Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

May 27, 2010

D untuk DIA

one-two-eight
I'm sorry..




Namanya Dxxxxx..
Biar aku panggil dia D...

Mula kenal masa sekolah rendah darjah 3..
Berwajah lembut, berpewatakan lembut, bersuara lembut..
Pada aku, dalam kamus bahasa,
di bahagian huruf L untuk perkataan 'lembut'
wajah dia terpapar..
Kerana segalanya berkenaan dia amatlah lembut..
Ramai giler budak laki batch aku suka dia..

Semasa darjah 3
aku nombor 3, K si ketot tu nombor 2,
dah tentu D nombor satu..
Dia juga pengawas contoh sekolah..
Dia juga pemain bola jaring sekolah..



Satu hari tu
dalam darjah 5
seorang kawan aku bernama H ni
bagitau aku yang dia minat D ni..
H suruh aku sampaikan sebab aku ni pengawas sama macam D..
Lebih-lebih lagi masa perhimpunan
aku selalu bertugas untuk PA system,
D jadi MC..
Kitorang memang selalu bekerja bersama..

Aku pun pergi laa jumpa D
nak bagitahu yang H ni sukakan dia..
Aku memang fail bab jadi posmen orang ni..
Jadi cakap pun super-direct...

"D, aku nak bagitahu ko ni..
H suka kat ko...
Ko plak camne?? Suka tak??"


Bukan mimik terkejut yang aku nampak di wajah D..
Tapi dia tersenyum lembut...

"Awak, cakap kat dia,
saya nak kawan je dengan dia..
Macam saya kawan dengan orang lain..
Macam saya kawan dengan awak...
dengan semua orang..."

Hahahaha, ayat reject paling lembut aku pernah dengar..
Patut laa ramai orang suka dia..

Sekali,
aku dengan siotnya tanya dia..
"Ko tak suka dia sebab ko dah ade pakwe ke??"

"Tak ada..
Tapi saya ada minat kat seseorang ni..."


Hahaha,
bila aku cerita kat H, serius muka dia kecewa remuk hancur luluh..
Hm, hebat jugak penangan cinta monyet ni..



Sebab D tak bagitau siapakah orangnya,
perasaan ingin tahu aku membuak-buak...
Setiap kali bertugas dengan dia, aku mesti tanya..
Setiap kali nampak dia seorang, aku mesti nak ikut dia..
Mana tahu, dia ada intai sape-sape ke..

Tapi tetap tiada jawapan...

Sampai laa darjah 6
bila dah habis UPSR kan ada gap panjang gile sebelum sekolah habis..
So, aku join laa pertandingan main Scrabble..
Dengan bernasib baik,
berkat selalu layan TV tengok citer mat salleh
aku sampai ke final pertandingan
menentang 3 lagi lawan
salah seorangnya D..

Saingan sangat sengit,
tambahan pulak dari D..
Masa percubaan UPSR dulu, dia dapat ranking pertama sekolah..
Aku??
hahaha, dua angka laa...(malu nak cakap...)

Dan, dengan hebatnya
aku juara keseluruhan pertandingan tu..
Tapi, bukan tu yang aku nak cerita..
Yang aku nak cerita
Lepas perlawanan tu, dia nak jumpa aku kat luar kelas berdua
semata-mata nak cakap
TAHNIAH!!

Lepas cakap tahniah, dia terus blah..

Terperasan sekejap
mungkinkah aku orang yang dia suka tu..
"Naaah... Not in 100 years!!!"
Tak ada apa pun pada aku masa tu yang membolehkan orang suka aku..
Jadi, aku abaikan..
Dan rahsia siapakah lelaki kesukaan D tak terbongkar..
Mungkin sekali dia suka kat sorang cikgu PJ ni
hensem, tinggi, memang citarasa wanita masakini..


------------------------------------------

Sebab kenapa aku cerita hal ni??
Aku belek-belek album gambar sekolah rendah aku..
Ternampak D dalam gambar kelas..
Tetap dengan wajah ayu dia..
Agaknya, sekarang dia masih berwajah lembut seperti dulu??
Manusia berubah, dunia berubah..
Aku ada kawan yang berpewatakan lembut di sekolah dulu
bertudung labuh, pendiam dan tidak bergaul
sekarang sangat hot n sexy n lesbo...

Harap D tak macam tu...




14 comments:

  1. huhu..comel tol cite ko dulu2..hehe..
    wah!ayat last tu..serius ke weh??
    arrgghh...

    ReplyDelete
  2. mne ko dpt gba cantik2 eh???

    heee..

    ReplyDelete
  3. manusia..selalunye berubah mengikut peredaran masa dan zaman..
    kalo x org kate x matang la plak..
    erkk..ye ker..?

    ReplyDelete
  4. wee menang scrable..cayalah!!!

    ReplyDelete
  5. @✿nenek moden✿
    serius...
    kawan aku (yg lain laa bukan D) skang dh agak sgt lain dh..ade gambar dia dgn 'boyfren' dia..ahaha

    @KERAK NASI
    that's the power of google image search..
    hahaha

    @pu3aan
    basically manusia berubah ke arah yg lebey baik, tp kecuali kalau ade perkara buruk pernah berlaku..

    @gooseberries
    hahaha, dpat hadiah kamus BI-BI..
    hahaha

    ReplyDelete
  6. kenapa?kenapa?kenapa?kenapa cerita kau semua comel2 ni???

    ahahahahhahaha!

    ReplyDelete
  7. @iemaZAIMAH
    hahaah, comel ek??
    tuan dia tak comel ke??

    ReplyDelete
  8. wah, sume bnda still ingt ek...
    so, Mr. cEro sendiri xde cinte monyet ke utk dikongsi???
    i'm very curious to know...
    hahaha
    ;D

    ReplyDelete
  9. hahaha.cam nk taw gak la.en cero ni xde ke cite cinte moyet dlu yg nk dikongsi! blog anda menghiburkan ati~

    ReplyDelete
  10. @raja dinie
    hahaha, ade gak laa...
    nanti aku kongsikan...

    @Misal Zarith
    hehehe, akan datang yek cik Misal..
    thanks..harap blog ni sntiasa menghiburkan hati...
    hehehe

    ReplyDelete
  11. tuan dye???ehmm...hmm..no komen..ahahahah!

    ReplyDelete
  12. @iemaZAIMAH
    sbb no komen, mesti tak comey, kan??
    hahahaha

    ReplyDelete
  13. kau tnye aku wtpe?aku klu muke org tu xmcm taylor lautner aku ckp xcomel la..ahahaha!

    ReplyDelete
  14. @iemaZAIMAH
    waaaa, taylor lautner??
    tak dpat arr...
    1000 tahun pon takkan berlaku..
    heheeh

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: