Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Mar 25, 2015

Anjing dan Seragam Biru Abah.




Jangan pandang rendah terhadap kasih sayang seorang anak terhadap ayahnya.

Seorang anak ahli politik sanggup berusaha mengumpul seramai mungkin ahli keluarga dan pengikut-pengikutnya dan kemudian berhimpun beramai-ramai demi menyuarakan bantahan terhadap tindakan undang-undang ke atas bapanya yang ditahan atas kesalahan meliwat.

Para pengikut setia si ahli politik yang ditahan ini tanpa segan silu menjerit, melaungkan slogan keadilan yang dicari mereka sambil mencaci sistem perundangan negara yang dikatakan korup dan penuh calit hitam. Pada mereka, idola mereka itu teraniaya dan segala-galanya bermotifkan politik. Politik kerajaan yang ingin menjatuhkan lawan yang mampu menggugat periuk nasi emas mereka.

Berhimpun dari pagi ke tengahari.
Dari tengahari ke petang.
Dari petang ke malam.
Pemimpin-pemimpin parti politik berkenaan saling bersilih ganti bertukar muka, tidak pernah ada sekali bersama. Yang pengikut dan penyokong setia pula bersama-sama seisi keluarga dan anak juga anak kecil yang masih menyusu memang cukup setia sentiasa ada sepanjang masa di tempat berhimpun itu sanggup berpanas, berhujan demi idola tercinta.

Cuba teka siapa lagi yang ada sepanjang masa di tempat berhimpun itu dan sanggup berpanas dan berhujan?



Abah aku seorang polis.
Suatu pagi pada hari sepatutnya dia cuti, Abah mendapat satu panggilan dari balai menginginkannya untuk datang segera menyelia di tempat perhimpunan berkenaan.
Menyarungkan seragam biru gelapnya, Abah pun menurut arahan dan turun ke tempat perhimpunan.

Tugasnya hanyalah memastikan perhimpunan tanpa permit itu berlangsung dengan aman tanpa kerosakan dan kemudaratan memandangkan tempat berhimpun dikelilingi dengan harta benda awam yang bernilai.

Apabila Abah turun ke tempat berhimpun, dia tersentak apabila mendapat sapaan pertamanya.
Sapaan pertama yang dia dapat ialah caci-maki.
Caci-maki dari mulut si pengikut dan penyokong setia si ahli politik tadi.
Caci-maki dari mulut seorang suami yang pernah mengazankan anaknya satu tika dulu.
Caci-maki dari mulut si isteri yang mendodoikan anak dan berdoa agar anak itu menjadi anak yang menjadi.

"Bodoh!"
"Bangang!"
"Anjing!"
"Inilah muka anjing kerajaan!"

Baju seragam biru gelapnya bertompok-tompok dek dihujani air ludah dari mereka yang 'mencari keadilan'.



Balik abah malam harinya dengan muka sugul.
Jasmani letih, namun lebih jelas rohaninya tercalar.
Ibu dan bapanya manusia, tapi dia digelar anjing.

Kata Abah,
"Inilah kerja polis. Kami dibenci. Tapi bila terdesak, kami juga dicari nanti."

Apa salah seorang Abah mencari rezeki untuk bagi keluarga makan?
Musuh kamu adalah parti lawan, parti kerajaan, sistem perundangan,
kenapa orang yang mencari rezeki yang kamu anjingkan?

Adakah suatu hari nanti jika kerajaan bertukar tangan,
para pemakai seragam biru juga berhak menolak keamanan?



Cuba aku panggil ayah yang menjaga kau dari kecil sebagai bukan manusia tetapi binatang berkaki empat dengan lidah terjelir dan bergigi taring.
Cuba aku basahkan badan ayah kau dengan amilase liur yang pekat dengan kahak hijau.
Adakah pada ketika itu kau boleh tersenyum dan pusing berpaling?

Siapa beri kau hak untuk hina ayah orang lain?

Jaga-jaga.
Aku sudah nyatakan awal tadi.
Jangan pandang rendah terhadap kasih sayang seorang anak terhadap ayahnya.


Selamat Hari Polis ke-208




.


11 comments:

  1. ini yang gua takutkan.
    rakyat malaysia ni makin taksub, dosa pahala syurga neraka semua dalam tangan mereka bukan lagi pada penilaian yang maha Esa.

    Gua banyak baca rintihan anak2 polis bila ayah depa diperlakukan sama spt ayah lu, dan gua yg baca ni turut sama sedih walau famili gua takdak satu pun yg sarung seragam biru hitam. Sedih, sbb tugas mulia dipndg hina. sedih, dgn mentaliti masyarakat, sedih dgn leader parti yg mempergunakan rakyat. sedih sgt.


    Sabarlah, besar ganjaran pahala yg ayah lu dapat bro :)

    ReplyDelete
  2. Abah aku pesara polis. Sekarang, ramai sepupu aku yang jadi anggota polis. Syukur, masa zaman abah aku, mungkin tak sedahsyat sekarang. Cuma benda yang paling sinonim orang akan kaitkan adalah RASUAH. apa orang ingat semua polis makan rasuah? yang kerja dekat bawah ekon tu semua molek? heh!

    ReplyDelete
  3. Lukisan ko yg ni very kool seh, simple, tapi boleh kembangkan imaginasi si pemerhatinya. Aku rasa macam aku sedang tengok gambar contour sebuah canyon yang mana puncaknya rata dan berbentuk motive puppy yang kawaii dan innocent. Canyon buatan manusia yang macam tu sesuai kalau dibina di taman tema ala2 disney land... heheh ;3

    OK, beralih ke komen yang lebih serius pulak. Sesetengah manusia ni bila dah emo terhadap satu2 pihak tu, dorang akan hentam main pukul rata nak maki cerca sekali semua yang dia nampak macam menyebelahi pihak yg dia lawan tu, padahal pihak yg dimaki tu cuma menjalankan tugas untuk memelihara keamanan dan harta benda awam. Golongan yang macam tu memang selalunya tak makan teguran dah, sebab akal dah dikawal dengan emosi. Dia nak marah dan maki direct ke ketua pihak yg dia marah sangat tu tak dapat, so dia hentam je maki ke orang lain yg dia bajet menyebelahi pihak yg dia anti tu. Sabaq je la... emotards are emotards, tak kira lelaki ke perempuan, dua2 pun boleh jadi emo tak tentu hala.

    ReplyDelete
  4. Dalam family aku, ada tiga orang polis. Dan mereka menjalankan tugas tak kira walo siapa pun kerajaan memerintah.

    Kalau pemerintah bertukar pun, aku tak rasa diorang akn bertukar kesetiaan.

    Aku sekadar mengikuti politik. Aku sebenarnya tak suka politik dan permainannya.

    Di sebelah sini atau sana.

    ReplyDelete
  5. Aduhaii kenapalah nak berkaca jugak mata aku ni bila baca entry sebegini..

    ReplyDelete
  6. ada banyak benda aku tak setuju dengan kerajaan, ada banyak benda juga aku tak suka dengan pembangkang, tapi tidak sekali2 aku menghina anggota polis, atau tentera, atau penjawat awam dengan gelaran anjing, sebab aku tahu, mereka hanya yang menurut perintah. jika semua yang menurut perintah itu diibaratkan sebagai anjing, maka anak2 yang menurut perintah ibu bapa, murid yang menurut perintah cikgunya, manusia yang menurut perintah Tuhannya, termasuk yang berkata orang lain itu anjing itu juga anjing.

    ReplyDelete
  7. Orang lain punya kerja, orang lain dapat nama.

    sedih.

    cakap bab ayah je aku da start sedih huhuhu..

    ReplyDelete
  8. Kadang-kadang orang yang terlalu ikutkan nafsu dan amarah memang cenggitu,
    masa demo tahun lepas aku ada baca dekat fb pasai seorang anak polis citer macam lebih kurang macam ni gak pasai ayah dia,

    menitis air mata gua,
    itu bapak orang lain gua dah sedih
    kalau bapak gua sendiri...T.T

    biasa lah orang, bila nak mintak tolong baru lah tercari-cari,
    kalau tak, keje dia memaki-maki. haih


    ReplyDelete
  9. wlupon fmly aku xde jadi polis, jiwa aku tumpang pedih bila baca kisah ni. tu la bila dah terlampau taksub sgt tentang satu-satu hal. tak peduli dah jiwa orang lain.

    ReplyDelete
  10. kadang-kadang kerana orang di atas, yang di bawah menjadi mangsa. kerana kebencian melulu itu, orang lain menanggung kesannya,

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License