Salam.
Aku ada hubungan suka-benci dengan spesies manusia.
Manusia secara umum, aku benci.
Namun mengkaji manusia secara ilmiah, aku suka.
Yang paling aku suka adalah menilai manusia dari segi personaliti.
Tidak.
Ini bukan sembang ilmiah.
Ini sekadar sembang santai-santai, tapi aku rasa selepas tamat baca entri ini, kalian akan suka menilai orang berdasarkan personalitinya.
Ada bermacam-macam jenis personaliti manusia.
Tapi selaku pengkaji, selaku orang sains,
aku meletakkan personaliti manusia kepada dua jenis asas yang dapat dilihat melalui ekspresi wajah:
1) Jenis Matahari
2) Jenis Bulan.
Buat yang rajin baca blog aku dari awal dahulu, aku banyak kali petik tentang isu ini di dalam blog ini.
Ini bukan kajian akademik, cukup sekadar penilaian suka-suka.
Jangan ada sesiapa petik nama aku dalam mana-mana kajian ilmiah dia.
Manusia mempunyai pelbagai jenis, perangai, dan gelagat.
Semua ini terpancar di wajah masing-masing.
Namun, daripada permerhatian aku sejak berbelas tahun lalu,
manusia terbahagi kepada dua jenis asas; iaitu jenis Matahari dan jenis Bulan.
Seperti matahari yang menyinar di langit siang dan terasa panasnya,
jenis Matahari adalah jenis yang kita sedar keadaannya, kewujudannya.
Seperti apabila matahari dilindungi awan akan mendatangkan mendungnya,
jenis Matahari adalah seseorang yang nampak jenis perubahan emosinya.
Jenis Matahari ini,
apabila dia sedih, kita nampak dia sedih (mendung)
Apabila dia gembira, riang, seronok, terpancar jenis di mukanya.
Apabila dia sakit, kita sedar kesakitan yang dialaminya.
Berbeza pula dengan jenis Bulan.
Seperti bulan di malam hari,
ada atau tiada ia di langit langsung tidak dapat kita sedari.
Seperti langit malam dengan bulan dan langit malam tanpa bulan terasa sama,
jenis Bulan adalah jenis yang emosinya tidak dapat dilihat pada wajah.
Seperti langit malam bulan terang hanya disedari apabila kita mencari,
jenis Bulan adalah seseorang yang perasaannya adalah satu misteri.
Jenis Bulan ini,
apabila dia sedih, tiada siapa yang perasan kecuali yang meneliti.
Apabila dia gembira, riang, seronok, tiada gambaran jelas di wajahnya.
Apabila dia sakit, tiada siapa yang rasai selain yang empati.
Jenis Matahari senang dibaca, tetapi susah diramal.
Jenis Bulan pula susah dibaca, tetapi senang diramal.
Ia berbeza dengan introvert-extrovert kerana jenis Matahari-Bulan ini khusus kepada pembacaan riak wajah.
Aku?
Aku adalah jenis Bulan yang mahu menjadi jenis Matahari.
Tapi sampai sudah, aku langsung tidak mampu menjadi Matahari.
Kalian pula?
Jika dinilai sendiri, kalian adalah jenis Matahari ataupun jenis Bulan?
Ikuti cEro di media sosial:
.
aku rasa aku lebih kepada bulan.. kot
ReplyDeleteRasanya Mrs. A ni sejenis matahari sebab kalau marah atau tak suka memang akan tunjuk kat muka ni.
ReplyDeleteMatahari!
ReplyDeleteTo be honest, mungkin majoriti jenis matahari pun akan mengaku bulan sebab tak sedar dengan perubahan sendiri dan rasanya jenis bulan ni ada lebih tarikan dari jenis matahari.
ReplyDeletetak tahu lah manusia jenis apa... bergantung dengan siapa yang kita bergaul jugak. ada yang kita selesa menunjukkan ekspresi dan ada yang tidak. huhu
ReplyDelete