Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Feb 3, 2013

Gambar Paling Susah Nak Diterangkan Dalam Handphone Aku [Edisi Pornografi]


Tahu tak antara cara menilai peribadi seseorang?
Dengan melihat gambar dalam galeri phone dia.


Pergh! Tajuk pornografi je, laju korang datang...
Ini kesinambungan dari entri Gambar Paling Susah Nak Diterangkan Dalam Handphone Aku.
Malas nak klik dan baca?
Ok,
ini ringkasannya, sila baca dalam satu nafas:

Seorang kawan sama sekolah aku dulu meminta untuk melihat gambar dalam galeri handset aku dan bila aku tanya apa tujuan dia, dia kata dengan melihat apa yang kita simpan dalam galeri handset, kita akan tahu peribadi seseorang, sebagai contoh, peminat kucing akan memenuhi galerinya dengan gambar kucing, pervert dengan gambar lucahnya dan narcissist pula penuh dengan gambar diri sendiri. Yang menjadi persoalan ialah bila ada gambar yang tak mampu dijelaskan...

Sekarang,
aku akan tunjukkan satu lagi gambar yang susah aku nak jelaskan..

Ini dia:



Gambar ini diambil pada 29 November 2011 pada jam 2316 di satu tempat di Shah Alam.

Kawan aku bertanya,
"Apakah neraka gambar ini?"

Aku jawab,
"Masa sedang menunggu sesuatu, aku berjalan di bawah satu lampu. Kelihatan banyak siput babi berkumpul dalam satu tempat. Aku eksaited. Aku snap satu gambar."

Aku sangat sure, pada masa itu, kawan aku mengangkat sebelah kening dia tanpa pelik.

"Sebab eksaited, esoknya aku pergi cari maklumat lanjut tentang siput babi ni dan kelakuan diorang semalam. Rupanya, malam tu, diorang berkumpul ramai-ramai disebabkan sedang musim mengawan. Dalam gambar tu, ada lebih dari 10 siput yang berlumba-lumba cari pasangan nak mengawan."

Sekali lagi, kawan aku buat muka jijik.
"Kau snap gambar siput sedang mengawan? Dengan kata lain, kau macam photographer untuk porno versi siput. Hmmm..Aku rasa, kau perlukan bantuan.."

Seketika,
aku terdiam sekejap memikirkan apa yang diperkatakan.
Lalu aku membalas,

"Tahu tak kenapa aku simpan gambar ni?"
"Tak...Kenapa?"
"Bila masa sesuai dan aku perlu buktikan tentang kuasa jenama (brand power) kepada sesiapa, aku hanya perlu tunjukkan gambar ni.."
"Kenapa?"
"Aku tunjukkan gambar ni, dan orang hanya anggap ianya gambar biasa, tapi kalau aku letak logo kecil di satu penjuru gambar ni tertulis 'National Geographic', semua yang melihat akan berasa kagum dan kata ianya adalah keindahan alam.."

Semua yang mendengar, mengangguk...

Fuuuhh! Selamat.

Sedikit fakta tentang siput babi:
  1. Nama saintifik untuk siput babi ialah Achatina fulica
  2. Siput babi adalah simultaneous hermaphrodite, yang bermaksud seekor siput babi ada kedua-dua testes dan ovari dan mampu menghasilkan kedua-dua sperma dan telur.
  3. Jika terjumpa dua siput babi yang sedang bertindih antara satu sama lain, maknanya mereka berdua sedang mengawan.
  4. Ketika mengawan, kalau saiz sama, mereka boleh bertukar gamet sesama sendiri (persenyawaan dua hala)
  5. Ketika mengawan, kalau saiz berbeza, selalunya hanya persenyawaan satu hala dengan yang bersaiz besar sebagai betina (menerima sperma)
  6. Siput babi adalah haiwan dalam kelas gastropod, yang bermaksud 'berjalan menggunakan perut'.





.




11 comments:

  1. owh, dalam hp aku pun ada pic siput babi, member aku yg tengok x penah pulak tanya kenapa ada pic mcm tu.. haha.. hmmm maybe cuz member aku tu budak yg penah study biodiversity, so nothing weird there ^^

    ReplyDelete
  2. Kenapa ia dipanggil siput babi?... kejap.. aku nak Google

    ReplyDelete
  3. oh, btl juge. kalau ade logo national geographic kt penjuru gmbr tu n zoom sket, nesa pn trus pcaye ini photographer dorg amik xD

    ReplyDelete
  4. tahukah anda siput babi alah kepada garam?proses osmosis akan berlaku menyebabkan cairan keluar dari badannya jika garam diletak atas badannya..

    ReplyDelete
  5. Tau tak bila pijak siput ni dia rasa mcm ranggup. I hate that feeling. haha.

    jap jap, betul ke aku nampak mcm ada 3 ekor dlm gambar tu, adakah mereka... kbai.

    ReplyDelete
  6. aku rasa, gambar tu style weh!!! serius! bukan selalu moment cegitu...moment tu yg penting weh!.. aku amek gak.. hahhaha.. haritu, masa aku pi sabah, aku terjumpa seketul (apakah???) siput barbie ni.. jadi, memandangkan aku suka macro... aku pergi zoom dekat sesungut apa bendalah semua tu... sebab aku suka gila close up! ada pulak aku buat video... then...depa usha pelik aku tercangok amek gmbr siput barbie??? =___="... tapi, serius...sekali terjebak macro.. fewww!!!! :D...

    p/s: aku selalu bersalah ouh kalau setiap kali aku naik bukit nak balik bilik pas parking motor... aku terpijak siput barbie malam2.. :(

    ReplyDelete
  7. eh.. lupa pulak, kecian hat kecik tu.. nak mengawan gak ke??? hahahhaha

    ReplyDelete
  8. eh.. lupa pulak, kecian hat kecik tu.. nak mengawan gak ke??? hahahhaha

    ReplyDelete
  9. @waterxcolour
    Hahaha..Fuh Selsmat!

    @plain83
    hahaha, amik gmbar siput babi mmg seronok, tp nak simpan lama2 dlm galeri mcam pelik sikit..hehehe

    @Aujinz
    Mungkin sebab dpat jumpa merata2, so org dulu2 tension bila siput masuk rumah dan menjerit "Babi punya siput!"

    @Nesa Wazir
    Kan? Kan?
    Tp National Geographic punya gmbar semua lawa2...
    Ni kamera hp 3.5MP je, apakan daya..hehehe

    @nazha anua
    Aku ada belajar menda tu...
    Sgt kesian bila buat eksperimen tgh siput tu jadi kecut..

    @WZ
    Rangup? Memang perkataan tu sesuai dgn bunyi siput kena pijak..eeeek!
    Tp WZ, walaupun ko nmpak 3 je, tp sebenarnya ada lebih dari 7 dalam gambar tu aje..Serious! ('_')

    @nekmo
    Hang dah hebat, ada barang boleh laa...
    Aku ni pakai kamera hp ja, 3.5MP..
    Teringin jgak nak barang boleh main makro apa semua, tp apakan dayaa...
    Poketku mogok!

    @La Kuchi
    Kan? Kan? Kan?

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: