Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

May 13, 2012

Hari Istimewa



Jadi, hari ibu yang kita sambut setiap tahun sebelum ini dikatakan haram.
Sambutan hari ibu setiap ahad kedua bulan Mei adalah HARAM seperti yang dikatakan beberapa pihak.

Bukan nak mempertikaikan hukum,
tapi kenapa sekarang?
Kenapa bukan dari dulu lagi timbulkan isu hukum sambut hari ibu?
Adakah ulama zaman sepuluh tahun dulu kurang berilmu berbanding sekarang?

Bila disebut tentang sambutan hari ibu,
tentu akan terkeluar ayat seperti ini;

"Kita bukan kena ada hari tertentu untuk meraikan ibu,
kita kena sayang ibu setiap masa."

Tapi adakah kita mengingati ibu kita setiap masa?
Adakah sewaktu penat balik kerja, kita teringatkan ibu kita?
Adakah waktu bangun tidur, kita teringatkan ibu kita?
Malah,
adalah doa untuk ibubapa yang dibaca selepas solat itu kalian betul-betul ikhlas mengucapkannya atau sekadar doa harian yang sudah fasih dilafazkan di pinggir bibir?

Adakah kalian masak istimewa untuk ibu setiap hari?
Adakah kalian call ibu kalian dan ucapkan 'I Love You' setiap hari?
Adakah kalian hadiahkan bunga ros merah kepada ibu kalian setiap hari?

Ya,
aku sayang emak aku.
Aku sayang emak aku setiap masa.
Tak pernah terdetik dalam hati membenci emak aku.

Tapi aku tak raikan kasih sayang itu setiap hari.

Jadi,
adakah orang yang kata
"tak perlukan hari ibu untuk sayangi ibu setiap hari"
meraikan ibunya setiap hari?

Jika setiap hari adalah hari yang istimewa,
maka hari istimewa hanya seperti hari biasa.

Persoalannya,
bilakah kali terakhir kita meraikan ibu kita?
Ada juga antara kita langsung tak raikan hari jadi ibu sendiri.
Jadi, bila ibu mereka dirai?

Hari ini memang istimewa,
hari ini,
aku hadiahkan emak dan abah aku satu hadiah.
Hadiah yang mereka mahukan dari dulu lagi.

YA.
Hari ini sangat istimewa.




postquam-scriptum:
Sambutan hari ibu yang dikatakan haram disambut adalah sambutan ahad kedua bulan Mei setiap tahun kerana sejarah disebalik hari itu yang berkaitan dengan agama Kristian.
Jadi, sambutlah dan raikan ibu anda pada mana-mana hari lain selain dari hari itu.
Untuk ketahui kenapa hari ibu pada ahad minggu kedua bulan Mei haram dengan lebih lanjut, sila layan video ini (klik sini) dan video-video yang di'feature'kan di dalamnya.

.




5 comments:

  1. kau konvo? selamat berkonvo!! tahniah!!!!!

    ReplyDelete
  2. @Bukan Cinderella
    oh, er... Terima kasih ;)

    ReplyDelete
  3. HYE CERO... (SAJA BESARKAN HURUF..)

    TAHNIAH BUAT KAU EK.... AKU DOAKAN DAPAT KERJA BARU YANG BEST NANTI!! KE DAH DAPAT KERJA BARU.. :)


    (aku mula fikirkan grad.. Y-Y lambat g...)

    owh.. lupa entri.. hehe.. sal hari ibu... aku setuju dengan kata2 ang... :)

    -nekmo baik hati-

    ReplyDelete
  4. eh cero konvo jugak? elie konvo pagi ahad tu! kita same! high five! :)

    btw, congrats bro cero! :)

    ReplyDelete
  5. @Anonymous
    HYE NEKMO,
    Aku blom dpat keje lagi, tgh dlm dilemma nak sambung belajar ke tdak...

    @Elie Lily
    I saw U that day.
    hehehe

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: