Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Feb 23, 2014

F untuk Fuwa Fuwa.


Zaman sekolah sudah lama aku tinggalkan.
Apatah lagi zaman sekolah rendah.
Namun, ada kenangan yang aku susah nak lupakan.
Kebanyakan kenangan tersebut memberi kesan kepada aku,
menjadikan aku sebagai aku.



Kali ini,
sekali lagi aku akan ceritakan kisah aku semasa sekolah rendah dulu.
Aku tak pasti kenapa, tapi kebelakangan ni banyak sangat perkara yang membuatkan aku terkenang zaman seluar biru dulu.
Kebanyakan orang sebaya aku sudah hilang memori tentang zaman sekolah rendah.
Tapi pada aku, bukan mudah nak hilangkan memori yang terkesan, kan?

Tiga jenis kawan sekolah rendah yang (pada aku) amat memberi kesan kepada aku ialah:
1. Kawan baik/rapat.
2. Crush (dalam BM apa ek?)
3. Pembuli

Sebut tentang pembuli,
seminggu lepas, aku ditag pada satu gambar dalam Facebook.
Gambar tersebut adalah gambar lama kelas aku sewaktu darjah 6.



...dan dalam gambar tersebut terdapat pembuli setia aku.
Nama dia F.

Aku mula sekelas dengan F pada darjah 5.
F, pada gambaran aku, seorang perempuan yang sporty.
Dia wakil sekolah dalam hoki.
Walaupun bertubuh kecil, tapi dia memang lincah atas padang.
Satu ciri dia paling aku gemar ialah dia sentiasa ceria.
Sentiasa senyum, ketawa (besar) dan aktif.
Tapi pipi dia sedikit tembam, sentiasa merah, fuwa fuwa.

Hubungan aku dengan F sedikit rumit.
Dia selalu bergaduh dengan aku.
Atas sebab tertentu, dia selalu ejek aku 'ikan keli'.
Mula-mula aku marah, tapi lama-lama aku jadi tak kisah.
Malah, nama itu jadi spesel, hanya dia sahaja yang dibenarkan panggil aku dengan nama tersebut.

F suka cari pasal dengan aku.
Bayangkan,
tiba-tiba dia datang meja aku, rampas pemadam,
lepas tu bawa ke meja dia.
Bila aku datang nak ambil balik, dia campak ke belakang.
Bila hilang, dia akan kata 'padan muka' sambil gelak.
Jahat, kan?

Tapi esoknya, bila aku datang ke sekolah,
ada pemadam baru atas meja aku.
Aku tahu F ganti, tapi bila aku tanya dia, dia kata 'bukan' sambil tersengih-sengih.

Pernah satu ketika dia rampas air sirap bungkus aku punya dan buang dalam tong sampah.
Tapi pada waktu balik, dia ajak aku nak belanja aiskrim.

Sebab tu aku tak pernah ambil hati dengan sikap F.
Walaupun kadang-kadang kurang ajar,
seperti contoh suka ketuk kepala aku dengan kertas gulung tanpa sebab,
aku hanya akan marah tengking.
Aku tak akan pernah balas fizikal semula.
Sebab aku tahu, F memang macam tu.

Dari pakaian dia, beg dia, alat tulis dia, kasut dia,
aku tahu F datang dari keluarga berada.
F tinggal di perumahan sebelah taman aku.
Perumahan rumah teras 2 1/2 tingkat, kawasan rumah orang kaya.
Aku hanya duduk rumah kuarters.
Dari situ aku tahu, perangai F mungkin datang dari latar belakang keluarga dia.

Bila kami berdua bergaduh, masing-masing akan bermasam muka.
Tapi selepas beberapa waktu (pembelajaran), kami akan berbaik semula tanpa perlu mengungkit pergaduhan sebelumnya.
Tapi beberapa minit kemudian, kami gaduh balik.
Dan kemudian baik balik.

Dinamika persahabatan antara aku dan F buatkan kami rapat, tapi dalam masa sama selalu bergaduh.



Dijadikan kisah,
awal tahun darjah 6 memang sibuk dengan sukan.
Wakil-wakil sekolah akan berlatih waktu petang selepas persekolahan.
F wakil sekolah dalam hoki.
Aku wakil sekolah dalam olahraga.
Kami berlatih di atas padang yang sama.

Aku selalu duduk tepi padang berehat sambil tengok budak hoki berlatih.
Atas padang F memang serius. Tak senyum langsung.
Tapi dia punya gelecek kayu hoki sangat mantap.
Muka dia yang jadi merah dan berpeluh-peluk sambil bawa bola dengan kayu hoki ikut celah-celah pemain lain, pada aku, memang sangat cool.
Imej dia itu sangat terlekat dekat otak aku.
Aku hanya perlu pejam mata dah boleh bayangkan gerak-geri dia yang nampak macam menari tu.

Satu hari,
selepas latihan olahraga, aku ke kantin nak beli air.
Kantin kosong, hanya makcik-makcik sibuk berkemas sebab sudah petang.

Tiba-tiba, dari jauh aku ternampak satu tubuh duduk seorang diri tertunduk di kerusi paling hujung.
Setelah diamati, yang duduk itu ialah F.
F jarang duduk seorang.
Dia selalu ditemani kawan-kawan lain.
Jadi, merasakan sedikit pelik, aku cuba nak menghampiri dia.
Tapi,
dari jauh aku boleh nampak badan dia turun naik turun naik.
Kadang kala terdengar bunyi teresak-esak.
Waktu tu, aku tahu.
Jadi aku batalkan niat aku untuk menghampiri dia.
Kenapa?
Sebab aku tahu F sedang menangis.

Itu kali pertama aku nampak dia sedih.
Kali pertama dan kali terakhir.
Pada waktu itu aku sedar,
F juga manusia biasa.
Dia juga ada hati dan perasaan.
Dia juga boleh gembira, boleh bersedih.
Dia sama seperti aku. Sama. SAMA.

F seorang yang tinggi ego,
jadi sudah pasti dia tak mahu orang nampak dia menangis,
apatah lagi kalau yang nampak tu 'mangsa buli' dia sendiri, iaitu aku.
Sudah tentu dia tak mahu kelihatan lemah.
Jadi aku buat keputusan untuk tidak menghampiri dia yang sedang menangis.
Aku patah balik dan buat tak tahu walaupun dalam hati aku perasaan ingin tahu sebab apa dia menangis tu sangat tinggi.

Pada waktu itu,
aku fikir itu adalah keputusan TERBAIK yang aku boleh buat.
Keputusan aku ialah dengan tidak menghampirinya.

Esoknya, dia kembali ceria,
seperti sebelumnya, bergelak ketawa, riuh rendah sana sini.
Tapi aku sedar sesuatu,
dia seperti kekurangan sesuatu.
Ketawa dia lain, walaupun masih sama.
Suara dia lain, walaupun tidak ada yang berubah.
Perangai dia lain, walaupun masih seperti sebelum ini.

Ada sesuatu pada dia yang sudah 'hilang'.
Tapi aku tak pasti apa, aku tak tahu apa.
Yang aku tahu, sejak kejadian menangis di kantin itu,
F sudah tidak sama seperti F yang aku kenal.
Dan ianya berlarutan sehinggalah ke hujung tahun...

...dan aku masih berdiam diri tidak bertanyakan dia kenapa....




Seperti pernah aku cerita, selepas UPSR
aku dan kawan-kawan sekolah rendah putus jejak.
Semua sebab aku masuk asrama.
Tempat baru, kawan baru, persekitaran baru, belajar perkara baru.
Semua baru.

Tapi satu perkara yang aku tak dapat cari ganti semasa di sekolah asrama ialah kawan/lawan seperti F.
Seseorang yang aktif, riang, ceria dan suka rampas pemadam aku.
F seolah-olah seperti watak perempuan ganas yang selalu menjadi kawan baik kepada watak utama hero dalam siri anime.
Seperti Arisawa Tatsuki kepada Kurosaki Ichigo.
Seperti Hokuto kepada Tsuchimikado Harutora.

Tiada siapa dapat jadi pengganti F kepada aku.

Setiap kali aku cuti di asrama dan balik rumah,
aku selalu berharap dapat bertembung, bertemu dengan F.
Tapi tak pernah. TAK PERNAH.
Aku tak ada jalan nak berhubung kembali dengan dia.
Jadi, segalanya hilang sedikit demi sedikit...




Selepas ditag pada satu gambar kelas darjah 6 dalam Facebook baru-baru ni,
berpusu-pusu notification masuk, termasuklah beberapa 'friend request'.
Salah satu 'friend request' itu datang dari F.

Like a stalker i am,
aku pun meneliti setiap gambar dalam photo Facebook dia selepas comfirmkan friend request dari F.

Seperti yang aku jangka, semua gambar yang ada adalah gambar ceria.
Senyum, gelak, berperangai keanak-anakan walaupun sudah tak berapa nak muda.
Lebih mengejutkan, dia sudah kahwin.
Dikurniakan seorang anak, sinar ceria F ada pada anaknya.

Pada waktu itu, aku sedar sesuatu.
Rahsia kenapa F berubah, kenapa dia menangis,
nampaknya akan kekal menjadi rahsia yang kemungkinan besar tidak akan pernah akan terbongkar.

Pada waktu itu, aku juga sedar.
Keputusan aku untuk tidak menghampiri F di saat dia sedang teresak-esak di kantin adalah satu keputusan yang bodoh.
Apa salahnya seorang kawan mengambil berat kawannya yang lain.
Apa salahnya seorang manusia menolong manusia yang memerlukan sokongan.
Apa salahnya aku bertanya masalah F pada ketika itu.
Kalaupun dia tak mahu bercerita, paling tidak dia tahu ada yang sudi membantu, atau paling kurang jadi teman mendengar.

Aku bodoh.

Pada waktu itu juga aku sedar,
aku terkenangkan F bukan sebab dia (3.) pembuli, juga bukan sebab dia (1.) kawan baik,
tapi....




terlambat.





.


20 comments:

  1. *pats on cero's back, "pat pat"*... ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. @plain83
      Thanks plain
      **kesat air mata**

      Delete
  2. ehem! hurmmm...jg dikesali apa yg telah berlaku..hehe3
    everything happen for a reason...da lma x bca blog ko weyh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Miss Comot
      Hehehe, thank you..
      Kesal tu mmg ada, tp rasanya tak ke tahap kecewa yg amat sangat..
      Tp betul, everything happen for reason..

      Delete
  3. fuwa fuwa tu buat aku tertanya2 apa maksudnya. Siap google lagi dan katanye maksudnya fluffy. Yeke? Sori, bkn peminat manga di sini jd tak fhm.

    Crush pun aku saje google gak. Selain merenyuk & hancur, ada gak cinta & angau. Hee.. Takpela.. at least ada memori yg manis. Angau ke cinta pertama ke, kte sendiri yg decide sbnrnye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @fISZ
      Yup, fluffy..Hehehe
      Memori yg manis mmg manis..Angau ke, cinta pertama ke, itu tetap manis..Kenangan lama yg manis kalau dibuat kenang sekali sekala, boleh buat tersenyum...hehehe

      Delete
  4. ops..ko punya real crush ke cero?
    cerita nampak macam drama..

    well, ada hikmah bero kau tak tegur dia?:-)
    hehe..yang lagi sorang tu kau dah call ke belum?

    ReplyDelete
    Replies
    1. @nazha anua
      macam drama kan? Sebenarnya biasa je, cuma aku yg selalu dramatikkan cerita...hahaha

      Yg seorang lg, aku tak call...Belum ada kekuatan..
      Separuh dr hati aku takut dia dah berpunya dan aku mungkin akan kecewa...hahahah
      (loser kan?)

      Delete
  5. like seriously? dramatic jugak cerita ni, tp real life punya. Crush la ni kan?haha,, xpe, patah tumbuh hilang berganti,,haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. @trah zain
      'patah tumbuh hilang berganti'
      sesetgh mmg ya, tp kebanyakkannya tidak terganti.
      Cuma yg baru datang mengisi ruang lain yg masih ada.
      Ruang yg sudah ada, masih tetap ada.

      Delete
  6. nice story. terus teringat kisah zaman sekolah dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. @nurdani
      Zaman sekolah adalah zaman yg penuh dgn kenangan...

      Delete
  7. Aku rasa,
    Dia 1st time kena period kot masa dia nangis tu.
    Dia kan ganas, so dia tak tahu apa yang dia patut buat.

    Dan biasanya, gadis selepas kena period memang ada sikit perubahan pada tingkah laku dia.. macam, lebih pendiam atau lebih pemalu daripada biasa. haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Sophie Al-Yahya
      Oh!
      Aku tak terfikir pun macam tu...
      Masuk akal juga. Umur yg tepat, waktu yg tepat, tindakbalas pun tepat.
      Selaku budak biologi, aku patut lebih faham..hm...
      Aku rasa telahan kau tu betul laa...

      Delete
  8. crush dalam melayunya penyek. hokhok hokay xlawak.
    fuwafuwa tu mende pulak. gua syak namanya fawziah.

    well, gua malas nak jd mcm justin bieber tp kena ckp jgk: everything happen for a reason. ada baiknya lu xtegur tu. cuma taktau apadia. mybe klo lu tegur dia dia terus mencik lu ke, kena belasah ke..

    ok dh, gua rsa dh mcm karangan bergmbar dh komen ni :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Zyra Roxx
      Betul tu rasanya..everything happen for a reason..
      Tp not knowing apa punca dia jadi macam tu pun buatkan aku tak tentu arah...
      AKu cuma nak tahu...curiosity menggunung...hahaha

      Delete
  9. 1.rugi sebab dulu engko tak p tanya masa F nanges tu.
    2.ada hikmah setiap benda yg jadi.
    3. err.... entah ape nak kata lagi :P

    hermm no (2.) rupanya. RUGI betol sbb engko tak bagi bahu masa dia nanges dulu tu huk3

    ReplyDelete
    Replies
    1. @anamizu
      bila difikirkan balik, aku kawan yg tak berguna...
      bila kawan lain perlukan pertolongan, aku tak tolong...
      T_T

      Delete
    2. eh bukan niat "tak tolong kawan yg memerlukan"
      cuma masa tu awak rasa TAK PERLU pergi.
      itu je.
      tapi kalo sekarang nak p tanya, mcm takde guna gak kan.
      sbb dia pon dah kawen.
      kalo dia stil single ke, buleh la gak try.
      gerl ni selalunya nanges sbb :

      1.1st time period & blur sbb tak tahu nak kene watpe.
      2.family matters.
      3.heart feelings.

      dan kdg2 gerl(cnthnye aku) nanges bila rasa betol2 dah takleh tahan beban sesuatu mslh tu. so lepaskan dgn cara nangesla.
      ada jugak gerl yg nak lonely je ms tu (ms nak nanges tu) tapi,
      sbnrnye kalo la ada someone (or cnth situasi engko tu -- ENGKO) pegi bagi bahu masa tu, maybe ending dia akan jadi camni --- > :)

      Delete
    3. @anamizu
      Hahaha, aku pun rasa kalau aku pergi tegur, ending akan jadi lain sikit...
      Tp apa boleh buat, fikiran waktu tu mentah sangat...
      Setelah beberapa belas tahun baru nak terfikir balik, agak terlambat di situ...hahahaha

      Thanks 4 the opinions.
      Mmg tak terfikir pon psal period, sbb aku ni laki...hahaha

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License