Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Aug 16, 2011

Sedang Bernafas Udara Bahagia





Bersalaman dengan kawan yang lama tak jumpa,
satu soalan keluar bertanya;
"Amacam awek? Sihat?"

Awek?

Pada waktu sekarang,
seorang demi seorang kawan mendirikan rumah tangga.
Tak kurang dengan yang bertunang
menunggu waktu sesuai untuk dilangsung.
Semua itu takkan lekang membuatkan senyuman muncul di bibir.

Masakan tidak,
kawan yang dulu sama-sama bermain,
bergelak ketawa,
bersukan bersama,
ada yang tidur bersama,
kini sudah mula membina keluarga.

Namun,
tidak seperti yang lain,
aku sedikit pun tidak risau
dan tak pernah muncul desakan hati
untuk segera membina keluarga.

Tapi,
bila di tanya tentang 'awek',
aku terdiam seketika.

Bukan soal ada ke tidak.
Tapi kalau kalian di tempat aku
untuk jatuh hati terhadap orang lain sesingkat itu
menghampiri mustahil.

Ianya seperti demam.
Untuk demam, nak dapat memang susah.
Tapi sekali demam, nak bangun memang payah.

Ya, kalian boleh kata.
Aku terkesan dengan cinta sebelumnya.
Aku sampai ke tahap tak terfikir nak cari lain
sehinggakan dituduh minat kaum sejenis.
Selagi nyawa dikandung badan,
ianya berlaku tak akan.

dan bila ditanya,
"Amacam awek? Sihat?"

Jawapan aku,
"Sihat, Alhamdulillah...."
kerana aku tahu, di satu sudut dunia ni,
tak kira siapa pun dia, di mana pun dia,
si dia separuh dari aku itu sedang bernafas udara bahagia.




16 comments:

  1. ooppss keciwala yg lain.. ;)

    ReplyDelete
  2. di satu daerah yg lain,
    kita berkongsi rasa dan situasi yang sama..
    cuma soalan dia lain sikit
    "eh, ko dah de pakwe ke belum?"
    or standard soalan cepu emas
    "bila nak kahwin ni".
    kakakaka..lek ar bro..
    yang penting kita tau halatuju kita.and i believe there's someone was created to be with us..cume cepat atau lambat je.
    mari kita berusaha dan berdoa~~~

    ReplyDelete
  3. itu juga jawapan yang sering aku berikan. thumbs up cEro! kau telah melakukan yang terbaik. :)

    ReplyDelete
  4. haha. like the last paragraph.

    ReplyDelete
  5. #ehSamaLah.

    ReplyDelete
  6. sweetnya,,=)
    tapi jangan mengalah sebelum waktunya. jodoh yang baik untuk orang yang sabar=)

    ReplyDelete
  7. aaa...betul. ade, blum jmpe lagi 2 :)

    ReplyDelete
  8. soalan yg paling aku elakkn.."bila nak kawin?"..adoii..ingt senang ke nk kawin..ok..mmg kawin senang..tp tanggungjawab tu..mampukah aku??..so..jgn risau cero..di setiap sudut yang berlainan di dalam dunia nih..masih ramai org2 yg lum ade awek/pakwe or belum kawin yg menghadapi soalan2 lazim seperti itu..

    ReplyDelete
  9. Org mudah bercakap. sbb diorg bkn berada dlm kasut kita sendiri.

    ReplyDelete
  10. cero, mane gadis berkasut converse?xkan x contact langsung?

    ReplyDelete
  11. insyaAllah ko akan jumpa someone... ye, dia sedang tunggu ko di ceruk2 dunia...

    ReplyDelete
  12. wah! gua rasa macam membaca majalah cinta ruangan luahan hati pembaca...

    cinta ada di mana2. mungkin d depan mata??? yg pasti, jgn buta...

    ReplyDelete
  13. klu aku, aku akn mmbalas hnya dgn senyuman.. :)

    ReplyDelete
  14. @m i r a f i q a
    aku tau kau dah tak buntu sekarang, kan?

    @fISZ
    hahaha, mana ada laa...

    @MS. NO NAME
    kita hanya berharap si dia memang ada, dan berdoa agar dipertemukan dengan lancarnya.

    @hanaahmad
    paling tidak, itu yang terbaik utk diri aku sendiri..

    @Dayana
    thank you thank you

    @chirpy_chummy
    #ehSamaJugaKe

    @Ain Atika Zailani
    bab jodoh, aku tak pernah mengalah.
    cuma kurang berusaha...

    @Nesa Wazir
    dan harap boleh dipertemukan dengan lancar...

    @pu3aan
    soalan itu adalah soalan faveret setiap makcik2 dan soalan maut utk setiap si bujang..

    @WZulhilmi
    tau takpa...ckap mcam mudah je kan nak kahwin..kalo mudah dah lama dah aku kawen..hehehe

    @lumut
    alaaaaa.......
    jangan laa tanya...heheheh

    @Liyana Aziz
    hrap2 takde laa jauh sangat ceruk dunia tu, payah nak cari nanti..hehehe

    @JelinaJoli
    ehh?? bukan ek??
    aku ingat memang inilah tempatnya..hehehe

    @Miss Comot
    satu senyuman ada 1001 makna tau...

    @Akulah Aqilah Iut
    ..dan semua orang akan /pernah mengalaminya walaupun sekali, kan???

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: