Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Dec 2, 2011

"Jika Kau Rasa Dia Cantik, Lihat Semula"



"Beauty is in the eye of the beholder."

Kebanyakan 'average people' setuju dengan penyataan di atas.
Namun, 'above-average people' pula menolaknya.
Kerana pada mereka,
walaupun kecantikan itu subjektif dan tiada definisi tetap,
namun ciri-ciri wajah orang yang cantik kebiasaannya lebih kurang sama.

Orang pandai memang selalu camtu, semua nak ditolaknya.

Dari fakta sains yang pernah aku baca tapi tak ingat dah mana sumbernya,
wajah orang yang digelar cantik biasanya 'simetri'.
Bermaksud, kiri dan kanan wajahnya adalah sama, tak ada mulut herot, tak ada hidung kembang sebelah.

Namun,
siapalah kita nak mendefinisikan kecantikan?



Peluang duduk melepak dengan kawan-kawan lama memang menyeronokkan.
Tambahan pula,
kebanyakkan kawan-kawan sebaya aku,
sama ada sibuk dengan awek masing-masing,
mereka sibuk dengan tunang masing-masing,
atau sibuk dengan persiapan kahwin,
atau sibuk dengan isteri masing-masing,
ataupun sibuk dengan anak masing-masing.

Jadi,
bila sekali sekala dapat jumpa,
memang semua topik keluar, A sampai Z.

"Perempuan ada dua jenis.."
Kawan aku si Alberto (sudah tentu bukan nama sebenar) sudah bermula...

"Satu : Perempuan cantik.
Dua : Perempuan Tak Cantik."

Sebelum apa-apa,
biar aku minta maaf dulu jika ada para gadis yang baca blog ini dan terasa.
Ianya fakta umum, anda berhak menolak atau menerimanya,
terpulang pada diri.

"Dan Perempuan Cantik ada dua jenis..
Satu : Perempuan cantik yang bila kita pandang lama-lama wajahnya, dia masih cantik.
Dua : Perempuan cantik yang bila kita pandang lama-lama wajahnya, wajahnya jadi 'distorted', dan kita akan mula terjumpa cela yang memberitahu diri bahawa 'alaaa, perempuan ni bukannya cantik sangat pun..'"

Semua yang mendengar, terlopong.

Namun, aku sedikit sebanyak memahami apa yang si Alberto cuba sampaikan.



Kita ambil contoh gambar di atas.

Secara peribadi,
sekali pandang, dia aku kategorikan cantik.
Sudah tentulah, dia model kot.

Tapi, bila aku tatap lama-lama muka dia,
aku sudah mula notis celaan.
Nampak dagu dia agak besar, dan dia cover dengan rambut yang mengurai.
Anak rambut dia berselerak, membuatkan dia kelihatan agak tidak terurus.

Lama-lama aku pandang,
aku merasakan dia ni bukanlah cantik sangat,
tapi still dalam kategori cantik, kan?

Inilah yang kawan aku maksudkan dengan
Perempuan cantik yang bila kita pandang lama-lama wajahnya, wajahnya jadi 'distorted', dan kita akan mula terjumpa cela yang memberitahu diri bahawa 'alaaa, perempuan ni bukannya cantik sangat pun..'




Lalu,
si Alberto sambung...

"Sebab tu, kita kena berhati-hati dengan ungkapan 'cinta pandang pertama', kerana dengan sekali pandang, kita hanya nampak perkara yang ingin ditonjolkan seperti kecantikan, kecerahan, keayuan."

"Jika kalian terasa sudah jatuh cinta pandang pertama,
always reconfirm it by looking back at the person.
If it still love at sight, reconfirm it again.
If it still, reconfirm it again..and again..and again...
Do it like 1000 times, then it is a genuine feeling.
Tak rugi pun kalau recomfirm your feeling berulang kali"

Kami yang mendengar pun jadi macam

"ooooooooH"

sambil mengangguk-angguk tanda faham.

Itulah nasihat dari lelaki yang beranak dua dan sedang menanti kelahiran anak ketiga.
Aku yang bujang dan tak berpunya ni (promote) hanya mampu mendengar.

.




19 comments:

  1. aku ponn

    ''ooooooo'' :)

    tapi lisasurihoney tetap lawa okeyh.(promote)

    -hahau

    ReplyDelete
  2. kena reconfirm byk2 kali ke..adess..cian pompuan tu...sia je mekap ;P

    ReplyDelete
  3. oooooo..jugak..

    tp stuju ngn Liyana Aziz..tak usahlah mencari yang terlalu cantik atau terlalu sempurna..kerana kesempurnaan tu hanya milik Allah S.W.T..pilihlah yang sederhana..yang mampu menyejukkan jiwa dan mata..

    ReplyDelete
  4. dan ini semua perihal kecantikan fizikal yang dilihat. sememangnya kecantikan fizikal memang yang utama ciri-ciri pilihan lelaki kan. hue hue hue

    ReplyDelete
  5. cantik itu terlalu subjektif!

    ReplyDelete
  6. susah nk kategorikan cantik ni.
    hensem pn sama.
    hoho!

    ReplyDelete
  7. biasa la tu..lelaki tengok perempuan cantik..biarlah perempuan tu xgosok gigi sebulan pon xpe..asal cantik.

    balasannya,
    pompuan tengok lelaki ensem, tp kemudian terfikir, setakat ensem buat apa..nanti kedut jugak smua. baik amik yg bpoket tebal, nampak ensem sampai bila2.

    so jadila lelaki bpoket tebal, pesanku kepada lelaki2 yg memandang kecantikan luaran semata2. hoyehh.

    p/s-ko ketegeri mane

    ReplyDelete
  8. hai cero!!!
    lama tak melawat blog kau T_T
    (aku busy sejak bekerja.huhu..)

    anyway, aku lebih suka personaliti dan karakter seseorang. kalau rupa dia tak cantik atau kacak pun tapi personaliti & karakter ohsem, aku akan merasakan org macam ni adalah kacak dan cantik.hehe..

    ReplyDelete
  9. hye cero..

    jemput dtg ke majlis resepsi hana & che arm.

    nak address pls.. nak pos kad kawen.

    send kat email nh.hana0610@gmail.com ni kay :)

    ReplyDelete
  10. Lelaki pandang *Perempuan Cantik*...
    Perempuan pandang *Lelaki Baik*.
    Tak percaya tanya perempuan2 yang baik & taklah cantik sangat...haha

    ReplyDelete
  11. cEro..lamanye Nesa x kesini.

    awek ni mmg lawa, tp lpas tgk 2 3 kali mmg nmpak cela sikit2. tp kdg2 x kisah rupa luaran org 2..asal hatinye baik..hehe. bila makin kenal hati budinya dia akn bertambah cntik gitu..:D

    ReplyDelete
  12. cantik itu subjektif.nobody's perfect.asalkan hati budi baik, boleh jalan kan? HAHAH. nice entry! i loike itt !;)

    LATEST ENTRY : Pujian Jujur Atau Plastik Semata-Mata ?

    ReplyDelete
  13. konfem kan jer banyak banyak kali..bukan rugi pon.... tapi kalau cari kecantikkan luaran sahaja, opkos laa kita jumpa celaan.. koh koh koh

    ReplyDelete
  14. agak true jugak. heh heh

    -kudozu

    ReplyDelete
  15. hurrmm...aku ni agk2nye yg mn satu ek? yg distorted kot...haha3 aku pnh dgr sal ni jgk cuma ayt len...diorg x sbut distorted tp diorg sebut "makan muka" klu x silap...which mean...klu lma2 tgk mc mkn muka...mkin lma x nmpk cntik..

    ReplyDelete
  16. @470068267351769310.0
    actually, lisa pun (pada aku) kategori yg pandnag lama2 akan nmpak lain..
    tp still cantik arr..hehehe

    @budak ice
    sbb tu ada org kata cantik sbenar perempuan adalah apabila dia baru bangun tido..

    @Liyana Aziz
    betol2..
    kalao ada yg ngaku perfect, sila lempang dia bertubi-tubi..

    @pu3aan
    sbb cantik adalah subjektif bergantung kpd individu..

    @Elie Lily
    betol! lain org lain pandangannya...

    @~* chirpy_chummy *~
    hensem jelas sikit..
    yg hensem tetap hensem, yg tak hensem mungkin boleh jadi menarik kalau ada poin lain, kan?

    @.: Si BungaKopi : .
    biasa laa tu..
    bila apoket tebal, saham pun naik melonjak..kan?

    @Sophie Al-Yahya
    personaliti tu, kita kena kenal dulu..
    skali pandang takleh tau, kan?

    @airaniez wirdani
    ada juga pompuan pandang *poket tebal*
    hehehe

    @Nesa Wazir
    hati kita kena kenal dulu..
    sbb tu jgn terus terjah kata "ah, i'm falling in love at first sight"
    baik ckap, "ah, i'm falling in love at 1000th sight"..hehe

    @6429592462934598833.0
    D'ya Marshmello
    hati budi baik tu susah nak kenalpasti..
    ada org hebat berlakon baik..

    @Aujinz
    hahaha, kalau nak cantik, kena laa confirm byk kali..hehehe

    @Anonymous
    kudozu, kenapa 'agak'?
    hehehe

    @Miss Comot
    kita tak leh nilai diri sendiri..
    kita kena ada org lain nilaikan utk kita..
    org yg tak bias, takkan menjaga hati dan takkan berat sebelah..
    kan?

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: