaca yg panas la pulak)... huahua~

    ReplyDelete
    Replies
    1. @plain83
      hey, blog aku sentiasa terbuka utk dikunjungi kembali....
      Lepas cuaca reda dan mengasyikkan, datang balik dan cuba selesaikan....
      You can do it! Everybody can do it!!
      Hehehehe

      Delete
  5. Alamak.. Kalau tekan agak2 kena virus tak? Karang tak pasal2 kena format hp. Hehehe. Chop! Teka-teki dlm melayu ke inggeris tu? Hehe

    -admin-

    Tumpang promote. Minat tak dgn pelikat pants drpd afdlin shauki maharajalawak? Meh ler terjah blog aku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @MaSyGhuL OnLine
      Ramai dah click brader oi..
      Mmg takdak virus, cuma aku sebarkan bot dlm komputer supaya dpt sedut maklumat peribadi utk tatapan umum...Hahahah
      (tipu! jangan percaya)

      btw, pelikat pants mahal laa brader. Takleh kasi murah sikit ke???

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License