Salam.
Dah tahu dekat-dekat nak raya ni trafik blog agak lengang,
yang pergi publish entri dengan 4 komik dah kenapa?
Apakan daya, idea datang mencurah pada masa yang tak sesuai.
Kadang-kadang aku rasa aku ni agak kurang bijak...
The thing is
aku tahu manusia sebaya aku banyak yang tak kisah dah tentang baju raya.
Sesetengahnya tak peduli ada baju baru atau sekadar pakai baju tahun lepas.
Keterujaan berbaju baru tak sehebat semasa zaman kanak-kanak dulu.
Tapi bukan aku.
Pada aku,
antara yang paling tertunggu menjelang raya ialah membeli baju baru.
Sebab aku bukan jenis yang selalu beli baju.
Setahun tak raya, rasanya tak ada langsung aku beli baju baru.
Jadi bila menjelang raya,
aku rasa ada keperluan untuk aku update wardrobe aku.
Maka pergilah memburu baju-baju baru yang aku berkenan.
Kebanyakannya aku ambil yang jenis evergreen, malar hijau
tak tertelan dek perubahan fesyen bak kata orang.
Kemeja, kemeja-T, kemeja-T berkolar.
Kalau rasa perlu, aku tambah seluar dan kasut.
Tapi oleh sebab aku jarang beli baju,
aku tak berapa pandai bab memilih baju dan saiz.
Aku juga tak tahu prosedur nak masuk fitting room.
So untuk selamat, aku decide aku tak perlu ke fitting room untuk mencuba baju baru.
Akibatnya,
beberapa baju yang aku beli ada yang terlalu besar untuk badan aku
dan ada yang aku terbeli saiz kecil sendat sado.
Seperti yang aku cakap awal-awal tadi...
Kadang-kadang aku rasa aku ni agak kurang bijak...
Maybe dah tiba masa aku fikirkan jodoh sebagai penasihat fesyen aku kot.
#EH
Kalian pula?
Ada beli baju baru tak raya tahun ni?
Ke pakai tahun lepas punya je?
Just nak inform yang baju melayu raya aku warna BIRU.
#TeamBajuRayaBiru
.
sep sikit, aku pun beli baju setahun sekali. Sebab tu dah tua pun teruja nak raya ><
ReplyDelete@NADIA vs BERON
Delete**sep**
Betul. Betul.
Sebab beli setahun sekali je, sebab tu bila datang raya dia punya excited nak beli baju raya lain sikit...hehehe
HAHAHA. Kes nombor 1 tu selalu terjadi dekat aku. So untuk mengatasi hal tu, aku kalau nak cari baju, aku akan survey satu mall. Kedai per kedai. Nak cari kot ada yang jual lagi murah. Bila dapat murah, baru puas hati. Kalau tak tensionnn ui bila nampak baju yang sama dijual dengan harga lagi murah. I guess, sebab tu la pompuan suka tawaf satu mall kot kalau beli baju. Nak cari lagi murah, nak cari lagi cantik.
ReplyDeleteKes nombor 2 dan 3 tu rasanya tak pernah jadi kat aku kot (maybe?). Awat tak pi fitting dulu cEro? Gahh sonang je, masuk fitting room tu try lah belek2 diri depan cermin. Unless kau beli baju yang memang tak leh try. Tapi selalunya mak mak akan ukur baju letak and ukur tang bahu ke bahu la, kalau baju tu memang tak leh try langsung. Kalau beli online memang tak dapan eden nak tolong. Tapi kes ni kalau possible jadi kat aku pun...
'Sebelum beli baju tu nampak cantik, tapi bila pakai rumah jadi tak padan, jadi huduh bila pakai, nampak gemuk.'
Kes last sekali tu, rasanya takde masalah dengan aku. Aku rasa lagi gembira kot. 'Hey ada geng'. AAHAHHAH.
Alahhh tak payah tunggu jodoh la cEro, meh aku jadi penasihat fesyen, RM5/jam. AHAHAHAHAH
Gurau gurau, semoga cepat bertemu jodoh cEro! :D
Hmmm dari gayanya, aku akan pakai baju tahun lepas. Takpe, aku lagi selesa macam tu. HAHAHAH
@nanadhoi
Delete1. Tak larat laa nak pusing satu mall cari baju. Aku suka datang, nampak berkenan, terus beli dan lupakan je. Tapi bila nampak dekat kedai lain lagi murah, memang rasa macam bangang sangat diri ni...hahaha
2. Kalau dekat Aeon atau pasaraya besar lain selalunya mcam biasa je fitting room. Kita masuk, try, dan keluar.
Tapi dekat setengah kedai kena pegang nombor apa ntah, aku pon tak tahu. Tu yang kadang2 rasa malas nak buang masa fitting, terus je beli. Hahahaha
(memang dasar malas!)
3. Kalau jumpa orang asing yg pakai baju sama, memang rasa gembira sikit. Tapi kalau member sendiri yg boleh jumpa tiap-tiap hari beli baju yang sama, agak tak best di situ...hahahah
Mak aih, RM5 sejam ni macam kerja McD dah ni...hahahha
InsyaAllah, jodoh itu ada. Bila itu persoalannya...wahahah
Gahahahahaaha!!!
ReplyDeleteKomik 1 - Thats why kami perempuan pusing keliling kedai utk survey harga sebelum beli. mcm saya haritu cari tudung, kat butik cantik sikit harga RM27, dekat kedai biasa RM15 so takdela nyesal tak berlagu XD
fasal saiz tu takleh nk kata apalah sebab tak pernah tengok awak cemana so tak dapat nak nolong bab saiz. tp boleh je refer guideline utk tentukan saiz di internet :D atau of course, carilah pasangan hidup yg memahami..
hahahaha bab baju sama dengan org lain tu agaka keperempuanan di situ, bukan ke dalam 9gag ada ckp lelaki takde masalah bila baju sama? broman or something? wahahaah ><
saya pun suka bershopping time raya. tahun ni dah tercapai target utk dapat denim jacket, yayy! memang tak lah nak pakai baju tahun lepas, takde fefeeling raya chuolls :3
baju saya tahun ni kaler apa entah, boleh refer entry latest, kuikui, selamat hari raya! btw, i loikes biru, ce post gambar sket utk tatapan fans cEro :p
@Zyra Roxx
Delete1. Penat laa Z nak pusing satu mall. Macam perempuan motivasi shopping dia lain sikit, tu yang pusing satu mall mampu ...hahahah
Tapi itulah, silap saya jugak tak survey dulu...hahaha
2. Kalau baju biasa, saya saiz M (saje nak bagitau badan fit. Hahaha)
Tapi kalau tak silapsaiz S, M, L, XL ni beza kalau UK & US kan?
N ada pula yang saiz ikut nombor pulak, 36, 38, 44, 50. Itu lagi laa tak tahu...hehehe
3. Bab suka baju sama tu kalau stranger. Kalau member yg selalu kita jumpa, apatah lagi duduk serumah sewa, memang tak laa sukanya. Nanti tertukar nanti...hahaha
4. Denim jacket saya pun ada. Tapi sebab agak tebal dan berat, saya tak pakai selalu. Hehehe
Idok lerr nak diletaknya gambar pakai baju raya...Ganggu pulak raya orang lain sebab nampak muka tak berapa nak kacak saya ni...hahahah
cEro, bab "ganggu pulak raya orang lain sebab nampak muka tak berapa nak kacak" tu, ape susah... hang kaver je la tang muka tu dengan topeng secara digital via photoshop atau pakai je topeng real semasa bergambar tu... kemon cEro, tahun ni tunjuk la picture berbaju raya skit, kehkeh ;3
Delete@plain83
DeleteAlaaa, segan laa plain.
Nanti pecah laa rahsia aku ni saiz macam badak air..oopsss!
Hehehe
hahaha aikk kata underweight? ><
Deleteyayy jom geng pakai jacket
@Zyra Roxx
DeleteSebab tu laaa...
Bayangkan walaupun underweight, tapi masih lagi badan macam badak air...Wahahahahaha
wah baju raya.. taun ni try beli jubah lak. warna grey hehehe..
ReplyDeleteyang part baju singkat tu budoxe pernah gak kene.. baju 1st beli try dulu elok je muat.. baju 2nd confident xtry dulu, skali pakai kat rumah singkat ades...TT_TT sapa geng grey??? angkat tangan
@budoxe lee
DeleteAku grey dua tahun lepas punya kaler...hehehe
Mungkin bab baju singkat tu, masa 1st try tu tengah kurus, tapi bila balik rumah buka puasa makan banyak, try sekali lagi jadi singkat sebab baju terangkat dek perut yang membesar...
WAHAHAHA!
Seumur hidup aku memang tiap kali raya kena buat baju.dan tema baju tahun ni ialah merah merah delima.haha
ReplyDelete@Miss Fireflies
DeletePutih-putih melati, merah-merah delima,
siapa yang baik hati pasti kuterima...ooo
**tetiba**
Tapi merah delima memang lawa...Aku pun suka :)
hahahahha.. lenkali rayau dulu bro... kalau macam aku, kalau malas nak rayau, lepas beli terus aku balik.. koh koh koh...
ReplyDeletekalau baju sama, aku rasa no hal lah. itu hari aku siap jumpa tiga orang kat Alamanda yagn pakai baju sama dengan aku. koh koh koh ~
setakat ni aku belum salah beli saiz baju. Beli online pun masih ok lagi dengan aku... huhuhu
@Aujinz
DeleteBetul jugak tu. Kalau malas rayau, lepas beli terus balik maka selamat sikit mata dr memandang...hahaha
Aku kalau baju sama dgn strangers aku tak kisah, suka lagi ada laa...
Tapi kalau baju sama dgn member, or roommate, or housemate, maka kureng sikit di situ. Takut nanti tertukar atau terambil bukan baju kita...hehehe
Salah saiz aku memang selalu. Tak pasti sebab aku buta saiz ataupun badan aku senang berubah bentuk...hahahah
Baju raya aku tahun ni... ahh aku takmo spoil kat sini sekarang, nanti aku letak kat blog je sesambil wish Selamat Hari Raya Aidilfitri, hehehe~ ;3
ReplyDeleteAku cuma akan masuk fitting room bila nak beli jeans or pants, kalau t-shirt atau blouse, letak ukur kat bahu dan pinggang je, dah boleh tau padan atau tak ;3
@plain83
DeleteNanti aku singgah blog kau pulak...hehehe
Aku pun plain selalu je acah-acah dekat badan je tak pergi fitting room, tapi selalu jugaklah tertipu dengan acah-acah tu...hahahha
Apakan daya, persepsi terhadap saiz sedikit masalah kot...hehehe
kehkehkeh... tapi biasanya laki tak kisah sangat kalau baju sama. hahaha
ReplyDelete@zulhilmitempoyak
DeleteHehehe...Kalau orang tak kenal tak berapa kisah sangat. Tapi kalau orang yg hari2 jumpa, adik beradik ke, roommate ke, housemate ke, tak berapa gemar sangat kalau sama...hehehe
Jumpa orang pakai baju sama tuu paling tak best --' Pfft.
ReplyDeleteApa apa pun, selamat hari raya, Cero ^^
Nak duet raya sikit :P
@Kakak Tiri Cinderella
DeleteSelamat hari raya.
Raya ni berbaik-baiklah dgn Cinderella ye.
Jangan asyik buli dia je...hahahha
Aku sebenarnya paling tak suka Shopping. Tapi untuk raya aku nak Follow sunnah nabi, pakai baju baru di pagi raya. Jadi, terpaksa beli baju baru yang mengikut kaler tema keputusan anak anak sedara.
ReplyDeleteTapi itulah, sekali aku shopping memang lama gila. Sebab aku fussy bab bershopping - nak kena pilih baju yang worth it dari segi harga, kualiti dan keberkenanan di hati (ada ke Word tu?kah!). So aku akan compare banyak tempat sebelum aku decide untuk beli. Mungkin sebab tu juga buat aku tak suka Shopping kot. Leceh.
@~* chirpy_chummy *~
DeleteAku pulak tak suka habis banyak masa dekat shopping.
Sebab tu selalunya bila nampak berkenan, aku rembat dan blah je...
Yang jadi isu bila masa otw nak blah tu ternampak plak baju sama yg lagi murah...maka menyiraplah dompet aku...hahahaha
masalahnya, nak berkenan pun ambik masa untuk aku. haha
Delete@~* chirpy_chummy *~
DeleteSama laa aku pon.
Adik aku pernah kata wardrobe aku satu jenis je.
Sebab aku hanya berkenan satu jenis tertentu je...hehehe
dah macam mana ko boleh shopping sekejap je? i iz kenot. mesti lama sebab kes tak berkenan. member, adik beradik semua dah tahu masalah aku ni. :p
ReplyDelete@~* chirpy_chummy *~
DeleteMungkin sbb aku lelaki kot. Sekali berkenan dah malas nak fikir lain dah...hehehe
aku rasa kalo pompuan, mmg jenis akan merayau2 dulu dlm mall tu tengok2 & compare harga ape smua. maklumla pmpuan dan shopping kan berpisah tiada =D
ReplyDeletebab baju sendat sado atau terlebih besar tu, stakat ni, alhamdulillah aku tak pernah lagi la terkena. beli online pon mmg aku double triple check size chart dulu pastu baru beli. kang nyesal tak sudah pulak aku kikiki
kes 4 tu : kalo org pompuan beli baju raya jarang jugakla kot terkena cenggitu sbbnye slalunye org pompuan kalo bab baju raya msti nk grand gila & taknak sama dgn org lain hahaha
aku rasa pon dah sampai masanya ko kena ada 'penasihat fesyen' tu =D
Deleteehhhh aku pon #TeamBajuRayaBiru gak tahun ni. err tapi.. tapi... kamiorang royal blue la hehehe
@anamizu
DeleteHahaha...sebab tu perempuan kalau shopping memang lama. Hehe
Masalah jadi bila saiz baju tu tak standard. Setengah saiz M tu kecik, setengah lagi M tu besar. Kalau aku, nampak M aku rembat je...hehehe
Kalau baju sama dgn org lain tak kisah, tapi kalau sama dgn kawan baik or adik beradik, boleh jadi isu oo...Nanti jadi boria. Hahaha
Famili aku pun patutnya royal blue, tapi aku nak lari tema sikit aku tone down the color jadi cerulean biru langit. Hehehe
part size baju kadang tak standard tu la yg mmbuatkan kami-kami org pmpuan ni lagi double triple jadi lama kalo shopping. alasannya :
Delete"jgnla ko pecaye pada size dia ni.. better ko try dulu. mmgla slalunya beli size M tu ko muat. tp nti kalo ko x try, tetibe balik umah, sendat. haaaa tak menanges ko? "
tu psl jd lagi lama time shopping. kikiki
@anamizu
DeleteOOOoooo...Itu rupanya sebab kenapa perempuan shopping lama..hehehe
Lain kali kalau kena ikut perempuan shopping, boleh laa aku bersedia secara mental dan fizikal...hehehe
Hahaha...kalau lepas beli nampak yg lagi murah memang rasa x puas hati gila la...So, kalau nak beli baju baik beli bila rasa nak balik, baru takde rasa nak usha2 lagi baju sama yg harga lg murah...
ReplyDeleteKalau beli baju ni aku suka yg boleh masuk fitting room..Kalau mcm kt uptown tu agak x suka sgt sebab susah nak test2....kat kedai nampak ok tp bila balik rumah...hmmm xpuas hati terus....
Aku pun beli baju baru biasanya time raya je...cuma tahun ni je takde beli t-shirt baru lagi. Baju Melayu baru ada la....
@Bro Ley
DeleteBetul jugak tu. Bila nak balik baru beli, maka lepas beli terus balik. Takde laa sakit hati nampak baju sama lagi murah dekat kedai lain. Hehehe
Aku macam nervous sikit masuk fitting room. Biasalah, orang tak biasa beli baju. Sekali beli baju habis jakun dibuatnya...hehehe
Tahun ni aku kurangkan tshirt roundneck, kekonon macam nak ikut umur yang tak berapa nak muda laa konon. Kang terkejut plak orang tengok muka aku purba tapi pakai baju tshirt macam orang muda. Hahahaha