Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Nov 28, 2012

6 Ayat yang Aku Harap Dapat Ucapkan tapi Tak Pernah Ada Kesempatan.


Tahu tak apa yang lagi tajam dari mata pedang?
Mata pedang yang bertatahkan berlian.


Tapi, kata-kata lagi tajam dari mata pedang.

Ramai orang bercakap.
Pada kebanyakan, bercakap adalah sesuatu yang...biasa.
Tapi tahukah anda,
kebanyakkan pakar manipulasi adalah orang yang pandai bercakap?
Contoh termudah, ahli politik.
Kita selalu disuap dengan penyataan dari ahli politik yang mampu menukarkan keadaan.
Begitulah kehebatan kata-kata.

Cuba fikirkan,
kalau semua orang ucapkan apa yang dia fikirkan tanpa lapik,
maka punahlah dunia.
Sebagai contoh, kalau ada cashier kedai berpakaian perempuan tapi dari rupa dan suaranya adalah seperti lelaki, adakah kita akan terus terang bertanya
"Hey, awak lelaki ke perempuan?"
Itu biadab, kan?

Inspirasi dari internet.
Berikut adalah ENAM ayat yang aku harap aku dapat ucapkan paling kurang sekali dalam hidup aku tapi tak pernah ada kesempatan sehingga kini.
Masuk akal ke tidak, itu perkara ke-350




Ketika sedang berada di kelompok ramai orang
seperti sedang menunggu bas di stesen bas
atau dalam komuter yang penuh,
aku selalu nak menjerit dengan kuat dan panjang
"TIIIIIIDAAAAAAKK!".

Agaknya,
apa reaksi yang orang ramai akan berikan?
Kalau jadi pada aku (orang lain yang buat),
aku rasa aku hanya akan tersenyum je dan teruskan buat apa yang aku nak buat.

Tapi, perbuatan terlalu dramatik ni pasti akan membuatkan orang tak selesa.
Memandangkan aku tak se'cool' itu nak membuatkan orang tak selesa,
jadi bila ada kesempatan, aku tak pernah buat.
Tapi...aku memang nak buat...





Sebenarnya,
aku selalu ada kesempatan nak ucap benda ni.
Banyak perkara aku boleh teka, dan selalunya tepat.
Contohnya, kalau lampu bilik berkedip-kedip tiba-tiba,
dan aku akan kata
"Ni nanti mesti ada black-out ni.."
Beberapa minit kemudian, betul-betul ada black-out.
Kalau orang biasa, akan terpacul dari mulut mereka seperti
"Kan! Kan aku dah kata.."
Tapi aku pula, tak tahu sebab apa,
aku tak pernah terniat nak cakap perkataan tu walaupun aku layak untuk cakapkannya.
Paling busuk pun, aku akan senyum je..
Tapi,
memandangkan dah black-out, siapa nampak aku senyum, kan?





Memandangkan aku bukanlah jenis yang merancang dan bersedia,
maka kesempatan nak ucap ayat seperti di atas tak pernah ada.

Memang ada orang jenis macam ni,
contohnya, bawa payung di waktu panas terik.
Bila ditanya, dia akan jawab,
"Sediakan payung sebelum hujan."
Ya, aku bukan sebegitu.
Tapi aku pun juga bukanlah orang terlalu ambil mudah untuk sesuatu perkara.
Kalau dah ramalan cuaca kata hujan, kalau nak keluar
bawa je laa payung tu walaupun panas terik





Macam aku cakap di atas,
kalau kita cakap setiap benda yang terlintas dalam fikiran tanpa tapis,
hidup mesti porak-peranda.

Semua orang pasti ada beberapa orang yang kita rasa
"Ish, dia ni.. Aku cekik nanti.."
tapi tak pernah nak luahkannya mungkin sebab alasan nak jaga hati atau imej.

Aku juga, ada beberapa orang yang aku rasa
"Dia ni lebih baik tak wujud dalam hidup aku.."
sampai tahap aku nak korek jantung dia keluar.
Tapi, semuanya dipendam dalam hati.

Kalau aku buat betul-betul,
rasanya ramai dah yang mati disebabkan jantung dikorek.
Yeah!





Aku suka komik.
Aku membesar (dan masih membesar) bersama komik.
Dan antara genre komik kegemaran aku adalah penyiasatan.
Komik seperti Detective Conan dan Kindaichi sentiasa membuatkan aku teruja.

Dan bila sudah teruja,
sudah tentu kita nak hidup di dalamnya.
Jadi, wujudlah keinginan aku nak jadi si tukang selesaikan kes itu.
Ya, yang kumpulkan semua suspek dan berkata
"Penjenayahnya berada di kalangan kita"
dan masing-masing muka suspek akan jadi super-gelisah sebab muka kita yang super-berkeyakinan itu.

Tapi, tak pernah ada kesempatan.
Mungkin takkan pernah, kot.





Dua perkara yang masih boleh dibuat secara percuma;
berangan dan kentut.

Zaman sekarang,
nak air pun kena bayar, nak buang air pun kena bayar.
Jadi,
apa salahnya sekali sekala berangan nak luahkan perasaan kat orang yang takkan dapat kita luahkan.
At least, merasa juga walaupun hanya bayangan.
(hashtag: #foreveralone)




xxxxxx

Itulah enam ayat yang aku harap aku dapat ucapkan paling kurang sekali seumur hidup jika ada kesempatan.
Walaupun ada yang memang ada kesempatan (contohnya no.6 *batuk-batuk*) tapi aku bukanlah sekejam itu nak ucapkan setiap kali ada peluang.
Menjaga hati orang itu, kadang-kadang, adalah perlu
tambahan dalam kehidupan bermasyarakat.

Kawan aku pernah berkata,
"Kalau tak nak hidup bermasyarakat, sila tinggal dalam hutan."
Tapi, hakikatnya, walaupun dalam hutan,
masyarakat tetap wujud.
Dalam hutan, kita bermasyarakat dengan haiwan-haiwan hutan dan para tumbuhan.
Perlu juga ada hormat menghormati sesama hidupan.

Kalian pula?
mesti ada juga ayat-ayat yang sangat nak diucapkan, kan?
Kongsilah dengan aku.
Kalau rajin, buat satu entri macam aku ni
dan boleh aku baca dan kongsi di twitter dan facebook.

Updated:
Check-out entri respon dari ParaLoya di sini.



.

Nov 25, 2012

Lipas VS. Dunia


Tahu tak binatang apa yang boleh takluk dunia?
LIPAS.



Pada aku,
kalau lipas diberi akal seperti manusia,
lipas mampu berada di atas piramid penguasaan dunia.
Boleh beranak sekali lebih 16 anak,
dapat hidup di bawah sinaran radioaktif nuklear,
dilabel sebagai makhluk yang sudah tamat berevolusi,
ditakuti ramai manusia,
malah kalau lipas itu terbang, mampu membuatkan lelaki gagah berlari lintang pukang sambil menjerit macam pondan.

Dan fakta bahawa aku takutkan lipas bukanlah satu rahsia lagi.

Bersyukurlah lipas boleh dibunuh dengan selipar jepun.
Bayangkan kalau lipas berakal seperti manusia dan mampu bina bala tentera sendiri...



Sila baca entri 'Lipas Makhluk Sempurna'...
dan entri dari Nazha Anua (Kartunster) Jejaka yang Dihantui.
juga entri dari Aujinz (Lanun Ranggi) Spesis Yang Mampu Menguasai Dunia



.

Nov 21, 2012

Bulatan Keberahian cEro.


Tahu tak apa yang menipu setiap manusia?
Keberahian.


infatuation (ɪnˌfætjʊˈeɪʃən)

— n
1. the act of infatuating or state of being infatuated
2. foolish or extravagant passion
3. an object of foolish or extravagant passion


Sebagaimana aku suka meneliti kehidupan manusia,
aku juga suka meneliti kehidupan aku.
Bagaimana aku bertindak ke atas sesuatu keadaan.
Bagaimana aku berubah dari satu keadaan kepada keadaan yang lain.
Pada aku, sebelum layak menilai orang, aku perlu tahu menilai diri sendiri.
Tapi menilai diri sendiri adalah perkara paling sukar dalam hidup manusia, hanya disebabkan kita selalu bertindak 'bias' terhadap diri sendiri.

Jadi,
baru-baru ini aku dapat sesuatu dari diri sendiri.
Aku sentiasa di dalam satu 'loop' mengenai kesukaan/kegemaran/keberahian aku terhadap sesuatu.
Tak faham?
Teruskan membaca.
Aku panggil 'loop' ini sebagai
cEro's Circle of Infatuation.

'Loop' yang aku maksudkan adalah bagaimana sesetengah perkara kadang-kadang menjadi suka, bertukar kepada benci, bertukar kepada neutral, dan bertukar kepada suka balik dalam kadar yang sekata.

Oh, dan ianya berlaku kepada aku dan mungkin juga kamu.



PENERANGAN DIAGRAM

1. Recognition
Anda nampak sesuatu dan terdetik perasaan seperti "Uh, cantiknya.""Oh, sedapnya", "Wah, hebatnya." Anda memberikan sesuatu itu pengiktirafan. Jika anda meninggalkan peringkat ini sebelum memasuki peringkat seterusnya, ianya hanya sekadar sesuatu yang 'biasa' (typical).

2. Curiosity
Kerana pengiktirafan, ianya menarik minat anda. Anda akan berkata seperti "Macam mana dia boleh cantik?", "Kenapa ia sedap?", "Bagaimana ianya boleh hebat?". Jika anda meninggalkan peringkat ini sebelum ke peringkat seterusnya, ianya dipanggil 'pengabaian' (ignorance), sebab anda mengabaikannya walaupun anda ada perasaan ingin tahu.

3. Obsession
Perasaan ingin tahu yang membuak-buak mencetuskan obsesi. Anda akan cuba selidik apa yang anda nak tahu dari pelbagai sumber seperti lisan, internet, mahupun perbuatan. Jika anda meninggalkan peringkat ini sebelum ke peringkat seterusnya, anda dipanggil 'peminat' (fan).

4. Downfall
Lambakan dan limpahan maklumat tanpa tapisan membuatkan anda terdedah dengan pelbagai perkara termasuk unsur negatif. Perkara tidak baik tentang sesuatu yang anda obses itu membuatkan anda berfikir "Rupanya begitu.." dan sedikit demi sedikit membuatkan anda terasa tertipu dan kecewa. Jika anda meninggalkan peringkat ini sebelum ke peringkat seterusnya, dan menerima sesuatu itu seadanya, ianya dipanggil 'cinta' (love).

5. Rejection
Dek kerana perkara negatif yang anda dapat hasil dari obsesi sebelum ini, anda terasa tertipu dan menolak segala-galanya tentang sesuatu itu termasuklah perkara positif pertama yang membuatkan anda suka. Jika anda meninggalkan peringkat ini sebelum ke peringkat seterusnya, anda akan dipenuhi dengan rasa 'benci' (hate).

6. Acceptance
Masa berlalu membuatkan benci semakin berkurangan, dan anda kembali ke peringkat menerimanya kembali. Seperti peringkat 1 (Recognition), anda akan tertarik dengan unsur positif yang ditonjolkan (mungkin yang sama dengan sebelumnya, mungkin berbeza) dan kemudian pusingan 'loop' ini akan bermula semula.


Terlalu berat untuk difahami?
Tak apa, aku berikan contoh sesuatu yang berada dalam 'loop' ini bagi diri aku.


Contoh 1: Teh Tarik



Teh tarik, pada aku, sangat sedap (1.Recognition). Setiap kali aku ke kedai makan luar, aku akan memesan teh tarik dan membanding-bandingkan kesedapan antara kedai (2.Curiosity). Sehinggalah satu tahap, aku tak akan tak order teh tarik (3.Obsession) sampailah aku alami kesukaran untuk berak (4.Downfall). Lalu, aku putuskan untuk berhenti minum teh tarik (5.Rejection) dan berikan masa untuk perut berehat. Untuk satu tempoh masa, aku kembali mencuba teh tarik dan walaweh! Teh tarik memang sedap (6.Acceptance).



Contoh 2: Wayang 3D



Pada mula era wayang 3D, dengan spek dwi-warna tu, aku kagum (Recognition). Setiap kali ada filem yang tayang dengan wayang 3D, aku akan layan (Curiosity). Sampai satu tahap, setiap kali aku layan wayang, aku akan pilih wayang 3D dan menolak cerita lain yang tak ada 3D kerana seperti picisan (Obsession). Satu ketika, aku dapati mutu 3D sangat teruk, malah, kalau aku buka spek dwi-warna tu, aku masih boleh lihat macam biasa. Juga, wayang 3D sangat mahal (Downfall). Mutu teruk, beserta bayaran mahal membuatkan aku menolak wayang 3D (Rejection) dengan beranggapan ianya satu pembaziran paling bodoh manusia sejagat. Tapi selepas seketika, aku tak kisah untuk layan wayang 3D lagi, tapi tidak sekerap dulu (Acceptance).


OK.
Cukup kot dua contoh tu.
Kedua-dua contoh itu melibatkan bukan manusia, tapi cEro's Circle of Infatuation boleh juga diguna pakai kepada semua; manusia, bukan manusia, entiti mahupun bukan entiti. Contoh manusia yang berada dalam 'loop' ini bagi aku ialah minat aku terhadap Lisa Surihani (point of Downfall dia adalah masa dia kahwin dengan suami dia).

Maaflah kalau panjang dan membosankan.
Tapi aku cukup teruja bila boleh kenal diri sendir dengan lebih rapat.
Kadang-kadang,
bila aku dalam sesuatu peringkat, aku akan berfikir untuk diri sendiri
"Oh, aku sedang berada di peringkat Downfall ni"
Ya. Hubungan aku dengan henset aku adalah di peringkat Downfall.

Bagi yang faham penerangan aku ni,
cuba kongsikan dengan aku satu contoh perkara yang berada dalam cEro's Circle of Infatuation untuk diri kalian.

Bye!



.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License