Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Apr 30, 2012

Kisah Aku di Tempat Kerja


"Aku nak kau bahagi dua barang-barang tu,
separuh kita simpan, separuh lagi kita jual."

Ayat di atas harus dibaca dengan nada perempuan yang jengkel.
Bos dah mula bagi arahan.

"Barang tu ada berapa?" Bos bertanya.
"36."
"OK. Kau bahagi 13-13."

Aku pelik.

"Tapi..Tadi kata bahagi dua?"
"Yalah. 36 bahagi dua 13 laa.
Takkan tu pun kau tak pandai nak kira?"

Aku bertambah pelik.

"Tapi 36 bahagi dua sama dengan 18."

Suasana sunyi seketika.
Aku tak sanggup nak tatap wajah malu bos aku.
Satu sebab aku tak mahu dia malu dengan aku,
satu sebab lagi aku tak mahu terlepas gelak.

"Ahh, kau buat 13 juga. Aku nak 13."
Bos segera berlalu dari tempat aku.
Aku masih terpinga-pinga macam mana 36 bahagi dua boleh jadi 13.



Semuanya bermula apabila seorang kawan membalas tweet aku.

"Bro, kebanyakan kerja bukan tak best,
cuma orang sekeliling kerja tu yang buatkannya jadi tak best."
- something like that aku tak pasti the exact words.

Ya.
Aku suka kerja aku.
Pergi ke tempat baru.
Bertemu orang baru.
Pengalaman baru.
Itu semua perkara yang aku suka buat.

Tapi apa yang buatkan aku tertekan dengan kerja aku?
Ya.
Bos.

Jujurnya,
aku memang berniat mula kerja ini bukan kerana gaji.
So, bila diinterview bos dan bertanya tentang gaji,
aku tak kisah gaji yang diberikan walaupun jauh lebih rendah dari yang aku jangkakan.
Apa yang aku mahu adalah pengalaman.

Tapi,
disebabkan aku berada di bidang yang lain dari yang aku belajar,
aku dah pesan dekat Bos supaya ajar aku, bimbing aku.
Aku seorang yang cepat belajar, tapi apapun aku tetap perlukan bimbingan seseorang yang boleh memimpin.

"Tak apa. Aku boleh ajar kau.
Kau jangan bimbang."
Itu dia kata....

Tapi sepanjang 4 bulan aku sudah bekerja,
tak ada pengajaran berguna pun untuk aku diajar oleh dia.
Apa yang dia ajar, sama ada SALAH ataupun terlalu basic, budak tadika pun tahu.

Seperti contoh tadi, '36 bahagi dua jawabnya 13'.



Nak dijadikan cerita,
sebelum HARI ITU, aku mendapat kemalangan kecil.
Cahaya matahari terbenam sangat menyilaukan mata aku sampai aku jatuh dari motosikal di bawah kelajuan 100km/j semasa perjalanan pulang dari tempat keja ke rumah.
Kaki aku terseliuh.

Esoknya, HARI ITU, aku mohon cuti sakit dari Bos.
Bos luluskan asalkan, katanya, bawa surat MC nanti.

Aku ke hospital.
Pertama untuk merawat kaki terseliuh.
Kedua, paling utama, mengenalpasti sebab kenapa aku begitu silau sampai terjatuh dari motosikal.

Semasa berurusan dengan doktor,
berkali-kali Bos call.
Tapi sebab aku di hospital,
aku berkeputusan tak mahu jawab,
sebaliknya membalas dengan SMS.

"Saya dalam bilik doktor, menunggu. Kenapa? Urgent?"
Aku SMS.

"Aik? Call tak angkat, SMS boleh pulak?"
Bos balas.

"Saya depan doktor, takkan nak jawab call kot?"


"Aku tak peduli. CALL AKU BALIK SEKARANG!"

Aku dengan pasrah, minta kebenaran doktor untuk buat panggilan di penjuru tingkap bilik doktor.

"Hello, kenapa?"
"KAU NI KENAPA EK? Kau ada janji dengan klien nak jumpa ke?"
"Tak ada. Saya kan cuti. Saya tak ada janji apa-apa dengan klien."
"Klien asyik call aku tak berhenti dari pagi tadi. Kau janji dengan klien lepas tu nak lepas ke aku pulak ke?"
"Tak ada. Saya tak ada janji apa-apapun dengan mana-mana klien."

"KAU NI MEMANG PENIPU KAN?
AKU NI BOS KAU.
KAU TAK BOLEH TIPU AKU.
KAU TAK LAYAK PASSING KAT AKU MANA-MANA KLIEN SEKALIPUN.
AKU JE YANG BOLEH BAGI ARAHAN KAT KAU.
DASAR PENIPU."

Keluarnya kata-kata tu,
maka hancurlah sudah hati aku.

Sepanjang berbulan-bulan aku kerja dengan dia,
tak pernah sekalipun aku menipu.
Sebab, pada aku,
duit gaji aku tu aku nak bagi belanja Mak Abah aku.
Kalau aku tipu, takkan aku nak suap duit haram ke mulut Mak Abah aku?

Aku sentiasa berjaga dengan perlakuan aku.
Sebab aku banyak berurusan dengan duit,
jadi tak ada satu sen pun pernah aku tipu.
Tak ada klien pun yang aku tipu.
Tak pernah aku mungkir janji dengan mana-mana klien yang aku berurusan.
Aku jalani kerja aku dengan 100% kejujuran.

Dan sekarang,
DIA TUDUH AKU PENIPU?

Biarlah aku katakan di sini
tuduhan MENIPU itu hanya sekelumit dari perkara teruk yang berlaku antara aku dan Bos.
Dan aku sampai sudah tak tahu cerita sebenar, mana salah aku.
Cuma hal ini yang jadikan aku nekad berkeputusan ini.

Lalu aku berkeputusan,
walaupun kerja itu aku suka,
pergi ke tempat baru,
bertemu orang baru,
dapat pengalaman baru,
namun dituduh PENIPU sedangkan apa yang aku lakukan
hanyalah bersikap JUJUR dan AKUR,
aku berkeputusan menamatkannya.

Jadi,
AKU BERHENTI.

Dituduh PENIPU, pada aku,
samalah seperti dituduh MANDUL.
Kita boleh memaafkannya,
tapi ianya akan sentiasa terkesan di jiwa.
Ianya takkan pernah sama lagi seperti dulu.
Dan aku takkan lupa HARI ITU.



.


22 comments:

  1. boleh tensen wei kerja dgn bos yang cengitu.
    ehm tape wei cari kerja lain eyh :)

    ReplyDelete
  2. jom folo aku g pulau..
    release sket...
    ada lagi 2 tmpat 0,sempat lagi ni kalo nak join..
    jom2..
    :)

    ReplyDelete
  3. bos tu pompuan ek...
    huhuhu...mulut jahat btl, tak reti beradab btl...

    ReplyDelete
  4. dugaan...
    setuju, kadang-kadang bukan kerja yg tak best tapi org keliling yg selalu buat kita jadi tak best!

    ReplyDelete
  5. hakhakhak, aku ketawa sbb kebodohsombongan ex-boss kau tu. Jap lg wat keje sorg2 jela dgn perangai camtu. relax k, cr keje lain. tempat aku pun tgh ada keje kosong..

    ReplyDelete
  6. Wow..sampai macam tu sekali perangai dia. Kat sini bos ok. Supportive. Cuma staf dari jabatan lain yang sedikit bermasalah. Depan baik, belakang berkarung mengumpat.

    Bila dikemukakan isu ni, politik pejabat katanya.

    ReplyDelete
  7. cero, bos ko mmg gile..dah salah tak nak ngaku..kes aku lain pulak citernya, bos aku jenis lepas tgn,klu ada apa2, dia takkan bertanggungjawap walaupun ko bawah seliaan dia..gileee jgk!!

    ReplyDelete
  8. Setuju dengan Jue Hairul. Tapi rasanya bukan stakat gila tapi bodo kot?

    -kudozu

    ReplyDelete
  9. bos ni tak belajar human resource. confirm! atau dia memang pikir dia hebat. aku benci bos ko.. dari jauh.........

    ReplyDelete
  10. Cero, awak ambil course apa dulu? Manalah tahu kalau saya tahu ada mana-mana kosong ke.

    ReplyDelete
  11. haih..betul tindakan ko tu. memang bos betul, tp kalo sampai smua pun kita salah, mmg melampau la.

    dan ya, aku setuju kata ko.
    "Dituduh PENIPU, pada aku,
    samalah seperti dituduh MANDUL.
    Kita boleh memaafkannya,
    tapi ianya akan sentiasa terkesan di jiwa."

    good luck weh. no hal la..rezeki ada d mana2.

    ReplyDelete
  12. Boss aku Ok.. walopon kengkadang ayat dia kasar tapi aku tahu dia memang leader.

    cuma masalahnya dengan Bigboss...

    ReplyDelete
  13. cero... dugaan apa yang kau terima ni?... ermmm... kesian kau, nasib la kau lelaki... kau tak menangis.. kalau aku, aku mesti dah menangis... erm..

    aku harap cero, nanti bila kau dapat kerja baru.... hidup kau akan bahagia... :) buat baik, Allah balas baik....

    -nekmo-

    ReplyDelete
  14. aku rasa kat mana2 pun ada org macam bos ko ni..sedih..aku pun dah giveup dgn tempat kerja aku walaupun aku suka dgn kerja aku..sedang berusaha cari kerja lain..huhu..

    ReplyDelete
  15. susahnye keje mcm tu.kalau gaji besar pon aku sanggup benti.biarlah gaji kecik asalkan selesa bekerja.

    ReplyDelete
  16. Ada ke bos yg baik dlm dunia ni?

    ReplyDelete
  17. @6495501136613364755.0
    skang ni, susah dah nak cari keje yg kita btol2 minat...kan?

    @MS. NO NAME
    nak! NAK!!

    @itu.aku
    mmg pompuan pon...
    sakit ati ingatkan ape yg dia cakap..

    @Angah
    yup!
    dugaan itulah yg mendewasakan kita, kan?

    @fISZ
    pd mulanya aku mcam boleh tahan dgn dia..
    tp lepas tu, mcam2 dah berlaku, aku takleh tahan dah..

    @fina fento
    selalunya camtu laa..
    akan datang, kalau ko jadi bos, sila jadi bos yg supportive, ok?

    @Jue Hairul
    lebih kurang gak tu..
    lambakkan kat kita dgn byk tanggungjawab, bila takleh deliver, byk bebel plak...

    @8253005963749438854.0
    kudozu, sgt bodoh smpai 36 bahagi 2 jadi 13..hahaha

    @JelinaJoli
    dia amik bisnes, tp aku tak pasti dia dpat jawatan tu sbb kelayakan dia...

    @BatuBulan
    cik Moon Stone, nak tolong ke? msg laa fb aku...

    @~* chirpy_chummy *~
    insyaAllah, aku jadikan ini sbg pengalamn yg berharga...

    @Aujinz
    as long as ko boleh cope dgn peel dia, silalah bertahan...

    @Anonymous
    thanks nekmo,
    sbg lelaki, aku lebih byk lepaskan perasaan kat perkara lain spt pegi jogging, main game n tido..hehehe

    @6243135382043960061.0
    Cik SHA, sama laa..
    aku sayang kerja aku tu, tp apakan daya..takkan 20 tahun nak bertahan dgn bos camtu...

    @storyfromme
    betol..ni dah laa gaji pon cenonet..
    apalah nasib aku ni..

    @Gee Luth
    insyaAllah, kalau takde, aku akan jadi orang pertama jadi bos yg baik suatu hari nanti..Amin~

    ReplyDelete
  18. tahniah ko dah resign.. kalau sampai dituduh penipu tu dah kes bahaya tu.

    bagi aku, bos ko tu naik pangkat bukan sebab kredibiliti dia, tapi lebih kepada suka mengipas orang atasan. (ikut pengalaman kawan2 aku yg dah lama bekerja.. kebanyakan bos dalam kategori ni mmg terserlah ketak-layakkan mereka.)

    ReplyDelete
  19. @Haris Khairuddin
    memang betul pon...
    dia mmg ada pengaruh besar di antara pengarah...
    Yg jadi mangsa, ahli2 picisan macam aku dan kawan2 aku...
    hm....

    ReplyDelete
  20. Sedih aku baca post ko kali ni... Mesti ada hikmah setiap apa yg terjadi... Bersangka baiklah~ :)

    ReplyDelete
  21. bertabahlah cero..bertabah tabah tabah

    ReplyDelete
  22. @cinderella besar sikit je
    perghh!! nama ko..hahaha
    Kalo sedih ko baca post aku, aku yg laluinya lagi laa sedih..
    Sesetgh org mmg tak sesuai jadi ketua/bos..

    @nazha anua
    aku pun harap aku bertambah tabah supaya tak rebah dilanda air bah..

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License