Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Nov 14, 2011

Ajaran #15 - Selepas 20 Tahun, Kita Akan Lebih Menyesali Perkara Yang Kita Tak Buat Dari Perkara Yang Kita Pernah Buat.





Sedang seorang lelaki tua sibuk slide skrin tablet PC di tangannya untuk membaca berita dari laman sesawang, datang seorang kanak-kanak baya 5-6 tahun meluru ke ribanya.

"Atuk, atuk!"
Pekat pelat si kecil masih jelas. Namun itu yang dikatakan sesetengah kita 'tomey'.

"Kenapa cucu atuk ni? What's up pal?"
Atuk pun meletakkan tablet PC ke tepi, mengabaikan apa sahaja berita yang dicanang media, dan merangkul kedua belah ketiak cucunya, angkat, dan meletakkan cucunya selesa di atas riba.

"Semalam cikgu kat tadika bagi assignment."

"Pergh!!"
Bentak hati kecil Si Atuk.
"Budak-budak zaman sekarang ni, kecik-kecik dah guna perkataan 'assignment'. Aku dulu masuk U baru faham assignment tu hape."

"Apa assignmentnye Cu oi?"

"Gini.. Cikgu cakap suruh ceritakan pengalaman berharga zaman muda ahli keluarga. Ada kawan cakap datuk dia dulu ahli politik. Ada nenek sorang ni pula, dulu pernah jadi artis terkenal siap kawen dengan lelaki ada Lamborghini lagi."

Kerut kedut di dahi si Atuk dah bertambah. Kepelikan.

"Atuk pulak? Muda-muda dulu apa perkara membanggakan pernah Atuk buat?"

.....

....

...

..

Lama si Atuk merenung muka berharap cucunya untuk mendengar pengalaman muda dia. Itu bukan masalah.

Masalahnya,
perkara paling membanggakan si Atuk pernah buat semasa zaman muda adalah menjadi Anonymous Blogger dengan setiap post blog mendapat 8-12 komen sahaja.

Sudah pasti, itu bukanlah sesuatu yang besar dan boleh dibanggakan.

Tapi, apa patut si Atuk beritahu cucunya?

Si Atuk sudah berpeluh, sementara cucunya masih menatap wajah si Atuk dengan penuh sinar harapan di matanya.





-------------------


Aku terjaga.
Deng!!

Rupanya mimpi.
Tu laa, sapa suruh tidur lepas Asar nak ke Maghrib?
Kan dah mimpi merapu.



Tapi,
aku ada satu prinsip tentang mimpi.

Jika kita mimpi,
dan bila terbangun kita masih lagi ingat mimpi itu dengan jelas,
maka mimpi itu adalah satu petunjuk kepada kita tentang sesuatu.
Mimpi itu ada maksud tersirat yang perlu kita ungkai.
Adalah menjadi tanggungjawab kita merungkai maksud sebenar mimpi tersebut.

Dan untuk mimpi di atas,
ianya mudah.

"You need to get off the computer, get out and enjoy life!"



postquam-scriptum:
Dan dengan itu, aku bersungguh-sungguh mahu menghabiskan azam tahun 2011 aku.




.




18 comments:

  1. taun dpn, aku dah ade misi utk jelajah 3 pulau..
    jom nikmati hidup~ :)

    ReplyDelete
  2. selamat melangsaikan azam anda..

    ReplyDelete
  3. cool~~ satu pengajaran untuk semua disitu..

    ReplyDelete
  4. ingatkan ko nak jadi macam uncle seekers, suka tafsir mimpi.

    kejar impian kita time masih muda ni!

    ReplyDelete
  5. gmbr cero time tua. lol. yes! lets do soemthing we proud of!

    ReplyDelete
  6. selamat melaksanakan azam 2011 kau! tinggal beberapa hari je lagi ni cEro! :)

    ReplyDelete
  7. selamat menikmati hidup kawan!

    salah satu azam 2011 ialah korek hidung dgn lidah? :0 wah anda berjaya sudah melakukannya :P HEHE

    all the best dalam menghabiskan 50 perkara baru tu. :)

    ReplyDelete
  8. Wow! once again~..aku x de azam pon sbb aku tahu aku akn lupe n x kan selesaikn azam tue...haha3

    ReplyDelete
  9. @~* chirpy_chummy *~
    giler aku plak...mmg tak laa nak jadi anon..

    @MS. NO NAME
    waaa..cam best je misi camtu..
    nak buat jugak laa..

    @Angah
    hahahaha...

    @Gadis Misteri
    hanya untuk orang yang berfikir...

    @ParkAir
    eeee, tak mo laa uncle seeker..
    attention seeker ade laa...hahaha

    @WZ
    lets do something that we can tell a story to our offspring later on..heheh

    @hanaahmad
    hahahahaaha...

    @littledolphin
    hahaha, sudah tentu itu bukan azam aku laa sayang..hahaha

    @Miss Comot
    aku panggil azam..
    setgh org panggil to-do list..
    ada org panggil check list..
    ada yg sebut wishlist..
    ko pon tentu ada..satu dua..kan?

    ReplyDelete
  10. cero,
    aku komen lagi ni.
    jom pegi perhentian..
    bulan 5 ni.InsyaALLAH...
    ade lagi 1 tmpat 0..
    ini pulau yg kedua..;p

    ReplyDelete
  11. @MS. NO NAME
    sory for the very2 late reply..
    kosong lagi tak tempat tu?
    Sure dah tak ksong kan?? hehehe

    ReplyDelete
  12. ok. i take it as an brilliant advise. nak shut down laptop, pastu dok depan tv lak. hoho.. ;p

    ReplyDelete
  13. @Haris Khairuddin
    rajin betul ko surf satu2 entri aku ek..
    Terima kasih banyak banyak..hehehe

    ReplyDelete
  14. betul tu aku slalu dpt mimpi n aku ingat. mcm yg kau ckp aku akn mengungkai misteri mimpi...........

    ReplyDelete
  15. @kokonon
    kdg2, semuanya terpulang kat individu..
    Nak mencari hikmah disebalik mimpi ataupun sekadar biarkan ia berlalu..

    ReplyDelete
  16. Aku akan keluar mengembara...mcm member aku penah cakap..ko bleh rehat time ko dh tua..waktu muda ko keluar mengumpul cerita..dh tua ko x sesal membazir zaman muda..

    ReplyDelete
    Replies
    1. @asri
      yup! lagi jauh mata melihat, lagi luas akal menilai.
      Jgn bila dah tua baru nak menyesal tak berkesempatan melihat dunia, kan?

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: