Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Sep 28, 2014

Review Buku: Hotel K.


Entri ini khusus untuk Sarah.
Dia yang suruh aku buat review buku ini.
Dia kata dia nak tahu jenis buku apa yang aku baca.

Aku rasa aku memang seorang pembaca yang setia,
dari komik, surat khabar, blog, papan tanda jalan, label belakang kotak barangan, label di ubat gigi, label jenama pengeluar yang tertulis di hujung jamban mencangkung, sampailah ke nombor plat kenderaan di hadapan aku semasa sedang aku menunggang motosikal,
semuanya aku baca.

Cuma aku kurang minat membaca buku, sebab baca buku perlukan komitmen.
Hehehe.
Tapi aku tahu, dengan membaca buku aku mampu dapat maklumat yang mungkin aku tak tahu jika aku tidak membacanya.
Disebabkan maklumat amatlah penting pada zaman globalisasi masa kini,
maka membaca buku adalah satu keperluan untuk terus hidup.

Memandangkan aku tak selalu baca buku,
maka aku tidak tahu format sebenar nak buat review buku.
So, bear with me, please.

Cukuplah mukadimah.


Beberapa bulan lalu aku beli satu buku ini.
Aku selalu terfikir,
bila orang buat salah, ditangkap, dan disabitkan kesalahan,
dia kemungkinan akan dipenjarakan.
Tapi apa pula yang berlaku semasa di penjara?
Adakah si pesalah berubah ke arah positif?
Ataupun apabila sekumpulan orang buat salah dikumpulkan di dalam satu tempat, maka perkara negatif menjadi lebih dominan?

Sebab itulah aku beli buku Hotel K ini.




Naaahhhh..
Sebab utama aku beli buku Hotel K ini adalah kerana tajuknya ada huruf K.


Hotel K bukanlah cerita fiksyen.
Ianya termasuk di dalam genre 'Non-fiction/ True Crime'.
Kisah di dalamnya ialah kumulatif kepada pengalaman penghuni penjara di Bali, Indonesia yang dipanggil Penjara Kerobokan.
Kisah dan pengalaman itu dikumpulkan oleh Kathryn Bonella, selaku penulis buku ini.
Penulis bukanlah penghuni Hotel K, tapi dia berulang alik masuk keluar Hotel K untuk menemubual para penghuni.

'Hotel K' datang dari namanya, Hotel Kerobokan,
di mana walaupun ianya sebuah penjara, namun hakikatnya lebih kepada perihal sebuah hotel.
Dengan kuasa wang, sesiapa sahaja yang menghuninya mampu memiliki hampir apa sahaja, sama ada tempat tinggal yang selesa, makanan yang sedap, bilik yang menghadap pantai indah Bali, mahupun dadah, arak, perkhidmatan seks dan jika kena dengan nilainya, mereka juga mampu memiliki kebebasan dan boleh keluar dari 'hotel' itu bila-bila masa yang mereka suka.

Semuanya dengan kuasa wang.

Dadah, pesta arak, seks bebas.
Disebabkan ianya terletak di Bali, sebuah destinasi pelancongan terkemuka dunia, maka penghuni Hotel K terdiri daripada golongan yang pelbagai; orang tempatan, pelancong asing, selebriti, malah pemimpin tempatan dan luar negara turut sama 'menghuni' hotel ini.

Penulis menceritakan satu persatu pengalaman penghuni Hotel K,
bermula dari jenayah yang mereka lakukan sehinggalah kehidupan mereka selepas disabitkan kesalahan.
Disebabkan penulis menceritakannya sebagai orang ketiga, maka kita yang membaca seolah-olah boleh melihat kejadian yang berlaku terhadap mereka di depan mata kita (dengan bantuan sedikit imaginasi laa).

Lama kelamaan, dari satu mukasurat kepada satu mukasurat yang lain, kita akan mula berasa 'familiar' dengan para penghuni yang diceritakan, sehingga mampu kenal personaliti masing-masing.
Untuk aku, aku sampai ada satu watak (penghuni) kegemaran dalam buku ini, iaitu Ruggiero dari Brazil.

Antara penghuni-penghuni lain yang turut diceritakan ialah Iwan Thalib yang ada makmal ekstasi di dalam Hotel K, Saidin yang masuk Hotel K sebab potong kepala orang, Gabriel yang suka surfing berasal dari Amerika, Juri dari Itali yang berkahwin di dalam Hotel K, Ronnie Ramsay yang merupakan adik buangan kepada jutawan chef, Gordon Ramsay, beberapa penjenayah yang digelar Bali Nine, dan juga kisah tentang Imam Samudera yang bertanggungjawab ke atas peristiwa pengeboman kelab malam di Bali beberapa tahun lepas.

Cerita yang diceritakan adalah sisi lain tentang kesemua mereka.
Walaupun digelar penjenayah dan banduan, tapi mereka juga manusia.
Mereka ada sisi baik mereka sendiri.

Namun, korupsi membuatkan mereka terpaksa teruskan kelangsungan hidup tanpa mengira baik atau buruk. Pegawai penjara yang gemar memerah wang penghuni, sistem penghakiman yang berlandaskan siapa kaya dia menang, teman satu jel yang baik dan dalam masa sama tidak boleh dipercayai, semuanya berteraskan wang.

Semakin aku semakin menghampiri 301 mukasurat ceritanya,
aku berasa seperti rasa tidak mahu menghabiskan buku ini,
bukan kerana ianya tidak bagus,
tapi kerana aku tidak mahu mengucapkan selamat tinggal kepada watak-watak dalam buku ini.

Aku rasa kebarangkalian aku dan kalian untuk masuk penjara memang rendah,
(unless kalau muka hodoh merupakan satu jenayah, please arrest me...)
jadi dengan membaca buku ini, sedikit sebanyak kita dapat merasai pengalaman bagaimana kehidupan di penjara, walaupun bukan kita yang laluinya.
Ianya mengambil masa 3 bulan untuk aku (yang tak sukakan komitmen membaca ini) habis baca, jadi aku rasa kalian yang hebat membaca ni mesti sekejap dah boleh selesai, kan?


Kalau kalian jenis yang gemar novel tentang kena kahwin paksa dan lepas tu terjatuh cinta dengan pasangan sendiri tanpa disedari, Hotel K memang bukan untuk anda.

Hotel K boleh didapati di kedai buku terkemuka berdekatan anda.




.


28 comments:

  1. Gosh... after reading this entry, baru aku tau pasal Ronnie Ramsay... hmmm, ada kemungkinan juga author buku ni tertarik untuk investigate pasal Hotel K in the first place was because of kes adik chef Gordon yang popular tu... just maybe la... kalo aku jumpa buku ni, aku rasa aku akan beli kot... aku tak pernah melawat sesiapa di penjara mahupun rehab center, dan aku harap aku tak akan pernah perlu berbuat demikian... huhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. @plain83
      actually, penulis pernah buat satu autobiografi tentang seorg tahanan warga Australian di Hotel K sebelum ni. Buku Hotel K adalah buku kedua dia berkisar tentang Hotel kerobokan. Adik Gordon Ramsay tu mungkin kebetulan je ada dalam tu....hehehe
      Tapi ikut kisah si Ronnie ni, mmg sedih sikit laa sebab dibuang keluarga dek kerana tabiat buruk dia...

      Beli Plain, beli...heheeh

      Delete
  2. Well people said, you know you've read a good book when you turn the last page and feel a little as if you have lost a friend. It turns out they are true in case of you :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Gee Lion
      Agreed. The feeling to be apart with the book sometimes give me a depression. But as always, I try to keep moving forward nevertheless the feeling...hehehe
      Thank you.

      Delete
  3. huishh baca review ko ni cero pon dah cukup. aku imagine mcm dalam citer ape tu yg yg watak utama nama Michael tu ? pastu aku bygkan mcm citer Escape Plan tu. fuhhh giler mencabar life dlm penjara. Aku pon mcm Plain -- aku harap aku tak akan pernah perlu berbuat demikian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @anamizu
      Prison Break!
      Hero dia Michael Scofield...hehehe,
      Suka gila citer tu dulu...Genius Michael.
      Escape Plan pun aku tengok wayang jugak...best!

      Delete
  4. nanti aku cari. setakat ni aku belom jumpa lagi buku ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Aujinz
      aku selalu singgah MPH dgn Kinokuniya memang ada...
      Dlm RM 38.90 gitu...
      Popular tak tau plak ada ke tak...
      Borders aku rasa ada...

      Delete
  5. ak pun tgh pikir dalam masa terdekat kena beli novel english... tapi disebabkan ramlee awang murshid nak kuarkan buku baru... bermelayulah aku sebulan lagi... :]

    ReplyDelete
    Replies
    1. @cinderella besar sikit je
      Next aku rasa nak start baca John Green punya novel...
      Selalu tgk dia dlm YouTube, tak sangka plak dia John Green yg sama yg mengarang novel fofular tu...hehehe

      Delete
  6. aku rasa ko memang seorang pengulas buku yang baik bero !
    i just can feel it:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. @nazha anua
      Gah gah gah!!!
      Ko jangan nak bagi aku kembang hidung, Nazha...
      Blog bila nak update? hehehehe

      Delete
  7. psstt cEro, aku tukar url blog :
    ana-mizu.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. So, boleh kata dah tercapai ke impian kau utk dpt feel duduk dlm penjara?? Or you still need to have physical experience to be among them?

    Btw, tahniah sbb berjaya abis membaca the whole book. Lg satu, cara penceritaan kau buatkan aku excited gak utk dptkan buku ni. Pinjam buleh?? Tihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Haryz Khairuddin
      Sebenarnya aku mcam berangan nak ke Bali dan melawat Hotel K ni, kira macam relive the moment laa gitu...
      Tp ntah bila laa kan...hehehe

      Nak pinjam ka? Singgah rumah aku amik meh...

      Delete
  9. Sentap bila ada org kata aku tak suka membaca since I do read a lot!tapi tak terhad pada bukulah,hanya kerana tak baca novel tak bermaksud tak suka baca ceh *tetiba emo* plus,kerja sbg editor ni buat aku rasa letih tgk buku.
    Aku rasa aku akan pass on this book sebab tak suka baca kisah realiti yg menstresskan haha but thanks to you,at least now I know about Hotel K.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @star
      aku ada sorang kawan macam kau, jenis tak suka buku2 non-fiction ni...
      Pada aku, aku lagi susah nak hadap buku fiction...hehehe
      Ko keja editor best hape...heheh

      Delete
  10. aku selalu beli buku. tiap bulan mesti ada beli sekurang2nya satu. tapi belum tentu sebulan aku baca satu buku.
    jadi boleh kata hobi aku beli buku. baca buku tu jatuh hobi nombor lima belas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Keri Ikhwan
      Dulu pon aku selalu beli je buku, tp tak habiskan baca pon...
      Then aku berazam kena habiskan dulu buku yg dibeli sebelum boleh aku beli buku lain...
      Kena berkeras sikit dgn diri sendiri...hehehe

      Delete
  11. Aku suka baca buku-buku yang orang tak suka baca. Yang hanya orang-orang tua je kot suka baca. (KOT). contoh, buku-buku motivasi, buku-buku keagamaan (hek eleh) dan buku-buku 'travelog'.
    Aku paling lemah kalau buku bab sejarah. Lambat giler aku nak perabih. Novel? hrmm..tengoklah - kadang-kadang aku baca.
    Buku puisi? Aku baca ikut mood.

    Tapi, kalau buku tu kawan-kawan yang tulis, memang aku baca laju, lebih-lebih lagi kalau aku dah tau style tulisan dia cane - dan aku memang minat tulisan style camtu.

    Yang aku paling perasan, aku tak suka baca buku yang kena kerut-kerut kening bila baca sebab tak paham, pastu konon konon nak kata kita paham, kita kata ianya DEEP. pfffttt!

    Untuk tahun ni, aku baru habis baca 10buah buku. Jauh ketinggalan dengan kawan-kawan aku yang ulat buku. Hana Ahmad contohnya. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. @~* chirpy_chummy *~
      Pada aku, bukan jumlah yg aku cari, tapi lebih kpd buku apa yg aku baca...
      Kalau berminat, aku tak kisah sgt siapa penulis siapa penerbit, asalkan aku minat...
      Mainly sbb aku nak tahu isi dia, yg kemungkinan aku takkan dpat tahu seumur hidup aku kecuali kalau aku membacanya, macam buku Hotel K ni...

      Delete
    2. yeah, as i said - aku pun baca ikut minat. aku bukan ulat buku pun. tapi aku suka tengok ulat buku. mereka memang minat membaca dan most of them membaca BUKAN untuk kumpul jumlah (yg aku tulis aku baru baca 10 tu sebagai pemangkin untuk aku biar rajin membaca. hehe). it's a hobby. sehari sebuah buku tu normal untuk mereka. macam orang main game as a hobby, sehari kena jugak cane cane pun main game dan habiskan at least seround.

      apa pun, as a muslim, kita di galakkan rajin membaca. ayat pertama yang di turunkan kepada Nabi Muhammad saw pun dah menyatakan betapa pentingnya membaca, aite? nak tak nak, kita kena juga paksa diri untuk rajin membaca.

      eh, panjang pulak aku bebel. :p

      Delete
    3. @~* chirpy_chummy *~
      Betul2...setuju sangat...Ilmu kena dikejar, salah satu sumber ilmu utama ialah membaca. jadi marilah kita rajin membaca...
      (Macam aku, rajin baca komik je selalu...hehehe)

      Delete
  12. Aku rasa review ko ni best sangat cero. Tak kisah la first time review ke apa tapi aku nampak keseronokan ko bercerita. Kira ko suka betul ye Hotel K ni.
    Aku yang membaca ni dah siap terbayang2 prison break. Serius cerita tu best gila even ada jugak aku skip tonton. Haha.
    Aku suka baca buku tapi betullah nak baca buku kena komitmen. Jenis aku pun bukan boleh habis baca satu hari. Jeles tengok orang yang baca cepat je habis.
    Nanti kalau berjodoh dengan buku ni aku nak beli. Aku jenis baca buku pelbagai. Haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Hikayat Seorang Budak
      Prison Break memang best!
      Aku layan dr awal smpai habis...hehehe **eksaited**
      Kena rajin2 baca buku (walaupun aku ni pun malas) sbb dengan membaca, kita boleh banyakkan ilmu.
      Nanti otak berkarat, payah..Hehehe
      Dah baca buku Hotel K ni, nanti buatlah review..

      Delete
  13. rasa macam pernah baca citer pasal hotel K ni kat blog ni gak.
    dejavu kah ini?


    dulu-dulu suka gak layan novel kahwin paksa,
    tapi sejak tv3 asyik adaptasi cerita dari novel tu semua
    langsung dah tak berkenan, bukan takat novel,
    cerita dia kat tv3 yang dok tayang
    pukul 7 mlm 9 mlm langsung tak de mood nak hadap.

    layan Running Man dengan drama korea je sekarang ni. HAHAHHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. @nanadhoi
      Bukan dejavu, memang ada.
      Masa mula2 beli dulu aku ada bgtau ttg buku ni sambil persoalkan bila akan aku habis baca buku ni...hehehe

      Korea? Hehehe...aku kurang minat korea..even running man pun...hehehe

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License