Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Mar 13, 2013

6 Cara Komuniti Atas Talian Untuk Nampak Lantang dan Hebat.


Tahu tak apa yang aku suka, dalam masa sama, aku benci?
Internet.



Aku suka internet.
Kalau kena pindah rumah, perkara pertama aku cari ialah internet.
Aku suka internet sebab ilmu yang aku boleh dapat di dalamnya.
Paling aku suka, YouTube.

Tapi internet bukan seindah yang disangka.
Ada perkara yang aku benci, ada pada internet.
Iaitu pengguna internet.

Kebanyakan dari mereka lantang, kasar dan biadab.
Semua jadi besar hanya kerana berada di sebalik nama samaran.
Mereka caci sana sini, mereka kutuk sesama sendiri.
Mereka reka cerita, fitnah, dusta dan tipu.
Mereka salah guna kebebasan dalam talian untuk buat onar.

Tapi aku tahu, tak semua begitu.

Berikut adalah ENAM gelagat sebilangan besar pengguna internet
terutamanya dalam laman sosial yang berlambak sekarang ni.
Mereka mahu kelihatan hebat dan lantang,
sedangkan mereka masih berselindung di sebalik nama samaran.
Macam aku.


Yang aku nampak, kalau seseorang tu nak nampak hebat,
dia selalu guna jargon.

Jargon adalah istilah-istilah yang sofistikated dan hanya difahami sesetengah golongan sahaja.
Seperti contoh macam terminologi dalam bidang perubatan, kejuruteraan, dan juga perniagaan.

Dengan menggunakan jargon, golongan yang membaca akan sedikit sebanyak menganggap kita lebih berilmu dan lebih hebat sedangkan kadang-kadang apa yang nak disampaikan adalah mudah dan remeh, di mana bahasa biasa juga boleh digunakan.
Banyak orang terlebih guna jargon sehingga apa yang nak disampaikan tersekat.

Di luar formaliti, sila elakkan guna jargon.




Masyarakat tempatan kita juga ada satu tabiat pelik.
Tiap kali nak tekankan sesuatu perkara, mereka suka guna bahasa inggeris.

Timeline twitter aku penuh dengan orang sedemikian.
Pedulikan grammar, asalkan dibaca sedap, sudah memadai.
Kadang-kadang, yang membacanya pun tak dapat tangkap apa yang nak disampaikan.
Bila ditanya kenapa tak guna BM je,
akan dibalas dengan "aku nak praktis BI"
"Itu tuntutan masa kini."
"Aku tak tahu perkataannya dalam BM."

Mentaliti kita beranggapan dengan menggunakan BI,
kita akan dipandang tinggi, lebih tinggi dari bahasa sendiri.
Cubalah cakap macam tu dengan masyarakat dari Jepun, Jerman atau Perancis.
Mereka merupakan negara maju, tapi bahasa mereka tetap bahasa ibunda.



Satu lagi yang selalu aku tengok ialah
PENGGUNAAN CAPLOCK.

Aku tak kisah kalau sekali sekala digunakan dalam ayat untuk TEKANAN ISI YANG NAK DISAMPAIKAN,
TAPI,
KALAU DAH SAMPAI TAHAP SETIAP PERKATAAN KAU NAK GUNA HURUF BESAR,
MACAM SAKIT OTAK PON ADA.

BILA KITA GUNA HURUF BESAR, AUTOMATIK SUARA DALAM KEPALA KITA YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMBACA AKAN JADI TINGGI SEDIKIT.
ITU KESAN HURUF BESAR KEPADA KITA.

JADI,
KALAU DAH SEMUA HURUF KAU GUNA HURUF BESAR,
KAN KE DAH MACAM TENGAH MENJERIT DALAM KEPALA SENDIRI.
(SUKA TAK SUKA TAK AKU GUNA SEMUA HURUF BESAR ALA-ALA BLOG AZWAN ALI?)



Ini lebih kepada nak tunjuk hebat
(dalam bahasa eloknya: kongsi ilmu)

Ramai sangat suka petik quote yang entah dari mana dapat pun tak tahu.
Kadang-kadang, macam tak masuk akal pun ada.
Kau pilih seorang tokoh, kau reka satu ayat yang sedap didengar,
pastu kau postkan dengan harapan orang yang baca akan kagum dengan kau.

Cuba (kalau banyak masa) kaji dulu asal usul quote tu.
Entah betul ke tidak datang dari tokoh yang dinyatakan.

Ada satu trend dalam FB sekarang ialah
suka quotekan ayat-ayat nasihat dari Ustaz.
Tulis lawa-lawa berlatarbelakangkan muka ustaz berkenaan,
pastu letak nama dan post
dengan harapan orang yang tengok akan share.

Masalahnya, kalau apa yang ditulis tu SALAH,
sekaligus kita sedang menyebarkan fahaman dan ajaran yang salah.
Dosa free tau...



Lagi satu yang menjengkelkan adalah penggunaan statistik.
Buat ayat fakta panjang-panjang, pastu letak satu dua angka yang menunjukkan (konon) kesahihan fakta tersebut.

Dah terlalu banyak dah orang salah guna statistik ni,
sampai ke tahap apa sahaja fakta dengan statistik yang dikongsikan
semua aku tolak.
Dari mana entah diorang dapat fakta macam tu..
Sekadar reka-reka, aku pun selalu buat.
(keyword: SELALU)

Agak-agak, mesti sedih para ahli statistik di luar sana.
Ye laa, diorang penat-penat belajar dan kaji siang malam untuk sahihkan fakta,
orang lain sedap-sedap je reka,
letak nombor, peratus dan anggaran sana sini.



Last but not least adalah favorite aku. Sarkastik.
Semua orang suka keluarkan ayat-ayat sarkastik,
tapi tak semua orang suka menerima ayat-ayat tu balik.

Kalau korang jenis yang cepat melenting, cepat terasa dengan ayat sarkastik,
sila jangan bagi ayat sarkastik kepada orang lain.
Sendiri tak boleh terima, sendiri nak buat kat lain.
Kan ke pelik macam tu...

Sarkastik ni sampai tahap boleh buat gaduh putus kawan oo...
Ada seorang kawan aku dah tak bertegur sape hanya sebab aku gunakan sarkastik dulu.
Padahal, aku tak tujukan kepada dia pun.

Sebab tu orang kata,
sarkastik ni macam baling cirit.
Yang dituju tak tepat, tapi yang lain juga kena.
Yang pasti, kita pun dapat juga habuan.
Hati-hati dengan ayat sarkastik anda.


xxxxxx

Aku pasti, paling kurang korang mesti ada pernah kenal atau buat mana-mana satu daripada 6 peel orang dalam internet yang cuba nak nampak hebat dan lantang ni, kan?
Aku pun ada buat, tapi aku tak suka akan semua outcomenya.
Makin hari, aku makin muak dengan perangai manusia dalam alam atas talian ni.

Walaupun hanya impian,
aku berharap internet boleh menjadi tempat yang lebih aman, tidak kasar dan biadab.

Tambahan lagi,
musin dekat pilihanraya ni,
aku pasti dan amat pasti akan banyak spesies orang yang perasan hebat dan lantang akan muncul dalam dunia internet.

Siapa yang membaca, harap dapat terapkan nilai-nilai baik sepanjang masa.
Sepanjang masa tak kira atas talian atau alam realiti.

Aku hilang kawan, hanya kerana hasutan bangsat entiti gelap internet.



.




17 comments:

  1. jargon n capslock tu paling aku menyampah. ye, betul. kadang2 jargon tu menambah pengetahuan kita. tapi cakap je la bahasa umum, kan ke senang? atau, kalau boleh di sertakan link utk terus ke maksudnya. hihi

    capslock tu, memang aku pn akan annoying gile. sama mcm kalau letak tanda seru banyak2 macam ni!!! KALAU TAMBAH MCM NI, LAGI AKU MENYAMPAH!!!

    gila tak? seolah menjerit smp keluar anak tekak nk cakap kt orang tu sekian2. haiyaa..
    =.=

    ReplyDelete
  2. Oh aku setuju dengar Mar. Lebih2 part CAPSLOCK tu. Menjengkelkan betul. T_T

    ReplyDelete
  3. Selalu guna ayat sarkastik tu..err

    ReplyDelete
  4. yang gunakan internet ni manusia biasa jugak. macam mana perangai dorang time offline, lebih kurang camtu jugak la perangai dorang time online. dah nama pon manusia kan?

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. @Haryz Khairuddin
    tak jugak. saya pernah kenal seseorang yg di alam maya ni kemain sosial outstanding nampak gayanya dia, tp di real life, jauh panggang dari api. heh!

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. @~* chirpy_chummy *~
    betul gak tu.. sebab manusia ni makhluk paling unik. boleh ada macam2 ragam n perangai. dan berubah2 ikut masa n keadaan..

    mungkin orang tu perlukan daya tolakan untuk jadi socially outstanding jugak dalam real life dia..? who knows right? (oh.. terguna manglish pula. 1 of the community stated above. huhu..)

    ReplyDelete
  10. aish bnyknya deleted comments...*tetiba*

    ..lol

    ReplyDelete
  11. Wlpun ak rasa aku tak buat mana-mana seperti point2 diatas, tapi kenapa aku terasa ni? T_______T

    ReplyDelete
  12. tambah lg 1 point,
    - point ke-7, orang yg suka taip 'itew, letew, agie, camnew, akew, lerzzz'...dan yg seangkatan dengannya :p

    ReplyDelete
  13. lagi 1..using picture..tapi riak dalam keadaan dia kekonon tak nak tunjuk tapi nak orang tahu dia tengah nak menunjuk..

    letak gambo anak tengah amik hp dalam beg..lepas tu tu lis caption : anak i kantoi amik IPHONE dalam beg GUCCI i..nakal betoi..

    tapi orang yang nak tunjuk riak ni semua aku rasa 1 hiburan bagi aku..kah kah kah

    ReplyDelete
  14. aku pernah buat kesemua yang diatas kecuali yang kepslock tue.. aku kena buat untuk rasa apa yang best sangat kalau buat benda benda nie semua..


    pengalaman maaa... dan nak tahu apa reaksi mereka mereka yang membacanya... lepas tue aku teruskan aktiviti macam biasa XD

    ReplyDelete
  15. @PoP-Soul
    Salut kembali!!!

    @3243608489901953404.0
    ~* chirpy_chummy *~
    betul2... bila baca dalam hati pun, suara dalam hati akan jadi tinggi bila baca yg capslock dgn tanda seru banyak2 tu...

    @hanaahmad
    nak fikir positif, mungkin butang capslock dia rosak kot...KOT! hahaha

    @kiru magu
    sarkastik bertempat takpe lagi..
    jangan sarkastik tak kena tempat, atau setiap tempat...hehehe

    @5975505493183297173.0
    hahaha, nak try ke??

    @WZ
    hahaha, ko terasa maknanya ko pernah buat laa tu...hahaha

    @plain83
    yg jenis macam tu mmg nak kena lempang rasanya...hahaha

    @nazha anua
    hahaha, kelakar habis bila baca yg jenis macam tu...kekonon tak berlagak, padahal...

    @Aujinz
    hahaha, bagusnya ko...
    merasa jugak laa ko buat mende2 camtu ek?? hehehe

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: