Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Jul 13, 2010

DIA, yang Aku Sangat Kagumi

one-past-one-6ixty
and I'm sorry...



Bila ada sedikit masa lapang,
aku suka pergi mana-mana 7eleven dan beli aiskrim
dan makan kat mana-mana spot yang best nak tengok orang..

Dari jauh ternampak seorang mamat muka rempit bawak moto
pakai helmet, tapi tak kancing..
Bawak moto dalam kelajuan sederhana...

Di bahagian lain jalan,
ada dua kanak-kanak lingkungan sekolah rendah,
bergurau-gurau sesama sendiri sambil melintas jalan..

Lalu, dua entiti ini bertemu..
Nyaris, mamat rempit tu nak terlanggar budak-budak yang bergurau sambil lintas jalan tu..
Nasib baik kawalan moto bagus, mamat rempit tu berjaya elak..
Budak-budak tu pun berjaya melompat ke tepi,
salah seorang jatuh terduduk.
Mereka selamat.

Mamat rempit berhentikan moto di tepi..
Turun dari moto, buka helmet dan pegang di tangan,
berjalan menuju ke dua budak tadi..

Segalanya depan mata aku,
dalam hati, aku rasa mamat tu bakal marah berapi budak-budak tu..
Memang patut dia marah, budak-budak tu tak pandnag kiri kanan ketika melintas..
Tapi, helmet di tangan mamat tu buat aku risau..
Andai dia berniat nak gunakan helmet sebagai senjata
mencederakan budak-budak tu,
aku terpaksa masuk campur..

Di hadapan budak-budak tu mamat rempit berdiri.
Jelas kelihatan riak cuak di wajah mereka.
Sedikit kurang senang, aku mula langkah aku menuju ke mereka bertiga..



"Adik tak apa-apa???"

Langkah aku terhenti..

Perkataan yang keluar dari mulut mamat rempit tu mengejutkan aku..
Aku berundur ke tempat asal aku balik..

"Adik OK?? Ada luka tak???"
Mamat rempit tu bertanya pada budak yang terduduk tadi.
Bukan marah, tapi kerisauan yang terpancar di wajah dia..

Budak yang terduduk itu berdiri,
dan bersama-sama kawannya, mereka lari
meninggalkan mamat rempit itu sendiri..

Mamat tu senyum..
Dari wajahnya seolah-olah berkata,
"Nampaknya dia OK, sebab mampu berlari..."

Dari sepatutnya memerahi budak-budak tu,
mamat rempit tu bertanyakan keadaan dengan hemah..
Kalau aku ditempat dia, aku tentu dah menjerkah mereka..
Ternyata salah di tempat budak-budak tu..
Namun, apayang dilakukan mamat rempit tu sangat berbeza..

Aku berani kata,
dalam 10, mungkin
100 orang biasa yang alami hal itu..
Mungkin hanya ada 1 sahaja seperti dia..
Tu pun tentu susah nak cari..
Dia, sangat mengkagumkan aku...

Inilah yang dinamakan
"Jangan nilai buku hanya dengan melihat kulitnya.."
Ini kali pertama aku berniat nak jadi macam mamat rempit.

Pendidikan moral hari ini...


_

Jul 12, 2010

Aku Hanya Watak Sampingan Dalam Drama Kehidupan

one-6ixty
I'm sorry...



Kita dalam dunia diri sendiri,
sentiasa menganggap diri sebagai watak utama...

Jika kita ditimpa kesedihan
ditinggal kekasih contohnya,
kita akan anggap kita laa orang yang paling malang di dunia..
Jika kita temui kegembiraan
bercuti ke pulau misalannya,
kita akan anggap kita adalah orang paling gembira di dunia..

Aku pun..
Pengalaman sedih dan pahit banyak dalam diri...
Pernah rasa yang diri ni adalah yang paling malang di dunia..
Namun segalanya berubah kini...


--------------


Suatu hari di minggu lepas,
aku keluar makan malam bersama kawan-kawan di sebuah restoran.
Duduk bersama empat orang, berbicara tentang kehidupan.
Memang bermula dengan khabar gembira
maklumlah, dah lama tak bertemu dan berborak sakan..

Namun entah bila mulanya
kami masing-masing mula bicara tentang perkara sedih.
Masing-masing menyuarakan pengalaman pahit masing-masing..

Aku di tepi mendengar, dan terus mendengar..
Tahukah kalian,
kalau sebelum ni aku anggap aku adalah insan paling malang
dibuang macam sampah dek kerana darjat dan harta.
Namun, kini aku rasakan
aku hanyalah watak sampingan dalam drama kehidupan..

Begitu ramai lagi yang bernasib malang
lebih malang dari aku...
Pengalamannya lebih pahit dari aku,
lebih sakit dari aku,
lebih perit dari aku,
dengan hanya mendengar, aku dah rasa terluka,
sedangkan yang berbicara, empunya badan lebih tahu deritanya.

Yang lebih mengkagumkan
yang pemilik pengalaman pahit itu
lebih ceria dari sesiapa sahaja.
Dia teruskan pemikiran positif,
sedangkan kalau akulah pemiliknya
aku sudah terkurung dalam penjara jiwa
gelap, busuk dan tiada cahaya...

Pertemuan 4 jam kami
aku sudah dapat kongsi pengalaman 4 orang
dan jimat bertahun-tahun mengalaminya..
YA!
Memang benar mengalami berbeza dengan mendengar,
namun, pedoman dan himah adalah lebih penting.
Ia membuatkan aku pandang setiap masalah
dari satu sudut positif..

Terima kasih LMN, AHMJ dan AFD..
Walaupun kalian tak tahu betapa aku mendapat kesan dari pertemuan kita
tapi aku tahu ianya amat bermakna.


Ini yang membuatkan aku lebih dewasa..

p/s:
Jika bersama kawan yang baik
cuba berkongsi pengalaman pahit
dari bertanyakan pengalaman gembira.
Kerana, pahit lebih berkesan
gembira hanya berlalu pergi..

Pertarungan Takdir

one-five-nine
I'm sorry....



Ahad itu..

Ianya bermula dengan pagi yang lewat..
Aku sudah berjanji nak ke Pesta Flora di Putrajaya dan bertemu sahabat handai di sana..
Sepatutnya dalam perancangan,
aku bertolak dengan Elisa aku pukul 10 pagi,
namun 10 pagi aku baru bangun dari tidur...

Setelah bersiap dengan pantas,
aku sempat reply mesej dari kawan aku mengatakan
'aku dalam perjalanan' sedangkan aku baru lepas ikat tali kasut..
Tak apa...
Putrajaya dan Sungai Besi sangat dekat...

Bertolak dengan moto,
semasa di Lebuhraya Sungai Besi,
aku rasa seusatu yang tak berapa nak sedap...
PAAAAPP!!!
Moto aku terhenti enjinnya,
dengan siotnya aku dapati segalanya tidak berfungsi..
Moto aku mati
di tengah lebuhraya..

Setelah menolak ke tepi dan di bawah tempat redup,
aku mencari mana-mana nombor bengkel moto yang mungkin ada tertulis di tepi jalan..
Namun, haram!!!
Satu nombor pun tak ada...

Nasib aku agak baik,
ada seorang brader moto Kriss ni sudi nak menolak moto aku ke bengkel berhampiran yang kebetulan sejalan dengan destinasinya
dan sangat tak sejalan dengan perjalanan ke Putrajaya..

Sampai di bengkel, aku hulur brader tu dalam RM20
dan dia ambil dengan pantas tanpa dalih,
WOW! sangat direct!!

Setelah dikenalpasti,
moto aku bermasalah di enjin
dan segala kosnya adalah mencecah rm150
sedangkan dalam wallet aku not paling besar adalah rm50
dan hanya sekeping...

Bank berhampiran,
aku tekan ATM dan lesaplah simpanan aku..
Setelah repair dan bayar
aku dapati dalam wallet aku hanya ada RM10..

Putrajaya entah ke arah mana,
Sungai Besi entah ke arah mana..
End up, aku sesat di wilayah yang tidak pernah aku jejak..
Siot!!

Berpusing-pusing, jumpa jalan besar dan aku menuju ke Kuala Lumpur.
Selamat, aku jumpa jalan yang aku kenali,
Namun, malangnya minyak moto dah di takuk merah..
AKu pasrah..

RM5 untuk petrol,
aku tersentak sebentar..
Patut aku ke Putrajaya atau ke rumah je??
Dengan baki RM5 di poket,
aku berkeputusan pulang ke rumah...

Nak aku mesej kawan-kawan aku yang berada di Putrajaya,
namun, baki kredit dalam henset tidak membenarkan..
Aku menjerit dalam hati..

Sebelum sampai rumah,
awan gelap mendung mengekori aku..
Hujan turun dengan tiba-tiba..
Lebat dan basah..
Aku pasrah..

Sampai rumah,
aku kecewa sebab tak dapat pergi Putrajaya bertemu kawan-kawan..
Seketika kemudian,
hujan reda..

Aku di beranda rumah jenguk ke luar..
AH!! Pelangi..
Henset aku berdering...
Aku capai henset, aku lihat nombor dia..
Kami berbual sekejap sambil aku dihiasi cemerlang pelangi..
Aku kembali tersenyum...
Dan itu adalah satu-satunya penyebab aku senyum hari itu.


Dalam pertarungan anjuran Takdir,
aku kalah dengan lawan bernama Duit..

Imej dari blog Shukjessa (pinjam, jangan marah!!)


p/s
1- kekesalan aku yang terbesar adalah tak dapat bertemu kawan-kawan setelah sekian lama merancang untuk bertemu. Maafkan aku..
2- Aku sangat nak pergi Floria 2010 tu sebab aku sukakan bunga.
3- Andai aku punya duit sedikit lagi banyak, segalanya akan berakhir dengan keputusan yang lain.
4- Ianya satu perkara yang dikagumi bila memikirkan bagaimana Tuhan nak menduga kita dengan pelbagai dugaan dan kita nilai reaksi kita. Aku boleh nilai diri sebagai GAGAL.

please don't like
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License