Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Aug 2, 2011

Satu Hari di Bulan Ramadhan 3: Arkitek Kehidupan



1994, Kuala Lumpur.
Peristiwa ini berlaku semasa aku dalam sekolah rendah.





Semasa kelas Pendidikan Agama Islam,
Ustazah di hadapan mula perasan pelajar dalam kelasnya bermuka muram, kebosanan.
Hmm, budak sekolah rendah,
apa boleh kita expect, kan?

Lalu ustazah yang skema dan berusaha nak menghabiskan silibus mengikut jadual PnP yang ditetapkan pun bersuara,

"Sekarang semua orang bagitahu ustazah..
Apa cita-cita kalian?"

Soalan begitu dapat menarik minat beberapa pelajar pandai.
Namun, pelajar yang tiada cita-cita (macam aku) hanya mampu terus tenggelam dalam kebosanan.

Ada pelajar lain yang mahu jadi doktor.
Peguam. Polis. Pilot.
Alaa..jawapan standard budak sekolah rendah..
Mana ada tiba-tiba kata nak jadi
Pakar Pembangunan Bandar ke,
Jurutera Pembuatan dan Pemprosessan Makanan ke,
Pegawai Pengurusan Syarikat Minyak dan Gas ke...
Semua nak cita-cita pendek satu perkataan..

Ustazah teruskan.

"Sebenarnya, kita sudahpun jadi seorang arkitek.
Setiap manusia adalah arkitek kepada kehidupannya sendiri. Kita membina hidup seperti mana yang dikehendaki tapi kadang-kadang, bila kita dapati kita tak menyukai apa yang kita bina, kita akan cari orang lain untuk dipersalahkan. Sepatutnya kita berusaha mengubah diri kita sendiri."

Semua pelajar dalam kelas terdiam.

"Macam kamu semua.
Tidak menumpukan perhatian dalam kelas, tapi bila keputusan peperiksaan mengecewakan, kamu akan menyalahkan cikgu kamu kononnya kamu tak faham apa yang dia ajar. Sepatutnya kamu ubah perangai kamu semua dahulu, kan?"

Semua pelajar masih diam.
Nice one, Ustazah...but c'mon..
What did you expect bercakap macam tu dengan budak sekolah rendah?



Keesokan harinya,
semasa kelas Pendidikan Agama Islam juga,
ada sejumlah pelajar tidak masuk ke kelas.

Lalu Ustazah bertanya,
"Kenapa ada ramai yang tak datang?
Ada siapa-siapa tahu kenapa?"

Ada seorang budak dengan lantangnya bersuara,
"Mungkin mereka sudah berhenti sekolah.
Maklumlah, kita semua dah jadi arkitek.
Jadi buat apa pergi sekolah lagi.."



Pelajar kurang ajar itu adalah aku.




12 comments:

  1. dalam hati ustazah "demmmmm budak2 ni" hahaha~~~nakallah kamu

    ReplyDelete
  2. wakakakaka....bapak segala nakal kau ni rupanya. haha

    ReplyDelete
  3. hahaha3 x brani nk buat cmtu kat cikgu sbb ramai ckgu knl ayah dlu...
    kang balik x psal2 kna rotan...bhaha3

    lgpon saya bdk bek dpn ckgu...
    bdk nkal blkg ckgu je...haha3

    ReplyDelete
  4. Apsal mulut bisa sgt nih? LOL! kesian ustazah. Ekekek

    ReplyDelete
  5. bdak2 mn fhm sgt.xbaligh ag ms tu.hihi :D

    ReplyDelete
  6. hahahahah.. siut je jawapan yang di beri , sian ustazah tue...

    ReplyDelete
  7. hahahahaha...klakar la. mse skolah rendah mmg slalu kne tye soklan ni. rsenye cita2 nesa berubah tiap kali ditanye :P

    ReplyDelete
  8. hahaaha...wah! aku ske blog ko! ame konsep ngan bblog aku...singgah2 la ye :)

    ReplyDelete
  9. wahh! hebat budak sekola rendah berkata sebegitu pada cikgu beliau...

    ReplyDelete
  10. @DoodleLicious
    hahah, agaknya kalau ustazah tu tak sabar, dah lama dah carut, kan?

    @hanaahmad
    budak kecik, apakan daya kalau tak nakal, kan??

    @Miss Comot
    wahaha, smeua org baik depan cikgu, tp nakal blkang diorg..hahah

    @WZulhilmi
    kecik2 dulu mmg mulut cabui sket..eh? banyak rasanya..hahaha

    @mr cekodok
    hahah, sbb tu laa kita budak kecik senang dimaafkan..heheh

    @Amy Syaquena
    hahaha, maafkan saya wahai ustazah..hahah

    @~* chirpy_chummy *~
    haha, penat ustazah aku melayan...

    @Nesa Wazir
    sama la..bertukar2 cita2 dek kerana pengaruh tv..hahah

    @m i r a f i q a
    hahaha, aku baik, kan??

    @roq
    baik baik!

    @butterflies Lovers
    berkat cikgu mengajar..hahaha

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: