Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

May 16, 2018

Kisah 'Cinta' Darjah 5.



Salam.

Selamat hari Rabu.

Rabu minggu lepas adalah satu hari yang membawa perubahan kepada negara, sehinggakan sekarang negara kita dilabel sebagai Malaysia Baharu. Apa yang berlaku Rabu lepas?

Pilihanraya Umum ke-14, PRU14.

Tapi jangan risau, cerita yang bakal aku ceritakan ini walaupun ada kaitan dengan PRU14 namun tidak ada kaitan dengan politik. Apa yang sudah berlaku biarkan berlaku. Ada pengajaran, kita ambil.




Kalau kalian ikuti Twitter aku (@cerolian) kalian sudah tentu ada terbaca cerita ini. Di Twitter, aku selalu lepaskan perasaan aku ketika ia baru sahaja berlaku. Contohnya, kalau aku sedang lapar, aku akan tweet tentang lapar. Kalau aku sedang marah, aku akan tweet lepaskan kemarahan. Twitter sangat sesuai untuk sesuatu seperti itu kerana suapannya (feed) laju dan mikro. Cepat lepas, cepat hilang.

Kali ini, sesuatu berlaku kepada aku pada hari aku pergi menunaikan kewajipan mengundi. Aku kemudiannya luahkan cerita itu di Twitter. Kali ini, sekali lagi akan aku ceritakannya di sini kerana aku rasa peristiwa ini perlu direkodkan di blog untuk simpanan masa depan.

Ini ceritanya.

------------------------- ------------


#PRU14 seperti satu reunion. Banyak bertemu kenalan dan kawan lama. Seolah-olah membawa kita ke zaman lampau.

Ini sebuah kisah benar, sebuah cerita 'cinta' tidak kesampaian yang berlaku pada 9 Mei 2018, pada hari rakyat Malaysia membuang undi sempena PRU14.

Semasa di darjah 5, aku ada suka seorang kawan sekelas ini. Seorang pengawas perempuan.

Kita semua masa kecil mesti ada seorang crush yang memang tahu tak akan dapat, hanya mampu kagum dari jauh. Dialah orangnya pada aku. Orangnya baik, sopan, dan dari keluarga baik-baik, berbeza macam aku yang...macam ini. Dia ayu. Sopan. Bercakap bila hanya perlu. Suaranya sentiasa lembut. Tak pernah nampak dia marah. Yang paling menarik, bila dia senyum, mata dia akan jadi kecil dan sepet. Manis sangat. Cair oiii.

Pada aku, ciri-ciri yang terdapat pada dialah menjadi kayu pengukur kepada perempuan lain yang mampu menarik hati aku. Aku yakin aku pernah bercerita tentang dia di dalam blog ini sebab tapi aku tak ingat entri yang mana satu. Cari dan gali pun tetap tak jumpa. Tak apalah. Abaikanlah.



Fast forward ke tahun 2018, PRU14 pun berlangsung.

Aku kena mengundi di sebuah sekolah berdekatan tempat tinggal lama dulu sedangkan sekarang aku tinggal di tempat lain berjarak 40 km jauhnya. Gigih bergerak dari awal pagi ke tempat mengundi. Terasa seperti dapat lepas rindu selepas sekian lama tidak sampai ke tempat ini. Berpuluh tahun aku di sini, sudah tentu tempat ini sudah menjadi sebahagian daripada hidup aku. Sengaja aku tidak tukar alamat tempat mengundi, supaya aku ada sebab untuk kembali ke sini.

Di sini, aku terjumpa dengan banyak kawan dan kenalan lama. Masing-masing kelihatan lain sangat, sudah dimamah usia. Mana tidaknya, dalam memori aku yang ada, masing-masing masih lagi berimej kanak-kanak dan remaja.

Selesai daftar awal, aku perlu naik ke tingkat 3 bangunan sekolah. Saluran 7. Rasanya saluran ditentukan mengikut usia kerana kebanyakan yang sedang beratur adalah mereka yang sebaya dengan aku. Panjang barisannya, melingkar sampai ke tangga.

Aku pun beratur. Aku tak suka beratur, tapi aku tiada pilihan. Depan aku perempuan, belakang aku pun perempuan. Aku naik segan. Nak mulakan berbual dengan orang yang tidak tahu? Memang itu bukan aku.

"Eh, perempuan depan aku ni macam kenal..."
detik hati aku apabila sekali imbas terpandang wajah dia. Aku cuba nak intai muka dia. Dapat tengok sekali imbas lagi, tapi rasanya tidak salah rasanya...ITU DIA!

PEREMPUAN YANG BERATUR DI DEPAN AKU IALAH CRUSH DARJAH 5 AKU DULU.

Tapi aku was-was. Aku ini jenis manusia yang tidak cam muka orang. Itu adalah kelemahan utama aku. Entahlah. Penyakit mungkin. Tambahan lagi muka crush dengan adik-beradik dia lebih kurang jadi aku mungkin salah orang. Perempuan yang sedang beratur depan aku ini mungkin bukan si crush yang pernah aku kenali dulu.

Nak tegur bertanya, tapi aku segan. Aku sengaja buat-buat tayang kad pengenalan di tangan supaya kalau dia ternampak dan terbaca nama aku dan dia kenal aku, dia akan mula tegur aku dulu...

...tapi itu tidak berlaku.



Sampailah akhirnya tiba giliran dia masuk ke bilik mengundi. Prosedurnya ialah selepas selesai mengenalpasti nama yang didaftarkan, kerani #1 (iaitu kerani pertama daripada 3 kerani) akan umumkan nama kepada semua pegawai yang bertugas di dalam bilik itu. Bila kerani #1 umum nama dia, aku dengar dari luar bilik...

"CRUSH BINTI BAPA CRUSH."

Oh, shoot! It's her. IT'S HER! IT'S REALLY HER!

Aku seperti hyperventilating tapi aku kawal. Aku dapat rasa adrenalin sedang berderu ke seluruh badan. Teruja. Aku tidak sesekali pernah lupa nama crush aku masa darjah 5 tu sebab nama dia lain daripada yang lain. Nama bapa dia pun jarang didengari. Kali ini aku 100% yakin itu adalah dia. ITU MEMANG DIA!!

Lepas crush hampir selesai urusan, aku pula diberi kebenaran masuk ke bilik mengundi itu. Nama aku pula diumumkan. Kebetulan nama aku juga bukanlah nama kebanyakan, jadi kalau crush dengar dan ingat, maka dia juga akan tahu itu adalah aku.

Aku harap dia dengar nama aku dan sedar aku adalah seseorang yang pernah dia kenal dulu, dan di luar bilik mengundi nanti dia akan tegur aku...

...tapi itu tidak berlaku.



Bila aku pula selesai urusan mengundi, aku cepat-cepat keluar dan turun ke tingkat bawah dengan harapan dapat jumpa dia. Niat aku kali ini memang mahu tegur dia. Aku mahu tanya khabar dan kalau ada rezeki, aku nak minta nombor dia supaya akan datang boleh lebih rapat.

"It's now or never, man! You can do it!"
Hati kecil aku menjadi tukang sorak kepada diri aku sendiri.

Selepas dua tiga kali pusing mencari dan mata berpinar meneliti, akhirnya aku nampak dia. Kekuatan aku nak pergi tegur dia tadi TERUS HILANG, serta merta aku kaku.

Aku kaku bukan sebab aku segan (walaupun aku memang segan) dan bukan juga sebab aku takut (walaupun aku memang takut), tapi sebab...







...si crush bukan seorang diri. Dia sedang berdiri bersebelahan seorang lelaki DAN sedang menolak stroller berisi seorang bayi.

Crush sudah menjadi milik orang.

"Kudus sangat aku ni fikir dia masih available," pujuk aku kepada diri sendiri. Serta merta terasa masa seperti bergerak perlahan. Cuaca yang tadinya disinar panas pagi secara tiba-tiba jadi redup hanya di tempat aku berdiri.

Technically, orang seusia aku pada masa sekarang majoritinya lebih banyak sudah berkeluarga berbanding masih bujang, jadi aku patutnya boleh jangka hal ini akan berlaku.

Tapi aku tidak kecewa. Aku lebih kepada rasa lega. Entahlah. Aku pun tidak pasti kenapa aku rasa lega. Mungkin jauh di sudut hati aku ada lagi perasaan yang tertinggal semasa dari darjah 5 yang sebelum ini tidak boleh dilepas pergi dan kini akhirnya dapat closure yang sepatutnya.

Daripada senyuman mata kecil dia bersama keluarga kecilnya, aku dapat pastikan dia bahagia. Pada waktu itu, pada aku, itu sudah dikira closure terbaik yang boleh aku dapat.

Maka, pulanglah aku ke tempat aku dengan perasaan bercampur baur; lega, gembira, keliru, menyesal dan berbagai lagi.

Dan kini, di kala orang lain kenang tarikh PRU14 9 Mei 2018 sebagai tarikh yang mengubah nasib negara, aku pula kenang tarikh itu sebagai satu tarikh yang memberikan aku jawapan kepada sebuah kisah 'cinta' darjah 5. Sebuah kisah 'cinta' tidak kesampaian.

Sekian.






.


14 comments:

  1. CEro, sedih la pulak pagi pagi ni bila baca entri ko , aku ni pergi mengundi takde pulak nampak batang hidung crush aku yang aku suka masa darjah 5 then aku positif, mungkin dia pemalas tak tunaikan tanggungjawab terhadap negara, bengong punya crush.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Erni Hasmiza

      Hahaha. Ini namanya jodoh. Mungkin bukan jodoh sampai kahwin, cuma jodoh untuk jumpa balik je hahaha.
      Aku rasa crush kau tu mungkin dah mengundi lebih awal kot...Siapa tahu, kan?

      Delete
  2. Sedih juga bila baca post ni. I'm not sure how old are you but I'm pretty sure you're older than me. Lama gila baru dapat closure untuk crush darjah 5 ni T_T

    But, I guess a proper closure is better than you being left wondering about that person.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Farah

      Hey, I'm older than everyone here hahahaha.
      Yup, this is the world telling me to close the chapter. Dia bahagia, maka win juga untuk aku :)

      Delete
  3. Nampak jugak crush lepas mengundi hari tu. Tapi memang dah tau dia dah kahwin Cepat2 aku blah masuk kereta. Hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Nerzhul

      Hahaha. Kenapa tak tegur? Crush je, kan?
      Asalkan dia bahagia, rasanya, semuanya akan okey, kan?

      Delete
  4. dem, aku nmpk member lama cepat2 tunduk ngadap phone lol
    ni crush yg ko search kt internet dulu ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. >star

      Ehhhhh? Betullah tu. Kau ingat lagi cerita tu? Aku cuba cari dalam list post tapi tak jumpa hahahaha

      Delete
  5. ....bunga bukan sekumtum...

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Angah

      Dan sebab bukan sekuntumlah kena cari yang betul-betul mekar di hati. Hehe

      Delete
  6. huhuhuhuhu darjah lima dah ada crush...
    yeah right...sekarang mostly yang sebaya paling kurang pun dah ada sorang anak...huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. >sofie adie

      Hahaha. Aku ada crush sejak darjah satu kot, maybe tadika. Tapi itulah kisahnya tentang crush. Silih berganti tapi langsung tiada yang berbalas hahaha.

      Delete
  7. wei sedih.. tapi xpela.. boleh cari crush baruuu hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Raz

      Ada dah crush baru. Tapi nampak gaya macam akan kekal crush jugak laa ceritanya hahaha

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License