Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Aug 8, 2012

Diari Ramadhan Aku : Buka Puasa


Tahukah kalian apa yang ditunggu-tunggu ketika berpuasa?
BERBUKA PUASA.




Semasa sekolah rendah,
Ustaz aku dulu bersyarah,
katanya berbuka puasa ibarat hari raya kecil.
Ianya kemenangan kita menahan lapar dan dahaga serta perkara yang membatalkan puasa ketika siangnya.

Lalu aku pun menjawab,
"Jadi Ustaz, kita kenalah berbuka dengan meriah, sebab hari raya pun meriah."

Ustaz mengangkat kening, lalu senyum.

"Silap tu. Saya kata 'hari raya kecil'.
Maka, berbuka pun perlulah disambut dengan kecil-kecilan."

Cuba kita renung sejenak.
Dalam menu berbuka kita yang lepas,
berapa banyak sudah kita bazirkan?

Beli kuih 3 jenis, cuma makan satu.
Beli air bungkus besar, minum hanya segelas.
Lauk 3 jenis, 2 daripadanya tawar dan tidak dapat dimakan.
Membazir, bukan?

Yang memasak pula,
buat 2-3 lauk, tapi makan hanya dua orang.
Sudah tentu, berbuka perlu lebih,
kononnya nak tampung tenaga yang hilang siangnya.
Akibatnya,
rugi masa hanya untuk membenarkan perut lega.

Berapa banyak dari kita masih berbuka dengan kurma dan air,
kemudian tunaikan solat Maghrib, baru teruskan makan yang lain?

Aku? Tidak.

SELAMAT BERBUKA PUASA.

postquam-scriptum:
Kalau rakan serumah kalian hidangkan menu seperti di atas (kurma dan air suam),
apa yang kalian bakal respon?


.




8 comments:

  1. aku amalkan berbuka dengan segelas air dan 3 biji kurma..

    Solat dulu.. lepak kejap lepas tue baru makan.. time tue tak terkejar kejar nak Solat yang dah nak abis waktu..

    awal awal dugaan memang kuat, lama lama ok jer.. XD

    ReplyDelete
  2. saya memang buka makan nasik dulu baru solat..tapi makan ala kadar dan cepat

    sebab lepas solat nak kena ngaji dulu, then nak ke terawih..lepas terawih pun kadang sambung makan kadang tak

    perut muatan kecil

    ReplyDelete
  3. Aku makan nasik semua dulu tapi aku makesure dalam 15 minit setel..hehe

    ReplyDelete
  4. selamat berpose utk hari yg ke 19 cero..

    mkn kurma 2 biji,air panas 2 gelas, kuih2 then solat..hehehehe..
    seyes rase tenang.
    cubela~~

    ReplyDelete
  5. comel giler gmb perut muncit tu weh! hahaha

    aku makan kurma, air dan main dishes terus. pastu xde apa dah. kalau ada dessert tu, Alhamdulillah. if not, itu je la menu iftar aku. n selalunya ia adalah masakan dapur anak anak dara sdn bhd.

    ReplyDelete
  6. aku pun tak. tapi masa pergi BTN haritu macam ni lah.buka dgn kuih & tamar dulu.lepas solat baru mkn berat. lebih effective sebab nanti makan tak terlalu banyak.

    Lagi satu, nak solat maghrib pun lebih senang. kalau mentekedarah makanan dulu? idak ker jenuh nak rukuk, sujud, tekan perut.. adehhh..mengah weh..

    ReplyDelete
  7. sesungguhnye makan buffet adalah raja segala pembaziran.

    Rege paling murah RM40.

    Dengan RM40 tu boleh beri makan kepada 5 muslimin lain dengan kenyangnye.

    Tu belum buffet RM90....

    RM90 = makan nasi + lauk 6-7 jenis tapi sikit-sikit, kueh 4-5 jenis tapi satu je, air 4-5 gelas.
    nak makan banyak tak larat, dahage, nak makan sikit rugi tak boleh tapau.

    tapi kalo gi mane2 buffet ramadhan orang kite la yg nombor satu punye jakun, macam tak pernah jumpe makanan.

    berbuke je la satu karbohidrat + satu protein + satu serat (buah/sayo) + sedikit kueh + segelas air kosong + kurma = alhamdulillah kenyang boleh beribadat dengan best =)

    ReplyDelete
  8. @Aujinz
    Bagusnya..
    Aku mmg tak boleh kot, sbb kalau lambat makan, selera pun cepat hilang..
    pernah try buka sikit dulu then solat, tp bila nk makan balik tak masuk..jadi bazir je lauk byk2...

    @norinaomar
    bagusnya bagusnya bagusnya...
    kenapa aku tak sebagus korang ek??

    @nazha anua
    Aku pun biasanya macam tu laa..
    Nasib baik perut besar, boleh terima byk sekaligus..hahaha

    @MS. NO NAME
    insyaAllah nanti cuba...
    harap2 berjaya..hehehe

    @~* chirpy_chummy *~
    hehehe, aku pun macam tu gak...
    tak sanggup nak tinggal lauk lama2...
    rasanya, kurang kuat iman kot..hehehe

    @Sophie Al-Yahya
    Haha, kena kawal makan jugak kan?
    betul kata Sophie, nanti sendat perut, apa pon tak jalan...

    @Shukjessa
    Betul2...
    Ari tu makan buffet 6 orang kena charge RM400++..rugi ooo..
    Aku benci buffet!!

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: