Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Aug 31, 2011

Cipta Mesin Masa, atau Dalami Ilmu Sejarah




Jadi,
bagaimana kita sebagai rakyat Malaysia boleh memahami erti sebenar kemerdekaan?

Pada aku,
secara peribadi,
rakyat negara kita kini takkan dapat faham erti sebenar kemerdekaan melainkan dua cara;

1) Cipta mesin masa dan dengan mesin maa itu, kembali ke zaman gelap derita dijajah penjajah dan rasai sendiri perbezaan kehidupan dengan zaman sekarang.

2) Dalami sejarah dan segala peristiwa sepanjang perjalanan tanah air menuntut kemerdekaan dari tangan penjajah melalui sumber seperti buku, tinggalan sejarah, muzium, cikgu sejarah, ataupun dengar sendiri secara 'first-hand' pengalaman dari veteran sama ada veteran perang atau tokoh negarawan yang masih ada.

Yang pertama adalah mustahil.
Yang kedua, walaupun tidak mustahil, namun amat susah dilakukan memandangkan budaya kita tidak menitikberatkan ilmu sejarah dan lebih memberatkan ilmu 'menjadikan diri lebih berharta'.

Sejujurnya,
aku sendiri tak mampu mendalami erti sebenar kemerdekaan.
Tiada mesin masa, tiada peluang berjumpa tokoh, dan tiada usaha untuk membaca.

Jadi,
disebabkan kebanyakkan kita tidak tahu erti sebenar kemerdekaan,
jangan pertikaikan apa yang negara sudah berikan kepada anda..
(Subsidi, royalti, duit kopi, biasiswa, tender)
Sebaliknya, fikirkan apa yang boleh kalian buat supaya negara menjadi tanah tempat tinggal yang lebih baik tanpa persengketaan, permusuhan sesama kaum, perbezaan fahaman politik, dan keruntuhan moral.
Selepas itu,
selepas segalanya menjadi baik,
kita sendiri dapat merasakan nikmatnya.
Seperti pejuang kita dulu bertungkus-lumus mendapatkan kemerdekaan.


Apa pun,
AKU TETAP BANGGA JADI
ANAK MALAYSIA.



Bagi kalian,
apa sebenarnya erti kemerdekaan?

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke-54




15 comments:

  1. kalau benar ada, pasti semua dapat merasa.. dan takkan ada yg sengaja mencipta sejarah demi kepentingan politik semata..

    ReplyDelete
  2. dilahirkan sebagai anak Merdeka, di Malaysia, memang haruslah rasa berbangga yang teramat bila tibanya hari merdeka! kalo tgk cite patriotik macam cite lef.adnan,lagi2 la rasa semangat semacam! haha..

    selamat hari merdeka cero, selamat hari raya! :)

    ReplyDelete
  3. biasa la bro, org selalu mempertikaikan apa yang negara berikan pada kita tapi tak pernah pertikaikan apa yang telah kita berikan pada negara.

    Suka dengan cara bro sampaikan maksud tersirat.

    Selamat Hari Raya dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-54

    :)

    ReplyDelete
  4. Merdeka adalah hari cuti yang wajib ada dalam... kalendar Malaysia. dan ucapan-ucapan 'Selamat' yang bila terlalu sering disebutkan, jadi kurang bernilai dan kurang pengertian.

    itu yang aku rasalah...

    ReplyDelete
  5. kemerdekaan adalah harapan untuk bebas dan maju..wah gitu. seriously, nesa sgt bersyukur dilahirkan di bumi MALAYSIA ^^

    ReplyDelete
  6. Selagi kita tak alami benda tu selagi tu lh kita tak paham apa sebenar maksud dia. Selamat Hari Merdeka (walaupun dh lambat)

    Btw katun tu dh rambut pendek?

    ReplyDelete
  7. Masa hanya boleh ke depan, tak boleh ke belakang. Ada hadis Qudsi pasal ni...

    Pasal nak belajar erti merdeka, senang, takyah susah-susah nak pergi berperang. Caranya ialah, jangan pergi kerja dan jangan bayar hutang. Dalam masa 6 bulan, you akan dibebani hutang dan kena blacklist dan semua harta benda kena rampas. Teruskan lagi amalan ni selama 2 tahun. By penghujung tahun kedua, you akan so fakap sampaikan rasa terpenjara di dunia ini. Kemudian barulah cari kerja semula.

    Gaji pertama itu rasa macaaaam merdeka...

    Pointnya di sini ialah:

    a) Merdeka is a feeling, brought by a stimuli. Each of us have different stimuli.

    b) Older generation should not look down on younger generation (bcoz young never go thru war) and young people should not look down on old people (bcoz they don't have to go thru all these capitalistic war)...

    c) simply becoz you understand it, doesn't mean you could look down on those who doesn't. It's YOUR JOB to share and convey so that they too may understand..

    Comprende?

    ReplyDelete
  8. tak suka tapi baca novel bukit kepong buat gua feeling macam tengok drama nora elena..

    ok.. sabjek sejarah mengantok.

    gua benci sejarah dipolitikkan...

    ReplyDelete
  9. susah nak cakap. yg aku pasti seyakin2nya kita sekarang belum cukup merdeka dengan minda sentiasa tanpa henti dijajah anasir luar.

    ReplyDelete
  10. merdeka = kebebasan fikiran

    minda yang bebas berfikir tanpa perlu mengadili,
    contohi kebaikan budaya luar dan cuba serapkan nilai luar yang baik dlm budya kita..supaya kita dapat jadi yang lebih baik.

    yes..merdeka~~adalah kebebasan minda + usaha..
    anda, adalah apa yang anda fikirkan..

    Selamat menyambut kemerdekaan yang ke 54.
    MERDEKA!!

    ReplyDelete
  11. @maCy
    mempermainkan sejarah hanya utk kepentingan politik, aku rasa jijik..

    @Elie Lily
    patut dibanyakkan lg cerita or filem mcam tu..
    baru laa generasi muda faham perjuangan org lama..

    @iQBaL HaSBuLLaH
    aku sendiri pon masih belajar mengenal diri sendiri..

    @MoonStone
    yup, setuju.
    bila merdeka, org akan fikir cuti dr maksud sbnarnya..

    @Nesa Wazir
    org zaman sekarang, sbb lahir2 dah senang, tu yg payah nak bersyukur tu..

    @WZulhilmi
    agaknya, apa yg pejuang kemerdekaan fikir ttg kita ek?

    @Irwan
    Betul tu irwan.
    Aku pernah jumpa org tua yg sombong hanya kerana dia byk ilmu ttg sejarah kita. Kalau dia tak lokek berkongsi, mesti tak banyak, sorg pon anak muda yg faham merdeka kita sudah memadai..

    @JelinaJoli
    Sangat benci. Kaitan sejarah dgn mainan politik hanya utk nama dan pangkat dan harta. Itu jijik.

    @hanaahmad
    jajahan minda adalah paling bahaya. Kita tak sedar dijajah, yg menjajah pun gembira menjajah.

    @MS. NO NAME
    masyarakat kita yg gagal mengenalpasti betul dan salah, satu kebolehan yg sgt asas masih tak layak nak gelar diri merdeka, kan?

    ReplyDelete
  12. cero..
    betul..

    org kita senang sgt terima budaya org lain,sampai yg buruk pon nak ikot.x reti fikir langsung..
    rasenyer kite kne tambah modul "jatidiri" dlm subjek sejarah.

    (wahahaha, tetibe semangat giler, leh plak sambung komen..x pe kan..kan?)

    ReplyDelete
  13. @MS. NO NAME
    takpe, komen laa banyak2 pun..
    ttg jatidiri, patut ada satu subjek khusus utk itu..
    baru anak muda dpat tau n beza jatidiri dgn pengaruh luar..kan?

    ReplyDelete
  14. Eхсellent, ωhаt a webpage it is! Thiѕ webpage gіvеs valuablе infoгmatіon to us, kеep it up.



    Feel free tο surf to my wеb page - payday loans

    ReplyDelete
  15. The long-awaited album will be streamed live to a worldwide audience on
    Friday, May 17, from the Wee Waa showgrounds.
    Actually, the ad featured U2's Original of the Species from the Vertigo: Live From Chicago DVD. The B-52's - Love Shack This party favorite is a pop classic
    from the 90s which combines the B-52's trademark lyrical kookiness and some jangly guitars with a solid beat and some funky decoration.

    Feel free to surf to my web-site - daft punk random access memories flac free download

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: