Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Jul 17, 2013

6 Perkara yang Tidak Patut Bertambah Tapi Tetap Bertambah di Bulan Ramadhan.


Salam.

Selamat (terus) berpuasa.

Tahu tak menu paling pelik yang pernah aku dapat masa moreh?
Nasi lemak.


Tapi moreh dengan nasi lemak tak pelik lagi.
Apa yang lagi pelik adalah manusia dalam bulan Ramadhan itu sendiri.
Yang sepatutnya berkurang, tak berkurang.
Yang sepatutnya bertambah, tetap macam itu juga.

Kita manusia kadang-kadang terlepas pandang.
Bila aku cakap manusia, ianya termasuk juga aku, kau dan mereka-mereka di sekeliling.
Jadi, aku amat berharap jangan ada yang terasa hati.
Kalau terasa juga, bagitau.
Raya nanti aku minta maaf, insyaAllah.

Berikut adalah ENAM perkara yang sepatutnya tidak bertambah tetapi tetap bertambah di bulan Ramadhan ini.
Ada perkara boleh diambil mudah, ada perkara yang tidak.
Inilah kisah aku...



Bulan puasa sepatutnya kita menahan nafsu dari terus bermaharajalela.
Tapi, aku rasa bulan puasa ni, nafsu makan aku macam besar sangat.
Bukan aku tak biasa lapar.
Bulan tak puasa pun aku selalu berlapar.
Tapi, bila bulan puasa ni,
apa-apa makanan pun nampak sedap.

Aku tak pernah berminat dengan air sirap.
Tapi, dalam bulan puasa, nampak sirap pun dah boleh terliur.
Kadang-kadang, aku nampak budak kecil minum susu botol pun
dah buatkan aku terpandang dua kali.

Nafsu makan yang sepatutnya terkawal di bulan Ramadhan,
jadi membuak-buak, walaupun di awal pagi.
Apa masalah aku??




Ini aku sendiri pelik.
Masuk je bulan Ramadhan, penuh TV nak tayang rancangan masakan.
Bertemakan 'menu sahur', 'menu berbuka', 'juadah raya'
dude!!! Ingat bulan Ramadhan ni pesta makanan ke?

Hampir setiap hari, mesti aku akan tertengok satu rancangan.
Kadang-kadang sampai ada tiga rancangan sehari.
Seronok tengok orang memasak, tapi yang tak seronoknya
masakan yang dimasak itu...
Menggugat iman betul. (Sila rujuk no.1 di atas)

Patutnya bulan Ramadhan ni, stesen-stesen TV tak payah laa nak susun rancangan memasak tu banyak sangat.
Silap-silap, tergugat pula puasa orang yang menonton.
Nanti belum azan Asar, perut dah berisi nasi mendi.





Sudah jadi lumrah, kalau ke bazar Ramadhan,
aku akan compare harga kuih.
Bukan compare dengan kedai sebelah,
tapi compare dengan harga tahun lepas.

Dan sudah tentu,
harga kuih sentiasa naik.
Dari 20sen, naik 4 seringgit, naik 30sen, naik 3 seringgit, naik 40sen, 50sen...
Tak pernah setahun tu tiba-tiba harga kuih turun.
Kalau saiz makin besar tak apa laa juga.
Ini, makin kecik lagi adalah...
Inflasi. Inflasi.

Sedangkan minyak petrol pun boleh turun naik.
Kenapa harga kuih-muih di bazar Ramadhan naik tak turun-turun?






Trend meng'upload' gambar makanan ke dalam media sosial bukanlah hal baru.
Tapi, yang pelik, makin menjadi-jadi masa bulan Ramadhan ni.

Makanan waktu sahur, waktu berbuka, waktu lepas berbuka, waktu moreh,
semua nak diuploadnya.
Tahu laa internet berada di mana-mana,
tapi tak pula sampai tahap kena upload gambar setiap makanan yang bakal dimakan.
Masalahnya, doa makan ada baca tak, duk sibuk nak snap gambar je...

Ada seorang kawan ni,
waktu tengahari pun nak upload gambar makanan.
Aik? Tak puasa ke?






Satu lagi yang pelik pada aku adalah saiz pinggang aku.
Tak menurun pun. Makin naik adalah.

Nak kata tak puasa, insyaAllah, aku puasa.
Nak kata makan banyak, sahur dan berbuka ala kadar je.
Tapi, pinggang tetap naik.
Kalau pinggang aje tak apa,
ni semua serba serbi naik saiz.

Otot-otot yang dibina tak naik-naik,
lemak pula yang mengisi saiz.
Apakah ini semua? Arrrghhhhh!!!!!






Aku selidik,
sejak dua hari sebelum masuk Ramadhan,
sampai laa ke hari entri ini ditulis,
setiap hari mesti ada berita keluar surat khabar tentang mangsa mercun.
Tak pernah berkurang.

Aku pun main mercun.
Aku pun agak kreatif juga.
Tapi, alhamdulillah setakat ni tak ada apa-apa.
Yang keluar berita sampai muka berjahit, tangan hancur, kaki putus tu,
agak-agak sampai tahap mana kreatif diorang ek??


xxxxxx

Semua di atas adalah hasil amatan aku terhadap diri sendiri dan keadaan sekeliling.
Aku pasti,
paling kurang ada satu dua yang terkena dengan korang, kan?
Maaflah kalau terasa. Hehehe...

Ramadhan kali ini, pada aku, penuh dengan harapan.
Tapi, apa yang kita, sebagai umat, perlu buat adalah terus berdoa.
Yang buruk, kita ubah jadi baik.
Yang baik, kita teruskan dan perbaik.
Supaya kita menjadi yang terbaik.

Pada hemat kalian, apa lagi yang sepatutnya tidak bertambah, tapi tetap bertambah dalam bulan Ramadhan ni?
Kongsilah dengan aku...




.


10 comments:

  1. 7. Pembaziran makanan... patut berkurang tp ianya bertambah walopn harga serba serbi naik, pelik tp benar... hentikan pembaziran, beli setakat nak kenyang sudah (-_-)

    alhamdulillah no.1, 5 ngan 6 tak berlaku ke atas diri aku...

    ReplyDelete
  2. Hahahahaha... Sabar cEro sabar... Alhamdulillah, semua tue belum berlaku lagi kat aku...eh kejap harga kuih jer bagi kesan ke aku.. tapi oleh kerana aku dah setkan beli untuk sekadar berbuka jer, aku masih boleh kontrol.. dan rahsia penjimatan aku ialah,


    beli dah dekat dekat nak berbuka... itu pun nasiblah, untung sabut timbul, dapat kuih extra dengan harga yang sama,

    untung batu tenggelam... kuih habis.. koh koh koh

    ReplyDelete
  3. setakat dah seminggu puasa ni sekali je pegi pasar ramadhan

    moga2 tak perlu la pegi lagi. mmg kemain merapu sungguh harganya.

    selamat berpuasa cero !

    ReplyDelete
  4. cero... kau ada instagram ek?

    ReplyDelete
  5. Bulan ramadan kali ini, macam rasa asyik nak tidur. Selalu puasa takde pulak nak nak tidur siang hari, skrg, asal nampak bantal, terus nak lentok.

    dan agreed dgn bro pasal rancangan memasak di TV time bulan puasa. Dlm sehari, sampai 4-5 kali jugak bukak mana2 channel, mesti tertayang rancangan memasak! Stress! HAHA

    Selamat berpuasa Bro Cero! :)

    p/s: Lama tak kunjung blog, sori. Busy lately! :D

    ReplyDelete
  6. salam ramadhan cero

    aku makan kat kedai je..so harga makanan kat kedai sebelum puasa dengan masa puasa sama je..

    kalau kat bazar..ya masyallah

    ReplyDelete
  7. Akhirnyaa... ada kartun byk2. Stkt ni baru skali je gi bazar..

    ReplyDelete
  8. haha betul2,,nafsu betul semua ni

    ReplyDelete
  9. satu lgi..klu time pose..mengantok n letih makin menjadi2..padahal baru pgi lagi..=.="

    ReplyDelete
  10. @plain83
    Betul2..pembaziran ni, gelaja yg seantero org dah sedar dan tahu, tp masih lagi berlaku...

    @Aujinz
    Kdg2, takut2 penjual kasi suih extra pun jadi membazir kepada kita plak nanti...tak termakan...

    @.::WaNiE::.
    Bagus2..
    cuba kekalkan momentum tak pergi bazar tu..baru tak membazir sangat..kan?
    Selamat berpuasa juga...

    @Nekmo
    Nek, aku tiada instagram..Belum ada sebab untuk ada...hehehe

    @Elie Lily
    Hehehe, standard arr bila puasa mood nak tidur tu melonjak2...
    tp kalo boleh kontrol, ok je kan??

    @nazha anua
    orang bujang duduk sorang senang laa makan kat kedai...
    kalo dah berfamili, payah ooo...
    duit terbang..hehehe

    @fISZ
    alaaaa, rindu kartun ke?? hehehe

    @twinkle twinkle
    nafsu memang melonjak tinggi sket ramadhan ni...
    nafsu makan...hehehe

    @Miss Comot
    betul betul betul...
    awal pagi lagi dah bergenang airmata tahan ngantuk...hehehe

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License