Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Jun 23, 2011

Monyet Dalam Diri





Cuma aku,
tapi aku berpendapat dalam diri manusia
dalam diri semua manusia
ada monyet mereka sendiri.

Bayangkan seorang manusia,
dia berjaya.
Kawannya kurang berjaya
maka, selepas seketika
istilah kawan hanyalah 'sejarah'

Itu aku panggil monyet yang memilih bulu.
Bulu sama dipuja, bulu lain dicerca.

Seorang lagi manusia,
sibuk menjaja cerita buruk.
Sibuk berjaringan sosial hanya untuk mencaci.
Sibuk menabur cerita propa
yang sebenarnya, tidak seburuk sangka.

Itu aku panggil monyet yang mencari kutu.
Sedangkan dia sendiri berkutu seribu.


Juga alkisah cerita,
pantang terlihat si cantik rupa
segenap tubuh mahu ditelanjangi
seluruh badan mahu dibogeli
mata terbuka mulut menggigi
seolah-olah semuanya boleh dibeli

Itu aku panggil monyet bernafsu kuda
lepas dibunting, semuanya diluah.


Aku juga ada monyet sendiri dalam diri.
Tapi monyet yang mana, hanya aku yang mengerti.

Kalian?
Sedarkah kalian apa monyet yang bersarang dalam diri kalian?





9 comments:

  1. ada certain part yg aku rasa gramatis beno. hahaha. nice one!

    ReplyDelete
  2. manusia. tiada yang sempurna. aku akui, aku juga punya sifat monyet tersendiri. tapi, aku cuba untuk buang segala sikap itu. jom kita sama2 buang. tak baik tahu? haha

    ReplyDelete
  3. ermmm...x jmp monyet aku mn satu...haha3 ayt mendalam...perghh!

    ReplyDelete
  4. hurm... monyet aku jenis yang comel lah. taknak baboon. huhu..

    dalam maksudnya ni cEro.

    ReplyDelete
  5. nice. hrp2 monyet dlm diri ni monyet baik. hehe :)

    ReplyDelete
  6. setiap org ada monyet yg tersendiri kot..hee

    ReplyDelete
  7. aku tanak monyet. aku nak hamster. hehe

    ReplyDelete
  8. @WZulhilmi
    gramatis tu yg bagus, sbb maknanya berbeza ke atas individu yg berlainan..

    @hanaahmad
    pada aku, monyet itu tak dapat dibuang, kerana ia sebahagian dr diri..cuma jinakkan ia, dan jadikannya baik..

    @pu3aan
    nyet nyet nyet..heheh

    @Miss Comot
    ada tu ada tu, cuba gali dalam dalam sikit...

    @Sophie Al-yahya
    kalau comel takpe, kalo yg jenis kera yg buruk perangai...hehehe

    @saya afi
    kalau ianya tak baik sekalipun, jinakkan ia..

    @Elie Lily
    agak2 elie monyet yang macam mana??heheh

    @m i r a f i q a
    hehe, amik laa...nak hamster ek?? tukar dgn monyet..hahaha

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: