Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Mar 15, 2012

Generasi Kanak-Kanak Zaman Sekarang, Bila Mereka Dewasa Nanti, Apa yang Membuatkan Mereka Teruja?



Satu hari dalam minggu cuti sekolah ni,
aku berjalan di sebuah shopping mall berhampiran.

Sekali terdengar annoucement di corong speaker.

"Wassup Pelanggan.
Di pentas utama akan diadakan persembahan sempena cuti sekolah.
Jom semua kerumun, kalau tak rugi."

Sudah tentu bukan macam tu annoucement dia.
Tapi isi yang nak disampaikan tu masih ada.

Aku pun bergerak ke pentas utama.

Memang selalu shopping mall ni buat persembahan pentas.
Selalunya promo filem atau sekadar orang menari-nari.

Sekali, yang keluar ialah tiga Pokemon.



Sudah tentu kemunculan mereka dapat sorakan ramai.
Mereka menari-nari, buat sedikit sketsa.
Anak-anak kecil pengunjung semua teruja.
Ada yang menari bersama.

Aku?

Ini ekspresi aku....





Aku yakin, kebanyakan budak kecil yang teruja ni tak kenal pun apa benda yang menari-nari atas pentas tu.
Mereka teruja kerana ianya patung yang comel.
Budak kecil memang suka benda comel.

Aku lain.
Dari kecil, aku membesar dengan Pokemon.
Aku tengok anime bersiri dia.
Walaupun yang terkini agak mengarut, tapi aku masih tengok.
Aku main game Pokemon.
Dari GameBoy skrin hitam putih, sampai sekarang yang dah 3D.
Aku sampai kenal semua nama Pokemon dari generasi 1 sebanyak 150.
Tapi generasi seterusnya semakin ntahapehapentah,
jadi nak hafal nama pun payah nak sebut.

Pendek kata,
aku dewasa bersama Pokemon.
Peribadi aku, pasti ada sedikit terkesan dengan Pokemon.

Bila nampak Pikachu di depan mata,
ada timbul satu perasaan dalam diri aku.
Seolah-olah jiwa kanak-kanak aku dibangkitkan semua.
Aku terimbau penuh zaman kanak-kanak.

Dulu....
Sesama adik beradik berebut pilih Pokemon.
Beli patung Pokemon kecil kemudian tayang atas rak TV.
Beli komik Pokemon walaupun jalan cerita sama dengan cerita TV.
Dalam buku tulis sekolah, conteng makhluk aneh kemudian namakan dia dengan nama Pokemon.

Ya. Aku teruja.
Sangat teruja.

Ini membuatkan aku terfikir panjang.

Generasi kanak-kanak zaman sekarang,
bila mereka dewasa nanti,
apa yang akan membuatkan mereka teruja seperti aku melihat Pokemon?

Upin & Ipin?
BoBoiBoy?
BeyBlade?
X-Box? Wii? PS?

Apa pendapat kalian?

postquam-scriptum:
Tak lekang.
Permainan seperti teng-teng, penutup botol, galah panjang, polis sentri, konda-kondi dan lain-lain lagi permainan rakyat tak pernah gagal dalam membuatkan aku teruja juga.

.

Mar 13, 2012

Ajaran #17 - Kerja Kena Ada Minat. Tanpa Minat, Kerja Tiada Makna.





Kita selalu dengar orang berkata,
"Kerja perlukan minat."
Aku adalah orang kuat yang menentang penyataan itu.
Manakan tidak, kalau kau buat kerja yang kau tak minat tapi gaji kau dapat membeliakkan mata setiap orang yang bertanya, dah tentu best, kan?

TIDAK!
Aku salah.

Kerja memang perlukan minat.

Bagi yang tak tahu, aku sekarang sudah bekerja.
Sebab tu entri pun sekali sekala je ada (alasan!)

Dari kecil, aku impikan kehidupan yang simple.
Pergi kerja awal pagi.
Balik petang.
Malam layan TV.
Tidur seawal mungkin.
Dah esoknya hari kembali berulang.
Basically,
apa yang aku impikan sudah tercapai.
Itulah pusingan kerja aku sekarang.

Impian tercapai.
Sepatutnya aku gembira.
Tapi, aku tidak.
Kerana ada sesuatu yang kurang.
Sesuatu yang tertinggal.

MINAT.

Aku cukup tak minat dengan apa aku buat sekarang.
Aku cukup menyampah dengan kerja aku.
Tambah pula dengan bos yang (sudah tentu) bersikap bossy,
meminta sesuatu yang di luar jangkauan
bukan jangkauan aku, tapi kemampuan organisasi itu sendiri.

Bayangkan,
Permaisuri Semut menitahkan semut tenteranya supaya sediakan mahligai tempat beradu sebesar apa yang dimiliki Singa, si Raja Belantara.
Mungkin tiada cermin di dalam sarang semut itu untuk si Permaisuri menilai diri,
tapi pejabat aku ada cermin. ლ(ಠ益ಠლ


Biarlah susah manapun kerja itu,
murah manapun gajinya,
asalkan kita buat perkara yang kita suka,
segalanya akan jadi lancar.

Jadi,
ajaran hari ini,
jika kalian masih belajar,
kenalpasti minat kalian dulu sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

Jika kalian sudah bekerja,
jadikan kerja itu sebagai minat.

Jika kalian yang terlambat untuk minat kerja,
dah sampai tahap benci (macam aku)
bertahanlah selagi daya.
Kalau boleh, tukarlah ke kerja yang diminati.
Tapi, aku ada kontrak.
Sebelum habis kontrak, aku kena bertahan.
Senyuman aku tak pernah ikhlas di pejabat.

Charles M. Schwab pernah berkata,
"Dia yang bekerja bukan kerana suka kerjanya tapi hanya kerana harta,
maka tidaklah dia peroleh harta dan suka kedua-duanya."
["The man who does not work for the love of work but only for money
is not likely to neither make money nor find much fun in life."]

postquam-scriptum:
Sila kongsikan bersama aku cara menangani perasaan benci di tempat kerja.
Aku sangat buntu.
.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License