Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Mar 14, 2015

Selamat Hari Pi 2015


Salam.

Happy Pi Day.

Okay, nerd sangat bila semangat nak keluar dari norma dan publish entri hari sabtu semata-mata nak sambut Pi Day.
Hari ini (14 Mac) digelar sebagai Pi Day di seluruh dunia kerana tarikhnya, 3.14 ialah nilai Pi (π), simbol matematik yang paling terkenal pernah kita guna.

Namun,
pada tahun 2015 ini Pi Day lebih istimewa kerana tarikh sambutannya menjadi 3.14 15,
4 tempat perpuluhan tepat mengikuti nilai sebenar Pi.

Lebih istimewa lagi,
entri ini diterbitkan pada 9:27 pagi, menjadikannya 3.14 15 927, 7 tempat perpuluhan tepat mengikut nilai sebenar Pi.
Malangnya, entri tak boleh disetkan mengikut saat.
Kalau boleh, akan aku set entri ini diterbit pada 9:26 pagi 53 saat.

Poyo tak?
What say you?


Bagi yang lupa,
Pi (π) adalah satu nilai dan simbol yang banyak kita guna dalam matematik terutamanya berkaitan dengan bulatan.


Demi meraikan Pi Day,
di bawah adalah 7 fakta yang aku tahu mengenai Pi TANPA mencarinya dalam Google:


  1. Pi adalah nisbah ukur lilit sebuah bulatan berbanding diameternya.

    Dengan kata lain, kalau kalian ambil jangka lukis, tetapkan bukaannya kepada 1 cm dan lukis satu semi-bulatan di atas kertas, panjang semi bulatan itu ialah 3.14159 cm. Cubalah.

  2. Pi adalah konstan (constant).

    Bererti nilai Pi bagi duit syiling 5 sen kalian adalah sama dengan nilai Pi bagi orbit planet Neptune mengelilingi matahari (dengan beranggapan bahawa orbit planet Neptune berbentuk bulatan tepat).

  3. Nilai Pi (3.14159...) tidak mempunyai penghujung dan tidak berulang.

    Cuba fikir. Kalau angkanya tiada penghujung (infiniti) dan tidak berulang, maka ada satu segmen di dalam nilai Pi itu mengandungi nombor IC kita, nombor bank kita, nombor telefon crush kita yang kita tak berani nak tanya, dan jika kita ubah nama kita kepada nombor (contoh, c=3, e=5, r=18, o=15, cero=351815) juga akan muncul di dalam nilai Pi. Pendek kata, Pi memiliki segala data tentang apa sahaja. Fakta itu mampu membuatkan para numerophilia mencapai orgasma.

  4. Pi (π) adalah huruf kecil ke-16 tulisan Greek.

    Dulu aku hafal semua urutan huruf Greek, tapi memori yang tak berhubung tak dapat dikekalkan sangat. Hahaha

  5. Special Pi Day seperti hari ini hanya muncul sekali setiap 100 tahun.

  6. Kalau tak salah, 14 Mac juga tarikh lahir Albert Einstein.

  7. Zaman sekolah dulu, aku guna 22/7 sebagai π.

    Ianya nilai paling hampir dengan nilai sebenar Pi walaupun tak tepat. Tapi pelajar zaman sekarang (tak salah aku) tekan kalkulator je nak masukan nilai Pi.



Cukuplah.
Kalau kalian ada apa-apa fakta mengenai Pi yang tak aku tulis di sini,
silakanlah berkongsi di ruang komen.

Dan maaflah kalau terlebih teruja dengan Pi Day.
Alaa...Bukan selalu. Hehe.

**kenyit mata**



.




26 comments:

  1. Owh, yang selalu aku ingat ialah pi = 3.142
    wkwkwkw..

    Aku dah tau apa punca komen aku susah nak keluar. Kalau aku tekan link dari fb, otomatis ia akan buka web dari fb. Maknanya, aku kena login untuk komen yang mana sekiranya aku komen sebelum login, aku akan mendapat sakit hati yang amat sakitnya tu di sini.

    Bai dewei, ini komen aku yang ketiga juga. Aku nak gi makan cengkodok ikan iblis sebagai tanda protes! Hunssff!

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Aujinz
      Oooo...
      Gitu rupanya.
      Nanti aku try cara kau tu yg boleh buat hilang tu, sama ada ianya universal ataupun focused.
      Btw, jangan laa berputus asa untuk terus komen walau untuk kali ke-100 pon...hahaha

      Delete
  2. masa spm dulu, cikgu selalu nasihat pakai 22/7 sebab kalau pakai nilai perpuluhan, jawapan lari, since perpuluhan boleh bundarkan. and i hate maths. hahaha. kadang kadang aku rasa kau ni dah rupa macam saintis, banyak benda saintifik yang kau tau hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. @mashy_entah
      Selalunya kalau suruh guna 22/7, dia akan bgtau dlm soalan.
      22/7 tak berapa tepat walaupun hampir. Tapi utk budak sekolah, hampir tu dah okey dah...hehehe
      Aku saintis?? InsyaAllah...hehehe

      Delete
  3. aku pun selalu guna 22/7 tapi bak kata aujinz, pi = 3.142 pun familiar jugak.. Aku pernah hafal nombor pi sampai 10 tempat perpuluhan..tapi tuh cuma kisah silam..haih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Lee-kun
      Aku selalu kagum dgn org yg boleh hafal Pi panjang2...
      But then aku fikir, kalau hafal panjang2 ada bg apa2 keebaikan tak??
      Maksud aku, dlm exam math pon dia dah suruh gunakan ke 4 tmpat perpuluhan contohnya, kan??
      Tetiba teringat Life of Pi...

      Delete
  4. Masa sekolah selalu guna 24/7 or 3.142.

    Sekarang ni, dah tak guna langsung sebab tak ada subject maths dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Farah
      *22/7
      Sekarang tak guna Pi? Langsung? Belajar apa sekarang?

      Delete
  5. Pergh... ultra nerd detected, which is not a bad thing hahaha...

    Bak kata aujinz juga, yang selalu aku ingat, pi = 3.142... dan tetiba aku teringat cerita Life of Pi.

    Happy Pi Day ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. @plain83
      Hahaha..nerd sgt kan...
      Pi dlm Life of Pi tu, aku smpai sudah tak tahu apa kelebihan kalau hafal no Pi panjang-panjang...hehehe

      Delete
  6. Ah.. Pi.. Dulu lama jugak aku bertafakur nak cari kenapa nilai pi camtu.. Sekarang dah tak pakai sangat pun. Chett.. Aku rasa tertipu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Dea Day
      Sekarang kalau pakai pun tekan kalkulator je...
      Tak perlu dah nak ingat nombor perpuluhan Pi yg panjang lebar...hehehe

      Delete
  7. jap aku pening...ok dah masih pening.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Miss FIreflies
      Woit!
      CIkgu mana boleh senang pening...hehehe

      Delete
  8. i hate math dan sekutunya from the bottom of my heart. oh, life of pi pun gua belum tonton :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Zyra Roxx
      Tapi buku Life of Pi dah habis baca belum?? Hehehe

      Delete
  9. carta pie juga adalah berdasarkan kepada pi, bukan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Prince of Noob
      Hmm....Bila kau dah bangkitkan isu ni, ada beberapa persoalan:
      1) Adakah carta pai berdasarkan Pi = 3.142 sebab tu dia bulat?
      2) Adakah carta pai berdasarkan pai (Pie) makanan yg selalunya berbentuk bulat?
      3) ataupun adakah pai makanan tu berdasarkan Pi = 3.142 sebab dia bulat?

      We will never know...hehehe

      Delete
  10. aku pun tgh duk pakai lagi pi ni...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Khairulsyarafi Ruang Monolog
      Kira masih belajar arr ni??
      Sila belajar elok-elok ye...hehehe

      Delete
  11. Whoaa byk gak fakta yg hang tau pasal pi tanpa mrujuk google nih.
    yg gua tau dan ingat
    pi = 22/7
    pi=3.142
    pi=pie eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. @nanadhoi
      Pi = 22/7
      Pi = 3.142
      Pi = Pie (makanan)
      Pi = carta pai

      Wahahahah

      Delete
  12. apalah yang ko merepek ni cero.. aku sebagai budak kesusasteraan bahasa melayu dan sejarah merasa sangat kerdil di sini.. bab-bab formula semua ni dah karat dalam kepala.. yg tinggal cuma sisa-sisa puisi dan madah berhelah sasterawan negara sahaja.. aiceh!!

    ape pon, selamat hari PI sedunia!

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Gee Lion
      Hahaha...
      Dalam bahasa melayu pon perlu jugak tahu Pi ni.
      Etimologi perkataan Pi tu pun perlu jugak kita kaji. Hehehe
      Dalam sejarah pun banyak hasil tinggalan seni bina yang menjadikan Pi sebagai titik rujukan dan gabungan dengan nisbah emas.
      Dalam puisi pun, Pi boleh digunakan sebagai metafora kepada kata sifat seperti berpatah balik atau berpusing dalam bulatan.
      Hehehehe

      Delete
  13. Salam. Hee dan arini (14 mac) juga adalah arijadi albert einstein, dan arijadi anak lelaki sy juga ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. @tiga lalat
      Waahhh...anak sama tarikh lahir dgn one of brilliant mind in universe.
      Harap dia juga membesar menjadi brilliant juga :)

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: