
satu
Disember sudah datang. Dalam bulan ni ada satu hari yang seluruh dunia akan sambut, dan pada masa yang sama, aku pun sambut. Cuma apa yang aku sambut dengan mereka sambut adalah berbeza. Satu hari yang aku tak boleh lupa sebab sebulan sebelumnya pun dah riuh rendah meriah sambutannya di pasaraya mega seluruh negara membuatkan aku akan terfikir, "Oh! Dah sampai masa angka itu berginjak naik ke?"
Dua
Aku tatap laptop aku buat kali ke berapa ratus pun aku tak ingat. Aku dapati identiti blog ni semakin hilang. Dari awal, aku hanya mahu 'berkongsi pengalaman', namun kemudian hari demi hari, aku dapat merasakan niat aku semakin hilang dan kini aku lebih kepada mahu mengejar trafik, jumlah like, jumlah share, jumlah pageviews, jumlah unique visitors bla bla bla.. Seolah-olah dari conceptual, aku bertukar ke numerical. This blog become less ME and more BE. Aku mahu perbetulkan niat! Mari selidik untuk apa kita berblog dari awal.
Tiga
Kosong! Aku dapat merasakan ada lubang di dada aku. Aku dapat hidu ketidakselarasan dalam kehidupan. Aku tahu sebabnya. Aku cuma mahu lebih berhati-hati, tetapi dalam masa yang sama, aku telah sakiti hati ramai orang. Aku perlu lebih berpijak di atas bumi yang nyata, di mana HARAPAN adalah kunci utama kehidupan. Entah sejak bila, aku benci dengan perkataan 'HARAPAN'. Ianya kedengaran mirip dengan bahan yang keluar dari badan dan di'flush'kan kerana tidak membawa manafaat. Aku silap. Manusia perlukan harapan. Manusia lemah, manusia perlu mengharap. Dan aku berharap, tahun baru yang bakal tiba beberapa hari lagi ini adalah lembaran baru kehidupan aku. Dan lama, apa rasanya bersujud di sejadah surau rumah aku, YA?
Empat
Ada satu habit yang aku nak buang dari dulu lagi, tapi hanya sedari kesannya selepas aku lakukannya, seolah-olah sudah lemas tenggelam baru nak tarik nafas panjang. Aku perlu berubah! Aku perlu berubah!
Lima
Perangkap masa. TIME TRAP! 100 perkara mahu aku lakukan, tapi tiada yang sudah dimulakan. "Nantilah!" "Ada masa lagi.." "Belum sedia.." "Belum sesuai.." Itu semua tahi lembu. YA! TAHI LEMBU! Aku lelah! Aku lemah! Aku lemas! Aku rimas dengan diri sendiri.
Sekian.
Terima kasih kerana membaca sampai habis.
postquam-scriptum:
Hargai segala pandangan, tapi tolong, jangan tanya soalan.


































