Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

May 16, 2012

Cikgu Anita dan Epal Washington


Zaman persekolahan adalah zaman yang amat terkesan.
Banyak kenangan yang tidak boleh dilupakan.
Ada manis, ada pahit.
Tapi bila difikirkan kembali,
yang pahit itulah yang paling terkesan dan bertukar menjadi manis.



Semasa darjah lima,
pada hari isnin masuk minggu baru persekolahan,
aku baru potong rambut pada hujung minggu sebelum itu.

Biasalah,
bila potong rambut,
semua orang tegur.
Semua orang perasan.

Alkisah bermula bila
waktu pertama hari itu adalah subjek Bahasa Melayu.
Maka,
masuklah Cikgu Anita, guru BM merangkap guru kelas aku.

Selepas bagi salam,
Cikgu Anita terpandang aku lama.
Kemudian dia tegur..

"Awak potong rambut?"


"Ya Cikgu." Aku jawab.

"Saya hampir tak dapat cam awak.
Rambut awak kelakar.
Macam Epal Washington."



Maka,
bergemalah kelas dipenuhi dengan gelak ketawa kawan-kawan sekelas aku.
Aku mengambil masa yang lama nak hadam kata-kata Cikgu Anita itu.

Ianya mengambil masa hampir 3 bulan untuk kawan-kawan aku melepaskan nama gelaran itu.
Bayangkan, 3 bulan aku digelar 'Epal Washington' hanya kerana seorang cikgu mengatakan demikian.

Hanya dengan dua perkataan, 3 bulan hidup aku terkesan.
Apatah lagi kalau guru yang mengajar aku dari umur 6 tahun hingga aku tamat universiti.
Cuba bayangkan berapa kuatnya pengaruh guru terhadap kita.

Kalian menjadi apa yang kalian jadi sekarang
semuanya disebabkan jasa guru-guru kalian.

Maka, bersyukurlah untuk itu.
Masukanlah kesejahteraan mereka dalam setiap doa kita.


SELAMAT HARI GURU.


Terima kasih Cikgu.

.


9 comments:

  1. koh koh koh.. adakah sekarang rambut hang masih lagi kategori apple washington?..

    aku pernah ada memori cikgu paling cun di sekolah yang suka membelai rambut aku sebab katanya rambut aku berombak dan berkilat..

    bahagia der.. koh koh koh
    nasib baik masa tue aku sekolah rendah..

    ReplyDelete
  2. memang, pengaruh seorang guru sangat kuat. even kt rumah, kalo nk buat apa2 dulu, mesti akan klua ayat ni : "cikgu kata..bla bla bla"

    ReplyDelete
  3. haha. dulu elie penah kena panggil rambut cendawan dgn cikgu sebab rambut macam Abu Bakar Ela, trus kawan-kawan semua ikot panggil cendawan! haha.

    ReplyDelete
  4. mungkin dia nak bergurau..tp die salah etika..aisshh

    ReplyDelete
  5. @Aujinz
    Skang rambut aku dah awesome..hehhe
    Untunglah ko, dpat cikgu hot belai rambut..
    Adakah sbb tu ko baligh awal?? hehehe

    @~* chirpy_chummy *~
    Bak kata Abah aku,
    "Doktor akan hilang gelaran doktornya kalau lesen dia ditarik atau bersara. Tapi Cikgu adalah cikgu sampai bila-bila.."

    @Elie Lily
    Hahaha, mesti comel giler Elie rambut cendawan..heheh

    @lumut
    Aku tak kisah, sbb dia seornag cikgu yg baik dan bagus..hehehe

    ReplyDelete
  6. apa beza epal washington dgn epal yg lain?
    3 bulan bertahan nama tu? pastu dorang gelar ko apa lak? ;p



    bagi aku, kenangan pahit akan kekal pahit sampai bila2..

    ReplyDelete
  7. @Haris Khairuddin
    Aku tak pasti kenapa digelar epal washington drpd epal2 lain, tapi rasanya sbb maca time tu, epal washington macam ada iklan dlm TV kot..
    Lepas nama tu lesap, ada timbul lagi nama lain..tp malulah..hehehe

    ReplyDelete
  8. nama apa?bagitau jelah jngn poyo sngt!!

    ReplyDelete
  9. @ketiOmi
    Diorg panggil aku Robert Downey Jr.
    Amcam? Poyo kan?

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License