Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Mar 3, 2013

Ajaran #21 - Ketakutan adalah Dicetus, Bukannya Semulajadi.



Tahu tak apa yang menakutkan?
KETAKUTAN itu sendiri.



Seorang ahli psikologi bernama John Watson (wiki) telah menjalankan satu eksperimen pada 1920 mengenai ketakutan.

Pada awal eksperimen, dia bersama pembantunya, Rosalie Rayner telah meletakkan seorang bayi yang dipanggil Albert, berusia 11 bulan, di dalam sebuah bilik di dalam hospital dan didedahkan buat kali pertama dengan barang-barang seperti arnab putih, tikus makmal putih, monyet, anjing, topeng putih yang berbulu dan yang tidak berbulu, gumpalan kapas putih, surat khabar yang sudah terbakar dan macam-macam lagi. Albert dilihat tidak takut dengan mana-mana barang di situ.

Kemudian, Albert diletakkan di tengah bilik dan berhampiran, diletakkan seekor tikus putih makmal. Albert dibenarkan untuk menyentuh dan bermain dengan tikus itu. Tiada tanda takut dikesan.

Dalam sesi seterusnya, apabila Albert dilihat menyentuh tikus putih itu, Watson dan Rayner melagakan rod-rod besi dan menghasilkan bunyi yang kuat. Bunyi kuat itu mengejutkan Albert. Dia takut dan menangis. Eksperimen diulang dengan setiap kali Albert menyentuh tikus itu, rod besi dilagakan.

Apabila setiap kali Albert diletakkan berdekatan dengan tikus putih, dia akan menangis ketakutan dan bergerak menjauhi tikus. Kemudian, Albert juga didedahkan dengan benda putih dan berbulu yang lain seperti arnab putih, topeng berbulu, juga topeng santa Claus dengan janggut putih yang dperbuat dari kapas. Albert dilihat akan menjadi takut apabila melihat benda putih dan berbulu. Dia mengaitkan benda putih dan berbulu (seperti tikus makmal) adalah menakutkan.

Eksperimen menunjukkan ketakutan adalah dicetus, bukannya semulajadi.

Malangnya, Albert dikeluarkan dari hospital tempat eksperimen dijalankan sebelum sempat dipulihkan sepenuhnya. Dia dan keluarganya kemudian hilang tak dapat dikesan.



Pada pendapat aku, ketakutan adalah dari pengalaman, bukannya semulajadi.
Pengalaman sama ada sendiri, atau suapan visual atau auditori dari sumber lain.

Kita dari kecil didedahkan dengan perkara yang perlu kita takut.
Kita takutkan rotan kerana sakit.
Setiap kali ustaz tempat mengaji mengangkat rotan, kita diajar supaya patuh.
Kita takut dengan guru besar yang garang dan bermisai lebat.
Sehingga kini, jika kita lihat bakal bapa mertua dengan misai lebat, ataupun polis trafik dengan misai melenting, kita jadi waspada, takut dan berhati-hati dari membuat kesilapan.

Pada dasarnya, kita tak takut dengan perkara yang kita kata kita takut.
Kita takutkan perkara yang terjadi/ produk kepada perkara yang kita kata kita takut.

Albert tak takutkan tikus putih dan barangan putih berbulu,
dia takutkan bunyi bising yang mungkin berlaku selepas dia sentuh barangan tersebut.

Kita juga sama.
Kita kata kita takut gelap.
Sebenarnya, kita takut perkara yang boleh berlaku dalam gelap.
Kita disuap dengan cerita hantu (yang gelap), dan kes culik rogol (di kawasan gelap), serta kejadian samun bunuh (di lorong gelap).
Kita sudah kaitkan kegelapan dengan perkara buruk.

Kita kata kita takut jarum suntikan.
Sebenarnya, kita bukan takut jarum suntikan.
Kita takut, apabila disuntik, kita rasa sakit yang teramat sangat.
Kita disuap dengan paparan cerita dan drama di mana apabila ditikam bertalu-talu, darah termercik dan mangsa menjerit kesakitan sebelum mati.
Kita sudah kaitkan jarum suntikan dengan kesakitan melampau.

Sama, aku takut lipas.
Ianya sebab pengalaman aku alami di mana semasa tidur nyenyak, ada lipas masuk merayap dalam baju aku.
Perasaan kaki lipas yang tajam-tajam, melata atas kulit dalam baju itu tidak mahu aku ulangi.
Jadi, aku benci lipas.



Nasihat aku,
jika korang takutkan sesuatu, sila ambil masa sejenak.
Fikirkan apa yang korang takut.
Tackle punca sebenar ketakutan korang.

Korang takut nak luahkan perasaan cinta kepada seseorang?
Sebenarnya, korang takut ditolak.
Cuba ambil perasaan ditolak itu sebagai satu pengalaman yang mungkin takkan pernah korang rasa.
Dengan itu, kalian masih ada keyakinan untuk berdepan.
Sebab kalau luahan perasaan itu diterima, korang bertuah.
Kalau luahan perasaan itu ditolak, korang masih positif.

Jangan takut. Lawan ketakutan.
Sebab ketakutan hanyalah satu rangsangan luaran yang masuk ke dalam fikiran.

Kerana takut yang sebenar adalah takut dengan kemurkaan Allah SWT.

Beritahu aku,
apa yang kalian takutkan dan bagaimana kalian mengatasinya.





postquam-scriptum:
Satu usaha mengesan bayi Albert yang hilang itu dijalankan pada tahun 2009, mendapati bahawa Albert mati pada usia 6 tahun akibat dari penyakit Hydrocephalus (kepala membesar dipenuhi air).
Ya, penyakit itu tiada kaitan dengan kegagalan memulihkan Albert kepada asal, tapi eksperimen (Little Albert) ini menjadi kontroversi dan dikatakan antara eksperimen psikologi manusia paling tak beretika dalam sejarah.

.




20 comments:

  1. betul. kadang2 tu ada mak bapak yang suka menakutkan anak2 hanya sebab dorang malas nak bagi penjelasan untuk setiap pertanyaan anak2. (ni lebih kepada ketakutan dari external input.) akhirnya anak2 jadi penakut & x suka berfikir.

    aku takut tempat tertutup (claustrophobia). bukan sebab dulu pernah kena kurung sebab nakal sangat.. tapi aku x suka environment yang tertutup tu. tapi tengok dari sudut yang positif, at least aku dah nampak gambaran camne aku nak hadapi 'benda' tu satu hari nanti. bila mana aku terpaksa jugak berdepan dengan 'situasi' tu sorang diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Haryz Khairuddin
      Baguslah kalau kau mampu tgk dari sudut yg berlainan.
      Claustrophobic, pd aku, bukan masalah yg serius kalau si penghidap dpat bertenang drpd terus menerus panik..

      Delete
  2. Elie geli dnegan semua binatang. termasuk kucing. cara mengatasi? takde cara. memang geli sejak dari dulu. Sekian! hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Elie Lily
      Jadi, kalau tetiba da kucing naik ke atas riba Elie, Elie buat ape?

      Delete
  3. Yup. Until now, saya masih simpan perasaan sahaja tanpa meluahkan perasaan dan akhirnya perasaan tu berkubur mcm tu sahaja. Seingt saya, saya tak pernah meluhkan perasaan after kena tolak dulu, since that until now

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Mysara Newrie
      Begitulah manusia. Sentiasa belajar dari pengalaman walaupun kita tak menyedarinya...kan?

      Delete
  4. Nak tambah juga. Aku rasa kita juga takut dgn benda yg kita tak boleh nmpk dgn mata kita sendiri. Contohnya dlm gelap klu ada bunyi tiba2 pasti kita akan takut padahal klu buka lampu sebenarnya bunyi tu benda yg tak menakutkan langsung.

    Cthnya lagi klu dgr bunyi dtg dr dapur. Mesti dtg elemen takut tu sendiri sbb kita tak tau apa benda yg menghasilkan bunyi tersebut. Rupa2nya kucing sdn selongkar tong sampah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @WZ
      Betul! Kita takut kepada ketidaktahuan, walaupun kadang2 ianya terlalu kecil dan mudah utk ditafsir.
      Sebab tu dpat mainan dlm kotak Tora lagi best dari beli mainan yg sama di kedai mainan.

      Delete
  5. Aku takut dukung baby. Takut terkatuh pecah kepala, mak dia marah, aku kena tangap, dibicara, masuk penjara, hukum mandatori...

    Jadi, aku just picit pipi saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Merok
      sama laa...aku takut nanti aku terpicit perut baby tu kuat sangat smpai tahap nanti besar dia kena penyakit di perut...
      So, aku prefer tgk je dari jarak sehasta...

      Delete
  6. aku bukan takut, aku BENCI YANG AMAT2 saja... benci suntikan jarum... aieeee!!!

    pendek kata aku BENCI dan tak bleh tolerate apa2 saja yg result kepada kesakitan fizikal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. @plain83
      Kontra dgn aku, aku suka melihat diri aku disakiti.
      Dengar macam sadist, dan masochist, tp contohnya kalau waktu aku diperlukan utk terima suntikan, aku akan pastikan aku tgk nurse tu suntik aku depan mata tanpa bius sbb pd aku, perasaan sakit itu membuatkan aku lebih menghargai diri sendiri.

      Delete
  7. ketakutan itu sebenarnya ada dlm minda..
    sampai masa, jumpa ketakutan kita sebenar...
    kite sendiri kene betulkan mind set supaya x takut..
    oh apekah yg kurepekkan ni?haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. @MS. NO NAME
      Betul tu.. tp kadang2 ketakutan yg sudah di'imprint' dlm minda terlalu kuat sampai tahap walaupun kita tahu kita tak patut takut, tp kita tetap akan takut...
      (err...aku pon mcam dah merepek...hehehe)

      Delete
  8. Aku tak serasi dengan lipan. Mungkin masa kecik nenek aku pernah kena sengat lipan semasa tidur dan jeritan kesakitan beliau terakam dalam kepalda aku yang menghantar maklumat bahawa lipan itu berbisa jadi sila berhati hati.


    Sehingga sekarang, aku masih menjauhkan diri bila ternampak lipan XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Aujinz
      Lipan?
      Kadang2 aku terjumpa dlm bilik air juga tau...
      Selalu aku jirus air je bagi hanyut jauh2...heheheh

      Delete
  9. Nice ! Seriously!!

    ReplyDelete
  10. @Anonymous
    Nice? Wow! Thank you!

    ReplyDelete
  11. bungacintamelur19 March, 2013 16:57

    aku takut kalau aku bunuh katak sebab ia geli geleman

    ReplyDelete
    Replies
    1. @bungacintamelur
      Katak kecil OK lg kalau bunuh...
      Yg besar2 or kodok yg hodoh2 tu, memang geli jadinya....kan?

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: