Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Jul 17, 2015

Salam Syawal 1436H





Salam.

Di kesempatan ini,
saya cEro, ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidilfitri.
Seperti klise post blog sempena hari raya,
saya juga mahu memohon maaf andai ada salah silap sama ada dalam percakapan, penulisan dan lukisan.

Jika ada yang mahu menuntut janji dan hutang dari saya,
janganlah segan berhubung dengan saya melalui apa juga cara yang ada.
Juga jika ada yang pernah buat salah dengan saya,
anggap sahaja saya sudah memaafkan sempena Syawal yang mulia ini.

Juga seperti klise post blog saya sempena hari raya,
jika ada antara kalian yang baca entri ini pada hari raya pertama, kedua dan ketiga,
saya menyeru selepas habis baca entri ini agar tutuplah segala browser, laptop, komputer, gadget dan telefon pintar anda dan pergilah berinteraksi dengan mereka-mereka di sekeliling.

Sudah tentu semasa raya,
mereka yang berada di sekeliling kita adalah orang-orang yang kita sayang,
sementara mereka masih ada di sekeliling kita
ambillah kesempatan untuk bersama-sama dengan mereka.

Sekali lagi,
seperti klise post blog sempena hari raya,
saya menyusun sepuluh jari memohon ampun maaf.
Maafkan saya seluruh zahir dan sepenuh batin.

Yang mahu pelawa saya ke open house,
jangan segan silu, pelawa saja.
Tapi datang atau tidak itu cerita kemudian...hehehe

Special thanks to Cik Zyra sebab saya tiru dia punya lukisan untuk entri kali ni.
Tajuk pun saya tiru sekali. Hehehe.
Go check her out here.


Semoga kita berjumpa di post seterusnya. InsyaAllah.
Alang-alang dah sampai sini silalah ke entri hari rabu lepas bertajuk Baju Baru.
Hehehe.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.
#TeamBajuRayaBiru




.




22 comments:

  1. Selamat Hari raya Aidilfitri cEro.. maaf zahir dan batin.. makan ketupat rendang jangan lupakan aku di sini. Lepas rasa, kita kena kerja keras sikit ya.. aku dah nak ligan korang.. kakakaka

    - Dari pemuda yang kena kerja di Hari raya, Aujinz

    wkwkwkwkw ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Aujinz
      Selamat hari raya Aujinz. Maaf zahir batin jugak.
      Kesian dia kerja waktu raya...hehehe
      Silalah ligan kami yg suka bertangguh ni, baru laa ada motivasi sikit...heheheh

      Delete
  2. Replies
    1. @Miss FIreflies
      Selamat hari raya Kon :)

      Delete
  3. cEro smoooth di Aidilfitri hehehe~ X3

    Aku komen ni dah malam, orang smua dah balik ke sarang masing2, so takpa lah kan nak belek2 blog jap... huehueh

    Selamat Hari Raya cEro, maaf zahir & batin, 0 - 0 lah hendaknya noo...

    ReplyDelete
    Replies
    1. @plain83
      Hehehe...Raya pun kena laa smooth, plain. Hehe
      Aku malam tak sempat nak meronda internet, perut kenyang terus tidoq macam ulor...hahahha

      Selamat hari raya Plain. Yup. 0-0. Seri. Dapat satu mata
      #hambar

      Delete
    2. Hahahah... ha'ah ek, 0-0 tu mcm icon sepasang mata jadinya, icon dgn reaksi "wth?" gitu... hah

      Delete
    3. @plain83
      Haah laa..0-0
      Kalau taip 0-0 je tak nampak kosong-kosongnya.
      Tapi kalau taip kosong-kosong plak macam panjang sangat...

      #FirstWorldProblem

      Delete
  4. Salam Aidilfitri! Aku baca ni pada pukul 1:13am. So, takpelah kan? Keh keh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @~* chirpy_chummy *~
      Salam Aidilfitri, Mar.
      Kau buat apa 113 pagi tak tidoq lagi ni?? Hahahaha

      Delete
  5. Selamat hari raya, cEro! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Farah
      Selamat hari raya di perantauan, Farah.
      Selamat bersejuk-sejukan...hehehe

      Delete
  6. aikkk.. hahahaha tekezut eden tengok post ni, ingatkan zeraroks dh jd transgender, wahahaha! Ah tak aci lah awak punya lagi cantik :/

    selamat hari raya maaf zahir dan batin cEro, koshong-koshong ye (^_^)v

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Zyra Roxx
      Hehehe...Sekali sekala tiru post awak pun apa salahnya, kan?
      Lagi cantik? Mana ada...tak nampak ke garisan tak lurus tu?? hahaha

      Selamat hari raya maaf zahir batin, Z. Ye, kita kosong-kosong. Nak satu sama pun boleh...hehehe

      Delete
  7. aku baca entry ni dah Syawal ke sepuluh dah. sebulan lebih aku tak hadap blog. kemain lip lap lagi sama mcm zyra punya jugak. kemain smooth hahaha.

    selamat hari raya eidulfitri cero. maaf segala salah silap ye.
    #TeamBajuRayaBiru

    ReplyDelete
    Replies
    1. @anamizu
      Hahaha...Lama sangat kau bercuti dr blog, Ana.
      Lampu lip lap khas curi Zyra punya...hehehe

      Selamat hari raya Aidilfitri Ana.
      maaf zahir batin juga.
      #TeamBajuRayaBiru

      Delete
    2. "kerna terpaksa aku bercuti" sobss sobsss. ada sebab dia cEro. hehe

      Delete
    3. @anamizu
      Takpe. Takpe.
      Asalkan sekarang dah kembali, itu dah cukup.
      meriah sikit dunia blog kalau ada ramai blogger, kan?

      Delete
  8. salam aidilfitri maaf zahir batin ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. @tiga lalat
      Salam Aidilfitri Lalat.
      Maaf zahir batin juga :)

      Delete
  9. Selamat hari raya cero. Maaf zahir dan batin. Maaf kalau ada terbuat salah terkasar bahasa selama berkenalan di blog ni....hehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Bro Ley
      Selamat hari raya Bro Ley.
      Maaf zahir batin juga.
      Aku pun sama. Yang mana ada silap salah tersalah cakap selama ni harap boleh diampunkan seluruhnya :)

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: