Tahu tak apa yang baru berlalu?
Jualan buku pada harga murah yang terkenal tu..alaaa, yang buat dekat dengan rumah aku tu.
Bertentangan dengan kepercayaan sesetengah orang,
memiliki buku yang banyak tak bermakna kita ulat buku.
Aku masih ingat jelas pesan cikgu aku masa sekolah menengah dulu
dan sudah tentu ayat di bawah bukan sebijik seketul dengan apa yang cikgu aku cakap tapi poinnya tetap sama. Gila aku boleh ingat sebiji seketul ayat dia.
"Sebelum beli buku, fikirkan adakah kita akan baca buku tersebut, atau sekadar menjadi perhiasan di rak buku. Jika hanya hiasan, jangan beli. Tak kira sama ada buku itu murah, susah nak dapat, mahupun percuma. Kalau sekadar memiliki tapi tidak dibaca, ianya satu pembaziran. Lebih baik kalau dibiarkan orang lain yang sudah tentu akan membacanya membeli buku tersebut."
Kita tidak tahu betapa ramai orang yang ketandusan ilmu hanya kerana wujudnya orang yang tamak, mahu memiliki segala jenis buku yang ada di pasaran.
Sebagai contoh, Ali mahu belajar mengenai NLP (Neuro-Linguistic Progamming), tapi oleh sebab buku sesuai untuknya sudah dibeli orang lain, maka niat Ali mahu belajar NLP terhalang. Kesian Ali.
Dan adalah digalakkan, sesiapa yang dah habis baca sesebuah buku,
sila berkongsi dengan orang lain yang berminat.
Ilmu untuk dikongsi, bukan dihias di atas almari.
Walaupun kalian akan kata,
"Alaa cEro ni, dia pun tak baca buku, kecoh nak tegur orang lain."
It's OK. I know...
Just anggap ini adalah nasihat dari orang lain, bukan aku.
Bye!
postquam-scriptum:
Segala cerita, nama, pautan (link), gambar, tweethandle, ID pengguna dan design dalam lukisan aku di atas tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati.
Kalau ada, itu hanya kebetulan yang kadang-kadang mungkin aku sengajakan sebab aku nak bagi korang terasa.
sbb tu aku baca komik je wahwahwah
ReplyDeletesebulan aku beli satu buku jer... itu pun kadang kadang liat nak habis... koh koh koh
ReplyDeletetak rajin beli buku sbb mcm tak pandai nak pilih :p
ReplyDeleteSETUJU, xyah la galak nak beli buku kat pesta2 buku, tapi x bace...
ReplyDeletenice reminder~
rase mcm dah lame lak x pegi kedai buku ni..jom :)
Aku beli buku, dalam tiga hari bleh habis. Pastu ketagih nak beli yang lain. Komik je la.
ReplyDeleteaku kena tengok suasana dulu.. sebab suasana kat kedai buku sangat menggalakkan aku untuk baca buku. tapi bila dah beli n balik rumah, suasana tu dah hilang pulak. last2, aku baca tu memang baca.. tapi lambat gilak nak khatam satu2 buku.
ReplyDeletekomik x berapa gemar nak beli.. sebab setiap minggu dah buleh baca online.
aku memang bukan ulat buku. tapi aku suka mengusahakan agar aku ada membaca buku/novel/zine yg sewaktu dengannya lepas aku dah habis belajar ni. kadang, bergaul dengan kawan2 yg ulat buku memberi impak kepada kita juga. ya, x banyak pun, sikit mesti ada.
ReplyDeleteaku pedulik apa kalau orang kata aku mudah terpengaruh dgn kawan2. asalkan pengaruh yg elok, x salah kot,kn? ;)
ko memang, meh jual kt sini weh..
ReplyDeletekalo menarik, aku beli...hihiii
Nasib baik aku pandai habiskan baca buku yang aku beli, tapi kadang² niat nak baca memang ada cuma godaan nak habiskan masa dengan benda lain tu lebih kuat.. hehe
ReplyDeleteKalau terjumpa komik best dekat internet pun aku sambar je ;D
aku stuju dgn pendapat cikgu ko tu cero, aku pun kalo boleh x mo beli buku/magazine yg aku tak brapa minat nak baca...tp apakan daya aku dah ter'subcribe' magazines dari sorang agent ni 2 years ago (3 year subscription via postal service), stakat ni banyak la magazines tu tersusun rapi kat rak dan atas meja ruang tamu utk guests baca...huhuu sumpah lepas ni kalo ade agent mag. mai lagi dok pujuk2 aku suh subscribe, aku tak akan stuju dan akan cari alasan baik punya utk mengelak dari dorang wuhuhuuu...
ReplyDeleteexcellent post, very infοrmative. I ρоnder why the opposite speсialists of this sector
ReplyDeletedon't notice this. You must proceed your writing. I'm confident, yοu have а greаt reаdeгs' base already!
Here is my web blog ... flute notes chart for beginners
aku memang ulat buku dan memang akan ada peruntukan setiap bulan untuk itu. walaupun banyak lagi buku yang tak habis dibaca tapi tak henti2 beli buku, aku tak rasa ralat sebab aku pun tak henti2 membaca.
ReplyDeleteaku beranggapan beli buku ni sama macam beli baju, kalau akhirnya tak pakai atau hanya akan pakai sekali-dua je, elok takpayah beli langsung.
@nazha anua
ReplyDeleteHehehe, aku pon...
@Aujinz
Sebulan sekali tu pon kira byk gak tu, setahun dah jadi 12...
@.::WaNiE::.
Hehehe, pinjam je org punya..
@MS. NO NAME
Jom jom! Ada komik tak??
@Merok
Hahaha, buku ilmiah sikit tak beli??
@Haryz Khairuddin
Komik baca online dgn beli buku lain oo feeling dia..walaupun aku pun slalu baca online, tp beli tetap beli..hehehe
@~* chirpy_chummy *~
ReplyDeleteBetul! Malangnya, org2 sekeliling aku bukannya kaki membaca pon...hehhe
@cik marikh
Hmmm...idea yg bagus...
Akan datang nanti aku try jual murah sket kat blog, kalo2 ada sape2 nak beli...heheheh
@Yousof
Kan? Kadang2 bukan tak mampu habiskan, cuba godaan byk sgt, mcam internet, TV, bola..hehehe
@plain83
Haha, si tukang pujuk tu guna ayat power tu, tu yg tak tahan tu...
Tak boleh unsubscribe ke?
@Anonymous
Yes! Thank you! How are you? Good bye!!
@hanaahmad
Kalo mcam ko, akan baca jugak suatu hari nanti, takpe laa kot...
Kalo yg jenis beli tp tak baca ni yg buatkan ilmu tu tersimpan je..
alamak terasa..hoho.. tp baca jugak.. baik baca buku yg kita suka.. iaitu komikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!! :)
ReplyDelete@4137873451121012677.0
ReplyDeleteDysha,
hehehe komik semestinya...
Sampai bila2 pon mesti takkan jemu dgn komik..