Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Apr 22, 2015

6 Tahun: Dari Cerulean ke Lelaki Berambut Simpul.



22 April.
Hari ini pada 6 tahun yang lalu, blog ini mula tercipta.
Pejam celik pejam celik bebel lukis sana sini,
6 tahun kemudian, blog ini masih berdiri di sini.

6 tahun bukanlah satu umur yang lama,
tapi kalau dikira menggunakan umur kucing,
kucing itu sudah sebaya manusia berumur 40 tahun.
Since 40 is the new 20, jadi aku ambil keputusan meraikan ulangtahun ke-6 blog ini.
(Macam tak ada kaitan je \(-__-)/)


Jadi,
sempena ulangtahun ke-6 blog ini,
aku akan bongkarkan 6 perkara yang mungkin kalian tahu (atau tak pernah tahu) tentang blog ini.

Silakan...



1. cEro pernah ada partner.

Di awal kebangkitan, blog ini diselenggara oleh dua orang.
Aku (cEro) dan seorang lagi partner aku.
Kami bergilir-gilir keluarkan entri yang berkaitan dengan diri.
Konsepnya adalah bagaimana pandangan dua orang berbeza terhadap satu perkara.
Kami sentuh segala isu; cinta, perempuan, duit, filem, kehidupan,
dan kami garap menggunakan pemikiran kami sendiri.

Malangnya,
dalam perjalanan banyak persimpangan
di mana kami bertukar arah.
Dia lurus ke kiri, aku tegak ke kanan.
Kami yakin kami tidak tersilap langkah.

Partner aku menyerahkan segala hak blog ini kepada aku
dengan syarat aku kena keluarkan semua entri yang dia tulis.
Tapi kami tak gaduh.
Dia kembar aku hari ini dan semalam,
jadi hari esok itu sendiri dia boleh faham.

Malah kadang kala waktu berhenti aku toleh ke sisi dia tiada di samping aku.
Tapi seringkali aku call ajak lepak mamak, bersemuka dengan partner itu.
Aku tanya apa khabar~~?

Dia jawab "Khabar baik, Bro".
(Okay, enough!)

Since nama aku cEro, cuba teka nama partner aku?




2. Tajuk blog ini ialah 'nULL & aLteRnate'.

This fact is obvious.
Pembaca tegar (ada ke?) mungkin tahu,
tapi aku tak terkejut kalau ada yang tak tahu tajuk blog ini.
Semuanya disebabkan aku tak pernah advertise nama blog ini dekat header blog di atas.
Malah, aku sering kali guna frasa 'blog cerolian' kalau aku tulis dalam media sosial.

'nULL & aLteRnate' berasal dari 'Null & Alternative Hypotheses',
satu cabang dalam statistik dan informatik yang membandingkan dua hipotesis terhadap satu pertikaian.
Student sains yang buat paperwork untuk eksperimen selalunya akan tahu apa benda alah ni.

Tajuk sedemikian dipilih disebabkan konsep asal blog ini adalah pandangan dua orang terhadap satu isu.
Aku (cEro) akan jadi 'null' dan partner aku akan jadi 'alternate'.

'nULL & aLteRnate' mempunyai huruf U, L dan R besar adalah disengajakan.
Ianya bukan sebab kami guna bahasa rempit walaupun kami bermotosikal.
Ada sebab tertentu yang rasanya terlalu sensitif untuk aku bongkarkan di sini.

'nULL & aLteRnate' akan terus jadi tajuk blog ini selagi aku waras.
Ini juga sebagai tanda persahabatan antara aku dengan partner aku.




3. cerolian adalah typo.

Semasa blog ini belum sepenuhnya milik aku,
URL blog ini bukanlah 'cerolian'.
Selepas aku mendapat hak penuh,
aku bercadang mahu tukar URL blog sebagai titik mula baru.

Disebabkan blog ini pada waktu itu bertemakan biru langit,
maka aku mahu letak nama blog ini 'cerulean' (nama warna biru langit).
Tambahan pula aku sangat dipengaruhi oleh Pokemon
di mana salah satu bandar dalam game Pokemon bernama 'Cerulean City'.
(Untuk makluman Cerulean City adalah bandar di mana Misty berasal)

Tapi dalam masa sama aku mahu gabungkan nama aku sekali dalam URL itu,
maka aku bercadang nak namakannya 'cErolean' (cEro + cerulean).

Semasa aku mahu tukar URL blog,
aku tersilap taip jadi 'cerolian' instead of 'cErolean'.
Dan yang lagi bangang, aku hanya sedar aku typo hanya selepas beberapa bulan.

But 'cerolian' is not that bad, kan?
Tapi ianya tak ada maksud apa-apa pun sebenarnya. Hehehe.

Rasanya aku pernah keluarkan entri khusus menceritakan perihal asal-usul nama 'cerolian' itu.
Carilah.




4. Blog ini BUKAN blog komik.

Contrary to popular belief,
(^ aku nak sangat guna frasa ni..hehehe)
blog aku ini BUKAN blog komik.

Kebetulan aku minat melukis dan aku lagi puas hati kalau sampaikan cerita dalam bentuk lukisan berbanding menulis, maka blog ini penuh dengan lukisan yang tak seberapa tu.

Tapi disebabkan aku perlukan mood untuk melukis,
jadi bila rasa tak ada mood tapi mahu update blog,
maka akan wujudlah entri yang banyak tulisan dari lukisan.

Tapi kalau nak jugak kategorikan blog ini,
aku rasa ini adalah blog minat.
Sebab minat aku melukis, jadi blog ini penuh lukisan.
Akan datang kalau minat aku berubah kepada mengait baju,
mungkin blog ini akan penuh dengan gambar baju kait.
Hahaha.

Kalau perasan, aku jarang letak watermark dekat lukisan aku.
Ini disebabkan aku rasa aku tak perlukan watermark.
Pendek kata, tak ada siapa yang nak curi lukisan aku dan claim itu dia punya sebab aku tahu tahap melukis aku masih berada di bawah.
Siapa yang nak curi lukisan picisan, kan?




5. E di dalam 'cEro' dibesarkan dengan sengaja.

Bila aku tulis 'cEro', aku akan besarkan huruf E.
Itu adalah sengaja, tapi aku bukannya budak baru nak up yang suka kapitalkan huruf sesuka hati tu.

Dulu Kila pernah kata aku buat macam tu sebab aku suka huruf E,
tapi sebenarnya fungsi E besar itu adalah untuk membezakan aku (cEro) dengan Cero-Cero yang lain.

Cero bukanlah nama yang rare.
Kalau kalian google, Cero banyak digunakan seantero dunia.
Jadi untuk membezakan cEro aku dengan Cero-Cero yang lain,
aku besarkan E.

'cEro' yang aku pakai diambil dari angka sifar dalam Spanish.
Angka sifar yang berdiri sendiri bernilai kosong,
tapi angka sifar yang berada di sebelah angka lain akan menggandakan nilai angka tersebut, seperti contoh; 1 diikuti dengan sifar akan menjadi 10.

Itu prinsip aku selepas memegang nama cEro.
Aku berharap aku akan memberi nilai ganda kepada sesiapa sahaja yang berada di sisi aku, termasuklah yang membaca blog ini.

Tapi E besar hanya eksklusif untuk nama 'cEro'.
Untuk 'cerolian', E besar hanyalah optional.
Kadang-kadang aku tulis sebagai 'cErolian',
kadang-kadang aku tulis hanya 'cerolian'.
Kedua-duanya masih merujuk kepada 'cerolian' yang sama.

Cuma yang pasti,
huruf c akan sentiasa kecil.




6. 'cerolian' adalah anagram kepada 'caroline'.

Huruf-huruf di dalam 'cerolian' boleh disusun semula menjadi 'caroline'.

Ini 100% kebetulan dan aku sendiri baru sedar.
Satu waktu dulu aku pernah gila anagram,
jadi aku anagram-kan segala perkataan yang aku jumpa.

Bila aku anagram 'cerolian',
aku agak terkejut ianya boleh eja 'caroline' dengan tepat.

Tiada perempuan yang bernama Caroline pernah wujud dalam hidup aku.
Caroline yang paling rapat dengan aku ialah kucing betina milik roommate aku.
Roommate berikan nama itu kepadanya berdasarkan watak Caroline (Hayasaka Yukari) dalam manga Paradise Kiss.

Kalau kalian pernah layan filem adaptasi sebenar Paradise Kiss,
watak Hayasaka Yukari (Caroline) itu dimainkan oleh Kitagawa Keiko, one of my favorite Japanese actress ever.
(Ok, itu sangat trivial...)

'cerolian' juga merupakan anagram kepada 'colinear' dan 'acrolein'.
Maksud perkataan itu? Cari sendiri...



===================================================




Cukup 6 fakta mengenai blog ini yang kalian tak nak pun tahu.
Kenapa 6 je?
Sebab ini ulangtahun ke-6.
Kalau ulantahun ke-10, aku bagilah 10 fakta. Hehehe


Masa Depan cErolian

Pada 2012,
aku tetapkan matlamat terulung pertama aku, WORLD DOMINATION.
Menggunakan nama cEro dan cerolian,
bercadang untuk menjadi kuasa besar di atas bumi dan seterusnya menakluk dunia.
**batuk batuk**

Pada awal 2015 ini pula,
aku tetapkan pula matlamat terulung kedua aku,
iaitu TIME MANIPULATION.
Aku berazam mahu cipta mesin masa.
**batuk batuk**

Pada 2013,
aku mulakan langkah menjenamakan 'cerolian'.
Aku giat meluaskan nama cerolian di merata cabang media sosial.
Hampir semua laman web media sosial ada ID 'cerolian'.
Yang tak ada tu, sama ada aku tak tahu ataupun tak kisah.

Aku berhasrat menjadikan 'cerolian' dikenali.
Aku mahu 'cerolian' dikenali bukan sekadar satu blog.
Aku ada plan teliti ke arah itu.
Tapi biasalah, selaku kaki tangguh sepenuh masa dengan motto 'kalau ada esok, kenapa buat hari ini?', plan itu masih hanya plan sehingga ke saat ini.

Dalam tahun ini juga,
aku akan cuba untuk keluarkan satu produk sendiri atas nama cEro dan 'cerolian'.
Produk apa, jangan tanya dulu.
Ianya mungkin bukan seperti apa yang kalian fikirkan.
Yang pasti, produk itu adalah langkah pertama aku menakluk dunia.

Tapi aku yakin,
satu hari nanti aku akan mempunyai empayar bernama 'cerolian'.
Dengan empayar itu,
aku akan capai dua matlamat terulung yang aku sebutkan awal tadi.
**batuk batuk berangan batuk**

Akan datang kalau kalian tengah memandu dan terlihat satu menara yang dipanggil 'cerolian Tower', kalian bolehlah berbangga dengan anak-anak kalian dan berkata,
"I know the owner of that majestic tower!"


Masa Depan cEro

Pada 2011,
aku mula berhasrat tidak mendedahkan identiti sebenar aku.
Jadi aku selalu gunakan Roommate aku sebagai alias.
Aku tak berminat nak kaitkan cEro dengan kehidupan realiti aku.
Dan aku amat harap tiada siapa yang berminat nak korek.

Tapi yang mana antara kalian yang sudah tahu,
aku amat berharap kalian dapat simpan rahsia siapa diri aku itu ketat-ketat.

Sebagai cEro,
aku selalu terfikir mahu berhenti berblog.
Tapi aku tak rasa aku akan berhenti dalam masa terdekat ini,
apatah lagi masih banyak yang aku belum capai sebagai cEro.

Tapi ajal maut rezeki jodoh di tangan Tuhan.
Kita hanya mampu merancang. Keputusannya di tangan Dia.


Terima Kasih.

Terima kasih kerana sudi membaca bebelan sempena ulangtahun ke-6 blog ini.

Terima kasih juga kepada teman-teman yang tak pernah penat nak tinggalkan komen di setiap entri.
Tiap komen aku baca, aku suka, dan aku hargai.

Terima kasih kepada 1151 (setakat entri ini diterbitkan) followers blog ini.
Kalau ada sesiapa yang nak aku follow balik,
jangan segan silu bagitahu.

Terima kasih juga kepada semua yang mengikuti aku di media sosial;
di Facebook Empire State of cEro,
di twidder @cerolian,
di Instagram @cerolian,
dan di mana-mana jua yang ada.

Terima kasih juga untuk 6 tahun masa bersama.
Harap kita terus bersama untuk 6 tahun seterusnya,
dan waktu-waktu yang mendatang.

Terima kasih kerana terus menyokong lelaki berambut simpul ini.




So, now you tell me....
Entri apakah merupakan entri PERTAMA kalian sampai dan baca di blog ini?





.




57 comments:

  1. This is amazing to read. i hope you'll keep up the good work bro.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Dea Day
      Thank you, Day.
      I'll be always keeping the good work up as long as there are people supporting what I do.
      Thanks again :)

      Delete
  2. biar gua teka biar gua teka! nama partner lu tu nurul kan? Kan? Kan? kakakakaka.
    Gua tak ingat lah entri apa yg buatkan gua melekat dan jatuh hati kat blog lelaki berambut simpul ni haa tapi yang pasti gua tertarik sebab penulisan dan opkos lukisan.

    bercakap fasal lukisan, lu tgh apply reverse saikologi ke dgn bagi statement lukisan tak seberapa ni? lukisan lu memberi kesan tahu? selalu gua tergelak nengok lukisan dan bertambah gelak bila baca tulisan ><

    gais, moh le kita beramai2 curi lukisan cEro dan claim itu kita punyaaaa, yearghh! hikss yg pasti gua tau nama blog lu sejak 1st time bertemu.

    happy anniversary nULL & aLteRnate!! *tabur konfeti

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Zyra Roxx
      Jauh bebenor jadi Nurul plak. Kalau Nurul yg jd partner aku, baik dia terus jadi life-partner aku...hehehe

      Haha..sumpah tak reverse psychology. Aku masih dlm tahap belajar melukis, dan to be frank aku agak tak suka dgn semua lukisan aku sebelum ni...hehehe

      Kalau tetiba ada yang curi dan claim, aku salahkan kau Zyra. Hehehe

      Thank you, Zyra. **lompat2 sambut konfeti**

      Delete
  3. aku jarang betul gelak gelak baca entri kau sebab aku ni payah sikit nak paham certain2 lawak kau, lawak level up. tapi kali ni aku rasa lawak betul nii..tak tahulah sebab aku dalam deprived sleep state ke apa ke kan hahaha..bab masa depan tu lawak betul hahahaha boleh buat bekal gelak sampai minggu depan..keep up the good work, happy birthday~!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. @mashy_entah
      Yup! Most people akan anggap dua impian terulung aku itu satu lawak yang kelakar, tapi sebenarnya benda tu laa yang paling serius sekali dalam entri kali ni
      **batuk batuk batuk**

      Hehe...Thank you sebab selalu singgah dan baca blog ini.
      Teruskan meyokong :)

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
    4. Gua nak buat business propsal. Elok jugak kita buat joint ventures. Empire state of cero & zyraroxx inc. **Batuk batuk jalaludin hasan**

      Delete
    5. @Zyra Roxx
      Contact laa aku dalam inbox FB page, or twidder or email seperti yg tertera di muka atas..
      Hehehe
      **batuk batuk batuk apsal batuk banyak sangat ni, kena batuk kering ke?**

      Delete
    6. Dem apesal komen gua naik sampai tiga kali. Msti org ingat gua persistnce somthng. Anyway, gua tgh siapkan proposal n paperwork. Sikit lg gua email lu. **Batuk batuk koh koh koh kohfff dokter ckp batuk kokol. KaLau tak sampai2 proposal tu faham2 jelah koff kofff**

      Delete
    7. Dem apesal komen gua naik sampai tiga kali. Msti org ingat gua persistnce somthng. Anyway, gua tgh siapkan proposal n paperwork. Sikit lg gua email lu. **Batuk batuk koh koh koh kohfff dokter ckp batuk kokol. KaLau tak sampai2 proposal tu faham2 jelah koff kofff**

      Delete
    8. @Zyra Roxx
      Excited nyerrrrr!!!
      |(ovO)/

      Delete
  4. Entri first sekali masa aku tiba kat blog ko, ialahhhh....................................................................................


    aku tak ingat. Tapi aku ingat dan tahu nama blog ko ialah nuLL & aLteRnate.

    1. kalau ko nama cEro, aku syak kawan ko nama zero?
    2. Aku pernah baca asal usul cerolian. Ya pernah baca...
    3. aku tak rasa orang yng curi lukisan ko boleh claim dia yang lukis sebab lukisan dan warna ko terlalu rare dan semua orang boleh kenal... koh koh koh

    Walopon kita pernah buat buku bersama, tapi kita tak pernah berjumpa kan. Jadi kita akan sama sama bersaing menakluki dunia...... wahahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Guys uollskan tinggal satu negeri tanak gather2 ke? Kikiki

      Delete
    2. eip? Satu negeri ke? Ini menarik

      Delete
    3. @Aujinz
      1. Hahaha...Kalau aku dah zero (cEro) takkan partner aku nak zero jugak? Hehehe **hint hint**
      2. Bagus. Lama entri tu. Hehe
      3. Hahaha. Maybe sebab warna yang aku guna selalunya agak terang dan menyakitkan mata...hehehe

      Kira kau nak declare rival dalam misi menakluk dunia laa ni...Hehehe
      Challenge accepted! >_<

      Delete
    4. @Zyra Roxx
      Ahaha...Aku okey je kalau nak gather2..
      Hehehe

      Delete
  5. Selamat Ulang Tahun!
    Aku kenal blog ko thru blog WZ, that i am sure.
    Tapi entri apa yg first aku baca ntahla tak ingat.
    Tapi,benda yg aku always looking forward to kt blog ni ialah komik haha
    I have so many things running in my head baca entri2 ko,well more like baca ko?haha
    And I wish for u happiness =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. @star
      Woah? Kau baca aku? Hehe..
      Menarik ni menarik.

      Harapnya lepas ni teruskanlah baca blog aku ye.
      Komiknya mungkin tak seseronok or tak selawak mana, tapi just bear with it laa...hehehe

      Thank you sekali lagi :)

      Delete
  6. aku first jumpa blog kau time kau tgh galak tulis pasal gadis kasut converse. time tu aku pun tgh 'kosong' taksedar layan entry tu sampai pukul 2 pagi. ini baru pertama kali aku komen setelah 4 tahun layan blog kau sebab sebelum ni kau tak kasi anonimus mcm aku ni komen. kau punya penulisan ni oklah, santai2, takde skema, takde entry berat2. org biasa mcm aku sekali baca je boleh faham. lukisan kau pun ok, karakter2 tu nampak 'hidup'. kau ada style sendiri. keep it up bro !

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Anonymous
      Laa...Kenapa 4 tahun baru nak komen?
      Aku bukan tak bagi anonymous komen, tapi aku lagi prefer ada nama supaya aku dapat bezakan anonymous ni dengan anonymous lain.
      Dalam pilihan 'comment as' tu ada pilihan Name/URL.
      Name tu boleh letak apa saja nama yang kau suka, dan URL tu boleh dikosongkan. Dengan cara tu aku boleh bezakan siapa dengan siapa.

      Terima kasih kerana lama membaca blog aku.
      Terima kasih sebab suka penulisan aku.
      Terima kasih juga sebab boleh terima lukisan aku walaupun tak sehebat yang lain.
      Harap dapat teruskan menyokong, ya :)

      Delete
  7. Hai cEro, hahah...

    1. Fakta no.1, 2 dan 5, aku tau.
    2. Entry pertama yg aku baca kat blog ni, hmm... aku tak brapa nak ingat. Tapi yang pasti, aku boleh tau pasal blog ni ialah daripada blog review Popsoul di blog Buasir Otak dulu. Masa aku mula2 terjah blog ni, header blog ni adalah satu doodle berwarna yg ada 5 jejaka, yg mana masing2 mempunyai gaya rambut tersendiri... ada rambut tempurung, rambut pacak dengan gaya seperti ada sepasang mandible semut api di dahi, rambut pendek rapat seakan2 botak, rambut pendek normal yang lurus, dan rambut pendek yg ada simpul2.

    Happy 6th birthday. Kalau ada apa2 yg aku pernah terbuat kau kecik ati ke ape, gomenne? No harm was meant. Teruskan berkarya, ramai orang enjoy baca blog kau ni ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. @plain83
      Hello plain, dah sihat?

      1. Aku tahu kau tahu fakta no.1, dan 2. Hehe
      2. Hehehe...karekter tu sebenarnya aku tak pernah elaborate siapa. Mereka semua ada personaliti sendir yang aku cipta dalam kepala otak aku, mostly based on orang-orang yang dekat (atau pernah dekat) dengan aku..hehehe

      Thank you.
      Aku tak pernah ingat yang kau ada terbuat apa-apa yang membuatkan aku kecik hati. Harap kau pun teruskan menyokong blog ini tak kira berapa tahun lagi akan datang. :)

      Delete
  8. Tahniah untuk ulang tahun yang ke-6! Moga tercapai apa yang dihajatkan.

    Tak ingat entri pertama yang saya baca apa, but I'm glad I find a way to your blog :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Farah
      Terima kasih. Doakan misi terulung aku dapat tercapai. Hehe

      Rasanya Farah agak baru mengikuti blog ni, kan?
      Terima kasih sebab baca blog ni.
      Memang ramai yang datang, tapi tak ramai yang datang lagi macam Farah ni. Hehehe

      Terima kasih sekali lagi :)

      Delete
  9. ini entry pertama aku baca. hehe.. kk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @dzafirahzain
      WHAT?! Maknanya kau ketinggalan 6 tahun. Hehehe

      Dan avatar ID kau sangat kena dengan apa yang kau komen.

      Terima kasih sebab sudi datang baca dan komen di blog ini :)

      Delete
  10. 6 years and still in glory... congratulations!

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Razfira
      Thank you thank you.
      Keep on supporting me by reading my blog entries, ya?
      Thank you :)

      Delete
  11. Tahniah atas ulang tahun ke-6... 1st entry aku tak ingat... tapi mula-mula pasal teka-teki la sebab mase tu aku cari teka-teki... pastu pasal vorteks... pastu pasal kasut Converse... pastu baca dari mula sampai la ni(bahasa utara)...
    1.Bile ko cakap ade partner, aku terfikir kat mane yang partner ko taip? tapi bile ko kate dah remove entri die maknenye aku tak sempat la nak baca entri die dan kenal partner ko tu..hmm... since ko cEro... partner ko tu uNo la kot... kan kan..
    2.Aku tau name blog ni nULL & aLteRnate dari awal-awal perkenalan sebab bila bukak blog ni kat tab firefox, name tu yang kuar...
    3.A'ah.. tapi di mana ya..?
    4.Hehe...aku tau ni blog minat n share rase... sebab tu ape yang ko ade rase nak cite atau share, ko luah kat sini kan? tapi tak semue la, ye dok...bab gambo tu, bak kate ojin.. ko nyer lukisan ade karekter tersendiri... payah nak claim tu orang lain nyer...
    5.Yang E ni pun aku tau sengaje dibesarkan..tapi tak tau apsal ape...ooo...gitu citenye...
    6.Yang ni aku tak tau...hehe

    ape-ape pon... kitorang memang enjoy bace blog ni... teruskan berkarya n keep up the good works. *simbah air ganti confetti*

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Zulhizam
      Selalunya dua je pemula orang datang blog ni, 1) tEka-tEki, dan 2) cerita cinta tak berpenamat tu...hehehe

      1. **ping pong** we got a winner here. Yup. Aku cEro dan dia uNo. Satu zero satu one. Zero and one. Macam get logic, macam base 2 number. Hehe
      2. Ramai yang sedar rupanya nama blog ni. Ingatkan ramai yang tak sedar. Hehehe
      3. Kenalah cari...hehehe
      4. Thank you. Aku masih dalam misi dan masih belajar nak majukan lukisan aku. Tunggu dua tiga tahun lagi, majulah lukisan tu. Hehehe
      5. Dah tahu, kan? Maka begitulah ceritanya. Hehehe.
      6. Aku pun baru je tahu. Hehe

      Terima kasih.
      Aku akan terus berkarya selagi ada yang sudi baca dan komen.
      Kalau ada feedback, aku terima dengan tangan terbuka...
      **basah kuyup sebab kena simbah air dengan tangan terbuka**

      Terima kasih sekali lagi :)

      Delete
  12. Misaki first jumpa blog ni tahun nih.. and Happy Anniversary Wuhuuuu...

    tak sangka banyak betul sejarah cEro ahahaha XD.. baru tahu.. yelah tak pernah ikut dari awal TT^TT

    owh and lukisan ni rasanya ada ja org yg amek kowt?? ahahahahahaha..

    tahu nama blog ni Null & Arternate pun sbb masa nak save list dia save nama tu dulu XD pastu Misaki tukar jadi cErolian.. XD

    uwaaaa.. baru nak sebut Uno TT^TT tapi dah ada org sebut.. kalah owh kalah.. ahaha XD

    jangan lu siapkan mesin masa.. uhuk uhuk.. I want to travel ke masa hadapan.. ahahahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Misaki PureBlood
      Thanks Misaki :)

      Tak apa kalau terlambat ikut pun, better late than never. Hehehe

      Ada ke orang yg nak amek? Hehehe

      Oh ye ke? Mostly orang tahu nama N&A tu sebab dia save dlm blog list je...hehehe

      Betul laa tu, uNo. Hehehe

      Kalau siap mesin masa, nak pergi melawat dinosaur dulu...heheh

      Delete
  13. 1. Pada fakta pertama, since nama ko cEro dan nama blog ni cerolian, maka aku teka nama partner ko Lian.
    2. Bila aku baca fakta ke-3, aku sedar yang tekaan aku silap sebab nama cerolian hanya ditukar selepas ko dapat hak penuh.
    3. Aku korek balik entry2 awal dan aku rasa nama partner ko adalah uNo.
    4. Soalan terakhir, aku pun tak ingat entry pertama, mungkin entry yang ada komik.
    5. Apa2pun, terima kasih juga sebab sudi buat kolaborasi projek komik Buasir Otak.
    6. Akhir kata, semoga berjaya melancarkan produk cerolian, mengembangkan empayar serta menakluk dunia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Prince of Noob
      1. Memang banyak orang akan anggap cerolian tu gabungan cEro+Lian...heheh
      2. Betul-betul. Nama sebelumnya panjang sikit. Hehe
      3. Betul-betul. uNo dengan kapital N. Hehe
      4. Haha. Kalau dah lama baca memang susah dah nak ingat. Kan?
      5. No no no. Yang patut cakap terima kasih adalah aku. Sangat berbesar hati bila dapat kolaborasi dalam komik Buasir Otak.
      6. Hehe. Teruskan menyokong Boss.
      Terima kasih sekali lagi :)

      Delete
  14. Since nama aku cEro, cuba teka nama partner aku?
    -Mula² aku agak namanya lian. Tapi akhirnya aku rasa mcm salah sama sekali.

    Apa pun tahniah. 6 thn...Lama tuh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Mime MF
      Hahaha. Cuba lagi. Jawapan pun dah ada di atas dah...hehehe

      Terima kasih untuk 6 tahun. Teruskanlah menyinggah untuk 6 tahun lagi ye. Hehe

      Delete
  15. kusyuk gua baca.
    sangat detail!

    sampai rumate gua pon tanya duk baca mende uh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Khairulsyarafi Ruang Monolog
      Thanks Fi,
      Masa aku tulis (taip) pun aku tak perasan yang entri ni panjang,
      masa preview nak publish baru rasa mak aih panjangnya...

      Thanks sebab baca sampai habis...hehehe

      Delete
  16. Selamat ulang tahun kelahiran blog cero! Semoga terus aktif dgn jaya & megahnya!

    1. Tak dapat nak teka nama partner ko, dalam erti kata lain sebenarnya adalah beberapa nama yg aku fikir tapi malu lah kalau salah...hehe... so.. apa kata ko bagitahu je straight to the point..... hehehe.. #mainkelat
    2. But aku save nama ko dlm bloglist aku as 'cero' sebab aku lebih kenal 'cero' instead of 'nULL & aLteRnate'. First time aku taip nama penuh blog ko, jenuh aku nak on off on off capslock ni.. aihhhh.. =)
    3. Aku baru tahu ko suka Pokemon, cero. Maafkan pengetahuan cetek hamba ini kerana blog ko pon antara blog yg baru aku mahu kenali isi dan tuannya disebabkan status aku sendiri yg on off on off dalam dunia perbloggan.. ehh..
    Btw, aku suka Doraemon. Lalalala....~.~

    4.Aku takde rasa ko punya blog ni blok komik. More to daily life and daily opinion gitu? That's what kebanyakan genre blog sekarang. Termasuk aku. Hohoho.
    5.Ini adalah fakta lain yg menarik. Aku baru perasan ko besarkan huruf E tu.. hohoho.. sorry cEro.. nanti aku betulkan tiap kali aku eja nama ko ye.. Hehehe..
    6. Fakta lain: Seram aku baca fakta-fakta ko bagi ni cEro. Dah macam fakta sains. Perghhhh.. seram aku.. seram.. hahahaha.. ^_^

    Aku doakan setiap impian ko bersama cErolian termakbul suatu hari nanti. InshaAllah.. Adios!

    p/s : buat apa nak berhenti berblog. hiatus pun boleh kan kalau ada hal yang memerlukan komitmen lebih tinggi.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Gee Lion
      Thanks Gee. Teruskan menyokong blog yg tak seberapa ni, ya? :)

      1. Dekat komen kawan-kawan dekat atas ada yang sudah teka tepat dah. Nama dia uNo (dengan u huruf kecil dan N huruf besar)
      2. Haha. Maaflah. Tapi masa nama tu dipilih, memang ada maksud utk setiap huruf yang dibesarkan...dah macam rempit laa plak...hehehe
      3. Hahaha...Aku pun suka Doraemon. Banyak sebenarnya yang aku suka, tapi betullah, Pokemon salah satu antaranya...hehehe

      4. Memang ramai salah anggap blog ni blog komnik sebab diorang selalu jumpa komik setiap kali ada entri. Tapi bukan salah siapa, kalau aku pun mesti anggap blog yang banyak komik sebagai blog komik. Hehe
      5. Hehe...Takpe kalau nak tulis Cero macam biasa pun. E besar tu hanya untuk kegunaan aku nak kenalpasti beza dengan cero yang lain je...hehehe
      6. Hehehe...Sekali sekala seram apa salahnya, kan?

      Terima kasih sekali lagi Gee. Selagi ada yang baca blog ni, selagi tu aku akan terus memblog. Heheh

      Delete
  17. aku tahu pasal tajuk blog ni, aku tahu pasal kau sengaja besarkan huruf2 dlm tajuk blog kau. aku follow lama dah, drpd 2010 rasanya sejak akak aku bukak kat rumah. in fact, aku penah je ikut tutorial kau mcm mana nak lukis cero :D
    anyway, keep up the good work bro, admire gila cara kau melukis. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. @aus ar
      Tunjuk laa sikit macam mana hasil dari tutorial melukis cEro tu...hehehe
      Dan kakak kau pun baca blog ni? Wow!
      I'm very honored.
      Thank you sebab lama menyokong. Terima kasih :)

      Delete
  18. saya mula kenal blog ni sbb baca buku KAMI. Saya berminat ngan penulisan cero. Terus carik blog cero. Dah tak ingat apa entri memula baca. Sbb sekali baca tu, baca bebanyak. Teruskan berblog. cero sngt unik. saya suka blog ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Amna Shark
      Terima kasih Amna :)
      Walaupun tak tahu dekat bahagian mana yang uniknya blog ni, tapi rasanya cEro akan berusaha mengekalkannya, malah menambah baik mutunya.
      Teruskan menyokong, okey?:)

      Delete
  19. 1. wahh aku baru tawu byk benda psl blog ko ni.
    2. aku sedar nama 'nULL & aLteRnate' tu hehe.
    3. woahh bab Pokemon. adik aku dulu peminat tegar Pokemon & Digimon. segala Mon dia hafal. dlm citer pokemon tu yg aku paling xleh lupa Misty dgn Team Rocket tu je hahaha

    4.Aku takde la pulak rasa blog ni blog komik. tp maybe disbbkan byk entry bergambar yg ala2 komik, sbb tu la agaknye ada yg rasa ni blog komik hehe
    5.Yang part huruf E tu, aku perasan jugak. yelah drpd cara penulisan entry2 kat blog ni, sikit sebanyak aku dpt rasa yg tuan blog ni jenis menulis entry ataus sesuatu tu bukan 'kosong' hehe.
    6.Entri pertama yg bawak aku sampai kat blog ni kalo aku x silap entry pasal D & K. yg psl internet bahaya ke hape entah. yg ko citer dah lost contact dgn D tp disbbkn perasaan nk tau, Google lah puncanya ko dpt trace D. itu 1st entry yg bawak aku ke sini rasanya. dan aku terus google nama aku. dan aku rasa aku x selamat walaupun aku rasa aku dah cuba tak sharing gambar pun kat social media. demm.


    takyah benti lah blogging cEro. stop kejap bawak diri ok la. cari balik tune. jgnla stop terus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >anamizu

      Kenapa terlepas utk reply komen ni??
      Maafkan saya terlepas lebih 4 bulan.

      Haha..Entri pasal D tu ek?
      Best post tu. Aku baca balik pun terhibur..Wahahaha
      (Masuk bakul angkat sendiri...hahaha)

      Delete
  20. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  21. Aku syak partner hang mesti ada kaitan dengan nombor satu, dan setelah membaca komen-komen di atas baru ler tau, partner hang nama uNo.

    Syok pulak baca fakta-fakta cenggini. Tak sangka banyak jugak kisah di sebalik penubuhan blog ni. HAHHA

    Aku tak ingat apa entri pertama yang aku baca sebab, first day bukak blog ni, terus godek-godek entri-entri yang lain jugak. Asyik tekan older post sampai lupa apa entri pertama yang aku baca.

    Tak de orang nak curi karya hang, pasal tengok pun dah tahu siapa yang lukis, orang tu pun tak berani nak curi sebab takut nanti kena bash. Lukisan hang ada identiti sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @nanadhoi
      Betul-betul. Kami kosong dan satu. Hehehe

      Setiap perkara ada cerita di sebaliknya, sama ada best ke tak best je...hehhe

      Hahaha...tahap pembaca setia dah tu. hehe

      Haha, aku rasa takde sape nak curi sebab tak berbaloi pun nak curi. Tak lawa. Hahaha

      Delete
  22. Salam Mr. cEro!!

    Lama tul xmengomen (bukan beromen hokeyh??!) kat blog kau nih..Al maklum le setelah bertahun meninggalkan dunia blogging dan menjadi ibu mithali (giteww)..kahkahkah..

    Anyway..aku tgh kembali mengupdatekn diri dgn blog ko setelah setahun xbaca..alhamdulillah semakin mantap perisian blog ko nih..

    Maaf lmbt wish..Selamat Ulang Tahun Ke 6..(aku tgh membaca setiap entri utk catch up) semoga ko sihat walafiat selalu & dpt update blog ni selalu (walaupun aku xdpt baca selalu) *byknya SELALU aku*

    Aku terpanggil utk komen kat cni nak jawab persoalan ko yg terakhir..aku smpai ke blog ko sbb ko penah komen blog aku dulu..seingt aku entri aku berkenaan dgn minat aku pada JDorama & anime.. selepas tu aku trus menjadi pembaca & tukang komen blog ko..pastu aku jadi silent reader...pastu on off..kdg2 silent trus..skrg nk kembali aktif membaca blog nih..

    All the best to you!! (nak kembali membaca)

    p/s: mula2 aku baca dr old entry awal tahun..pastu arini aku baca dr recent entry..aku rase sedikit bengong harini..maaf la kalo komen aku pun cam bengong..

    -pu3aan-

    ReplyDelete
    Replies
    1. >pu3aan

      Hai, lama tak nampak singgah sini.
      Selamat kembali. Hehe.
      Dah tak blogging ke?

      Rajin-rajin laa datang dan komen.
      InsyaAllah aku baca semuanya dan akan reply.
      Kau antara orang lama yang aku ingat, selalu datang blog aku dari dulu lagi...hehehe

      Delete
    2. Hye!!

      xsangka ko ingt aku lg..tq..tq!!..terharu sungguh nih..
      skrg dh xblogging..bersara dh..hahaha..duk aktif membaca blog org je skrg..

      p/s: btw..dulu ko slalu cite psl rmbut ko yg kerinting/beralun kat hujung kan?? aku rase..ank aku rambut mcm ko la..bile2 senang aku tunjuk gmbr dia..heheh.

      -pu3aan-

      Delete
    3. >pu3aan

      Alaa, kenapa tak blogging balik?
      Mesti sekarang lagi banyak perkara nak cerita kan?
      Boleh cerita psal anak, psal keluarga...
      Sure best!

      Share laa gambar anak.Hehehe
      Tak dekat sini pun dlm instagram n twitter pun takpe.
      Tag je aku @cerolian

      Delete
    4. hahah..bz la..xmenyempat nk blogging lg...insyaAllah nnti aku follow ko kat instagram..twitter dh xaktif..(nmpk sgt pemalas..sume xaktif dh..hahah)

      -pu3aan-

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: