Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Feb 13, 2013

Sebab Kenapa Aku Tidak Suka Doktor.




Tahu tak antara sebab aku tak suka doktor?
Disebabkan soalan bodoh yang selalu diajukan.









Maaf didahulukan kalau ada doktor baca entri ni
(aku rasa tak ada...),
tapi, aku cukup marah dengan kebanyakan doktor yang aku jumpa,
kebanyakan di klinik juga di hospital,
soalan pertama dia adalah
"Sakit apa?"

Dude!
Aku datang klinik sebab aku nak tahu aku sakit apa.
Kalau aku datang klinik dan bagitahu aku sakit apa,
maknanya akulah doktor, ye?

Aku faham,
maksud sebenar doktor-doktor yang kerap tanya soalan tu
ialah dia nak tahu kenapa kita nak jumpa dia.
Jadi, apa kata rephrase sikit, jadi,
"Apa boleh saya bantu?"
atau
"Kenapa ya?"

Pernah dulu sekali aku demam,
aku pergi jumpa doktor, dia tanya sakit apa,
aku jawab demam. Pastu dia pegang dahi aku,
dia tulis-tulis, dia suruh keluar,
15minit nama aku dipanggil kat kaunter,
pastu dia bagi panadol dua papan,
kena bayar RM30 termasuk fee consultation doctor.

Beb!
Panadol dua papan aku pun boleh beli kat 7E dengan harga jauh lagi murah.
Raba dahi dan kata demam, mak aku pun selalu buat.

Aku tak puas hati, aku pergi klinik lain yang lebih 'mesra',
tengok-tengok aku suspek denggi.
Dia suruh aku masuk wad, tapi aku degil.
Aku tidur seharian kat rumah dan minum 100plus beberapa botol besar.
Dua hari kemudian, aku main bola.

Kalau ada doktor baca entri ni,
please, jangan ambil mudah mana-mana pesakit korang.
Tambahan pula doktor-doktor hospital dan klinik kerajaan.
Tahulah tak sabar nak masuk swasta,
tapi jangan laa ambil mudah je.
Kadang-kadang, kesian makcik-makcik tua kena herdik kena tengking.
Pernah depan mata aku jadi. Sakit hati ooo..
Cuba yang kena marah, kena herdik tu mak abah kita.
Sakit tak hati?

Oh!
Bab herdik-herdik tu, termasuk nurse sekali.
Selalu aku nampak nurse marah-marah pesakit.
Baru nurse kot, jangan kerek sangat.




.


29 comments:

  1. ilek bro. maksud doktor2 tu ialah "apa simptom2 awk hadapi sampai dtg klinik ni?" bila di-bahasa-pasarkan jadila macam tu. tapi kalau bab herdik tu memang melampau lah.

    ReplyDelete
  2. mestilah tanya sakit apa...kalau tak tanya manalah tau..penyakit ada beribu-ribu lemon...

    macam kau masuk restoran...orang tahu lah kau nak makan...tapi still orang tanya...nak makan apa?

    rendah iq entry ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jhahahaha kenapa nak samakan masuk klinik/hospital dengan restaurant?

      Doctor tu pakar detect & rawat penyakit dgn bantuan & izin Allah. Doc dapat bezakan orang normal & orang sakit dengan mudah sebab itu apa yang dorang belajar bertahun-tahun. Aku pernah jumpa doc yang banyak pengalaman, aku duduk je, dia tengok muka aku yg pucat tu pun dia dah tahu aku sakit apa, & tanya lagi ada apa2 tak sedap badan yg awak rasa?

      Chef pulak pakar dalam penyediaan makanan. Hmmmm jauh sangat beza tu �� wajib tanya nak makan apa tu sebab kalau tak, benda tak halal pun dia bleh serve atas meja. Tak pernah pula saya jumpa chef / pelayan yg tengok tuan je dah tahu nak makan apa. Melainkan tuan ni regular customer lah

      It is a two different anology

      Tu lah, jangan nak merendahkan iq orang lain ya. Ingat, dunia berputar, Allah maha adil

      Delete
  3. Doktor kena rephrase soalan mereka...contohnya "Sakit kat bahagian mana?" , "Apa simptom simptom sakit awak?"

    so.. tak payahlah kita tolong jawabkan kita sakit apa.. XD

    ReplyDelete
  4. Aku rasa la... Docter ni memang kena rephrase balik ayat2 tu. Mungkin boleh tanya.. "kat mana sakitnye?" kan?

    Tapi bab nurse, doctor yang marah2 tu, serius aku pun menyampah. Dah la orang sakit, dia tengking pulak. Makin sakit jadinya. Kerja berkait dengan servis terhadap manusia ni memang kena sabar yang tinggi. Tapi dah nama pun kerja kau doctor@nurse.. sabar je la. tak gitu?

    ReplyDelete
  5. Kakaka.

    Benda ni memang dah jadi asam garam sejak kecik lagi. Bengang je, kita dah la sakit, kena gerak pi klinik, lepas tu jumpa doktor, boleh pulak dia tanya kita sakit apa kan.

    Tapi,
    Doktor memang kena tanya gitu sebab nak tau simptom-simptom utk tahu sebab sakit yang sebenar. Demam rindu contohnya. Kakaka.
    Ok hambar.

    Bukan nak back up doktor, tapi kalau re-phrase takut sesetengah orang tak faham.

    Cuba bayangkan.
    Situasi : Klinik swasta.
    Doktor : Apa simptom-simptom sakit pak cik?
    Pak Cik tua : Ha? Isteri pak cik Che thom tu sihat, pak cik yang sakit.

    Ok sangat tak kelakar.
    Saya lari sekarang.

    ReplyDelete
  6. Kalau nak layanan yang mesra, pergilah wad kanak-kanak. Serius, nurse cun-cun. "Adik, adik sakit kat mana, meh akak urut..." haha.

    ReplyDelete
  7. Hoho.. aku paham ko bengang tp maksud doc tu nak tau sakit tang mana, bukan penyakit apa yg ko dapat. Juga, doc kna amik tau apa2 health history pesakit yg significant sblm dia administer/suggest apa2 treatment, mcm adakah ko diabetic ke, penah kne TB ke, tgh amik apa2 jenis ubat ke...etc.

    Bab herdik tengking tu, lain kali kalo ko nmpak adegan kurang enak tu berlaku depan mata, ko keluarkan HP dan rakam diam2, pastu upload kat youtube, kasi viral...letak tajuk gempak skit, 'listen listen listen versi klinik'....

    ReplyDelete
  8. Masa aku jaga arwah bapak aku dekat hospital kebetulan ada doktor lelaki india datang check setiap pesakit.. dari jauh aku dah dengar² bunyi soalan dari mulut dia memang kurang mesra. makin lama aku rasa bunyinya makin kurang sopan atau dalam bahasa kasar kurang ajar.

    Bila tiba katil bapak aku dia tanya "pakcik sakit apa?"

    aku jawablah bla bla bla..

    Dah dia tanya, aku jawablah apa yang aku tau kan, lepas tu dia kata "cakaplah awak tak tau je tadi, kan senang..." Dia bebel kat bapak aku pulak sambil perli bapak aku sebab bapak aku susah berhenti merokok.. Ikutkan hati nak je aku tinggikan suara, tapi aku masih boleh sabar sebab aku bukan macam dia, pangkat je doktor tapi mulut kotor.


    "Cuba yang kena marah, kena herdik tu mak abah kita.
    Sakit tak hati?"

    Jawapannya, sangat sakit.

    ReplyDelete
  9. bila doktor tanya camtu, aku pasrah je bagitau sakit aku. asal sama2 paham yang aku tengah sakit n perlukan rawatan, cukup la bagi aku.

    tapi kalau sampai doktor n nurse mengamuk n maki hamun pesakit, memang aku pon naik hangin jugak. rasa nak choke slam je dorang kan? sebabnya dah memang job specification, kau kena deal dengan orang2 sakit. so kena la paham emosi n perangai orang tengah sakit camne kan? (even orang x sakit pon perangai dah pelik2.) cuma kalau dorang bengang sebab pesakit selalu sangat buat perangai, aku xleh salahkan dorang sangat.

    ReplyDelete
  10. Doktor mungkin jugak memerlukan krusus komunikasi . Baru soalan blh bg yg betul .

    ReplyDelete
  11. hahaha3 aku stuju sgt..
    dh la skit..tension sbb skit then ditny lak soalan bangang mcm tue..
    myb tue prosedur die kot..tp..haish~
    nk kt krg cerdik da jdi dr. da kot..
    sbb tue klu skit prefer bli ubt je dri jmp dr.
    dh la tggu lma..alih2 jmp x smp 5 mnit..=.="

    ReplyDelete
  12. dulu tiap kali jumpa doktor mesti maki hamun. cakap kalau aku tahu sakit ape tak payah aku jumpa ko la doktor... cakap dalam hati je.. tp positif balik, doktor nak tau keadaan kita tang mana yg sakit, so dari situ dia boleh analisis kita sakit apa berdasarkan tanda-tanda yg ada pada kita.. eh cero bukan ko doktor ke.. eh yeke.. ntah la..hohohoho ke salah orang

    ReplyDelete
  13. cero sakit apa ni:) keh khe kheh

    ReplyDelete
  14. @plain83
    kalo nak tahu sakit bahagian mana, kan lagi senang tanya "Apa masalah?" daripada "Sakit apa?"
    Dan health history selalunya ditanya bila doktor tu dah tau kita sakit apa, bukan awal2 jumpa terus tanya..
    Lagi mesra dan mudah difahami kalau ayat yang keluar ialah "Apa boleh saya tolong?" kan?

    @Yousof
    Kaaaaaannn????
    Kita faham, doktor bertugas bukan utk satu dua pesakit. Ramai.
    Tapi itu bukan bermaksud dia kena layan semua pesakit dia macam pesakit dia tak ada perasaan.
    Kalau ada 1000 pesakit, kena laa layan 1000 ragam, kan?
    Jangan kata kerja doktor susah, dia dah memilih jalan doktor, dia kena buat sehabis baik, kan?

    @GadisKasutConverse
    Betul. Doktor kena faham pesakit juga ada masalah dan perasaan. Komunikasi berkesan paling kurang dapat membuatkan pesakit selesa. Hehehe

    @Miss Comot
    Aku tak rasa itu prosedur.
    Ya, prosedur kena tanya kenapa kita perlu consultation doktor, tp dgn hanya bertanya "Sakit apa", itu bukan consultation.

    @2857130495677710961.0
    Dysha, betul..
    Tp kebanyakan doktor beranggapan semua org boleh faham hanya dgn keluarkan dua perkataan "Sakit apa?", kan lebih baik ditanya elok2 seperti "Apa boleh saya bantu" ataupun "Sakit di mana"

    Hm, aku doktor? Belum lagi kot...
    Akan, insyaAllah...

    @nazha anua
    Aku tak sakit serius,
    cuma rutin menyebabkan aku kena ulang alik ke hospital dan klinik selalu...Hehehhe

    ReplyDelete
  15. @Paraloya Akhlaken
    Betul2..tp jangan laa guna perkataan 'simptom', sbb aku rasa tak semua org tau maksud simptom, kan?

    @Anonymous
    Hahaha, aku tak tau plak entri kena ada IQ. Ingat makhluk idup je ada IQ.
    Samakan situasi dlm hospital dgn kedai makan?
    Sama ada ko doktor, ataupun ko manusia yg tak pernah masuk klinik or hospital.

    @Aujinz
    Betul2. Asalkan jangan tanya kita sakit apa sudah. Tanya laa apa masalah or apa simptom...

    @yongpropaghandi
    betul. Mungkin para doktor semua nak laju je, jadi solan pon pendek2 belaka.
    Nurse n doktor yg suka tengking2 ni sangat2 menyampah. Macam buat kerja tak ikhlas.

    @Emma Amir
    Hahaha, boleh je kalau tak guna perkataan simptom.
    Tanya elok2, "Makcik, apa boleh saya bantu.."
    "Saya rasa saya demam."
    "Mari saya check...Oh, makcik demam rindu.."
    "Oh, saya rindukan sentuhan doktor..."
    Kriiikkk.. Kriiiikk...

    @Saya Pipit
    Aku pernah pergi melawat wad kanak-kanak. Sama je.
    Doktor n nurse semua nak jerit2 suruh diam.

    @Haryz Khairuddin
    'asal sama2 paham yang aku tengah sakit n perlukan rawatan, cukup la bagi aku.'
    Itu konsep yg kebanyakan org guna.
    Tapi, konsep ni laa juga yg buatkan para doktor beranggapan cara komunikasi diorg tak ada masalah.
    Doktor perlu lebih peka, kan?
    Mereka sedang merawat nyawa, bukan permainan..

    ReplyDelete
  16. hoho..ini sama kes bila org masuk farmasi
    a: cari apa inche?
    b: cari ubat la, xkn masuk farmasi cari pasal pula??
    a: *dalam hati (sabar jela)

    hahahaa...

    nak juga lain kali tu cakap camni
    "cari pasal ke inche?"

    ReplyDelete
  17. biler kuar ayat... pegang dahi.. tulis2.. bayar RM30... sah2, awak g jumpe doct private kan.... penah g klinik kerajaan tak.... bayar RM 1... if klinik pakar bayar RM5... doct tak pegang pesakit???? takde nyer.. paling2 stetescope tu mesti ade letak kat dada pesakit nyer...if yang patah2 tur, lagik details kene buat n tengok.

    ReplyDelete
  18. @80
    Hahaha, sure kalo cerita kat org, dia akan kata "Mungkin pharmacist tu nak tanya ubat apa yg dicari supaya dia boleh carikan.."
    Sebenarnya. org yang pernah rasa je yg tau perasaannya, kan?

    @HyeCorner
    Malangnya, tak pernah pergi klinik kerajaan sbb sokmo penuh dgn org sampai ke petang. Betul, yg kena rm30 tu adalah klinik private, dan juga pusat perubatan hospital universiti.
    Pusat Perubatan Universiti separa kerajaan, jadi still kena bayar walaupon tak banyak.

    Hari tu pergi check mata kat klinik private.
    Kasi dua kali titisan mata, jumlah bayaran RM 130.
    Patutlah diorg kaya. (T_T)

    ReplyDelete
  19. abah aku pun cakap macam kau cero. abah ckp bla doktor tnya sakit apa?diam je,biar doktor check sendiri,hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. @sunan
      haha, itulah persoalannya..
      Kita yg nak tahu, bukan yg nak memberitahu, kan?

      Delete
  20. Sori la aku rasa orang yang buat entry ni rasa diri dia perfect and fikir dia sahaja yang betul... bagi aku xde orang yang perfect... so pikir pikirkanlah ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Khairul Izwan
      Hai Khairul Izwan.
      Aku yang buat entry ni, jadi maaflah kalau entri ni buatkan kau rasa tak senang.
      Mesti sama ada kau seorang doktor ataupun orang2 terdekat kau adalah doktor.
      Entri ini hanyalah pandangan aku dari sudut aku sendiri, tak mencerminkan semua doktor yang wujud di atas dunia.
      Aku sendiri baik dgn banyak doktor, namun selaku manusia yang tidak perfect juga, perkara sebegini memang pernah, sedang dan akan berlaku.
      Walaupun kedengaran remeh, namun tugas doktor bukanlah hanya merawat, namun juga membuatkan pesakit selesa.
      Itu adalah jalan yg semua doktor pilih, jd patutnya tiada rungutan dr pihak doktor.
      Ianya seperti apa yang terkandung di dalam Hippocratic Oath yang dilafazkan oleh para doktor.

      Sekali lagi,
      kalau entri ini menyinggung perasan kau dan orang yang kau kenal, aku minta maaf.
      Namun aku tak akan tarik balik entri ini.
      Sebarang kesulitan, aku sendiri akan tanggung.
      Keberanian kau untuk tampil menegur dengan bahasa sebegitu tanpa berselindung di sebalik nama Anonymous amat aku hormati.

      See? Aku ada masa yg banyak utk taip reply yg super panjang.

      Peace!

      Delete
  21. Cartoon tu lawak...i swear it is!! Hahahahaha....btw i dont like doctors too...but maybe just some of them..."annoying" gila tanya soalan mcm tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Nurul Suaidah
      Tp tak semua mcam ni...
      Ramai lg sebenarnya doktor2 yg baik, yg betul2 berniat utk sembuhkan penyakit pesakit...
      Tp ada juga yg jd doktor hanya sbb mengejar duit.
      Bila dah kerja penat, mula laa jadi moody, malas, ambil tak peduli, kerja sambalewa, mcam2 lagi...
      Kan?

      Delete
    2. Nice entry. Tp sy tak pernah la pulak sakit hati dgn soalan doctor "sakit Apa" tu.sbb bkn die tnye " ape diagnosis awk ye"? Ahaha
      Biasa je soalan tu. Tp ikut org la kn.. Mgkin awk jenis cpt terasa kot smpai terus xsuke doc juz sbb die tnye mcm tu.
      Psl maki hamun tu mmg xpatutla. Kalau sy pn mrh. Dahla kite sakit kene maki plak kn.
      Tp kn penah sy tgk dpn mata sy sndri.. Pesakit tu mrh doctor sbb doc xnk bg die mc sbb die batuk. Kesian gile kt doctor tu. Sy bkn la doctor tp kdg2 kite ni pesakit xperfect mana tp nk dilayan mcm raja.. Sy,kalau jumpe doc sy senyum n ckpbaik2 n doc tu pn akan terangkn baik2 je kt sy.. Semua nye reflect kt dri kite blk rasenye..

      Delete
  22. nak tanya knapa ada doktor/pegawai perubatan pompuan kat klinik presint 9 putrajaya beria2 nak tau pesakit kerja apa? pastu tak puashati bila pesakit jawab keja gomen, pastu bebel kata dia pun keja gomen, nak tau jugak keja kita apa..apa pekdah nya? keja atau jawatan boleh bagi baik sakit ke?

    ReplyDelete
  23. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  24. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License