Salam.
Disebabkan seseorang,
aku langsung tak ada mood nak melukis sepanjang minggu lepas.
Good job, Stranger.
Natijahnya,
minggu ini tiada komik.
Jadi, apa kata kita bercerita tentang wang satu ringgit dan bermain dengan soal moral dalam kehidupan.
Pretty heavy, right?
Satu hari, aku sangat terasa mahu minum air tin Nescafe.
Bukan dahaga, cuma terasa keinginan untuk basahkan tekak dengan kafein.
Tapi aku tak mahu Wonda Kopi Tarik sebab hari tu aku sudah cuba try test.
Rasanya kurang sesuai dengan tekak aku.
Kalau nak tarik, teh tarik sahaja yang terbaik. Kopi tarik? Meh!
Aku pun pergi ke sebuah mesin gedegang (vending machine).
Yatta!
Ada air tin Nescafe dalam pilihan airnya! RM 2.20 pulak tu!
Pelbagai perisa pada harga yang sama.
Kalau beli dekat kedai yang ada angka 7 dengan 11 tu,
aku rasa mahunya sampai RM2.80 atau mampu mencecah RM3.30 ikut perisa.
Aku kurang pasti kenapa harganya berubah-ubah, sama berubahnya perasaan awak terhadap saya.
Ecewah! #PickUpLineHambar
Aku kemudian mengeluarkan tiga keping duit kertas satu ringgit.
RM 2.20, sudah pasti aku bakal mendapat baki duit syiling 80 sen.
Bolehlah diisi ke dalam tabung aku yang semedang ringan tu.
Nasib baik mesin itu menerima duit kertas baru,
sebab ada je mesin yang banyak songeh hanya pakai syiling.
Ada juga hanya pakai duit kertas lama.
Ketinggalan zaman betul mesin gedegang yang macam tu.
Masuk helaian satu ringgit pertama ke dalam slot duit kertas,
mesin itu sedut dengan rakusnya.
Di monitor digital dia tertera angka 100 dan simbol yen.
Nampak sangat mesin tu berasal dari tanah kelahiran
Masuk helaian satu ringgit kedua.
Tiba-tiba seluruh pilihan air tin yang ada tertera lampu biru.
Seingat aku, lampu biru bermakna pilihan air itu available dan pilihan sudah boleh dibuat, tapi aku baru masukkan 2 helai not satu ringgit. Masih ada 20 sen yang perlu aku masukkan untuk memilih air tin Nescafe.
Aku melihat ke monitor digitalnya,
tertera angka 300 dan simbol yen.
Apakah neraka yang berlaku ini?
Bukankah aku baru masukkan dua helai?
Pada tangan aku masih ada satu helai lagi.
Patutnya yang timbul adalah angka 200, bukannya 300.
Aku cuba untuk masukkan sekeping lagi not satu ringgit,
tapi mesin itu degil tak mahu terima. Tidak serakus tadi.
Mesin itu memaksa aku untuk buat pilihan.
Maksudnya,
aku dapat beli air tin RM 2.20 dengan hanya guna RM 2,
malah aku akan dapat baki syiling sebanyak 80 sen.
LUCKY!!
Kan?
TIDAK!
Macam tipikal orang Islam yang lain,
aku diajar untuk mengambil makanan hanya dari sumber yang halal.
Merokok haram tak apa, pegang tangan awek itu sweet,
tapi makanan mesti kena halal. HALAL!
Tipikal, kan?
Makanan jadi darah daging. Darah daging yang haram tempatnya neraka.
Ustaz yang mengajar aku masa sekolah rendah begitu tekankan sangat perkara tu,
selepas itu dia curi keluar kelas masa mengajar untuk hisap rokok belakang bangunan sekolah.
Nice one, Ustaz! **thumbs up**
Aku pun pilih air tin Nescafe Mocha.
Air tin jatuh ke tempat pungutan bawah dengan sound effect 'gedegang!'
Duit syiling jatuh ke tempat baki sebanyak 80 sen.
Aku pungut duit syiling itu dan sekalikan dengan not satu ringgit di tangan,
dan masukkan ke dalam poket.
Maka,
secara teknikalnya, RM 1 daripada duit aku bukan milik aku.
Dan aku tak berniat langsung nak buat duit itu macam duit aku.
Tapi apa harus aku lakukan ke atas duit itu?
Aku tanya kawan-kawan aku yang seberapa kerat itu apa patut aku buat.
Si Abu cadangkan,
"Alaaa, kira nasib kau baiklah. Bukan kau menipu. Itu kesilapan teknikal mesin gedegang itu sendiri. Just keep it and live with it. Simple dimple."
Si Ali pula memberi usul,
"Tak boleh....! Itu sudah tentu-tentu bukan duit kau. Sedekah sahaja kepada masjid atau mana-mana anak yatim yang minta derma di stesen minyak. Pahala dapat, dosa pun dapat elak."
Si Ahmad pula membangkang,
"Kalau duit terpijak bolehlah bagi masjid. Ini kau sudah tahu pemilik duit itu. Terang-terang pemiliknya ialah syarikat empunya mesin gedegang tu. Pulangkanlah sahaja semula kepada mereka yang hak. Habis cerita."
Si Atan tidak mahu kalah juga bersuara,
"Korang ingat syarikat macam tu peduli ke dengan isu satu ringgit ni? Aku sangat pasti mereka pun banyak lagi perkara lain nak difikirkan dan tak akan layan perkara remeh macam ni."
Sekarang,
kawan-kawan pembaca blog yang aku suka.
Tolonglah aku. Bantulah aku.
Moral aku sebagai manusia normal sedang berbelah bahagi.
Apa patut aku buat dengan duit satu ringgit ini?
Just for record,
tindakan terbaik untuk aku dalam situasi ini adalah dengan cancel pembelian di mesin gedegang itu selepas ternampak angka di monitor tidak sama dengan harga duit yang aku masukkan. Cancel dan mulakan semula. Tapi aku sudahpun terlepas peluang itu dengan menekan pilihan air tin Nescafe Mocha. Silly me.
.
Dalam laci meja aku ada dua tin Nescafe dari mesin gedegang. Satu sebab sama macam situasi kau kat atas.
ReplyDeleteYang kedua agaknya ia tersangkut masa mesin tu dispense pembelian orang lain, masa aku beli air tin, air tu jatuh sekali dengan pembelian aku.
Dah tiga bulan aku tak tahu nak buat apa dengan air tu. Hahahaha...
Parah jugak masalah kau ni.
DeleteAku sendiri pun tak dapat nak fikir apa jalan terbaik untuk kes kau ni.
Takkan nak sedekah air tin dekat masjid pulak.
Kan? Kan? Kan?
Dalam laci meja aku ada dua tin Nescafe dari mesin gedegang. Satu sebab sama macam situasi kau kat atas.
ReplyDeleteYang kedua agaknya ia tersangkut masa mesin tu dispense pembelian orang lain, masa aku beli air tin, air tu jatuh sekali dengan pembelian aku.
Dah tiga bulan aku tak tahu nak buat apa dengan air tu. Hahahaha...
Sedekah.
ReplyDelete>Kon
DeleteTapi Kon, itu bukan duit aku. Boleh ke sedekah guna duit orang lain?
Aku telan je. Beli lagi satu. Duit baki x amik. Hah
ReplyDelete>Mona
DeleteHahaha. Aku kalau boleh tak nak telan, kau pulak suruh aku telan siap beli satu lagi lagi. Hehe
Aku telan je. Beli lagi satu. Duit baki x amik. Hah
ReplyDeletedamn.
ReplyDeletethis story just happen to me too.
i've got 9 bottles. NINE BOTTLES!!!
tindakan:-
aku tunggu bro yang topup2 botol air mesin gedegang tu hari2 (sampai hari ke-10, baru dapat jumpa. seksa!), sebab nak pulangkan 8 botol yang lain.
natijah:-
1. dapat 3 botol free (weehuu!!!)
2. hidup dengan tenteram (yeahhhh!!!)
*adakah saya gila?
-cik belon
>cik belon
DeleteKalau sampai 9 botol, itu dah tentu kena pulang.
Macam aku, seringgit je. Tak pasti berbaloi tak nak tunggu orang datang topup air mesin gedegang tu.
*itu bukan gila, itu namanya kegigihan. KEGIGIHAN. Hehehe
Kejadian ni xpernah pulak berlaku. Yg berlaku duit masuk tapi air xkeluar2 hampeh. Nk sepak mesin kang rosak dg xle bli air. Last2 balik ja, sobs2. Nasib xkene time cycling dahaga2 air xkuar. Mesti dh kene sepak ahahahah.
ReplyDelete>budoxe lee
DeleteHooo..boleh mengundang kemunculan Hulk ooo kalau tengah dahaga gila tekan-tekan tak keluar air. Maunya nanti berlobang mesin tu kena tumbuk. Hahahaha
Jap jap. Siapa punya kerja yg meyebabkan kau tak melukis nie. Cisss.
ReplyDeleteBtw soalan kau cukup bagus bro..
Tp dlm keadaan nie aku rasa baik kau contact company mesin tu dulu. Mula2 notify diorg pasal masalah technical mereka dahulu. Thus way benda nie takkan berulang lg dan company mungkin dot elak rugi. Kemudian tnya pasal satu ringgit tu.
Kalau diorg suruh pulangkan maka pulangkan. Kalau diorg halalkan.. Maka alhamdulillah.
>Hafiy Halim
DeleteTak apa. Kes yang menyebabkan aku tak melukis ni minggu lepas. Minggu ni dah lupa. Hahaha
Cadangan kau tu bagus. Nanti aku cuba cari nombor company mesin tu walaupun aku tak pasti ada tulis ke tidak. Rasanya kes seringgit camni diorang nak kisah ke tidak, ek? Hehe
sedekah. sbb sedekah mensucikan yang tak suci.
ReplyDeletedulu time sekolah time jahil aku pernah masuk duit dalam mesin gedegang *i call it that way* utk 1 tin air bila dia nak keluar aku tendang mesin tu so dia keluar 2 tin. ye aku dah insaf skrg
>NADIA
DeletePretty sure aku tak boleh sedekah duit tu sebab bukan duit aku, malah aku tahu siapa punya duit. Aku rasa aku tak ada hak nak sedekahkan duit tu walaupun sedekah itu baik.
Hmmm...
skill tendang tu boleh pakai lagi tak zaman sekarang ni??
cari alamat distributor dekat mesin tu. then pos duit.
ReplyDeletelove this idea.
Delete-cik belon
yep, this idea seems the most applicable ;3
Delete>Zyra Roxx
DeleteRM 1.
Sampul surat 80sen.
Setem 60sen minimum.
Masa untuk menulis & menghantar.
Tapi rasanya, kalau buat perbandingan cost & benefit, rasanya ini adalah antara idea paling boleh pakai dan diterima.
Nanti akan cari alamat distributor tu.
Thanks Z :)
Aku rasa hafiy halim punya cadangan bagus. Contact company tu n bgtau problem kau. Maybe company tu x kisah pun dgn seringgit tu, tapi kalau dh contact dan diorg halalkan kan lega sikit....
ReplyDeleteKalau nak senang sedekah la... harap2 sedekah tu menyucikan balik apa2 yg x halal.
>Bro Ley
DeleteSetakat ni cadangan Hafiy & Zyra yang aku consider. Sedekah jalan yang paling mudah, tapi the fact that itu bukan (lagi) duit aku dan aku tahu pemilik duit tu, maka aku rasa sedekah bukanlah jalan yang terbaik.
Esok nak pergi cari alamat dia. Kena datang balik ke mesin gedegang tersebut :)
Aku tak pernah kena macam ni tapi bab duit2 ni memang besar isunya walaupun nilainya kecil.
ReplyDeleteMacam kes ko ni, kalau ada detail pasal pemilik mesin tu, try contact dorangla, by any means possible and most practical..macam Hafiz and Zyra cakap..
Sambil baca, aku dok pk, awat hang tak cancel pembelian aaaaaaand then baru baca part last post hang.. Yeah, past is past, bruh but lesson learned, right? ^^
>Lee-kun
DeleteItulah. Bab duit dan makan kena jaga-jaga sikit. Hahaha
Aku pun terfikir patut cancel tu lepas aku dah pon tekan air pilihan. Apa nak buat, nafsu lebih laju dari akal. Hahahah
nak jiwa rasa aman dan tenang, bagi balik duit baki tu kat tuan punya mesin. hahahaha. :3
ReplyDelete>BV
DeleteYes, that's the best way, put in simple sentence.
Tapi demi ketenangan dan keamanan, bersusah sikit pun apa salahnya, kan?
Huhu... saya terlambat baca post ini. Nak beri pendapat pun.. mungkin Cero sudah pun ada tindakan yang diambil bukan? Apa tindakan cero?
ReplyDelete>Amna Shark
DeleteDisebabkan mesin tu dekat dgn kawasan yg selalu singgah, so buat masa sekarang duit seringgit tu ada tersimpan di dalam wallet dgn harapan bila ada orang yang bukak mesin tu untuk kutip duit dan refill, boleh bagi by hand terus dekat dia. Tapi setakat ni tak jumpa lagi. Maybe akan proceed ke idea utk post ke alamat pejabat dia kalau lagi seminggu tetap tak jumpa. Hehehe
Ko masukkan singgit dlm vending tu lepas tu lari laju laju dari mesintu
ReplyDelete>Wan Gie
DeleteMemang mula-mula nak buat camtu, tapi fikir balik takut-takut duit extra tu jatuh dekat orang yang tak bertanggungjawab susah pulak nanti hehehe