Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Jun 21, 2011

Baka Manusia Baru Hanya Dijumpai Dalam Pawagam? Kenali Mereka..

Aku Homo sapiens. Aku manusia.

Walaupun dah tak berapa kerap dah sekarang,
tapi menonton wayang antara hobi aku selain dari termenungkan langit malam, kumpul tisu dan mengintai anak perempuan jiran.
Kepuasan menonton wayang lain dari menonton DVD dalam bilik gelap.
Ianya hanya boleh diungkap manusia yang menonton wayang sahaja.



Namun,
jangan ingat menonton wayang ini indah-indah belaka.
Hobi menonton wayang juga ada musuhnya tersendiri.

Biar aku kenalkan musuh aku dalam wayang..
Spesies biadab yang hanya wujud dalam wayang.
Bak kata pepatah,
'Be close to your friends, but be closer to your enemies'

Memperkenalkan...



1. Homo sapidalamwayangmainhensetus
Manusia Biadab yang Dalam Wayang Pun Nak Main Henset.

Bukan nak seksis, tapi kebanyakan jenis manusia biadab adalah perempuan.
Ntah laa, mungkin sebab semangat nak tweet dalam fon kot, nak up-to-date konon.
Nak bagitahu semua orang yang dia tengah tengok wayang.
Tak pun, nak tipu laki/boifren/sugardaddy (potong mana berkenaan) kononnya dia tengah buat perkara lain "You, I tgh tolong mummy tumbuk sambal kat dapur ni" padahal tengah berkepit dalam wayang dengan lelaki lain.

Tak tahu ke diorang, dalam gelap, cahaya dari henset tu walaupun sikit sudah cukup menyilaukan semua orang di belakang?

-------



2. Homo sapikakitakberhentibergoyangus
Manusia biadab yang Suka Goyang-Goyang Kaki Sampai Orang Depan Terganggu.

Manusia jenis ni selalunya bajet kool habis.
Selalunya dia sedaya upaya nak melunjurkan badan supaya kaki dia kena kerusi hadapan.
Lagi malang, sebab kebanyakkan kerusi dalam wayang adalah jenis bercantum satu row,
jika dia goyang kaki, sampai ke hujung pun dapat rasa goyangan dia tu.

Mungkin dia goyang sebab aircond dalam panggung yang melampau sejuk, atau dia tak tahan terangsang dengan adegan romantis cerita yang ditayangkan kot.
Bro, c'mon laa.. Takkan tengok Nur Kasih The Movie pun nak terangsang?
Ko terangsang dengan siapa?

-------



3. Homo samuluttakberhentibercakapus
Manusia biadab yang Tak Berhenti Bercakap.

Spesies ni banyak variasi.
Ada yang sibuk nak bagi spoiler, lepas ni adalah itu, lepas itu adalah itu.
Ada yang sibuk bagi komen, patut scene ni macam ni, patut scene tu macam tu.
Ada yang sibuk bercerita hal lain, "Eh you, I rasa I hensem laa, you rasa I hensem tak?"
Ada yang sibuk bercakap telefon macam orang lain tak ada telefon.

Yang lagi menjengkelkan kalau orang jenis ini duduk sebelah kita.
Lepas tu, sibuk nak kita menjawab segala persoalan dia.
Lagi rasa nak tumbuk, orang tu bukan kenal kita pun, tapi tetiba je macam member lama yang dah 15 tahun tidur sebantal.

-------



4. Homo akupunnakbuatwayangjugak jantan
/ Homo akupunnakbuatwayangjugak betina
Dua jenis sub-spesies yang Suka Buat Wayang Sendiri.

Hey, man. GET A ROOM!.

Lagi meloyakan, dan pernah berlaku,
sub-spesies Jantan buat wayang dengan sub-spesies Jantan jugak!
Hilang selera makan seminggu.

Memikirkannya pun dah meloyakan.

-------



5. Homo heylookatmyawesomehairus
Manusia biadab dengan Rambut Menutup Separuh Skrin

Ada jenis manusia yang dah tahu dah rambut ko tinggi mengalahkan Emak Simpsons,
Kembang mengalahkan dua kali David Arumugam bergabung,
pastu pergi duduk tegak macam abang askar kena inspection, apehal?

Kesian orang belakang, separuh skrin tu nampak ombak-ombak rambut kembang.
Lagi syahdu, dalam rambut tu siap ada bunyi pelik lagi.
Buat orang sekeliling tak tenteram.

-------

Jadi,
macammana nak describe hari menonton wayang yang teruk?
Bayangkan semua 5 spesies manusia baru ni duduk di sekeliling anda yang normal.



Ada banyak lagi spesies baru manusia ditemui hanya dalam panggung wayang.
Tapi untuk kali ni, cukup setakat ini.

Anda ada jumpa spesies baru anda sendiri?




15 comments:

  1. lulz!


    ko bt aku gelak pepagi ni cero!


    wakakaka


    yg rambut gerbang paling x le blah!
    lenkali ko bw la mesin gunting rambut tu. trim tros kt c2.


    kah kah kah..

    adeh..aku xle nk komen pjg..gelak aku xhabis lg..

    ReplyDelete
  2. yg gmbr no 3 tu ken ko ekkkk! ak kenal!! tapi ni versi mulut muncung kepochi. hahaha

    Yg bwk budak 2-5 tahun pun tak boleh blah. grrr.

    ReplyDelete
  3. yg bawak budak2 siap main hentam2 kaki kat laluan tepi seat, pastu siap main2 kepala kita tanpa segan silu. mak bapak punya khusyuk dok menghayati cerita kot sampai tak sedar anak diorg buat huru hara dalam panggung. rasa mcm nak pegi pang je..

    bukan pang budak..pang mak bapak budak..apa ingat ini nursery ke..

    ReplyDelete
  4. tak pnah masuk wayang so tak tau spesis apa. tapi kalau boleh ada wayang yang boleh rewind, stop and play, nak jugak masuk. hehe

    anyhow, drawing ko dah makin bagus lah aku tengok. actly dah lama pulih ke or buat banyak latihan?

    -kudozu

    ReplyDelete
  5. lawak2. nice one.

    ada lagi spesies yang bila ada explosion or accident baik punya kat screen, dia akan mengeluarkan bunyi seperti "oofff!" "wohhhh!" "perrghhh!" dan macam2 bunyi or sound effect yang tak perlu.

    juga lelaki yang bersiul jika ada aweks dalam screen. aku mcm.."eh? perlu?" haha.

    most annoying goes to orang yang byk bercakap dalam wyg. especially yg "eh jap aku tak faham la. ni abang dia kan? kenapa dia ada kat sini? dia jahat ke? eh ko cube explain jap"

    what the?

    ReplyDelete
  6. hahaha3 stuju...tp yg x leh thn klu org yg jenis goyang2 tue...
    tp ko trlpe satu lgi yg pnting homo anaktakretidukdiam...
    pnah skali aku tgk RIO dgn mmber...tgh tgk syiok punyer gelak...tiba2 bdk kcik blkg aku dia bgun pastu pgg seat aku kat dpn die pastu goyg2...die protes kat mak ayh die tp aku plak jdi mgsa...hangin tol..mak ayh pon satu hal...klu dh tau ank jnis x leh duk lma satu tmpt jnis hyperaktif k cpt boring k jgn la bwk msk wyg...adoii..hangin aku...

    ReplyDelete
  7. cmne lak, org yg dh tgk wyg tu then citer balik kt awek dier,...buat org hilang mood nk tgk, cm jahanam...spesies baru.

    ReplyDelete
  8. ada baru..homo sapiperghhklaunakmengulascritexbolehnakkuatlagiagaknyetus

    ReplyDelete
  9. huh, semua tu aku pernah kena. plg nyampah versi betina dan jantan yg dok comolot bagai tuh. dorg ni spesies, lg dlarang, lg dibuatnya. aku pun bengang! haha

    ReplyDelete
  10. yg tendang2 seat tu tak pernah rasa lagi. hehehe.

    ada lagi spesies baru.
    1. lambat masuk setengah jam haha
    2. gi toilet/jwb call kt luar, pijak2 kaki org sebab laluan sempit.

    ReplyDelete
  11. hahaha..so true babe..so true..

    ReplyDelete
  12. sangat tension jd satu2nya manusia yg normal waktu tu. paham perasaan ko.. adalah lebih baik kau tinggalkan wyg tu terus. huhu..

    ReplyDelete
  13. hahaha..
    tak pernah lagi bila terpaksa duduk dgn org species rambut kembang dalam wayang! hahha

    ReplyDelete
  14. hahhahahhahhahha..aku sokong sgt2!!!!!!!!!!!!!lawak tol entri ang ni..haha

    ReplyDelete
  15. @~* chirpy_chummy *~
    haha, gelak gelak jugak..
    ini mmg berlaku..
    true story (dgn muka serius) hahaha

    @WZulhilmi
    hahaha, sbb tu aku ada kata dia mungkin org yg kita kenal..sbb tu aku guna muka dia sbg contoh..hahaha

    @Fina Fento
    aku mcam pernah fikirkan satu idea, buat satu nursery kt wayang, mak abah tgk wayang, anak2 boleh tinggalkan kat situ..serius berguna..hahah

    @Anonymous
    byk latihan rasanya...
    tangan macam takkan pulih dah je...
    sedih aku... (T_T)

    @Dayana
    hahaha, nampak sgt ko selalu kena mende tu kan???
    tgh wayang nak suruh cerita apa segala, ganggu concentration btol...

    @Miss Comot
    hahaha, nampak gaya masalah budak kecik mmg ketara menjadi masalah wayang kat negara kita nih..hahaha

    @Cik Ayin
    spoiler alert...
    aku pernah campak popcorn kat org yg macam tu...
    serius biadab..hahaha

    @hentakbelipat
    wahahaa,
    spesies baru terbaik nih...
    mungkin nak jadi pengulas sukan tapi tak mampu kot..hahha

    @hanaahmad
    selalu jenis ni amik port paling belakang panggung konon taknak org perasan ape yg diorg buat..oh sh!t...

    @m i r a f i q a
    hahaaha, lambat masuk wayang, dah tu seat kat tgh2 plak tu..dapat pulak yg baan besar nak celah2 takleh..adoi...

    @pu3aan
    sakit hati kan bila ada spesies nih muncul dlm wayang yg kita nk fokus..hahaha

    @Sophie Al-yahya
    hahaha, selagi aku mampu tahan, aku tahan..
    kalau tak tahan, aku baling popcorn je...

    @Elie Lily
    rambut kembang tu mmg rare..tp sekali kena, mmg takkan tertahan dibuatnya...

    @6684409528602764205.0
    nekmo, hahaha..
    ko mesti pernah kena kan mende ni..hahahah

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: