and I'm sorry...

Bila ada sedikit masa lapang,
aku suka pergi mana-mana 7eleven dan beli aiskrim
dan makan kat mana-mana spot yang best nak tengok orang..
Dari jauh ternampak seorang mamat muka rempit bawak moto
pakai helmet, tapi tak kancing..
Bawak moto dalam kelajuan sederhana...
Di bahagian lain jalan,
ada dua kanak-kanak lingkungan sekolah rendah,
bergurau-gurau sesama sendiri sambil melintas jalan..
Lalu, dua entiti ini bertemu..
Nyaris, mamat rempit tu nak terlanggar budak-budak yang bergurau sambil lintas jalan tu..
Nasib baik kawalan moto bagus, mamat rempit tu berjaya elak..
Budak-budak tu pun berjaya melompat ke tepi,
salah seorang jatuh terduduk.
Mereka selamat.
Mamat rempit berhentikan moto di tepi..
Turun dari moto, buka helmet dan pegang di tangan,
berjalan menuju ke dua budak tadi..
Segalanya depan mata aku,
dalam hati, aku rasa mamat tu bakal marah berapi budak-budak tu..
Memang patut dia marah, budak-budak tu tak pandnag kiri kanan ketika melintas..
Tapi, helmet di tangan mamat tu buat aku risau..
Andai dia berniat nak gunakan helmet sebagai senjata
mencederakan budak-budak tu,
aku terpaksa masuk campur..
Di hadapan budak-budak tu mamat rempit berdiri.
Jelas kelihatan riak cuak di wajah mereka.
Sedikit kurang senang, aku mula langkah aku menuju ke mereka bertiga..

"Adik tak apa-apa???"
Langkah aku terhenti..
Perkataan yang keluar dari mulut mamat rempit tu mengejutkan aku..
Aku berundur ke tempat asal aku balik..
"Adik OK?? Ada luka tak???"
Mamat rempit tu bertanya pada budak yang terduduk tadi.
Bukan marah, tapi kerisauan yang terpancar di wajah dia..
Budak yang terduduk itu berdiri,
dan bersama-sama kawannya, mereka lari
meninggalkan mamat rempit itu sendiri..
Mamat tu senyum..
Dari wajahnya seolah-olah berkata,
"Nampaknya dia OK, sebab mampu berlari..."
Dari sepatutnya memerahi budak-budak tu,
mamat rempit tu bertanyakan keadaan dengan hemah..
Kalau aku ditempat dia, aku tentu dah menjerkah mereka..
Ternyata salah di tempat budak-budak tu..
Namun, apayang dilakukan mamat rempit tu sangat berbeza..
Aku berani kata,
dalam 10, mungkin 100 orang biasa yang alami hal itu..
Mungkin hanya ada 1 sahaja seperti dia..
Tu pun tentu susah nak cari..
Dia, sangat mengkagumkan aku...

Pendidikan moral hari ini...
_
Dia, sangat mengkagumkan aku...
Inilah yang dinamakan
"Jangan nilai buku hanya dengan melihat kulitnya.."
Ini kali pertama aku berniat nak jadi macam mamat rempit.

Pendidikan moral hari ini...
_



































