Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Dec 16, 2015

Kegigihan Sentiasa Membuahkan Ganjaran.



Salam.
Bagi yang belum tahu,
untuk aku menguasai dunia,
aku perlu menguasai satu-persatu ilmu dan media yang ada.
Jadi, baru-baru ini aku menyertai YouTube sebagai satu cabangan media baru.






Tapi rupanya untuk membuat satu video bukanlah kerja mudah.
Apatah lagi jika kerja berseorangan.
Dulu aku selalu merungut kenapa para YouTubers ambil senggang masa lama sangat antara video mereka.
Mula-mula aku fikir supaya video mereka dapat pendedahan yang lebih lama sebelum keluar video baru.
Tapi bila aku sendiri mencuba, rupanya sebab buat satu video (walaupun hanya berdurasi 2 minit) mengambil masa yang wow sangat lama daripada yang aku jangkakan.

Untuk mencuba sendiri secara first hand,
aku pun buat video sendiri dan upload dalam YouTube sebagai percubaan.
Kalian boleh layan video pertama aku tEka-tEki #22 Kepala dan Kaki [cErolian] di sini.

Dan jangan lupa subscribe.

Rupanya untuk engage dengan audiens baru bukanlah satu perkara yang mudah.
Siapa je yang masuk YouTube dan search video 'teka-teki'?
Dan kalau search teka-teki sekalipun, berapa ramai yang sampai ke video aku tu?
Mostly yang datang video aku adalah pembaca blog ini,
so sangat understandable bila yang dikomen bukanlah jawapan teka-teki,
tapi suara aku yang 'ayu'.



Tapi aku buat channel YouTube bukan untuk main-main.
Aku serius nak kembangkan jenama cErolian di seluruh media.
Tapi aku tahu aku takkan mampu buatnya seorang diri walaupun aku one man person.
Jadi,
ini adalah peluang untuk kalian menyumbang kepada perkembangan channel itu.

Di bawah adalah beberapa soalan yang aku harap sangat kalian dapat jawab di ruangan komen



1) Apa jenis video yang kalian rasa sesuai untuk dijadikan tema?

Bro Ley dari blog Cas Positif ada bagi cadangan video seperti '10 masalah sering dialami blogger pelukis'. Pada aku itu satu idea yang sangat bagus dan sangat aku pertimbangkan.

Secara peribadi, aku mahu channel aku ini jadi channel yang berkongsi ilmu dan bersifat edutainment (berhibur sambil mendapat ilmu). Aku sangat suka konsep video ilmu yang dikongsikan ramai YouTube luar negara seperti Smarter Every Day, Vsauce, SciShow dan The Good Stuff.

Jenis-jenis video mereka adalah ilmu yang mungkin tak diajar di dalam kelas.

Smarter Every Day terutamanya, merupakan channel milik perseorangan. Walaupun dia seorang diri tapi kualiti setiap videonya sangat wow! dan membuatkan kita berminat mencari ilmu. Aku visikan channel aku seperti itu, tapi dalam Bahasa Melayu supaya orang kita pun boleh cari ilmu di dalam YouTube.

Oh, yes!
Aku hanya nak sasarkan viewer Malaysia berbahasa Melayu.
Untuk sasaran lebih besar, mungkin selepas aku dapat handle sasaran ini dulu.

Tapi itu apa yang aku bayangkan.
Aku juga kena ambil kira soal audiens dan minat orang lain supaya video aku tidaklah dikatakan syok sendiri.

So apa pendapat kalian?
Apa tema utama channel cErolian?
Adakah bersifat pendidikan (yang mungkin membosankan)
ataupun seperti video parodi/ lawak semasa/ celoteh depan kamera/ kupasan isu harian/ narrative comics/ berkunjung ke tempat menarik
ataupun semua di atas?




2) Apa julat durasi video yang membuatkan kalian nak layan?

Video teka-teki aku itu adalah video percubaan,
jadi sebab itulah kenapa ianya hanya 2 minit.

Video terlalu pendek mungkin susah untuk disumbatkan isi dengan tepat.
Tetapi video terlalu panjang pula lambat loading dan kemungkinan viewer tak minat nak layan.

So, bagaimana?
Kalian sebagai viewer, rasanya untuk julat durasi berapa lama yang kalian suka layan? 2 minit? 10 minit? Setengah jam? Ataupun kalian tak kisah asalkan isi dan tajuknya menarik?




3) Adakah kalian terbuka dengan sebarang kolaborasi?

Aku sedar suara aku agak tidak sesuai untuk menjadi narration.
Jadi aku terfikir,
apa kata aku buka peluang kepada kalian semua untuk menyumbangkan suara?
(bukan sumbang suara itu, tapi sumbang suara...ahhh! You know it!)

Maksud aku,
aku akan sediakan skrip,
hantar kepada sesiapa sahaja yang sudi untuk berkolaborasi,
dia rekod suara bacaan skrip dia, hantar balik pada aku,
dan aku masukkan dalam video.
Dengan itu,
rasanya tak laa para viewer bosan asyik dengar suara 'TV Pendidikan' aku ni.

Amacam?
Kalau aku buka peluang, ada sesiapa sudi kolaborasi?


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx xxxxxxxxxxxx



Semua pendapat dan pandangan kalian sangat aku hargai.
Aku janji aku akan take note semuanya.
Dan aku memang nak kembangkan channel cErolian ni lebih jauh lagi.

Harap kalian boleh beri pendapat ikhlas masing-masing, terutamanya soalan (1).
Dan kalau ada pendapat lain selain yang aku tanya di atas pun amat-amat aku alukan.
Kita jadikan bahagian komen di bawah sebagai forum terbuka untuk memberi pendapat.

Kalau kalian nak baca lebih lanjut tentang contoh channel yang aku subscribe di YouTube, boleh baca di sini.

Mari sama-sama kita takluk dunia.
Dan aku percaya, setiap kegigihan pasti akan membuahkan ganjaran.






.




44 comments:

  1. hmm *muka serius*

    (1) rasanya tema edutainment kot. pls lah i beg you jgn buat video parodi atau dubmash atau yg sama waktu denganya tu. atau why not mix education dgn komik. celoteh depan kamera? hahahaha you want to wear a mask or something? wahahaahH!

    (2) sebagai soerg pengguna internet yang bergantung kepada kuota, mestilah nak durasi yang pendek. tp pendek sgt tak puas pulak. hmm. yang sedang2 saja, maybe 5 minit? tp selalunya peminat youtube mst subscribe kpd unlimited internet. ok, dont mind me.

    (3) kolab? mcm menarik, tp mcm susah nk post audio, itu belum masuk cemana nk rakam suara tanpa ada bunyi2 lain spt cengkerik (rakam bawah selimut?) hahahaha. suara saya boleh berubah2 dan rasanya tak mcm tv pendidikan kot, wahahaha!

    its a kick-start.
    dont ever give up!
    *tgh nk kembangkan jenama zyraroxx jugak tp pemalas*

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Zyra Roxx

      hmm **baca dengan muka serius**

      (1) Kalau dibuatnya ramai nak suruh buat video parodi pon rasanya sy takkan buat kot. Hahahaha. Tak pernah terfikir nak memparodikan apa-apa...Celoteh depan kamera boleh dibuat kalau pakai topeng, kan? Baru rare sikit. Hehehe

      (2) Hmmm..betul jugak tu. Kena fikirkan kuota orang jugak, kan? Taknak nanti dah susah-susah buat sampai 30 minit tapi takde siapa tengok sebab tak cukup kuota. Hahaha

      (3) Setakat background noise biasa-biasa okey lagi, tapi jangan laa sampai nak record suara tepi jalan tengah tunggu bas. Hahahah. Tapi TV PEndidikan hokey ape...hahaha

      Give-up? Never. Tapi mungkin slow berkembang sbb machine tak power. Hehe.

      Thanks Z. Really appreciate semua komen :)

      Delete
  2. Aku suka pilih video youtube yang pendek-pendek. Nak jimat kuota. Tapi kalau isi video dia menarik, takde hal punya kalau pepanjang.

    Suara aku pun tak sesuai jadi narrator. Hahahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Aujinz

      Pendek dan menarik. Noted.

      Tapi Ojin, belum cuba belum tahu. Mana tahu suara kau tu sangat macho mampu membuatkan sesiapa sahaja yang mendengar jatuh cinta ke...Kan? Kan?

      Delete
    2. Gahahahaha... takde takde. Memang x sesuai...

      Delete
    3. >Aujinz

      Alaa, malu-malu pulak abang ni...hehehe

      Delete
    4. ok, tadi aku cuma baca separuh jer, tak sempat nak baca habis, sebab bizi... kih kih kih

      1. Tema

      Aku suka video bertemakan lukisan atau apa apa tutorial. sebab tu banyak video utiup yang aku subscribe jenis yang macam tu

      2. Durasi yang terbaik ialah 3 hingga 7 minit. Panjang panjang walaupun video tutorial lukisan, aku tetap akan klik pangkah kalau membosankan.. kah

      3. Kalau nak kolaborasi suara, macam yang aku kabo kat atas, memang aku fail.. kah kah kah...

      Delete
    5. >Aujinz

      1. Alaaa, aku tak rasa aku power melukis sampai layak nak buat tutorial. Tengok orang melukis, powerlah...hahaha

      2. Kaaannn. Kalau content engaging, maybe panjang pon takpe asalkan tak bosan :)

      3. Eleh, malu-malu pulak Abam ni...hehehe

      Delete
  3. Star
    1. Buat komik naratif mcm teka teki tu ok.
    Aku cadangkan kau videokan pulak entri psl cara selamatkan awek tu. Ala, aku tak ingat tajuk dia tapi tips yg paling aku ingat adalah buat2 perempuan tu hantu. "Awak pun boleh nampak dia?"
    Kira buat video tips2 gitu pun best.
    2. Length of video bergantung pd content, preferably below 10 minutes utk elak jemu hehe.
    3. Kolaborasi is ok as long as relevan dan bukan hanya syok sendiri sesama circle.
    Camne aku nk cakap ek, mcm korang sama2 geng so ada inside joke sendiri etc. So sbg outsider kalau we don't care for you, mmg turn offla. Unless gradually introducing the characters.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Star

      1. Haha. Ingat kau yek. Itu dari siri ENAM aku. Memang dulu aku terniat nak bawak siri ENAM tu ke bentuk video, tapi terlupa. Bila kau ingatkan balik, hmmm...it's a great idea. Thanks. Hehe

      2. Below 10. Okey. Aku pon tak rasa aku mampu buat videoo panjang-panjang. Hahahaha

      3. Betul. Betul. Lagipun aku yang buat skrip sendiri dan orang yang kolab tu hanya baca guna suara dia, so maybe akan jadi skema macam aku jugak. Hahahaha

      Thanks for the ideas. Sangat membantu :)

      Delete
  4. alamak asyik lupa je nak ushar video kau kt youtube hehe.

    1. kalau tema aku suka bab bg kesedaran tapi dalam cara paling funny dan menusuk kalbu. tak kira la kesedaran jenis apa pun.

    2. durasi; tak lebih 5 minit. haha

    3. kolaborasi suara je ke? kalau suara je terbayang cerita filipina cakap melayu haha. tapi kalau kolaborasi dengan vlogger yang lain, it's a good start

    sekian

    ReplyDelete
    Replies
    1. >NADIA

      Layan cepat. Hahahaha.

      1. Woah. Maksud kau macam tarbiah sentap camtu ke? Wow. Aku tak terfikir langsung ada orang yang suka sentap-sentap ni. Hehehe

      2. Tak lebih 5 minit. Ok. Kalau lebih kau takkan layan ek?

      3. Setakat ni aku fikir nak kolab suara je. Maybe next time boleh ada cameo or original content dari orang lain. Tapi nak kolab dgn vlogger lain, rasanya nak ke diorang tu? Hahahahaha

      Thanks Nadia utk idea-idea kau :)

      Delete
  5. 1- tema tak kisah
    2- video 2 tu kira dah ok la hehe
    3- bagus juga idea tu, nak tgk jugak video kolaborasi2 nanti


    ReplyDelete
    Replies
    1. >budoxe lee

      1- Okey tak kisah. Tapi tak nak laa parodi. Hehehe
      2- Kiranya pendek dan menarik laa, kan?
      3- Nak join kolab ke? Nanti aku masukkan dlm senarai nama kolaborasi yang berpotensi :)

      Delete
  6. 1) Tema: Pasal cmana nak melukis.. alatan apa guna.. sapakah inspirasi anda.. gitu la.. basically.. just do something what u love.. x semestinya ikut tema apa.. sekali skala random things pon ok apa.. xdalah boring sangat

    2) 2 minit - 4 minit sahaja.. kalau lama aku x layan, sama ada kuota internet abes ataupon jap lg tiba2 kena sergah dgn boss dr belakang. naya hahahaha

    3) suara x komersial. haha

    good luck!

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Raz

      1) Cara melukis dan alatannya ya. Ok, noted. Tapi biar aku warning awal-awal, cara aku melukis sangat basic dan tak ada alatan khas langsung. Hehehe.
      Random things pun macam best jugak.

      2) Hahaha...jangan laa layan masa dlm ofis. bahaya tau. Haha

      3) Alaaa, kamon! Siapa yang nilai komersial ke tidak, asalkan ada kemahuan pasti ada jalan. Hehehehe

      Thank you :)

      Delete
  7. aku tak layan sangat video youtube ni sebenarnya, sebab aku jenis manusia malas. hahaha, tapi aku boleh komen.

    1)tema tu bagi aku, untuk permulaan ni kasik yang fixed sikitlah, untuk mendapatkan fanbase kan, so, kalau kau asyik tukar tema, nanti fan pening, mcm moody pun ada kalau asyik kejap lain kejap lain. Nanti lama kelamaan, kau boleh kembangkan slowly. maybe boleh cakap pasal benda yang kau familiar dulu, melukis, fakta hari ini yang kau selalu buat kat twitter tu pun okay kot. best

    2)duration, aku rasa tak perlu lama sangat kot. macam kau kata lah, 2 minit pun pancit kan. lagipun, untuk engage concentration penonton, susah kot. aku kalau present, paling lama boleh hold orang lain punya attention is 10 mins. so, pada pandangan aku, lagi pendek video tu, lagi padat isi dia lagi best, dan lagi ramai orang akan suggest, sebab mostly kawan aku kalau nak paksa aku tgk video youtube atau video apa pun, diorang akan ckap, "kejap je video ni, tengok ah tengok" haa, cenggitu.

    3)dulu, aku pernah pegi audition pelakon suara. mana laa tau nak pakai khidmat aku. sikit je lagi aku ni nak jadi pelakon suara cerita puteri limau bagai tu tau hahahhahaha

    semoga channel kau success hendaknya, amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. >mashy_entah

      Hahaha. Aku pun bukannya rajin sangat layan. Aku layan bila channel yg aku subscribe tu upload video baru je. Kalau nak stroll dlm YouTube rasanya tak sangat...kot.

      1) Hmmm..bagus planning kau ni. Kena slow-slow perkenalkan channel then baru try kalau nak ubah theme ke...ok, noted.
      Hmmm...ada jugak orang layan aku punya tweet #FaktaHariIni tu ye..ingatkan aku syok sendiri je...hahahah

      2) Ok. Not more than 10 min, preferably 2 min. Hahaha. Bab paksa tengok tu aku tak terfikir plak. Ye laa kan, takkan nak paksa orang tengok video sampai 30 minit. Memang tak laa...Hahaha

      3) Huyooooo...audition pelakon suara. Kalau dengan aku tak payah audition, kalau nak nanti aku bagi skrip kau baca. Boleh dengar suara puteri kau tu. Hahahaha

      Amin. Thanks Mashy :)

      Delete
    2. Hahahaha tak berapa nak puteri lah suara aku, lebih kepada mak tiri, kancil dan buaya

      Delete
    3. Hahahaha tak berapa nak puteri lah suara aku, lebih kepada mak tiri, kancil dan buaya

      Delete
    4. >mashy_entah

      hahaha...sebut pasal kancil dan buaya, aku ada video kisah kancil & buaya. Tetiba terasa nak try buat dubbing video tu. Hahahaha

      Delete
  8. - Mona rasa durasi yang sesuai adalah and 2-3:15 minit (15 saat tu penting lol)
    - Kandungannya.. Hmm.. edutainment pun menarik. Sebab sekarang ramai sangat yang buat parodi so dah macam sedikit hambar. Kalau Mona, Mona suka tengok video yang random gila macam the old College Humor
    - Collaboration. Hahaha.. Menarik ni. The first person that comes to my mind is Plain. Sebab suara dia syok dan empuk didengar.

    Akhir kata, Mona doakan yang terbaik untuk channel abiang. (Sorry tak dapat nak tapau pisang cheese. Dah sold out)

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Dea Day

      Hi Mona :)

      - 2-3:15. Hahaha. Nak sangat abiang tahu kenapa ada 15 saat tu yang sangat spesifik. Duration tu macam lebih kurang tipikal lagu je, kan? Hehe

      - Haah. Peminat College Humor ke? Abiang pun layan gak CH. Tapi produksi diorang macam wow gahnya, so rasanya maybe konsep random tu boleh diambil tapi takleh laa segah CH. Hehehe

      - Kaaaaannn. Abiang pun terbayangkan Plain sbb suara dia sangat fuyooo. Kalau Mona, nak kolab tak?

      Thanks Mona untuk semua idea. Next time simpan laa sikit goreng pisang cheese utk abiang. Hehehe

      Delete
    2. hahahaha mak oiiih mona, patut la aku dok tersedak-sedak time minum neskepe tadi, ada orang dok sebut2 nickname aku, hahah X3

      p/s: weyh, ada apa dgn karektor mona yg berdialek utara tahap gediks dan pisang cheese ini? i think i'm missing something funny, share sikit... lulz ;3

      Delete
    3. >hai abiang Jin..
      >> Mona collab goreng pisang je lol.
      >>>Inside joke.. cer tengok video Cero untuk pencerahan. LOLOL

      Delete
  9. wah.... dah upgrade. Maju lagi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Aqu Lalangit

      Terima kasih. Ada sebarang cadangan?

      Delete
  10. pewwit~ ;3

    1. Buat anime (pergh tinggi benar permintaan aku ini), atau stop motion animation guna figurines lego yg kau ada. Tema, edutainment. Hahaha...

    2. Buat video pendek2 cukup, between 2 - 3 mins.

    3. Kalau kau buat animation pendek macam yg aku suggest tu, aku nak jadi seiyuu utk watak yg paling ohsem dalam anime pendek kau tu. Kau pun kena jadi seiyuu jugak, n ajak geng2 lain join skali jadi seiyuu. Wahkaka! XP

    ReplyDelete
    Replies
    1. >plain83

      1. Wow! Anime macam power benor aku ni...hahahah
      stop motion boleh diconsider walaupun aku mcam yakin 100% bakal amik masa super-lama untuk siapkan video pendek je pon. Hahaha

      2. 2-3 mins. Noted!

      3. Ada big KALAU kat situ. Hahahahhaa

      Thanks P. Aku rasa cadangan stop motion tu mcam best. Hehehe

      Delete
  11. Kena cari masa lain untuk jawab soalan yang serious macam ni. For me, most of the times, I go to YouTube just to watch new MVs or listen to new songs je. haha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Farah

      Hahaha. Most org memang camtu. Aku pun. Satu hari tu habiskan seharian melayan MVs, sampai ke artis yg tak dikenali pun layan jugak...hahahha

      Delete
  12. selalunya pergi youtube carik lagu dan mv dan tengok channel yg lawak2. boleh je kalau buat channel untuk tips2 menjadi seorang blogger komik berjaya. atau tutorial cara melukis. cewahh~

    memang susah edit video nie, walaupun masa video tu 2 minit atau lebih, masa buatnya boleh makan sampai berhari hari T^T
    #pernah buat video dalam bentuk iklan utk projek marketing dulu2. XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. >BudakVanilla

      Tips menjadi seorang blogger komik berjaya? Berjaya ke?
      hehehe

      Tu laa pasal. Tambah-tambah bila guna komputer lama, tu yg tekanan jadi bertambah berlipat ganda tu. Hahahah

      Thanks BV utk cadangan :)

      Delete
  13. aku setuju dgn plain..aku rasa ko boleh guna kartun untuk animasi tak bergerak..kalau lagi ohsem guna lego..amik gambo sikit2 cantum2kan jadik macam dia gerak2..

    tak payah lama..2 - 3 minit je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >nazrul ali

      Aku pun rasa idea plain tu bernas.
      Sekarang semuanya bergantung kepada aku je laa sama ada rajin ke tidak...hahahahaha

      2-3 minit terbaik :)

      Delete
  14. 1. Aku rasa awal2 ni better buat video tentang something yg kau familiar dulu. Pasal stuff2 melukis semua. Tak pun something yg selalu berlaku dlm kehidupan seharian la... Biasanya tajuk yg ada 10 tips...., 5 sebab....., 7 ciri..... ni lagi menarik minat org ramai. So, kalau nk fokus kt video2 yg camni pun ok..

    Dah ramai org tahu channel/dh byk video kau nanti, baru buat video yg content berat2 sikit mcm edutainment tu. Sbb edutainment mcm teka-teki tu ramai org agak malas nk fikir dan jawab masa tgk video. Org nk jawapan je terus. Kalau teka-teki tu sesuai lg dlm penulisan(kat dlm blog) la.. Org tgk video ni byk nk happy2. So, nak tarik audience kena bg diorg happy dulu dgn video2 kau. Lepas ramai dh suka, kau nk buat tema apa pun lepas ni org tetap akan rasa nk tgk video kau.

    2. Durasi 2-5 minit. Nak buat pun susah kan? Better buat pendek2 tp bykkan video kau publish. Aku pun jenis yg fikir pasal quota. 2-5 minit semangat la jugak nk tgk. Kalau panjang sgt videonya, kena la aku tgu pkl 2pg - 10pg utk tgk video kau sbb umobile bg free 500mb setiap hari utk tgk youtube waktu camtu. Huhu...

    3. Suara aku x sedap. X boleh nak tolong. Nanti spoil kau punya video.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Bro Ley

      1. Hahaha...aku ingat aku je yg selalu terjerat dgn tajuk 10 tips, 5 sebab, 7 ciri tu...hahaha

      Bernas jugak strategi kau tu. Maybe aku akan apply nanti. Yang penting tarik dulu viewer pada peringkat awal ni...Thanks.

      2. Aku rasa pd aku, ianya jadi susah sbb machine aku purba. Nanti laa aku menabung sikit sikit utk upgrade machine. Hehehe. tapi 2-5 min tu still mampu kot. Hehhe

      3. Alaaa...belum cuba belum tahu ooo....

      Delete
  15. Salam... Wah lame gile aku tak komen... btw dah renew lesen blom?

    1. Aku rase tema tak kesah kot... Asal santai macam dalam blog, best je pada aku.

    2. Durasi dalam 3-5 minit cukup. Macam VC lagu.

    3. Aku tak rase macam nak sumbang suare. Better orang yang biase berucap @ pegang mic. Kalo tak suare tu ke laut peginye...(Tapi suare kau ok je..:D)

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Zulhizam

      Woi oi mana tau kena renew lesen ni? Stalk ek?

      1. Aku pon minat santai lagi...hehehe

      2. 3-5 min. Ok, noted!

      3. Ala, belum cuba belum tahu. Mana tahu nanti dapat rezeki sbb guna suara kau...hehehe

      Thanks for the feedback. Jom teman aku renew lesen jom. hahahaha

      Delete
  16. Watched it. ^_^

    1. Aku rasa kalau ko nak buat team ala-ala ilmiah just go for it. Tapi dengan cara ko tersendirilah. But personally jangan buat ilmiah sangat sampai berat aku pun tak mampu nak ikut nanti. Contoh macam Vsauce tu. Rumitnya. =( Aku suka style CGP Grey.

    2. Durasi <10 minit ok. Tapi kalau aku jenis dah minat lagi panjang lagi bagus. 20 minit pun takpe. Hell yeah podcast sejam pun aku sanggup dengar. Tapi permulaan ni pendek dulu kut?

    3. Suara ko ok. Honest. Ko sorang pun okboleh handle. Collaboration takes time. Kalau nak maju dekat dunia youtube ni kena konsisten upload. Hahaha. Unless if you really want to do it. Just do it!

    ReplyDelete
    Replies
    1. >WZulhilmi

      1. Haha. Kau layan VSauce jugak ke? Pada aku Vsauce tu dia buat research terlampau terperinci dan padat, but yet sangat engaging. Siapa tak suka akan lupakan tapi siapa yg suka akan setia lama. Hehehe. CGP sangat simple dan cool but yet informative. Dua2 aku suka..hehehe

      2. AKu tau kau layan podcast, tapi aku tak rasa aku nak buat style podcast unless aku betul2 ada equipment yg power. Setakat ni kita try video pendek dulu. Hehehe

      3. Keyword konsisten tu yg susah tu sbb byk sangat halangan...Tambah2 aku ni jenis yg kalau payah aku biarkan je. Tapi sbb aku dah start, rasanya no other way kecuali ke depan, kan?

      Thanks for the pandangan. Nantikan video aku seterusnya, ewahhh!

      Delete
  17. Salam,
    1. Aku rasa elok buat duraksi video jadi 4 atau 3 minit je, tau taulah sebab kuota...

    2. Tema pendidikan santai memang bagus! Sebab ilmu itu penting.. Lebih lebih lagi kau jugak seorang yang berpengetahuan luas..

    3. Kolaborasi??? Yang tu memang pelik sikit sebab suara aku macam robot, dan aku memang rasa kelakar kalau aku guna suara aku untuk baca skrip... Tapi apa salahnya kalau mencubakan???
    It's all, Goodluck!

    ReplyDelete
    Replies
    1. >kyren

      1. Aku pon rasa camtu. Orang zaman laa ni banyak fikir kuota. Hehe

      2. Berpengetahuan luas tu macam over sangat utk aku. Aku tau sikit-sikit ja.

      3. Bagus, bagus. Nanti ada material aku panggil kau untuk suara. Hahahaha

      Thanks Khai :)

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: