Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Mar 22, 2017

Analogi Bot Penyelamat.




Salam.

Satu hari seorang kawan bertanyakan satu soalan hipotetikal berkenaan sesuatu:

Sebuah kapal penumpang karam di tengah lautan. Para penumpang terkapai-kapai di permukaan air. Ada satu bot penyelamat (lifeboat) dan sudah ada 50 orang di atasnya. Hanya ada satu bot, dan satu bot hanya mampu memuatkan 60 orang sahaja. Namun, masih terdapat 100 orang penumpang lagi yang sedang meronta-ronta terkapai-kapai di permukaan lautan. Bot yang terlampau padat dan melebihi kapasiti sudah tentu akan meningkatkan risiko bot itu untuk karam juga dan seterusnya meningkatkan lagi kadar kematian.

Satu bot, 10 tempat kosong lagi, dan 100 orang mahu diselamatkan.
Apa tindakan paling terbaik untuk situasi begini?




Yang belajar psikologi akan tahu ini adalah soalan cetusan minda daripada ahli falsafah terkenal yang juga merupakan seorang ahli ekologi bernama Garrett Hardin, sebagai analogi kepada tanggungjawab manusia membantu mereka yang memerlukan.

Sudah tentu, aku budak biologi, tidak belajar psikologi,
jadi jawapan aku sudah tentu selamatkan seberapa banyak yang boleh.
Ada 10 ruang lagi boleh diisi, jadi tindakan terbaik adalah selamat 10 orang lagi.

Tapi penyelesaian itu hanya akan mencetuskan isu yang lain pula.

Kalau mahu selamatkan 10 orang lagi,
siapa 10 orang yang terpilih daripada 100 orang tadi?
Bagaimana kriteria memilih 10 orang lain?
Wanita dan anak kecil?
Saudara rapat dan kenalan?
Orang kaya dan ahli politik yang berpengaruh?
Ahli akademik dan cerdik pandai?

Dan apa alasan menolak orang yang tidak layak diselamatkan?
Lelaki dewasa berbadan tegap yang ada peluang tinggi untuk terus hidup?
Penjenayah dengan rekod jenayah panjang dan memudaratkan?
Musuh perniagaan dan pesaing dalam kerjaya atau kehidupan?

Namun soalan yang terbesar ialah
SIAPA YANG LAYAK MENENTUKAN 10 ORANG TERSEBUT?

Dan semua ini perlu difikirkan dalam masa singkat sedangkan semua orang dalam situasi ini, sama ada di atas bot atau yang sedang terkapai-kapai, semuanya sedang panik memegang nasib nyawa diri sendiri.

Dalam keadaan panik, semua orang mahu selamatkan diri sendiri.
Jadi siapa boleh beri jaminan bahawa orang yang ditolak dari naik bot akan menurut kata dengan hati yang tenang tanpa melawan?





Aku pun berfikir lama untuk soalan situasi di atas.
Mari kita selami keadaan bagi tiga individu berlainan keadaan:



1. Golongan yang sedang berada di dalam air.

Sudah tentu orang yang di dalam air mahu dia diselamatkan tidak kira siapa dia.
Sudah tentu dia mahu jadi seorang daripada 10 orang yang harus diselamatkan.
Sama ada dengan kebenaran atau tidak, sudah tentu akan ada jenis orang yang akan bersungguh-sungguh mahu naik ke atas bot.

Jika kita tanyakan soalan 'adakah anda perlu diselamatkan' kepada mereka,
sudah tentu jawapan mereka adalah YA.

10 ke, 100 ke, karam ke, timbul ke, asalkan mereka selamat, mereka sudah tidak peduli itu semua.



2. Golongan yang sudah berada di atas bot.

Walaupun mereka ini boleh tarik nafas lega,
tapi kalau mereka tidak buat sesuatu, lambat laun pasti akan ada orang dari dalam air yang akan berkeras mahu naik ke atas bot juga dan menggunakan kekerasan.

Maka, mahu atau tidak mahu perlu ada seseorang yang ambil tindakan.
Dia perlu buat keputusan sama ada memilih untuk mengambil 10 orang lagi,
atau tidak ambil sesiapa langsung,
atau menolak orang tertentu di atas bot, dan gantikan dengan orang lain dari dalam air.
Orang ini juga perlu bersedia untuk menggunakan kekerasan jika perlu.

Tanggungjawab orang ini amat besar.
Setiap kematian yang ada, walaupun bukan secara langsung dari dia,
dia perlu dipertanggungjawabkan.

Sudah tentu, tiada siapa mahu jadi individu ini.
Maka, majoriti orang atas bot akan bersikap diam dan berharap orang lain yang akan muncul ke depan.



3. Golongan yang tiada di tempat kejadian, iaitu anda.

Sudah pasti penilaian daripada orang lain yang tiada di tempat kejadian adalah berbeza.
Berbeza kerana mereka tidak rugi dari segi apa-apa.

Kebanyakan mereka (kita) akan fikir untuk selamatkan sebanyak yang boleh.
Ada juga yang berfikiran utamakan wanita dan kanak-kanak dahulu (di mana ini adalah prosedur standard kecemasan di seluruh dunia).
Ada juga yang terfikir, kalau dia berada di atas bot, dia akan korbankan diri bertukar tempat dengan orang yang lebih disayangi (seperti keluarga dan kenalan) dan kalau kalian adalah salah seorang yang berfikiran sebegitu, ketahuilah bahawa memikirkannya lebih mudah daripada melaksanakannya.

Golongan ini jugalah yang akan menilai individu yang tidak benarkan orang dari dalam air naik ke bot adalah individu jahat tidak kira apa pun alasannya.




Okey.

Pada tahap ini kalian mesti fikir apa poin sebenar yang cuba aku nak sampaikan, kan?


Sebenarnya, pada aku,
setiap perkara yang berlaku di dunia ini sentiasa akan berkisar pada pendapat tiga golongan tadi, iaitu; (1) Si Pemberi, (2) Si Penerima, dan (3) Si Penonton.

Golongan yang banyak bersuara adalah golongan Penonton tadi.
Contohnya kalau ada berlaku sesuatu perkara viral, seperti video ibu dera anak menjadi tular, sudah tentu yang banyak bersuara adalah golongan yang tiada kaitan sedangkan apa yang kita perlu tahu adalah mungkin ada cerita lain berlaku di sebalik video itu. Mungkin si ibu sedang mengalami tekanan mental, ataupun deraan itu tidaklah sedahsyat yang digembar-gemburkan, sekadar pukulan yang bersifat mengajar, atau mungkin si ibu terikut emosi dan melakukan kesilapan yang sudah tentu juga akan memberi kesan kepada dirinya.

Kesimpulannya,
kita manusia sangat suka menilai sesuatu tanpa usul periksa.
Nasihat aku kalau berlaku sesuatu, tahu dulu pokok pangkal segala cerita,
terutamanya jika kita dari pihak 'Penonton', kaji dahulu apa alasan 'Pemberi' dan 'Penerima' berkelakuan sedemikian.
Banyak contoh boleh aku beri, tapi aku sudah malas menaip hahahaha.



Sebagai penutup,
beritahu aku apa pendapat kalian tentang situasi bos penyelamat di awal entri tadi?
Apa tindak terbaik yang kalian rasa patut dilakukan semua orang?


Ya, aku tahu.
Blog ini sudah semakin bosan.
Tiada komik dan asyik entri teks panjang lebar.
Tapi kalian kena faham dari konteks cEro sebagai 'Pemberi'.
cEro sedang mengalami fasa sukar yang dia sendiri tidak tahu bagaimana mahu menghadapi, jadi berikanlah cEro sedikit masa untuk kembali bersinar dan berpijar seperti dulu kala.

Pendek kata, cEro malas. Hahahaa!

Terima kasih kerana baca sampai habis. Moga bermanfaat. YOU'RE THE BEST!








.


6 comments:

  1. Saya tak pernah tinggal baca post cero. Cuma saya tak tinggalkan komen untuk satu tempoh dah. Kali ni saya nak komen. (Tapi bukan pasal bot penyelamat)

    Semoga cero kembali bersinar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Amna

      Thanks Amna sebab terus membaca dan menyokong :)

      Delete
  2. Hai Cero, semoga anda kuat tempuhi apa kesusahan di dunia reality. or mind just share it here. hehe.Anyway,
    so ada soalan berdasarkan cerita, dan ada pengajaran. so its good.

    first and foremost, my answer would be. think logically.
    you were already on the boat. so the situation would be panic everywhere.
    on the boat and not itself.
    so the best solution is to lie.
    one must take up the leader role and lie. we'll be fine. we are safe. (ofcourse we're not, we are in the middle of nowhere)
    then lie. to that people that you're gonna leave behind.
    'yes, we'll come back for you' -gahh classic titanic.
    then mind just leave or would you rather getting pulled by others in the water.. so thats the irony in a very cruel way of doing it the 'right way' . forget that 10 empty spaces, leave before they pull you down. and thats that.
    :D

    its true, thanks kerana menjadi pemberi , teringat cerita the giver.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >just Yana

      Memang dalam keadaan macam tu, kalau ada seorang je yang boleh fikir logic sudah memadai.
      Tapi lumrah manusia bila dalam keadaan genting, akan fikir untuk selamatkan diri sendiri dulu dan tak pedulikan yang lain.

      Tapi kalau ada yang take lead dan buat apa yang kau cadangkan ni, mesti seumur hidup dia akan rasa bersalah kalau dia selamat. Itu dipanggil 'survivor guilt'

      Delete
  3. Eh, tak boleh ke berpaut kat tepi bot tu je? siapa penat tukar dengan orang yang tak penat... kalau ramai sangat pakai tali ikat keliling bot lepas tu paut... kalau tak ada tali pakai baju, seluar atau kain pun boleh kot... lepas tu paut pada orang pertama, kedua dan seterusnya... bot mungkin akan jadi perlahan tapi tak ada ke yang pandai berenang? boleh tolong tolak dari dalam air... kalau kata terjadi di lautan berombak besar... kurangkan orang dalam bot supaya ringan... semua pun mungkin tak selamat tetapi sekurang-kurangnya bot tu akan timbul kalau terbalik dan boleh paut semula... lagi pun takkan tak ada bantuan yang akan sampai? zaman dah moden mesti boleh tau ada kapal karam... mungkin lambat tapi takkan dalam 24 jam tak ada langsung? rasanya kalau bersatu, ramai boleh bertahan kot...

    oh! and for you bro... just kipidap... think positive... ada je orang yang rajin baca walaupun mungkin silent reader (macam aku)... hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Zulhizam

      Dalam keadaan genting dan cemas dan semua orang berada dalam hype yang tinggi, susah nak berfikir rasional. Tak ada siapa yang nak volnteer turun bergilir-gilir berpaut semata-mata nak ramai selamat. Percayalah. Semua orang akan fikir nak selamatkan diri dulu, tak akan ada siapa yang rela nak turun supaya orang lain boleh ambil tempat dia.

      That's life.

      Thanks Bro. Selalulah komen, jangan laa asyik silent reader je hehehe

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License