Hai, nama aku cEro.
cE berbunyi 'se' macam dalam 'forty-seven',
ro berbunyi 'ro' macam dalam 'ronin'.
Ini adalah entri tanpa tajuk ke-8.
Entri tanpa tajuk ialah entri ringkas berkisar tentang perkara sekeliling aku.
Perkara-perkara yang aku anggap remeh dan ringkas yang terlalu pendek untuk dijadikan satu entri khas tapi terlalu bernilai untuk aku buang dari benak ingatan.
Semua dikumpulkan di dalam satu post.
Tanpa melengahkan masa,
mari kita mula....
Kagum dengan pemadam yang dapat kumpul habuk besar-besar macam ni... pic.twitter.com/lL3cuQIBYk
— cEro (@cerolian) January 14, 2014
1. Projek 2014.
Aku sedang sibuk.
Selain sibuk dengan kehidupan realiti yang membosankan,
aku juga sedang bertungkus lumus menyiapkan bukan satu,
tapi DUA projek.
Projek itu berkait rapat dgn blog ini.
Tak ada apa banyak yang boleh aku bongkarkan,
cuma aku berharap dapat sokongan kalian semua bila projek itu terlaksana.
By sokongan, aku maksudkan, mungkin kalian boleh start menabung mulai sekarang...
Hehehehe...
Dan aku baru belajar cara nak embed tweet. Hehehe....
2. Event.
Suatu hari, aku dilabel sombong.
Sebabnya, ada beberapa event yang dibuat kawan-kawan dan diinvite dalam Facebook, aku tak hadirkan diri.
Sombong mungkin perkataan yang mudah,
tapi biasanya aku ada dua alasan kukuh kenapa tak datang event-event tersebut.
Pertama,
basically, tarikh event-event ni akan diambil berdasarkan kelapangan.
Biasanya hujung minggu atau tarikh cuti.
Waktu yang sama juga biasanya ada jemputan majlis perkahwinan kawan dan kenalan.
Jangan lupa, walimatul urus kalau dijemput wajib datang.
Jadi, aku tak ada pilihan.
Kedua,
kalau aku datang, aku akan jadi lelaki yang berdiri tegak di hujung bilik atau di bawah pokok membelek-belek kuku.
Nak kata anti-sosial, aku suka crowds...
Nak kata introvert, no.
Aku cuma tak biasa nak mula bergaul...
Tapi, kalau dah kenal, aku mungkin orang paling bising di dalam kumpulan.
(keyword: mungkin)
Alasan kedua paling boleh diterima.
Kecuali kalian mahu seorang mengidap SAD memeriahkan majlis kalian,
silalah jemput aku. Hehehe...
Tapi jangan pula lepas ni tak jemput aku langsung.
3. Instagram.
Tak, ini bukan berita nak bagitahu aku sudah ada Instagram.
Sudah ramai cuba menghasut aku register Instagram,
ramai itu juga yang kecewa.
Dua alasan aku tak nak ada Instagram ialah:
Pertama,
aku tak ada sebab untuk ada. Mostly orang yang aku nak stalk semuanya boleh distalk tanpa instagram. Hahaha. (creepy ayat ni)
Kedua,
kehidupan aku tak begitu menarik untuk didokumentasikan dalam bentuk gambar.
Aku dapat bayangkan kalau aku ada Instagram,
aku mungkin cuma ada dua orang yang follow.
Tapi itu cuma alasan.
Sebab sebenarnya adalah
aku sudah menyaksikan bagaimana Facebook dan Twitter berjaya memutuskan ikatan persahabatan antara kawan yang sudah lama rapat.
Aku rasa aku tak perlu Instagram untuk perkara yang sama.
Tapi akan datang siapa yang tahu....
4. Kal Ho Naa Ho.
Sabtu minggu lepas (11 Jan 2014) aku layan Kal Ho Naa Ho dekat TV.
Kal Ho Naa Ho adalah sebuah filem hindustan lakonan Shahrukh Khan, Preity Zinta dan Saif Ali Khan berkisar tentang bagaimana cinta mampu menakluk dunia. Pew pew pew.
(Ok, itu bukanlah sinopsis yang betul)
Aku peminat
Aku berkali-kali dah tonton cerita ni.
Yang menarik ialah, walaupun dah banyak kali aku tonton cerita ni, ninja tetap akan datang potong bawang sebelah aku.
Bergenang beb.
Walaupun dah tahu apa jadi lepas sesuatu babak,
tetap bergenang.
Agaknya, kalau 20 tahun akan datang aku tonton lagi cerita ni,
mesti ninja masih datang berkunjung.
It's a good movie. Great instead.
Tak banyak cerita yang mampu buatkan aku bergenang airmata jantan.
Dan seingat aku,
tak ada langsung cerita Melayu/Malaysia yang mampu buat aku bergenang.
Kalian pernah bergenang tengok cerita Melayu/Malaysia?
Cuba bagitahu aku, aku try tengok nanti....
xxxxxx
Baiklah, itu sahaja untuk kali ini.
Sebelum itu, boleh aku minta tolong sesuatu tak?
Baru-baru ni aku dah capai milestone 300 likes dalam Facebook Page blog ni.
Next milestone ialah 500.
So, bolehkah kalian hadiahkan aku like kalian?
Aku tahu, macam poyo je mintak dalam blog suruh like segala bagai, kan?
Tapi, please.
Aku pasti ialah tak merugikan kalian.
Banyak perkara menarik di Facebook Page tu.
Antaranya ada Ministry of Fun. Best tau!
Please!
Please!
Please!
.
Aku sentap pasal no 2 tu weh. Aku x labelkan ko apa apa pun. Jauh sekali nak kata ko sombong. Tapi alangkah best kalau ko dapat join. Haaa..gitu.
ReplyDeleteSeperti selalu yg aku kata, it's ok. Next time jom join. PSP selalu kami buat tiap bulan. InshaAllah. moh join. ;)
@chirpy chummy
DeleteMar, sila jgn sentap...hehehe.
Aku tak tuju ke kau pun, ada kawan2 aku yg lain ckap aku sombong sbb tak join futsal diorg...hahah
Jgn serik jemput aku, ok? Heheheh
Three Idiots Aamir Khan pun best..
ReplyDeletebetul, aku setuju, 3 idiots adalah cerita hindustan paling best... sila cuba tonton cerita ni bro XD
DeleteHahaha, dah hafal sgt dah 3 Idiots tu...
DeleteAll iz well.. All iz well...
3 Idiots laa yg buatkan aku bersemangat waja nak sambung belajar...heheheh
Oh... maaf tak dpt nak support ko kat FB mahupun twitter, kerana aku takde benda2 tu smua hahah, tp kalo ko ade deviantart, sure aku watch ko ^^
ReplyDeleteerr hindustan? blom pernah kena serang ngan ninja potong bawang lg... sama la ngan citer melayu pun (yg hanya aku tengok bila masuk bulan ramadhan saja), ninja potong bawang cuma mai kat aku time tengok anime or j-dorama yg super touching... heheh ^^
@plain83
Deletehahaha, ko antara org rare yg aku tau tak ada fb...
rare sgt...
oohhh, aku selalu dikunjung ninja potong bawang masa tgk j-dorama...
menjadik betul bila diorg punya sedih...hehehe
Citer melayu belum lg, even yg bulan ramadhan cerita sedih2 mati2 pun belum berjaya menjemput ninja datang....hahahaha
Bang cero. ce tgk cite Aamir khan jugak, tapi bukan 3 Idiots. tak ingat tajuk dia apa. tp pasal Disleksia. Sedih tak hingat! dan Shah Rukh Khan, My Name is Khan pun power! Nangesss! :D
ReplyDeletep/s: Lama ta baca blog Cero. sorry! :(
@Elie Lily
DeleteMacam pernah ingat cerita Amir Khan dyslexia tu...TP tak ingat tajuk dia...
My Name is Khan mmg power! Kan? Kan? Kan?
p/s: datang laa selalu, Elie...heheh
Hmm..peliklah..aujinz kata dia tgh kejar deadline..
ReplyDeletekau pulak tgh bizi dengan projek..
macam ada pape je korang ni..
hahaha:-)
btw, aku mmg minat hindustan jugak..
@nazha anua
DeleteGah gah gah! Kau pun sure tgh bizi kan? kan? kan???
Gitar Tua 1.. Rasanya teledrama. Cerita Melayu yang aku paling ingat sebab mata bergenang secara berjemaah dengan para penonton masa tu.
ReplyDeleteEh Cero Solero ada twitter. Will follow.
@Nan
DeleteUih, macam payah je nak cari teledrama...
ada tau mana2 tempat donlod???